Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Amali 3

: Menentukan nilai bahan api

Tujuan

: Untuk menentukan nilai bahan api bagi


i.
ii.
iii.

Teori

kerosin
LPG
lilin

: Pembakaran merupakan proses kimia antara satu bahan


(bahan api) dan satu gas (biasanya gas oksigen, O 2), untuk
membebaskan haba. Haba yang dibebaskan dalam tindak
balas pembakaran dikenali sebagai haba pembakaran. Oleh
itu, haba pembakaran boleh ditakrifkan sebagai haba yang
dibebaskan apabila 1 mol bahan dibakar dengan lengkap
dalam oksigen yang berlebihan pada keadaan piawai.
Tindak balas pembakaran merupakan tindak balas
eksotermik. Oleh itu, haba pembakaran, H adalah sentiasa
negatif (-ve).

Haba pembakaran yang diukur dalam unit kJmol -1

boleh dikira dengan persamaan:


Hpembakaran =

Q
n

di mana,
Q= haba pembakaran yang diukur dengan kalorimeter
n = bilangan mol bagi bahan yang dibakar.

Dalam menentukan haba pembakaran, tindak balas


pembakaran perlulah dijalankan secara lengkap. Hal ini kerana
sekiranya pembakaran tidak lengkap berlaku, iaitu apabila
oksigen yang dibekalkan tidak mencukupi, jenis hasil tindak
balas akan dipengaruhi dan menjejaskan jumlah haba yang
dibebaskan dalam tindak balas. Dengan ini, haba yang
dibebaskan akan kurang daripada haba pembakaran.
Bahan api merupakan bahan yang terbakar dengan
mudah dalam oksigen untuk membebaskan tenaga haba.

Bahan api boleh wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas.
Sebagai contoh, kayu, arang batu, petroleum, gas asli dan
alkohol merupakan contoh bahan api yang sering digunakan
dalam kehidupan seharian.
Kebanyakan bahan api merupakan hidrokarbon iaitu
mengandungi atom karbon dan hidrogen. Keberkesanan bahan
api boleh ditentukan dengan melihat nilai bahan api. Nilai
bahan api merupakan kuantiti tenaga haba yang dibebaskan
apabila satu gram bahan api dibakar secara lengkap dalam
oksigen berlebihan. Unit bagi nilai bahan api ialah kJg -1. Bahan
api yang berlainan jenis akan mempunyai nilai bahan api yang
berbeza. Semakin tinggi nilai bahan api, semakin baik bahan
api tersebut.
Nilai bahan api atau nilai haba pembakaran sering
dipengaruhi oleh bilangan atom karbon per molekul. Semakin
banyak peratusan bilangan atom karbon atau atom hidrogen
per molekul, semakin tinggi nilai bahan api. Hal ini kerana
apabila bilangan atom karbon atau atom hidrogen per molekul
bertambah, lebih banyak atom akan dibakar dan menyebabkan
lebih banyak haba dihasilkan pada masa yang sama.

Hipotesis

: Semakin tinggi bilangan atom karbon per molekul, semakin


tinggi nilai bahan api.

Pembolehubahan:
a) Yang dimanipulasi
b) Yang bertindak balas
c) Yang dimalarkan
Bahan

Radas

: Jenis bahan api yang digunakan


: Nilai bahan api
: Isipadu air

: a) Kerosin
b) Penunu Bunsen yang mengandungi laboratory gas (LPG)
c) Lilin
d) Air
: a) Tin kuprum
b)

Segi tiga tanah liat

c)

Termometer yang mempunyai kepekaan dari 0C hingga

100C
d) Lampu spirit
e) Selinder penyukat yang berisipadu 100m
f) Penghadang angin
g) Bongkah kayu
h) Tungku kaki tiga
i) Penimbang elektrik
j) Pemetik api
k) Jubin putih

