10 Tajuk 3 Pengukuran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

TAJUK 3

PENGUKURAN

SINOPSIS
Tajuk ini meliputi idea tentang konsep pengukuran. Selain unit piawai,
instrumen tak konvensional serta unit bukan piawai yang digunakan dalam
pengukuran turut dibincangkan. Konsep pengukuran digunakan dalam
banyak aspek kehidupan kita. Ia adalah kemahiran matematik yang biasa
dan dipraktik dalam sains dan kehidupan seharian. Ini bermakna,
pengukuran boleh menjadi satu tajuk yang menarik dan penting dalam
kurikulum matematik sekolah. Oleh itu, murid perlu belajar konsep dan
proses yang berkaitan dengan pengukuran melalui penglibatan aktif
daripada situasi pelbagai amalan. Dalam tajuk ini, tiga jenis ukuran iaitu
panjang, jisim dan isipadu cecair diberi tumpuan.

HASIL PEMBELAJARAN

Memberi definisi ukuran panjang, jisim dan isipadu cecair.

Menyenarai pengetahuan kandungan pedagogi bagi pengukuran


panjang, jisim dan isipadu cecair.

Merancang aktiviti p&p berkaitan ukuran panjang, jisim dan isipadu


cecair.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

49

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

3.1 IDEA INTUITIF KONSEP MATEMATIK TENTANG UKURAN


Penerokaan berkaitan pengukuran adalah penting disebabkan ianya adalah satu
bidang dalam matematik yang digunakan secara meluas. Sebagai contoh,
apabila melakukan pelbagai aktiviti harian (masa) dan membeli (wang) barang
dengan jumlah yang tertentu (jisim), menentukan jarak daripada rumah ke suatu
destinasi (panjang), dapat disedari bahawa ukuran ada di mana-mana.
Mendapatkan kemahiran berkaitan pengukuran perlu dilakukan secara
praktikal, iaitu pengalaman secara hands-on. Secara khusus, kemahiran
berkaitan pengukuran dapat dikuasai melalui aktiviti berikut.

Membanding dua kuantiti secara terus.

Mengecam unit bukan piawai dan unit piawai untuk mengukur kuantiti.

Menganggar dan mengukur kuantiti dalam unit bukan piawai dan unit
piawai.

Menukar antara unit-unit piawai pengukuran.

Melakukan operasi matematik yang melibatkan ukuran dalam unit piawai.

Menyelesai masalah harian yang melibatkan ukuran dalam unit piawai.

Modul ini berfokus kepada hanya untuk membandingkan dua kuantiti secara
terus, mengecam unit bukan piawai dan unit piawai bagi ukuran, serta
menganggar dan melibatkan mengukur kuantiti dalam unit bukan piawai dan unit
piawai.

50

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR


3.2 PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI UKURAN PANJANG, JISIM,
DAN ISIPADU CECAIR

Apakah panjang?
Apakah jisim?
Apakah isipadu cecair?
Catat idea anda.

Bahagian ini akan membincangkan tentang pengertian panjang, jisim, dan


isipadu cecair; ukuran menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai; dan
turutan dalam mengajar pengukuran.
3.2.1 Panjang
Panjang ialah jarak antara dua titik yang diukur sepanjang garis lurus. Dua
ukuran panjang boleh dibandingkan secara terus dengan meletakkannya
sebelah menyebelah. Panjang boleh dibandingkan secara tidak langsung
dengan membandingkannya dengan panjang ketiga. Perbandingan ukuran
panjang sebenarnya boleh diukur dengan menggunakan alat pengukur seperti
pembaris dan pita pengukur.
Unit bukan piawai bagi ukuran panjang ialah sebarang ukuran panjang arbitrari
yang dijadikan sebagai satu unit. Contohnya: (a) bahagian badan seperti jengkal,
tapak kaki dan panjang lengan; dan (b) objek seperti pen, klip kertas, rod, lidi
dan sebagainya.
Mengikut catatan sejarah, peringkat awal unit ukuran adalah bahagian anggota
badan. Contoh adalah seperti berikut.

Hasta: dari siku ke hujung jari hantu.

Jengkal: dari hujung ibu jari ke hujung jari kelengkeng bagi jari yang
diluaskan pembukaannya.
51

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Depa: dari hujung jari hantu ke hujung jari hantu bagi tangan yang satu
lagi apabila tangan didepakan.

Genggam: lebar tangan (semua jari ditutup), ukurannya dari tepi tapak
tangan ke hujung ibu jari.

Kaki: Ukuran yang pada asalnya adalah panjang tapak kaki. Orang
Roman telah membahagikan ukuran ini kepada 12 inci.

