Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

1.

PENGENALAN
Merungkai makna kata kognitif, ianya merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental
seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan
masalah dan sebagainya. Charlesworth (2004), mendefinisikan kognitif sebagai
perkara yang berkaitan dengan minda dan bagaimana ia bekerja. Dapat disimpulkan
di sini bahawa merupakan suatu proses mental yang mentafsir, mempelajari dan
memahami sesuatu proses pembelajaran termasuklah pengamatan yang berlaku
dalam otak manusia.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), kemahiran kognitif
merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami,
mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia
melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul,
menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Rohani Abdullah
(2003), menyatakan perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak
belajar dan memproses maklumat. Hal ini bermaksud, ia adalah suatu proses
memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.
Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari
aspek pemikiran dan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan
percakapan. Ia berkaitan dengan keupayaan seseorang individu menerima maklumat
dari persekitaran, menyimpan dan bagaimana ia diingat semula apabila diperlukan
untuk

menyelesaikan

masalah.

Perkembangan

kognitif

merupakan

aras

pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut bagi


memahami dunia di sekitar mereka.
Terdapat pelbagai teori dan penjelasan mengenai bagaimana kanak-kanak
memperoleh, memproses dan menggunakan pengetahuan ini dalam aktiviti mereka
(Hetherington & Parke, 1986). Teori perkembangan kanak-kanak ini dipelopori oleh
ahli-ahli psikologi seperti Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah
memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak
berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak.
Umumnya, Piaget menjelaskan proses pemikiran kita berubah secara
menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai peringkat kematangan.
Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi
perubahan-perubahan

yang

berlaku
1

di

persekitaran

mereka.

Beliau

juga

menerangkan mengenai minda manusia yang membina skema dan melakukan


proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Skema adalah struktur kognitif
atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan
persekitaran. Asimilasi merujuk kepada penerimaan maklumat baru sebagai selaras
dengan skema. Akomodasi merupakan pengubahsuaian skema yang ada bagi
menerima maklumat yang baru. Hasilnya, kanak-kanak membina skema daripada
pengalaman persekitaran yang didapatinya. Skema-skema ini akan berubah-ubah
melalui adaptasi kanak-kanak ke atas pengalaman-pengalaman baru yang dibina.
Berbeza dengan Vygotsky, beliau lebih menekankan aspek konstruktivisme di
dalam teori perkembangan kognitif. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa
pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, kanak-kanak akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Teori Konstruktivisme mencadangkan bahawa manusia
membina pemahaman dan pengetahuannya sendiri tentang dunia di sekelilingnya
dengan mengalami dan membuat refleksi ke atas pengalaman tersebut.

2.0

ANALISIS KOMPREHENSIF TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET


Piaget berpendapat proses pemikiran individu dipengaruhi empat faktor yang
saling berkaitan antaranya adalah kematangan biologi iaitu proses pemikiran yang
dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik. Kedua adalah interaksi individu dengan
persekitaran yang juga merupakan salah satu proses yang dilalui oleh manusia untuk
memahami perkara-perkara yang berlaku. Ketiga adalah pengalaman sosial yang
juga merupakan perkembangan kognitif yang dipengaruhi oleh individu dalam
pergaulan dengan orang-orang di sekelilingnya. Manakala keempat adalah
keseimbangan iaitu satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi
dengan situasi yang baru dialami.
Berdasarkan

teori

perkembangan

kognitif

piaget,

belaiu

mendapati

kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan


yang dilalui. Menurut beliau, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat
seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan
yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Justeru itu, Piaget
telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut turutan
umur.

2.1

Peringkat Sensorimotor (Sejak lahir-2 tahun)


Pada peringkat bayi, tiada persepsi yang berlaku pada dirinya.
Pemahaman bayi tentang dunia ini berasaskan pada gerakan spontan yang
tidak dipelajari seperti melihat, menghisap dan memegang. Pada tahap ini
deria memainkan peranan yang penting dalam memberi pemahaman (Slavin,
1997).
Peringkat

sensorimotor

adalah

peringkat

di

mana

bayi

mengkooridnasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk


skema tingkah laku yang membolehkan mereka meneroka dan mengetahui
tentang

persekitaran

mereka.