Prosedur : 1) 200cm3 air dimasukkan ke dalam tin kuprum dengan


menggunakan silinder penyukat.
2) Tin kuprum diletakkan di atas tiga segi tanah liat yang
terletak di atas tungku kaki tiga.
3) Tin kuprum dibiarkan dengan kandungannya selama
beberapa minit. Selepas itu, suhu awal bagi air diukur
dengan termometer dan dicatatkan dalam jadual di bawah
4) Sebuah penghadang angin diletakkan di sekeliling radas.
5) Kerosin dimasukkan ke dalam lampu spirit dan lampu spirit
ditutup dengan penutup.
6) Lampu

spirit

dan

penutup

serta

isi

kandungannya

ditimbang dengan menggunakan penimbang elektrik.


Jisimnya dicatatkan dalam jadual di bawah.
7) Lampu spirit diletakkan di bawah tin kuprum seperti yang
ditunjukkan pada rajah dan sumbu lampu spirit dinyalakan
dengan cepat.
8) Air dikacau secara perlahan-lahan dengan menggunakan
termometer.
9) Nyalaan lampu spirit dipadamkan dan lampu spirit ditutup
dengan penutup apabila suhu air meningkat sebanyak
30C. Suhu maksimum yang dicapai oleh air diperhati dan
dicatatkan.

10) Dengan segera, lampu spirit dan penutup serta isi


kandungannya ditimbang semula lagi. Jisimnya dicatatkan.
11) Prosedur (1) hingga prosedur (10) diulangi dengan
menggunakan lilin dan LPG.

Keputusan :
Kerosin

Lilin

LPG

Suhu awal air, Ti /C

30

30

29.5

Suhu maksimum air, Tf /C

60

60

59.5

Perubahan suhu, T/C

30

30

30

Jisim lampu spirit sebelum


pembakaran, m/g

170.60

137.66

484.11

Jisim lampu spirit sebelum


pembakaran, m/g

168.08

136.32

481.70

2.52

1.34

2.41

-1680

-5860.47

-600

-10

-18.81

-10.46

Jisim bahan api yang


terbakar, m/g
Haba pembakaran,
H/ kJmol-1
Nilai bahan api / kJg-1
(Ketumpatan larutan = 1gcm-3,

Muatan haba tentu larutan, c = 4.2Jg-1C-1,

isipadu air, v = 200cm3)

Pengiraan

a) Kerosin
Perubahan suhu, T

= Tf Ti = 60.0 30.0
= 30.0 C

Jisim kerosin yang terbakar, m = 170.60 168.08


= 2.52g
Jumlah perubahan haba, Q = mcT
= 200 x 4.2 x 30
= 25200 J
Persamaan kimia bagi proses pembakaran kerosin, C 12H26:
C12H26 +

37
2 O2 12CO2 + 13H2O

Bilangan mol bagi C12H26 =


=

m
JMR
2.52
(12 x 12+1 x 26)

= 0.015 mol
Haba yang dibebaskan apabila 0.015 mol kerosin dibakar = 25200
J
Haba yang dibebaskan apabila 1 mol kerosin dibakar =

Q
Bil . mol
25200
0.015

= 1680000 J

Haba pembakaran, H = -1680

Nilai bahan api bagi kerosin =

Q
Jisim yang digunakan =

25200
2.52

= 10000 J
Nilai bahan api = -10kJg-1

b) Lilin
Perubahan suhu, T

= Tf Ti = 60.0 30.0
= 30.0 C

Jisim lilin yang terbakar, m = 137.66 136.32


= 1.34g
Jumlah perubahan haba, Q = mcT
= 200 x 4.2 x 30
= 25200 J
Persamaan kimia bagi proses pembakaran lilin, C 22H46:
C22H46 +

67
2 O2 22CO2 + 23H2O

Bilangan mol bagi C22H46 =


=

m
JMR
1.34
(12 x 22+1 x 46)

= 0.0043 mol
Haba yang dibebaskan apabila 0.0043 mol lilin dibakar = 25200 J
Haba yang dibebaskan apabila 1 mol lilin dibakar =