Unit piawai bagi ukuran panjang ialah sebarang panjang yang tetap yang telah
diterima di peringkat antarabangsa. Contoh ialah ela, meter, batu, inci, kilometer.
Unit-unit seperti ela, batu dan inci dikenali sebagai unit Imperial. Sementara unit
meter, kilometer dikenali sebagai unit metrik. Walau bagaimanapun, kurikulum
sekolah di Malaysia hanya menggunakan unit metrik sahaja. Contoh lain bagi
unit metrik panjang ialah milimeter, sentimeter and decimeter.
3.2.2 Jisim
Dalam sains, terminologi untuk jisim dan berat adalah dua pengertian yang
berbeza. Jisim ialah ukuran jumlah jirim dalam suatu objek manakala berat ialah
tindakan graviti ke atas jisim. Walaubagaimana pun, penggunaan kedua-dua
terminologi ini agak longgar tetapi pada bahasa maksudnya adalah sama. Pada
kelazimannya proses mengukur berat objek merujuk kepada menentukan
jisimnya.
Jika dibandingkan dengan panjang, konsep jisim adalah lebih sukar untuk
difahami kerana jisim tidak boleh dilihat tetapi boleh dipegang dan dirasa.
Dengan kata lain jisim dua objek tidak boleh dibandingkan dengan hanya
melihat. Tambahan jisim objek tidak berkadar terus dengan saiz. Ketulan besi
yang kecil mungkin lebih berat daripada bungkusan besar kapas. Maka adalah
penting untuk memberi kesedaran kepada murid bahawa saiz objek yang besar
tidak semestinya lebih berat daripada objek bersaiz kecil .

52

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR


Unit bukan piawai jisim ialah sebarang ukuran arbitrari jisim yang digunakan
sebagai satu unit. Contoh objek yang biasa digunakan adalah kekacang, biji
getah, klip kertas, paku tekan, dan batu kelikir.
Unit piawai jisim adalah sebarang ukuran jisim yang tetap yang telah diterima di
peringkat antarabangsa. Contohnya, kilogram, pound, auns and gram. Unit-unit
seperti pound dan auns ialah unit Imperial. Sementara kilogram dan gram ialah
unit metrik.
3.2.3 Isipadu Cecair
Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. Satu ciri
cecair yang penting ialah isipadunya tetap tidak berubah walaupun bentuk
bekasnya berubah.
Unit bukan piawai isipadu cecair ialah sebarang ukuran isipadu arbitrari yang
digunakan sebagai satu unit. Contoh bekas yang lazim digunakan untuk
mengukur isipadu cecair ialah sudu, cawan, mangkuk, dan baldi.
Unit piawai isipadu cecair ialah sebarang isipadu yang tetap dan diterima
sebagai piawai di peringkat antarabangsa. Contohnya liter, gelen, pint, dan kuart.
Unit-unit seperti gelen, pint dan kuart adalah unit Imperial, manakala mililiter dan
liter adalah unit metrik.
3.2.4 Turutan Pengajaran Ukuran
Pengajaran tajuk ukuran perlu intergrasikan pengalaman harian dengan konsep
matematik yang diperoleh dalam kelas. Pengajaran seharusnya dapat membantu
murid membina konsep dan kemahiran, seterusnya dapat diperluas dan
dimantapkan semakin mereka matang.
Walau pun pengertian panjang, jisim dan isipadu cecair adalah berbeza antara
satu dengan lain tetapi pada asasnya turutan pengajaran adalah sama. Secara
53

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR


keseluruhan, murid belajar konsep ukuran melalui turutan berikut.

Mengamati dan mengenal pasti atribut panjang, jisim dan isipadu cecair
melalui perbandingan secara langsung dan tidak langsung.

Membina konsep unit ukuran melalui penggunaan secara langsung unit


bukan piawai diikuti unit piawai.

Menyatukan

konsep

unit

ukuran

melalui

penggunaan

instrumen

pengukuran.

Membentuk hubungan antara unit-unit piawai bagi ukuran.

Melakukan operasi aritmetik dengan melibatkan unit piawai bagi panjang,


jisim dan isipadu cecair.

Menyelesaikan masalah harian melibatkan unit piawai bagi panjang, jisim


dan isipadu cecair.

Pada peringkat permulaan, aktiviti yang melibatkan perbandingan secara


langsung tentang panjang, jisim dan isipadu cecair dapat membantu murid
memahami maksud setiap atribut (panjang, jisim, isipadu). Namun murid perlu di
beri kesedaran bahawa kadangkala perbandingan secara langsung tidak boleh
dilakukan. Misalnya membandingkan ketinggian dua pohon pokok, yang
berkemungkinan memerlukan pokok ditebang. Justeru, aktiviti yang melibatkan
perbandingan tidak langsung akan membantu murid membangunkan idea unit
sebagai titik rujukan, dalam membandingkan dua kuantiti.
Membangunkan konsep unit ukuran dalam kalangan murid boleh dimulakan
melalui penggunaan unit bukan piawai. Idea ini kemudian dikembangkan kepada
penggunaan unit piawai. Bagi kedua-dua unit piawai dan bukan piawai, murid
biasanya belajar mengikut turutan berikut.

