Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 18

KURSUS: PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

GP 3053
SEMESTER I SESI 2007/2008
PENSYARAH: DR MOHD IZHAM BIN HJ. MOHD HAMZAH

Kekeliruan Tentang Kokurikulum

Terdapat kekeliruan mengenai kokurikulum sebagai sebahagian daripada


proses pendidikan.

Menyebabkan pelaksanaan di sekolah tidak memberansangkan.

Sebabnya : Konsep, dasar dan prinsip koku tidak difahami dan dihayati
sepenuhnya atau disalaherti :

* Dalam kontek pendidikan dan pembangunan manusia yang menyeluruh


dan berterusan untuk melahirkan para pelajar yang mewarisi dan
menghayati ciri-ciri Insan yang seimbang dan cemerlang serta
sanggup memberi sumbangan untuk memajukan keluarga, masyarakat,
bangsa dan negara seperti termaktub dalam FPK dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.

DEFINISI KOKURIKULUM

Kokurikulum sekolah didefinisikan sebagai segala rancangan untuk mencapai


matlamat pendidikan sama ada akademik atau bukan akademik di dalam atau
luar kelas ( Jewett, Ann 1980 ).

Kokurikulum adalah bidang pengajian luar bilik darjah atau yang tidak formal.
( Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1984 ).

DEFINISI KOKURIKULUM

Kokurikulum adalah Kegiatan Kumpulan


( Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/ Bil. 27 [Tambahan No.2] 28 Disember 1967 )

Kegiatan Kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada


proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid
peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang dipelajari di bilik darjah.
( Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan [Kurikulum Kebangsaan] 1997
seperti dalam Warta Kerajaan Jil. 42/No. 11 [Tambahan No. 41] Perundangan
(A) / P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 ).

DEFINISI KOKURIKULUM
Menurut Abdullah Sani ( 2005 ), kokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum
tambahan, pendidikan untuk waktu lapang ataupun aktiviti kelas tambahan.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah sebahagian kurikulum formal yang merangkumi
aktiviti persatuan, kelab, sukan dan permainan serta unit beruniform yang
dijalankan di luar bilik darjah.

Collins ( 1973 ) menyatakan bahawa apa sahaja aktiviti selain kurikulum


di sekolah-sekolah dalam konteks pembelajaran murid dianggap sebagai
kokurikulum sama ada ia bersifat intra-mural atau ekstra-mural dan sama ada
ia dalam pembelajaran formal ataupun tidak formal.

FALSAFAH KOKURIKULUM

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja


yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat
menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.
( Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996 hlm. 11 ).

Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani :


- Menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan
- Berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu
dan menyeluruh.
- Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada unsur :
* Intelek
* Disiplin
* Keusahawanan
* Kreativiti & Inovasi
* Cinta Alam Sekitar
* Kewarganegaraan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

MATLAMAT KOKURIKULUM
Matlamat aktiviti kokurikulum adalah memperkembangkan kurikulum sekolah
supaya lebih menyeluruh bagi melahirkan murid-murid yang mahir dalam
bidang akademik dan bukan akademik ( Vasudevan T. Arosoo, 1987 ).
Matlamatnya yang pada dasarnya mengikut kehendak Kementerian Pelajaran sama ada
sekolah rendah ataupun sekolah menengah adalah seperti berikut :
1. Perkembangan semua murid /pelajar harus seimbang dari segi mental/intelek dan
dari segi rohani, jasmani dan emosi.
2. Bakat dan minat semua murid /pelajar boleh dimajukan.
3. Semua murid/pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan orang
lain.
4. Sekolah berperanan mendidik murid/pelajar dengan tujuan melahirkan ahli
masyarakat yang berguna yang diperlukan untuk memajukan masyarakat.
5. Masyarakat juga mempunyai tanggungjawab mendidik murid/pelajar bagi membentuk
masyarakat yang progresif.

OBJEKTIF KOKURIKULUM
Objektif Kokurikulum adalah membolehkan murid meningkatkan minat,
kegemaran, dan kepandaian istimewa, demi menyesuaikan dan mengembangkan
keperluan, intelek, kebolehan bakat dan daya kreatif mereka ( Mok Soon
Sang, 2003 ).
OBJEKTIF KOKURIKULUM SECARA KESELURUHAN
1. Membekalkan serta memenuhi masa senggang pelajar-pelajar dengan kegiatan yang lebih
bermakna dan berfaedah.
2. Meningkatkan disiplin diri, kesejahteraan diri dan kemahiran sosial.
3. Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pengalaman dan mengurus, mentadbir,
mengelola, melaksana, menyelia dan menilai kegiatan kokurikulum yang mereka pilih.
4. Membentuk pelajar supaya mempunyai kestabilan emosi, kejelekitan kelompok dan saling
menghormati tanpa mengira keturunan, agama, pemikiran rasional serta kecergasan
jasmani.
5. Membantu pelajar dalam menerokai keilmuan menerusi penglibatan yang bercorak
penyertaan untuk semua.

PRINSIP PELAKSANAAN KOKURIKULUM

Kegiatan, program atau aktiviti kokurikulum yang dirancang untuk dilaksanakan wajar
mengambilkira prinsip-prinsip berikut:
1. Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik,
menyeronokkan dan merentas kurikulum supaya melalui alam persekolahan dalam
keadaan selesa, selamat, kondusif dan ceria.
2. Merancang, menganjur dan mengelola kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti
bagi tujuan mempelbagai pengalaman pembelajaran & persekolahan pelajar untuk
mantapkan program akademik dan relevan dengan kehidupan di luar sekolah.
3. Penekanan diberi kepada pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru,
pemupukan nilai-nilai murni kemanusiaan dan keinsanan demi meningkatkan kualiti
sahsiah, disiplin, ketahanan diri, daya saing dan kesejahteraan diri pelajar & masyarakat
4. Penekanan secara sedar kepada usaha bersepadu untuk memperkukuhkan semangat
patriotisme, perpaduan antara kaum dan negeri.