Q
Bil . mol

25200
0.0043

= 5860465 J

Haba

pembakaran,

Nilai bahan api bagi lilin =

Q
Jisim yang digunakan

25200
1.34

= 18805.9 J

Nilai

bahan

api

c) LPG
Perubahan suhu, T

= Tf Ti = 59.5 29.5
= 30.0 C

Jisim LPG yang terbakar, m

= 484.11 481.70

= 2.41g
Jumlah perubahan haba, Q = mcT
= 200 x 4.2 x 30
= 25200 J
Persamaan kimia bagi proses pembakaran LPG, C 4H10:
C4H10 +

13
2 O2 4CO2 + 5H2O

Bilangan mol bagi C4H10 =


=

m
JMR
2.41
(12 x 4 +1 x 10)

= 0.042 mol
Haba yang dibebaskan apabila 0.042 mol lilin dibakar = 25200 J
Haba yang dibebaskan apabila 1 mol lilin dibakar =

Q
Bil . mol
25200
0.042

= 600000 J

Haba

pembakaran,

Nilai bahan api bagi lilin =

Q
Jisim yang digunakan

25200
2.41

= 10456.4 J

Perbincangan

Nilai

bahan

api

Dalam eksperimen yang kami jalankan, kami telah menggunakan


ketiga-tiga bahan api yang berbeza, iaitu kerosin, lilin dan LPG. Ketiga-tiga
bahan api merupakan hidrokarbon yang berada dalam siri homolog yang
sama tetapi berbeza dari segi bilangan karbon dalam molekulnya. Bagi
kerosin yang kami gunakan, jumlah karbon dalam molekulnya adalah 12, LPG
pula bilangan karbon dalam molekulnya adalah 4 dan lilin mempunyai 22
atom karbon dalam molekulnya.
Selepas menjalankan eksperimen, kami mendapati bahawa tindak
balas pemanasan merupakan tindak balas eksotermik. Hal ini kerana semasa
pemanasan, bacaan bagi termometer telah bertambah. Ini menunjukkan
bahawa tenaga haba telah dibebaskan dan dipindahkan dari bahan api ke
dalam air.
Dengan mengetahui perubahan suhu, kami juga dapat mengira
perubahan haba dan haba pembakaran bagi ketiga-tiga tindak balas. Selepas
mengira, kami mendapati bahawa setiap bahan api yang berbeza akan
menunjukkan nilai haba pembakaran yang berbeza. Dalam ketiga-tiga bahan
api yang digunakan, lilin merupakan bahan api yang mempunyai haba
pemanasan yang tertinggi, iaitu sebanyak -5860.47kJmol -1, dan diikuti dengan
kerosin dan LPG merupakan bahan api yang membebaskan haba
pemanasan yang terendah, iaitu hanya -600kJmol -1. Daripada pengiraan ini,
kami dapat merumuskan bahawa haba pemanasan bagi sesuatu bahan api
adalah berkadar langsung dengan bilangan atom karbon per molekul dalam
bahan api. Semakin tinggi bilangan atom karbon per molekul, semakin tinggi
haba pembakaran.
Bagi pengiraan nilai bahan api, sepatutnya tuntutan bahan api adalah
sama dengan nilai haba pemanasan, iaitu lilin yang menunjukkan nilai yang

tertinggi dan diikuti dengan kerosin dan akhir sekali adalah LPG. Namun
begitu, dengan melihat keputusan yang kami dapat, kami mendapati bahawa
walaupun lilin masih menunjukkan nilai bahan api yang tertinggi, iaitu
-18.81kJg-1, tetapi LPG (-10.46kJg-1) mempunyai nilai bahan api yang lebih
tinggi daripada kerosin (-10.0kJg-1). Mengikut teori, bahan api yang
mempunyai bilangan atom karbon yang lebih banyak sepatutnya mempunyai
nilai bahan api yang lebih tinggi kerana lebih banyak atom yang dibakar akan
menghasilkan lebih banyak haba masa yang sama. Oleh itu, keputusan kami
kemungkinan disebabkan oleh faktor-faktor lain.
Yang

