Wayang Kulit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Wayang Kulit

Latar Belakang Sejarah :


Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan
bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak
mitos dan khayalan dilarikan oleh seorang dalang. Di Alam Melayu, Wayang Kulit boleh didapati
dalam beberapa jenis. Antaranya termasuklah Wayang Kelantan, Wayang Melayu, Wayang
Purwo dan Wayang Gedek. Persembahan wayang kulit akan diiringi dengan satu kumpulan
muzik sebagai membantu menghidupkan lagi . Peralatan muzik yang sering digunakan dalam
persembahan wayang kulit adalah Serunai (utama), Gendang Ibu, Gendang Anak, Gendombak
Ibu, Gedombak Anak, Kesi, Geduk Ibu, Geduk Anak, Canang dan Gong.

Jenis jenis Wayang Kulit


Wayang kulit di Malaysia terbahagi kepada tiga jenis iaitu Wayang Kelantan, Wayang Purwo
dan Wayang Gedek. Wayang Kelantan terdapat di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur
yang mempersembahkan cerita-cerita Hikayat Seri Rama, manakala Wayang Purwo pula
terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor yang
mengetengahkan episod dari kitab Mahabrata dan cerita Panji. Wayang kulit didirikan oleh
beberapa elemen penting iaitu dalang, patung, kelir dan muzik. Gabungan dari elemen inilah
yang menjadikan persembahan wayang kulit satu persembahan yang harmonis.

Dalang
Dalang merupakan pemimpin dan tukang cerita dalam persembahan wayang kulit. Dalang juga
bertindak sebagai pemain segala peranan dalam cerita wayang kulit dengan menggerakkan
patung yang diukir daripada kulit lembu, untuk melambangkan pelbagai watak dalam cerita
seperti Ramayana, Mahabrata dan Panji. Dalang dikenali sebagai tokoh pencerita yang beraksi
sambil bercerita, serta memainkan patung wayang kulit. Antara dalang-dalang yang terkenal
ialah Pak Hamzah, Dolah Baju Merah, Dalang Noh Siam, Pak Margono Sitir dan lain-lain.

Pentas / Kelir
Syahariman bin Hamid
Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA

Pentas Wayang Kulit diperbuat daripada kayu begitu juga dindingnya manakala bagi atap pula
diperbuat daripada daun rumbia atau daun nipah. Pentas biasanya dibina tiga atau empat kaki
daripada tanah dan ia menyerupai pondok kecil yang boleh menempatkan patung-patung, alaalat muzik dan perkaksas-perkakas persembahan. Kelir pula merupakan sejenis kain putih
direntang di depan panggung yang melindungi dalang dan pemain muzik. Di belakang kelir
dipasang lampu untuk menerbitkan bayang. Pada zaman dahulu, lambu (belincong) yang
digunakan ialah pelita ayam sebelum muncul gasolin. Kini bal lampu digunakan menggantikan
gasolin dan pelita ayam.

Patung
Patung-patung merupakan peranan penting dalam wayang kulit. Bentuk patung wayang kulit
yang berpengaruh Jawa mempunyai sendi tangan yang boleh digerakkan tetapi pada patung
wayang kulit Kelantan hanya mempunytai satu sendi tangan. Antara watak-watak wayang kulit
yang digunakan ialah seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko (Wayang Kelantan), Semar dan
Cemuras / Turas (Wayang Melayu) bukan sahaja melambangkan perwatakan tempatan tetapi
pembentukan patungnya juga terkeluar dari kelaziman pembentukan patung-patung yang lain.

Muzik
Penggunaan alat muzik dalam persembahan wayang kulit adalah berbeza antara satu dengan
yang lain. Peralatan muzik untuk Wayang Kulit Kelantan ialah gong, (tetawak), gendang, geduk,
gedombak, canang, mong, serunai dan kesi. Bagi Wayang kulit Purwo pula alat-alat muzik yang
digunakan ialah gong besar (gong Agong), gong suwukan, gambang, kempul, kenong, gender,
slentem, demung, saron, peking (saron penerus), ketok / kompang, rebab dan gendang. Antara
jenis-jenis lagu yang dimainkan pula ialah seperti Lagu Bertabuh, Perang, Seri Rama, Kabar
Manja, Buluh Seruas, Pandan Wangi dan banyak lagi.

Kesimpulan
Wayang Kulit sebagai teater tradisional adalah gambaran kehidupan masyarakat Meolayu
Tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai hiburan, tetapi lebih penting adalah gambaran
sikap, nilai, norma, hati budi dan konsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada
waktu tersebut.

Syahariman bin Hamid


Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA

You might also like