Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Cadangan

Setelah mengkaji cara pengurusan dan perniagaan syarikat IKEA, kumpulan


kami telah mencadangkan beberapa idea yang mampu membantu IKEA untuk
meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatannya.
i.

Meningkatkan perkhidmatan atas talian


IKEA perlu menyediakan perkhidmatan atas talian yang lebih cekap
tanpa sebarang gangguan sambungan internet atau kegagalan sistem
untuk memproses data. Sebarang perubahan atau keluaran produk
yang baharu perlu dikemaskini dengan segera di portal rasmi syarikat
IKEA

untuk

memberi

kemudahan

kepada

pelanggan

untuk

mengetahui produk terbaharu yang dikeluarkan. Kualiti dan harga


produk perlu diterangkan secara terperinci supaya pelanggan dapat
menilai kualiti barangan yang dihasilkan.
ii.

Mengekalkan tawaran harga terendah


Pihak pengurusan IKEA perlu sentiasa merangka strategi baru bagi
meningkatkan keuntungan dan mengekalkan penawaran harga yang
terendah walau dalam apa keadaan sekalipun agar pesaing tegar
tidak dapat menyaingi dan IKEA akan muncul sebagai sebuah syarikat
pengeluar perabot terbesar dan terkemuka di dunia.

iii.

Meningkatkan promosi
Syarikat IKEA perlu meningkatkan pasaran melalui promosi yang lebih
giat bagi membolehkan IKEA mengaut keuntungan modal. Sejurus hal
ini, ia dapat membantu syarikat IKEA membuka lebih banyak
cawangan di negara-negara membangun yang boleh memberi
keuntungan kepada syarikat.

You might also like