pertama,

pembukaan

api

bagi

penunu

Bunsen

amat

mempengaruhi peningkatan suhu. Pembukaan api yang terlalu besar akan


menyebabkan perpindahan haba dari penunu Bunsen ke tin kuprum mudah
terbebas dan hilang ke persekitaran. Dengan ini, pemanasan akan menjadi
tidak efisen dan menyebabkan keputusan yang kami peroleh menjadi tidak
tepat. Untuk membuktikan perkara ini, kami telah cuba menjalankan beberapa
set eksperimen, daripada situ, kami mendapati bahawa pembukaan api yang
besar dan kecil akan menunjukkan bacaan yang berbeza dan perbezaan
bacaan itu adalah amat ketara. Oleh itu, kemungkinan kawalan haba yang
tidak

tepat

telah

mempengaruhi

keputusan

yang

kami

dapat

dan

menyebabkan nilai bahan api bagi LPG lebih tinggi daripada kerosin.
Selain itu, sepatutnya eksperimen perlu dijalankan dalam keadaan
piawai. Namun begitu, suhu persekitaran pada ketika itu adalah lebih kurang
30 oC. Oleh itu, keputusan yang kami dapat adalah tidak begitu piawai dan
menyebabkan kami susah mendapati nilai bahan api seperti yang dicatatkan
dalam buku.
Semasa pemanasan, kami juga tidak menutup tin kuprum dengan
penutup. Hal demikian akan menyebabkan sedikit haba yang terhasil
terbebas dan hilang ke persekitaran. Penghadang angin juga tidak dapat
menghalang

angin

persekitaran

sepenuhnya.

Hal

demikian

akan

menyebabkan kemungkinan angin luar mengalir ke dalam dan mempengaruhi


haba pemanasan. Dengan ini akan menyebabkan nilai yang kami dapat lebih
kecil daripada nilai sepatutnya.

Cara penambaikkan dan langkah berjaga-jaga


Oleh itu, bagi memperbaiki eksperimen kita, beberapa langkah perlu diambil.
Antaranya termasuklah:
1. Menggunakan radas yang diperbuat daripada bahan yang mempunyai
muatan haba tentu yang lebih rendah supaya dapat mengelakkan
penyerapan haba yang telah dibebaskan dalam proses tindak balas. Dalam
eksperimen kita, kami telah menggunakan segi tiga tanah liat berbanding
dengan kasa dawai kerana segi tiga tanah liat tidak mudah menyerap
haba.
2. Penggunaan bekas yang merupakan konduktor yang bagus supaya dapat
memaksimumkan kadar pemindahan haba ke dalam air. Oleh itu, kami
telah menggunakan tin kuprum selain daripada bikar.
3. Suhu awal bagi larutan perlulah diambil selepas termometer telah dibiarkan
dalam larutan tersebut selama beberapa minit bagi memastikan bacaan
suhu mencapai suhu sekata.
4. Penutup perlu ditutup semasa pemanasan bagi mengelakkan haba
dibebaskan ke persekitaran yang akan menyebabkan nilai suhu menjadi
tidak tepat.
5. Semasa pemanasan, api perlulah berdekatan dengan tin kuprum supaya
dapat mengelakkan kehilangan haba ke persekitaran. Oleh itu, bongkah
kayu dan jubin putih telah digunakan.
6. Campuran hendaklah dikacau dengan perlahan-lahan dan berterusan
supaya suhu larutan sekata dapat diambil. Bacaan termometer juga perlu
diperhatikan sepanjang masa supaya suhu tertinggi yang dicapai oleh
campuran tindak balas dapat direkodkan dengan segera.
7. Semasa mengambil bacaan, kedudukan mata perlulah berserenjang
dengan bacaan bagi mengelakkan ralat paralaks.