Mengecam unit ukuran

Menganggar menggunakan unit ukuran

Mengukur menggunakan unit ukuran

Pengangaran menggunakan unit ukuran adalah proses penting untuk dilalui


54

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR


kerana penganggaran dapat menggalakkan murid berfikir dan dapat membantu
mereka untuk memperoleh kesedaran ukuran. Adalah penting supaya murid
digalakkan untuk membuat anggaran terlebih dahulu sebelum membuat
sebarang ukuran. Semasa mengguna instrumen piawai apabila mengukur
panjang, jisim dan isipadu cecair, kemahiran membaca skala unit ukuran perlu
diberi penekanan. Di samping penggunaan instrumen konvensional untuk
mengukur, murid juga perlu diberi peluang untuk membina alat ukur sendiri.
Mengetahui unit ukuran dalam metrik adalah penting. Pemahaman tentang
hubungan antara unit piawai ukuran seperti 1 meter (m) bersamaan 100
sentimeter (cm), 1 sentimeter bersamaan 10 milimeter (mm), seterusnya 1 meter
bersamaan 1000 milimeter juga tidak boleh di kesampingkan. Latihan penukaran
antara unit piawai dapat membantu murid untuk memperoleh kecekapan
khususnya apabila menyelesaikan masalah matematik.
3.4

AKTIVITI BERKAITAN PENGUKURAN

Aktiviti 1: Penganggaran dan pengukuran panjang dalam unit bukan piawai


Hasil Pembelajaran: Menganggar dan mengukur panjang dengan unit bukan
piawai.
Bahan: Pen, wang syiling.
Prosedur:
i.

Unit bukan piawai, seperti pen atau wang syiling diperkenalkan.

ii.

Dalam kumpulan kecil pelajar menganggar panjang meja mereka dengan


unit bukan piawai.

iii.

Pelajar menyemak anggaran dengan mengukur panjang meja dengan unit


bukan piawai.

iv.

Bincang idea pengukuran dan penggunaan unit bukan piawai untuk


mengukur panjang meja.

v.

Bincang masalah penggunaan unit bukan piawai dan keperluan unit


piawai.

55

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR


Ulasan:
Aktiviti ini boleh diulang untuk tajuk jisim dan isipadu cecair. Sebagai contoh
untuk menganggar dan mengukur jisim buku boleh dengan menggunakan batu
kelikir sebagai unit bukan piawai. Isipadu cecair pula, dengan menganggar dan
mengukur jumlah air untuk memenuhi cawan, dengan menggunakan sudu
sebagai unit bukan piawai.
Aktiviti 2: Mengenal pasti unit meter
Hasil pembelajaran: Mengenal pasti unit meter.
Bahan: Pembaris meter
Prosedur:
i.

Minta pelajar menganggar dan tunjukkan panjang satu meter dengan


kedua-dua tangan.

ii.

Semak anggaran pelajar dengan menggunakan pembaris meter.

iii.

Dalam kumpulan kecil, cari barang-barang dalam kelas yang panjangnya


anggaran satu meter dengan menggunakan pembaris meter.

iv.

Kongsi dapatan dengan rakan-rakan.

v.

Pelajar menganggar berapa banyak jumlah tapak kaki mereka yang


menyamai panjang satu meter seperti rajah di bawah.

1 meter
(**pijak kertas sebak supaya dapat meninggalkan bekas tapak kaki seperti di
atas)
vi.

Semak anggaran yang dibuat dengan bantuan pembaris meter.

vii.

Bincangkan soalan berikut:

56

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR


Adakah tapak kaki anda panjangnya tepat 1 meter?Jika tidak apakah
anda lakukan.
Dalam kumpulan anda siapakah yang mempunyai tapak kaki
terpanjang? Kenapa?
Dalam kumpulan anda siapakah yang mempunyai tapak kaki
terpendek? Kenapa?
Aktiviti 3: Lompat lurus
Hasil pembelajaran: Menganggar dan mengukur panjang dalam sentimeter.
Bahan: Pembaris dalam skala sentimeter
Prosedur:
(Aktiviti ini boleh dilakukan di luar bilik)
i.

Pelajar menganggar jarak yang boleh dilompat dengan badan lurus (tanpa
membengkokkan lutut).

ii.

Buat lompatan dan ukur jarak lompatan dalam unit sentimeter.

iii.

Bincangkan soalan berikut:


Siapakah yang dapat melompat dalam jarak paling jauh?
Siapakah yang melompat dalam jarak paling pendek?