Contohnya,

bayi

menghisap

ibu

jari,

memasukkan objek ke dalam mulut, mencapai objek yang berbunyi dan lainlain lagi tingkah laku yang dilakukan tanpa dipelajari daripada sesiapa.
Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga menunjukkan
permulaan pemikiran logik. Aktiviti-aktiviti fizikal mereka mula mempunyai
matlamat-matlamat yang mudah. Contohnya, ketika kanak-kanak berumur

satu tahun, mereka mempunyai keupayaan untuk menyusun skema yang


mudah dan logik untuk mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas
yang bertutup atau boleh mengatur langkah untuk mengambil objek yang
jauh.
Tahap sensorimotor ini diakhiri dengan kanak-kanak memperolehi
kepercayaan tentang kekekalan objek, iaitu ia sedar, objek itu akan terus
wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh. Satu sifat lain ialah
tindakan ulangan, iaitu kanak-kanak boleh mengulang semula proses ini ke
asal secara fizikal. Misalnya, memasukkan semula objek ke dalam bekas dan
menutupnya.
Di samping itu kanak-kanak mula meniru tindakan yang tidak pernah
dilakukan sebelum ini. Ia belajar daripada orang lain dan objek yang dapat
dilihat atau disentuh. Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan melambai
tangan dan memasukkan sudu ke dalam mulut untuk menyuap makanan.
Piaget menyifatkan aktiviti ini sebagai permulaan proses menyelesaikan
masalah dalam kehidupan. Dari segi pendidikan, membekalkan objek maujud
adalah penting untuk proses pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan
ke peringkat yang abstrak.

2.2

Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)


Pada tahap ini kanak-kanak berupaya menggunakan simbol seperti
imej atau perkataan yang juga menunjukkan keupayaannya menggunakan
bahasa. Kanak-kanak mula menggambarkan dan merancang pergerakan
ataupun aktiviti mereka dengan menggunakan minda untuk membentuk
skema (Bee & Boyd, 2007). Contohnya, kanak-kanak menggunakan kayu
sebagai kereta. Tetapi apa yang menarik ialah kanak-kanak pada masa ini
banyak bergantung pada persepsi daripada logik. Mereka kebanyakannya
melihat persekitaran mengikut persepsi mereka sendiri iaitu bersifat
egosentrik.
Kendatipun begitu, pada tahap ini kanak-kanak tidak boleh menguasai
konsep kekalan. Ini disebabkan oleh kanak-kanak hanya memberi tumpuan
kepada satu ciri masalah saja, egosentrik dan tidak dapat menukarbalikan
sesuatu tingkah laku secara mental.

2.3

Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)


Menurut Mok Soon Sang (2001), tahap ini berlaku semasa kanakkanak berumur 7 tahun hingga 11 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak
telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat berjaya
melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek
maujud.

Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah

konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu


mengalami perubahan yang ketara.

Mereka sudah pandai melakukan

operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti
lebih berat, lebih tinggi dan sebagainya.
Tambahan pula, mereka juga boleh memberikan perhatian kepada
beberapa perkara serentak.
semakin bertambah.

Pada masa yang sama, ingatan mereka

Walaubagaimanapun, pada tahap ini kanak-kanak

masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak umpamanya


konsep ketuhanan, syurga dan neraka. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu
menguasai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi
'compensation dan prinsip keterbalikan.
Pertamanya, prinsip identiti menunjukkan bahawa mereka tahu
sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, amaun atau
bilangan objek adalah sama walaupun bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi
yang dikenali sebagai compensation, menunjukkan bahawa mereka tahu
sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu
aspek yang lain manakala pada prinsip keterbalikan pula kanak-kanak boleh
mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula.

2.4

Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)


Pada peringkat ini, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat
berfikir secara logik, termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan
masa depan dan sanggup membuat hipotesis. Seperti yang dikatakan oleh
Mok Soon Sang (2001), di mana pada peringkat ini kanak-kanak boleh
melakukan andaian dan jangkaan berdasarkan fakta.
Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan apa
yang mungkin berlaku daripada apa yang bakal berlaku. Oleh kerana
5

pemikir operasi formal sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu


kemungkinan, ia telah sedia membuat eksperimen menguji idea, kebenaran
dan pemikiran saintifik. Ia juga menguasai kebolehan untuk menyelesaikan
masalah dengan kombinasi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.
Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti dan
demokrasi.
Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan
yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan
sering mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.