5. Membolehkan penyertaan pelajar secara beramai-ramai.


6. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian dan kepimpinan
dalam setiap bidang kokurikulum supaya pelajar boleh mengenalpasti kelemahan dan
kekuatan masing-masing.
7. Semua program kokurikulum mesti memberi peluang dan kesempatan kepada murid
untuk mengembangkan minat, bakat dan kreativiti.
8. Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan kepada
khalayak bakat dan kebolehan masing-masing.
9. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum.
10. Sebolehnya menwujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat
swasta, pertubuhan bukan kerajaan, IPT untuk memperluaskan dan mempelbagai
penglibatan pelajar.
11. Mewujudkan peluang kepada pelajar mempertingkatkan daya saing dan daya tahan serta
memperteguhkan semangat kesukarelawanan dan konsep kendiri pelajar.
12. Menyediakan unsur-unsur penghargaan dalam setiap kegiatan kokurikulum yang
dikelolakan.

STRUKTUR ORGANISASI KOKURIKULUM

PENGERUSI
Pengetua / Guru Besar

NAIB PENGERUSI
Pen. Kanan Kokurikulum

KETUA PENYELARAS KOKURIKULUM


Setiausaha Kokurikulum

PENYELARAS
Unit Beruniform

Guru-Guru Penasihat

PENYELARAS
Persatuan / Kelab

Guru-Guru Penasihat

PENYELARAS
Sukan & Permainan

Guru-Guru Penasihat

PERSATUAN DAN KELAB

Pelajar berpeluang berinteraksi.


Memupuk nilai murni seperti kerjasama, semangat kekitaan & perpaduan.
Terbahagi kepada 2 kumpulan :

1. Persatuan Akademik.
- Berdasarkan kurikulum sekolah.
- Pelengkap seiring dengan kurikulum sekolah.

2. Persatuan Bukan Akademik


- Berdasarkan hobi, rekreasi dan seni bela diri.

Objektif Kokurikulum Kesenian


Mendedahkan kepada pelajar bidang-bidang kesenian tradisi dan kesenian
kini yang menjadi asas kebudayaan kebangsaan.
Melibatkan para pelajar secara amali dalam latihan-latihan kemahiran kesenian
yang mereka pilih.
Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang nilai tempatan yang asli yang
terdapat pada bidang kesenian yang mereka pilih.
Objektif Kokurikulum Khidmat Masyarakat
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang terlibat mengalami beberapa
aspek kehidupan sosial secara langsung.
Mengadakan perhubungan dua hala di antara pelajar dengan kelompok sosial
tertentu supaya kedua-kedua pihak dapat mengkaji dan mengambil tahu idea
masing-masing secara bebas.

UNIT BERUNIFORM

Dapat menyemai rasa cinta pada negara.


Aktiviti seperti latihan kawat, gotong royong, latihan kecemasan dll.
Menyemai nilai-nilai murni seperti berdikari, keberanian dan taat pada ketua.
Objektif Persatuan Bulan Sabit Merah
Melatih para pelajar supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk
kegunaan diri, keluarga dan masyarakat pelajar.
Melatih para pelajar supaya mempunyai kemahiran berkaitan dengan perkhidmatan
pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat lanjutan.
Melahirkan ramai pelatih atau jurulatih bagi pihak Pasukan Bantuan Sukarela,
PBSM yang mampu mengembang, membentuk, memimpin & merancang kegiatan
kesukarelawanan melalui kegiatan dan aktiviti persatuan dalam masyarakat.
Menyediakan tenaga sukarela terlatih yang mempunyai tauliah perkhidmatan
di samping sijil kegiatan kokurikulum.

SUKAN DAN PERMAINAN

Untuk menyihatkan tubuh badan.


Meneguhkan semangat berpasukan, kekitaan dan moral.
Bergantung kepada kemudahan yang sedia ada di sekolah.
Terdapat :
i. Sukan Padang Bola Sepak, Bola Jaring, Hoki, Ragbi, Sofbol & Kriket.
ii. Sukan Gelanggang Bola Keranjang, Bola Tampar, Bola Baling, Sepak
Takraw, Badminton, Tenis.
iii. Sukan Air - Renang, Kayak, Polo Air.
iv. Kembara Mendaki Gunung, Perkhemahan, Orientering.
v. Seni Mempertahan Diri Silat Olahraga, Taekwando
vi. Kegiatan Sukan Olahraga, Riadah dan Kecergasan Olahraga, Merentas Desa
Maraton & Lumba Basikal

Objektif Kokurikulum Sukan

Membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas dalam sukan pilihan


sendiri khususnya sukan seumur hidup.
Memberi serta menambah kefahaman mengenai sukan iaitu teori, kemahiran asas,
kaedah latihan, strategi permainan dan peraturan/undang-undang permainan.
Membina / menambah pengetahuan mengenai kecergasan jasmani diri
Membina dan memupuk nilai-nilai demokrasi, kerjasama, perpaduan, toleransi dan
motivasi.
Mewujudkan suasana keseronokan dan kepuasan penglibatan di kalangan pelajar
untuk mendorong mereka bergiat terus sepanjang hayat.

TAMAT

You might also like