8. Selain itu, kipas juga perlulah dipastikan tutup dan tapak eksperimen perlu
dijalankan dalam bilik yang tertutup bagi mengelakkan sebarang
penganginan yang akan menjejaskan suhu termometer.
9. Mengulangkan eksperimen ini sebanyak beberapa kali supaya dapat
mencari purata bagi nilai haba tindak balas bagi meningkatkan kejituan
keputusan.

Soalan

1. Nyatakan enam faktor yang mempengaruhi pemilihan bahan api


yang digunakan dalam industri.
Faktor yang mempengaruhi pemilihan bahan api yang digunakan
dalam industri termasuklah:
a) Kos bahan api yang mudah
Bahan api haruslah mempunyai kos yang rendah supaya dapat
menjimatkan kos operasi yang digunakan.
b) Cara penggunaan yang selamat
Bahan api perlulah senang dan selamat semasa digunakan supaya
tidak mendatangkan sebarang kemalangan.
c) Mesra alam
Bahan api yang dipilih juga perlulah mesra alam supaya tidak
membebaskan sebarang sisa toksik dan tidak mencemarkan alam
sekitar.
d) Mudah didapati
Bahan api haruslah senang diperoleh supaya pembelian bahan api
tidak akan menjadi rumit dan dapat menjimatkan masa untuk
membeli.
e) Ruang penyimpanan yang kecil
Bahan api yang baik perlulah mempunyai ruang penyimpanan
yang kecil. Dengan ini, industri tidak perlu menyediakan tempat
untuk menyimpan bahan api tersebut. Bahan api yang dipilih juga
perlulah selamat disimpan dan tidak mudah terbakar apabila
terletak di bawah keadaan suhu bilik.
f) Nilai bahan api yang tinggi.

Bahan api yang mempunyai nilai bahan api yang lebih tinggi akan
dapat menghasilkan pembakaran bahan api yang lebih efisen dan
seterusnya dapat menjimatkan kos dan masa.

2. Jika anda diberi lilin, kerosin dan LPG, yang manakah akan anda
pilih untuk memasak semasa perkhemahan? Jelaskan.
Jika saya diberikan lilin, kerosin dan LPG, saya akan memilih lilin
sebagai bahan api untuk memasak semasa perkhemahan. Hal ini
kerana lilin adalah bahan api yang mempunyai nilai bahan api yang
paling tinggi antara ketiga-tiga bahan api. Lilin yang mempunyai nilai
yang tertinggi akan dapat menghasilkan pembakaran yang lebih efisen
dan seterusnya dapat menjimatkan kos dan masa. Selain itu, lilin juga
lebih ringan dan senang dibawa jika berbanding dengan kerosin dan
LPG. Lilin yang merupakan pepejal akan lebih senang dibawa ke
mana-mana tempat. Selain itu, haba yang dihasilkan oleh lilin juga
lebih mudah dikawal berbanding dengan LPG dan kerosin. Dengan ini,
kemalangan akan lebih mudah dielakkan semasa perkhemahan. Lilin
juga merupakan bahan api yang mempunyai harga yang amat rendah
berbanding dengan kerosin dan LPG yang lebih mahal. Oleh itu,
walaupun pembakaran lilin mengambil masa yang agak panjang, tetapi
akibat kebaikan yang disebut di atas, saya masih memilih lilin sebagai
bahan api saya dalam perkhemahan.
3. Jika LPG hanya mengandungi butana dan propana, tuliskan
persamaan pembakaran kedua-dua hidrokarbon ini.
a. Butana:
C4H10 +

13
2 O2 4CO2 + 5H2O

b. Propana:
C3H8 + 5O2 3CO2 + 4H2O
4. Terangkan mengapa nilai bahan api yang diperolehi adalah kurang
daripada nilai teori.

