Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Konsep Perniagaan Antarabangsa Syarikat IKEA

Syarikat IKEA mengamalkan empat konsep perniagaan antarabangsa.


Konsep-konsep tersebut adalah dunia tanpa sempadan, pasaran menimbul,
globalisasi dan lokalisasi produk. Dunia tanpa sempadan bermaksud satu konsep di
mana syarikat-syarikat multinasional boleh membuka cawangan di negara lain yang
berada dalam blok perdagangan yang sama. Oleh sebab IKEA menjadi anggota EU,
maka banyak syarikat IKEA ditubuhkan di negara-negara Eropah. Dengan itu, IKEA
boleh berdagang dan menjalankan urusniaga import dan eksport dengan bebas dan
tidak dibatasi oleh sempadan.
Pasaran menimbul merupakan kawasan atau negara baru yang dikenalpasti
sebagai negara yang mempunyai ekonomi yang mampu dan boleh menyediakan
pasaran bagi eksport pengeluaran dunia dan antarabangsa. IKEA telah membuka
cawangan di negara tersebut seperti China, Brazil, Jerman dan Argentina. Konsep
perniagaan yang dijalankan oleh syarikat IKEA di negara tersebut adalah amat
berbaloi kerana kemampuan rakyat negara itu untuk memiliki barangan keluaran
IKEA adalah amat tinggi. Hal ini telah memberi peluang kepada IKEA untuk meraih
keuntungan yang banyak.
Globalisasi pula merupakan usaha meluaskan penglibatan perniagaan ke
pasaran dunia, mempiawai operasi secara meluas dan mengintegrasi pengeluaran
firma. Syarikat IKEA boleh didapati di seluruh dunia, iaitu 332 gedung di 40 buah
negara. Pelanggan boleh mendapatkan produk atau perkhidmatan yang sama
ditawarkan walau di manapun. Produk dan perkhidmatannya hanya mengalami
beberapa perubahan dari segi reka bentuk produk, jenis hidangan makanan dan lainlain lagi mengikut kesesuaian budaya dan agama negara masing-masing.
Konsep lokalisasi ialah usaha mengubah subsidiari asing ke dalam organisasi
tempatan supaya bersesuaian dengan ciri-ciri tempatan di mana ia beroperasi. IKEA
menjalankan konsep lokalisasi produk di mana produknya diubahsuai mengikut
negara yang beroperasi Antara perubahannya adalah dalam bentuk ukiran, bentuk
dan saiz. Kafeteria IKEA juga berbeza dari segi jenis menu mengikut negara yang
beroperasi. Contohnya, IKEA di Malaysia hanya menawarkan menu halal kerana
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.
IKEA turut mengamalkan konsep lokalisasi pasaran di mana cawangannya
akan diubahsuai bentuk pengurusan mengikut budaya tempatan. Pihak pengurusan
perlu mengubahsuai waktu bekerja, cuti perayaan, waktu perayaan, waktu
sembahyang dan cara pemakaian pekerja mengikut budaya tempatan.

You might also like