Aktiviti 4: Saiz dan Jisim Objek


Hasil pembelajaran: - Membandingkan jisim dua objek secara langsung.
- Sedar dengan kenyataan yang saiz yang besar tidak
semestinya lebih berat.
Bahan: 2 objek dengan jisimnya jauh berbeza.
2 objek saiz yang besar tetapi ringan; saiz yang kecil tetapi lebih berat.
Prosedur:
i.

Tunjukkan 2 objek yang jisimnya jauh berbeza kepada pelajar. Tanya


soalan berikut:

Lihat kedua-dua objek ini. Mana satu yang anda fikir lebih berat?
Lebih ringan?

Bagaimana kita ketahui?


57

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Apa yang boleh kita katakan tentang saiz dan jisim objek?
[Jangkaan jawapan: Objek besar lebih berat daripada objek kecil.]

ii.

Ulangi prosedur (i) dengan dua objek lain yang berbeza saiz iaitu objek
yang bersaiz besar lebih ringan daripada objek bersaiz kecil.
[Jangkaan jawapan: Jisim objek tidak semestinya bergantung kepada saiz
objek. Objek besar mungkin lebih ringan daripada objek kecil.]

Aktiviti 5: Membandingkan Berat dengan Penimbang Ringkas


Hasil Pembelajaran: - Membandingkan jisim dua objek dengan menggunakan
penimbang ringkas.
- Menyusun objek daripada yang ringan kepada objek
yang semakin berat atau sebaliknya.
Bahan: satu penyangkut baju, 2 kotak kecil, benang, gunting/pisau,
syiling yang berbeza nilai.
Prosedur:
i.

Gunting dan bentukkan kedua-dua kotak kecil untuk membentuk dua


bakul kertas.

ii.

Guna benang untuk membuat gelungan ke atas ke dua-dua bakul, dan


gantungkannya kepada penyangkut baju untuk membentuk penimbang
ringkas.

iii.

Dalam kumpulan yang kecil, bandingkan jisim sebarang dua syilling yang
berbeza nilai berdasarkan lembaran aktiviti berikut.
Lembaran Aktiviti (Aktiviti 5)
i.

Antara syiling 5 sen dan 10 sen, mana lebih berat?


-

ii.

Antara syiling 5 sen dan 1 sen, mana lebih berat?


-

iii.

Teka dan semak dengan penimbang ringkas.


Teka dan semak dengan penimbang ringkas.

Susun secara menaik mengikut berat untuk syiling 1 sen,


5 sen, 20 sen, dan 50 sen.

Teka dan semak dengan penimbang ringkas.

58

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Aktiviti 6: Menimbang dengan Unit Bukan Piawai


Hasil Pembelajaran: Menganggar dan menimbang jisim objek dengan
menggunakan unit bukan piawai.
Bahan: penimbang ringkas, objek kecil dan serupa sebagai unit bukan piawai
(misalnya klip kertas, biji saga, kekacang), beberapa objek kecil.
Prosedur:
i.

Bagi suatu objek kecil yang dipilih, buat anggaran bagi jisimnya.
Kemudian timbang objek itu menggunakan ukuran unit bukan piawai.

Cuba teka: berapakah bilangan klip kertas yang sama berat dengan
sebatang pen. Gunakan penimbang ringkas untuk menyemak tekaan.

Cuba teka: berapakah bilangan biji saga yang sama berat dengan
sebatan pen. Guna penimbang ringkas untuk menyemak tekaan

ii.

Bincang idea penggunaan unit bukan piawai bagi mengukur jisim.

i.

Ahmad perlukan satu liter air. Dia mempunyai dua


bekas untuk mengukur isipadu air. Bekas tersebut
masing-masing boleh mengisi 5 liter dan 3 liter.
Bagaimana Ahmad boleh mendapatkan satu liter?

ii.

Jika Ahmad hendak menyukat 2 liter air.


Bagaimanakah dia melakukannya?

iii.

Jika Ahmad hendak menyukat 6 liter air dengan


menggunakan bekas 9 liter dan 4 liter,
bagaimanakah dia melakukannya ?

59

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Cari maklumat tentang ukuran. Laman sesawang berikut boleh


dirujuk.
i.

http://www.allmeasures.com/

ii.

http://www.tedmontgomery.com/convrsns/index.html

iii.

http://www.digitaldutch.com/unitconverter/area.htm

iv.

http://www.nctm.org/resources/content.aspx?id=11382

Blitzer, R. (2003). Thinking mathematically. 2nd Ed. Upper


Saddle River, New Jersey: Prentice-Hall.
Booker, G., Boon, D., Briggs, J., Davey, G. (1998). Teaching
primary mathematics. 2nd Ed. Sydney: Longman.
Bitter, G., Hartfield, M., Edward, N.T. (1989). Mathematics
method for the elementary and middle school: A
comprehensive approach. Boston: Allyn and Bacon.

60

You might also like