Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 PENDAHULUAN

Taman Herba Sains dicadangkan sebagai menghargai khazanah alam yang tidak ternilai
harganya. Oleh itu, Sekolah Assun juga telah mewujudkan Taman Herbanya sendiri di samping
persekitaran sekolah juga mempunyai kawasan yang sesuai untuk dimanfaatkan bagi tujuan
penanaman.

Taman Herba Sains adalah dibawah pengawasan Panitia Sains. Di taman ini

mempunyai pelbagai jenis spesis tumbuhan herba yang mempunyai khasiat yang tersendiri. Di
antara pokok-pokok herba yang di tanam ialah kunyit, serai, lengkuas dan lain-lain,. Pokokpokok herba telah dilabelkan dengan nama dan khasiat. Dengan usaha pembinaan taman herba
ini telah memberi pendedahan ilmu pengetahuan yang berguna kepada warga sekolah.

2.0 MISI
Penubuhan Taman Herba Sains adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan
herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat
meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang
semakin dilupakan oleh generasi masa kini.

3.0 VISI
Menjadikan Taman Herba Sains ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga SK
Assun. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan tanaman yang mempunyai
nilai perubatan .

4.0 OBJEKTIF
Objektif Kertas Kerja ini ialah :
-

Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang cadangan

menceriakan Taman Herba Sains.


Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses menceriakan Taman Herba Sains
Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi landskap dan
susun atur tanaman herba yang dipamerkan.

Mendapatkan

kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah

dan pihak

jawatankuasa pelaksana Taman Herba .


Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan
memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

5.0 AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT

EN. MAHANI YEO


GURU BESAR

PENGERUSI

PN LIDEK CHILANG
PK KOKURIKULUM

PENYELARAS I

CIK YAM AJAI


GURU PANITIA SAINS

SETIAUSHA
BENDAHARI

EN. CHEN KING HONG


:

PN DAYANG AZYURA BT ABG YUSOP

AJK GURU DAN KAKITANGAN :


1. EN ABG SHUHARDI B SEN HAJI
2. EN ANGGI LIBAU
3. PN LAILATUL ZURAIDA BT WAHAB
AJK PELAJAR :
1)

SEMUA PELAJAR TAHUN 4, 5 DAN 6

6.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil
Perkara
1
LAMINATING FILM ASTAR
2
PAINT BRUSH 1/2
3
PAINT BRUSH 1
4
PAINT BRUSH 2
5
PELAKA MURAL COLOR 1KG
JUMLAH

Jumlah Kos

76.00
2.40
3.60
3.60
164.50
250.10

Sumber
SEKOLAH
SEKOLAH
SEKOLAH
SEKOLAH
SEKOLAH

7.0 PENUTUP
Program Taman Herba Sains diharap menjadi salah satu projek menyemai rasa cinta kepada alam
sekitar dalam diri warga sekolah terutama para pelajar yang berasaskan tanaman herba .
Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan
segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian
yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah supaya projek ini dapat dijalankan
mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa Panitia Sains. Akhirnya,
dengan kerjasama pelbagai pihak diharapkan Taman Herba Sains SK Assun akan mendapat
mencapai kejayaan dalam matlamatnya.
Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH :

..................................
(YAM ANAK AJAI)
Guru Panitia Sains

You might also like