Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tambah beliau, sistem pendidikan dari peringkat terendah seperti tadika sehinggalah ke universiti adalah

medan terpenting untuk mencanai rasa bangga dan cintakan tanah air.
Malah, peranan bahasa sebagai senjata ampuh dalam mempertahankan jati diri bangsa dan alat
perpaduan rakyat juga adalah suatu yang tidak boleh dipandang enteng.
Pengalaman yang sama juga dikongsikan di negara-negara lain. Sememangnya sistem pendidikan dan
penggunaan satu bahasa merupakan wahana terpenting untuk menanam dan membangunkan nilai-nilai
cintakan tanah air dan penyatuan rakyat.
Jika disingkap tabir sejarah, pembentukan negara Malaysia juga bermula dengan asas-asas sedemikian.
Malah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan merupakan sebahagian daripada citra mewujudkan rakyat yang bersatupadu.
Sebab itulah kita akan dapati bahawa perjuangan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan memakan pengorbanan yang cukup besar. Hanya selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969,
kedudukan bahasa Melayu mulai terjamin dan menjadi wahana penting memantapkan perpaduan kaum.
Majlis Perundingan Negara yang dibentuk ekoran tragedi ngeri itu, menggagaskan beberapa resolusi
penting termasuklah penegasan semula perlaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) yang
diasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.
Penyata Razak dengan jelas dalam Perenggan 12 menyatakan keperluan untuk menjadikan bahasa
kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dengan memakai satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa demi perpaduan negara.
Laporan Rahman Talib 1960 memperkukuhkan lagi tujuan dan cara mencapainya. Berlandaskan kepada
kedua-dua Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib inilah, terbentuknya Akta Pelajaran 1961.
Dalam bidang pendidikan, DPK dilaksanakan dengan berkesan secara berperingkat. Sekolah aliran
Inggeris mula ditukar menjadi aliran kebangsaan. Pada tahun 1970, darjah satu sekolah rendah aliran
Inggeris menjadi darjah satu aliran kebangsaan.
Seterusnya penukaran ini berjalan hinggalah ke 1982 apabila tingkatan enam atas aliran Inggeris menjadi
aliran kebangsaan.
Usaha yang dijalankan melalui penegasan pendaulatan dan penggunaan bahasa kebangsaan atau
bahasa Melayu sebagai pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan adalah semata-mata
untuk menyelesaikan masalah perkauman yang melanda, lantaran wujudnya fragmentasi dalam
masyarakat akibat pelbagai aliran pendidikan.
Malah pelbagai aliran pendidikan yang ditinggalkan penjajah Inggeris pada peringkat sekolah rendah
hingga ke peringkat tertinggi inilah yang antara penyebab utama kerenggangan hubungan antara kaum
yang akhirnya meletus krisis terbesar antara kaum pada 13 Mei 1969.
Memahami sejarah dan keperluan meletakkan bahasa dan sistem pendidikan di tempatnya adalah
penting agar dalam upaya dan semangat bergelodak untuk menguasai bahasa asing, kita tidak sekali-kali

cuba merendahkan martabat bahasa kebangsaan sendiri yang menjadi asas perpaduan dan pembinaan
jati diri bangsa Malaysia.
Hakikat yang sukar untuk dinafikan, jika kita berterusan dengan mempunyai aliran sistem pendidikan
pelbagai, mana mungkin usaha untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu tanpa sebarang
prejudis dan prasangka antara pelbagai kaum mampu diwujudkan

You might also like