3.0

IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF TERHADAP PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN GURU DALAM BILIK DARJAH
Piaget mengatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan
yang tersendiri. Oleh sebab itu, kanak-kannak di dalam sesuatu darjah bukan sahaja
berlainan peringkat kebolehan tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan
kognitif. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, inilah perumpamaan Melayu
yang sesuai dengan teori kognitif ini. Hal demikian kerana teori perkembangan
kognitif Piaget sesuai sepanjang zaman kerana idea beliau mempengaruhi
persekitaran pembelajara, kurikulum, bahan dan metodologi pengajaran.
Berdasarkan teori perkembangan kognitif, ianya lebih menitikberatkan
mengenai pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk
proses pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara
langsung

memberikan

implikasi-implikasi

kepada

proses

pengajaran

dan

pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Teori pembelajaran kognitif ini


menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu
mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran
kognitif ini ia sekaligus memberikan implikasi-implikasi kepada proses PdP muridmurid.
Selain itu, implikasi kognitif yang seterusnya ialah membantu murid-murid
mengingat semula. Hal ini ekoran daripada pembelajaran kognitif yang menekankan
kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari
peringkat bayi sehingga dewasa. Berdasarkan buah fikiran Piaget, kanak-kanak
bersifat aktif di mana mereka akan memperkembangkan tahap dan potensi diri
masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut
tahap ataupun peringkat umur.
Dalam masa yang sama ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak
tersebut memperoleh pengetahuan mereka. Contohnya, ketika di prasekolah kanakkanak memperoleh pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dunia.
Misalnya mengenai pengangkutan, jika di bangku prasekolah mereka hanya
mengetahui kereta dan motorsikal sebagai kenderaan. Namun, di bangku sekolah
mereka mempelajari sesuatu yang baru dimana bas dan van juga dikategorikan
sebagai pengangkutan.
Tambahan juga, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah perbezaan
tahap kefahaman dan kecekapan para murid. Hal ini kerana setiap insan mempunyai
7

kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, begitu juga dengan kanak-kanak yang
mempunyai tahap kefahaman yang berbeza mengikut individu walaupun berada
pada peringkat yang sama. Berdasarkan pendapat Piaget, beliau mengelaskan
tahap perkembangan kognitif kepada empat tahap. Disebabkan itu, isi pelajaran dan
kaedah pengajaran bagi setiap peringkat dan individu adalah berbeza. Misalnya, di
prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada
pengetahuan asas seperti kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Jelas
di sini bahawa tahap kebolehan seseorang adalah berbeza antara satu sama lain.
Melalui teori ini kita sedia maklum bahawa di peringkat awal kanak-kanak
mereka amat sukar untuk memahami sesuatu yang bersifat abstrak. Ini adalah
disebabkan oleh tahap dan daya imaginasi mereka masih berada pada tahap yang
rendah sehinggakan mereka tidak boleh berfikir mengenai sesuatu yang tidak konkrit
ataupun dalam bahasa yang lebih mudah ialah sesuatu yang tidak dapat dirasa,
disentuh dan dilihat melalui penglihatan mata kasar.
Akhir sekali, menurut Mok Soon Sang (2009), pembelajaran merupakan
perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah
menggunakan proses akomodasi untuk mengbah struktur kognitifnya atau juga
merujuk kepada skema agar mengadaptasikan keperluan situasu pembelajaran yang
dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi instrinsik
individu, maka penglibatan individu secara aktif amat dititikberatkan melalui teori ini.

4.0

LANGKAH-LANGKAH

MENANGANI

IMPLIKASI

TEORI

PERKEMBANGAN

KOGNITIF TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU


Berdasarkan implikasi-implikasi yang dinyatakan maka guru-guru perlu
memainkan peranan dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Hal
ini kerana guru dilihat sebagai jentera penggerak dalam melahirkan modal insan
yang berkualiti sejajar dengan teori perkembangan kognitif yang dipelopori oleh
Piaget. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teori perkembangan kognitif merupakan
suatu teori yang sangat penting dalam proses PdP. Setiap masalah yang berlaku
pasti ada jalan penyelesaianya. Begitu juga di dalam situasi ini, terdapat beberapa
langlah yang boleh diambil dalam menangani implikasi teori perkembangan kogniti
terhadap PdP guru dalam bilik darjah.
Antaranya

ialah,

penyusunan

perkembangan

kanak-kanak.