Dalam eksperimen, nilai haba pembakaran bahan api yang diperolehi


adalah kurang daripada nilai teori. Hal ini kemungkinan disebabkan
oleh kehilangan haba ke persekitaran. Walaupun kami telah meletak
penghadang angin dan mematikan semua kipas semasa menjalankan
eksperimen, tetapi langkah-langkha ini hanya mampu menghalang
sedikit sahaja pembebasan haba ke persekitaran sahaja. Tin kuprum
yang tidak ditutup dengan penutup tidak dapat memerangkap haba
pembakaran dengan sepenuhnya dan menyebabkan sedikit haba yang
dibebaskan hilang ke sekeliling. Selain itu, haba yang dibebaskan
dalam eksperimen juga diserap oleh tin kuprum dan menyebabkan nilai
haba yang diperoleh menjadi tidak tepat.
Faktor lain yang mempengaruhi nilai bahan api tidak tepat dengan nilai
teori ialah eksperimen ini juga tidak dijalankan dalam keadaan piawai,
iaitu mempunyai tekanan yang tetap dan suhunya adalah kurang
daripada 25oC. Suhu pada ketika itu adalah suhu bilik yang mempunyai
nilai lebih kurang 30oC. Namun begitu, nilai teori yang dicatatkan dalam
buku biasanya adalah dijalankan dalam keadaan piawai. Oleh itu, ini
akan menjejaskan keputusan kami dan menyebabkan keputusan yang
kami dapat mempunyai sedikit perbezaan dengan nilai haba
pembakaran yang dicatatkan dalam buku.
Tambahan pula, semasa menggunakan lilin sebagai bahan api,
semakin lama lilin dibakar, semakin jauh jarak antara nyalaan lilin
dengan tin kuprum. Hal demikian akan menyebabkan pemindahan
haba ke tin kuprum menjadi lambat dan pembakaran menjadi tidak
berkesan. Dengan ini, nilai haba pembakaran yang kami dapat akan
menjadi tidak tepat.
Lantaran itu, semasa menggunakan LPG, pembukaan haba yang
besar dan kecil juga akan mempengaruhi keputusan. Pembukaan api
yang terlalu besar akan menyebabkan haba mudah terbebas ke
persekitaran dan menyebabkan pemanasan air tidak dapat menerima
haba pemanasan sepenuhnya.
Kesimpulan :
Hipotesis diterima. Semakin tinggi bilangan atom karbon per molekul,
semakin tinggi nilai bahan api. Lilin merupakan bahan api yang mempunyai

bilangan atom karbon yang terbanyak mempunyai nilai bahan api yang
tertinggi,

iaitu

-18.81kJg-1 dan dapat membebaskan haba pembakaran yang tertinggi, iaitu


sebanyak -5860.47kJmol-1 berbanding dengan LPG dan kerosin.

Rujukan

M. Br. (2015, Februari 1). Chapter 4 Thermochemistry. Didapatkan dari


SlideShare:
http://www.slideshare.net/MadihahRamly/chapter-4thermochemistry-44126546
Ooi, T. T. (2008). Compact Guide Chemistry SPM BIlingual. Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan: KHL Printing Co. Sdn. Bhd.
P. S. Tan. (2008). SPM Bilingual Chemistry Form 5. Shah Alam, Selangor
Darul Ehsan: KH Printing Co. Sdn. Bhd.
Tan, J. (2007). SPM Chemistry. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: KHL
Printing Co. Sdn. Bhd.
Wikipedia. (2013, Mac 8). Pembakaran. Didapatkan dari Wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembakaran
Wikipedia. (2016, Februari 9). Kerosene. Didapatkan dari Wikipedia:
https://en.wikipedia.org/wiki/Kerosene
Wikipedia. (2016, Januari 23). Liquefied petroleum gas. Didapatkan dari
Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Liquefied_petroleum_gas

Lampiran

Rajah 2.1: Lampu spirit bersama


kerosin dan penutup ditimbang

Rajah 2.2: Lilin bersama jubin


putih ditimbang

Rajah 2.3: Penunu Bunsen bersama


LPG ditimbang

Rajah 2.1: Penyediaan radas bagi


pembakaran kerosin

Rajah 2.2: Penyediaan radas bagi


pembakaran lilin

Rajah 2.3: Penyediaan radas bagi


pembakaran LPG

You might also like