perkembangan

kognitif,

Mengikut

beliau

telah

isi-isi

pelajaran

pendapat

Jean

mengelaskan

mengikut
Piaget

kepada

peringkat

dalam
empat

teori
tahap

perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor (sejak lahir hingga 2 tahun),
praoperasi (2 hingga 7 tahun), operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) dan operasi formal
(11 tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan
dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

mestilah

mengikut

peringkat

perkembangan kanak-kanak. Contohnya, terdapat perbezaan di antara PdP di


peringkat prasekolah dan sekolah rendah. Jika di prasekolah prinsip yang diguna
pakai dalam proses PdP ialah bermain sambil belajar, berbeza pula apabila sudah
melangkah kaki ke peringkat sekolah rendah di mana proses PdP adalah lebih serius
kepada input pelajaran dan masa bermain dikurangkan.
Kesukaran murid-murid untuk memahami sesuatu yang abstrak memerlukan
guru untuk menyediakan dan menggunakan bahan-bahan yang bersifat konkrit di
dalam proses PdP. Tahap imaginasi yang rendah menyebabkan murid-murid sukar
untuk memahami sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Contohnya, bagi
pembelajaran mengenai huruf dan angka, guru perlu menggunakan sesuatu yang
konkrit untuk memberi fahaman yang lebih kepada murid. Misalnya dengan
menggunakan plasticine untuk membuat rupa bentuk huruf A ataupun dengan
menggunakan gula-gula untuk menentukan bilangannya mengikut nombor yang
ditetapkan oleh guru.
Dalam masa yang sama, guru-guru hendaklah menyediakan bahan bantu
mengajar (BBM) yang menarik dan menjurus ke arah pendidikan abad ke-21. Hal ini
adalah untuk menarik minat para murid untuk terus fokus di dalam proses PdP.
9

Penggunaan BBM yang menarik juga akan memberikan kefahaman yang lebih baik
kepada murid mengenai sesuatu topik. Contohnya untuk memberi kefahaman yang
lebih mendalam kepada murid mengenai konsep penambahan dan penolakan, guru
boleh menggunakan bahan-bahan konkrit yang menarik di dalam proses PdP seperti
gula-gula, guli, bongkah kayu dan pelbagai lagi jenis bahan.
Pendidikan abad ke-21 juga memerlukan guru untuk mempelbagaikan
kaedah PdP yang lain daripada yang lain. Hal ini adalah untuk mewujudkan
kepelbagaian dalam proses PdP yang tidak hanya tertumpu kepada PdP tradisional
yang hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Contohnya, guru boleh melakukan proses
PdP di luar bilik darjah dengan mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara
atauppun taman rekreasi untuk mempertingkatkan lagi kefahaman murid mengenai
topik berkenaan haiwan dan alam sekitar. Kaedah pembelajaran luar bilik darjah ini
sedikit sebanyak dapat menarik minat murid untuk terus menelaah ilmu
pengetahuan.
Seterusnya, guru perlulah mengajar dan memberi arah di dalam proses PdP
dengan menggunakan ayat yang ringkas dan tersusun. Ini kerana, murid mungkin
akan keliru dengan arahan atau pengajaran yang menggunakan ayat yang panjang
dan kompleks. Tambahan juga, murid yng berada di peringkat awal kanak-kanak
kurang mahir dalam perbendaharaan kata. Dengan penggunaan ayat yang ringkas
dan tersusun, bukan sahaja perkembangan kognitif murid yang akan teransang,
bahkan perkembangan bahasa murid juga turut berkembang dengan lebih pesat.
Guru juga boleh menggunakan contoh-contoh yang bersesuaian yang
mempunyai hubungkait dengan minat atau diri murid. Contohnya, jika guru mengajar
tentang kepentingan puasa, guru boleh mengaitkannya dengan cerita Upin dan Ipin.
Sekiranya guru mengajar tentang nilai tidak berputus asa, guru boleh mengaitkannya
dengan watak Naruto di dalam cerita Naruto. Mungkin ianya dianggap cerita yang
hanya membuang masa, namun cerita-cerita kartunlah antara yang menjadi
kegemaran murid. Jadi, guru perlulah meletakkan diri pada tahap kanak-kanak ini
dan mengaitkan pengajaran dengan sesuatu yang disukai murid agar mereka lebih
mudah mengingatnya.
Sebagai penambahan, guru boleh memperkenalkan soalan-soalan berbentuk
penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Guru perlu
menunjukkan jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang mudah, tersusun
dan sistematik. Dengan ajaran guru yang tersusun dan mudah difahami,
10

perkembangan kognitif murid akan teransang lalu akan lebih cepat untuk memahami
dan meneroka sesuatu perkara baru. Contohnya, guru boleh menyediakan soalan
berbentuk penyelesaian yang mudah di dalam soalan matematik mengenai topik
penambahan.
Disebabkan ini, guru dilihat sebagai jentera penggerak yang utama dalam
memastikan murid-murid dapat mempelajari sesuatu ilmu dengan cara dan kaedah
yang berkesan. Dalam erti kata yang lain, guru-guru perlu peka terhadap
perkembangan kognitif murid dengan mengambil kira perkembangan dari segala
aspek.

11

5.0

PENUTUP
Tuntasnya, teori perkembangan kognitif Jean Piaget menerangkan bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah mengikut beberapa peringkat iaitu
sensorimotor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit, diikuti peringkat
operasi formal. Ilmu dan kemahiran adalah dibina berdasarkan usaha individu itu
sendiri. Proses kognitif menekankan kepada proses di sebalik tingkah laku yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak. Dalam erti kata yang lain, proses ini lebih
memfokuskan kepada proses mental dalaman. Sumbangan penting Piaget ini perlu
dianalisis dari segi perkembangan pemikiran pelajar iaitu bagaimana kanak-kanak
berfikir dan bertingkah laku. Guru bertanggungjawab untuk memerhati pelajar
dengan teliti untuk membantu pembelajaran yang berdasarkan perkembangan
kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam menterjemahkan idea Piaget dalam
proses PdP.
Perkembangan kognitif kanak-kanak perlu diberi perhatian yang tinggi kerana
kanak-kanak ini merupakan insan yang mudah menerima dan memahami sesuatu
perkara dengan cepat seperti pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Orang atau insan yang paling mempengaruhi mereka sudah semestinya para
ibubapa dan guru kerana merekalah merupakan insan yang paling rapat kepada
mereka. Segala tindak laku ibubapa dan guru dapat memberi pengaruh yang besar
dalam kehidupan kanak-kanak ini. Justeru itu, demi memastikan negara terus
dibekalkan dengan modal insan yang berkualiti, ibubapa dan guru ini perlu
menerapkan banyak nilai-nilai murni ke dalam diri mereka sejak dari awal lagi.

12

REFLEKSI
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dan kawan saya telah
diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk tugasan kerja
kursus ini adalah berkisarkan tentang teori perkembangan kognitif Piaget terhadap
pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dalam bilik darjah serta langkah-langkah yang
sesuai di ambil bagi menanganinya. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini,
pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan
muncul di benak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain
yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi
tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau
bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut
cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini
kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing
bagi kami. Bahkan topik mengenai tugasan ini sudahpun dibincangkan serba sedikit oleh
rakan sekelas sewaktu sesi pembentangan.
Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada
rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan
hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga
telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu lagi. Kolaborasikolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea,
pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi
seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.
Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa
perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran
pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dalam subjek ini, saya
mempelajari bahawa teori perkembangan kognitif merupakan suatu yang sangat penting
dalam aspek perkembangan mental dan fikiran kanak-kanak. Hal ini kerana fikiran

13

memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Dengan adanya fikiran yang
sihat dan cerdas maka individu yang berketrampilan, berwawasan dapat dibentuk.
Melalui tugasan ini juga, saya dapat mendalami lagi tentang ilmu-ilmu berkaitan
dengan teori perkembangan kanak-kanak dan kaitannya dengan pendidikan. Dalam masa
yang sama juga saya dapat mempelajari ragam dan tahap kebolehan murid. Hal ini menjadi
satu kepentingan kepada saya dalam memengang gelaran sebagai bakal guru. Dengan
pengetahuan serba sedikit ini saya dapat aplikasikannya pada masa akan datang. Selain itu,
saya juga dapat mempelajari cara-cara dalam menangani implikasi-implikasi dalam teori
perkembangan. Secara keseluruhannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk
dipelajari dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.
Dalam memegang gelaran seorang bakal guru, banyak lagi perkara yang belum saya
terokai sepenuhnya. Tugasan ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada saya untuk
menerokai dan menjelajahi ilmu baru dalam mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu
tambahan demi mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Hal ini kerana sejajar
dengan PPPM 2013-2025 dan pendidikan abad ke-21, seorang guru itu perlulah
mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang luas untuk dikongsi bersama
anak murid kelak.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Namun satu perkara yang menjadi kepentingan dalam tugasan ini adalah pengetahuan dan
kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti
menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

14

RUJUKAN

Boon, P. Y., Noriati A. Rashid & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan alam
belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2009). Perkembangan kanak-kanak untuk program ijazah
sarjana muda perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamaruddin Husin. (1996). Sekolah dan Perkembangan kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Sharani Ahmad. (2006). Psikologi kanak-kanak. Selangor: PTS Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Mok, S. S. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Noraini Tahir, Roszikin Zakaria & Zainab Zakaria. (2007). Perkembangan kognitif dan
pembelajaran kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Shahbdin Hisham, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). Siri pendidikan perguruan.
Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

15

LAMPIRAN

16

You might also like