Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3

HALUS

SET 1

SKRIP JAWAPAN
SEJARAH (1249/3)
KERTAS 3
2013
(MODUL HALUS)
SET 1
Hasil dedikasi: Guru-Guru Sejarah Daerah Kuala Langat

SOALAN 1
Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah

Kuala Langat 2013

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3

HALUS

SET 1
Jelaskan maksud pertubuhan serantau
Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang anggotanya terdiri daripada
negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah
untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Sejak Malaysia mencapai

kemerdekaan,

terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya iaitu ASA pada tahun
1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.

[5 markah]

SOALAN 2
Terangkan penyertaan Malaysia dan perkembangan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN
Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita dan negara-negara serantau diancam
pengaruh komunis. Di Malaysia, pergerakan PKM telah menyebarkan pengaruh fahaman
komunis di kalangan rakyat. PKM telah diharamkan kerajaan. Menyebabkan ahli-ahlinya
melancarkan gerakan gerila

menjatuhkan kerajaan. Di negara-negara jiran, ancaman

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah

Kuala Langat 2013

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3

HALUS

SET 1
komunis hebat terutamanya di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM
menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila. Ini
menyukarkan usaha kedua-dua negara untuk melemahkan dan menghapuskan gerakan
komunis. Negara Filipina turut diancam pengaruh komunis. Malaysia ingin mengadakan
kerjasama dengan negara-negara jiran untuk membendung pengaruh dan gerakan PKM.
Penubuhan ASA hasil cadangan Tunku Abdul Rahman.

Pada 31 Julai 1961, mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia , Thailand dan
Filipina hasilnya ASA telah ditubuhkan. Pertubuhan ini

dapat melindungi negara-negara

anggota daripada ancaman komunis .Penubuhan ASA juga bertujuan menjalinkan kerjasama
ekonomi, sains dan sosial. ASA juga bertujuan memberi dan menyediakan kemudahan
latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara-negara
anggota. Ia juga bermatlamat mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan
politik negara-negara serantau. Matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana tiada
kerjasama yang erat. ASA

dianggap sebagai Pertubuhan antipemerintahan Presiden

Soekarno di Indonesia.
Sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika
Syarikat. Pertelingkan antara Malaysia dan Filipina berkaitan penubuhan Malaysia akhirnya
membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.
MAPHILINDO

merupakan cantuman

tiga

negara iaitu Malaysia, Filipina dan

Indonesia.Tujuan utama penubuhannya

untuk meningkatkan perhubungan persahabatan

dan

Malaysia-Filipina

menyelesaikan

pertelingkahan

dan

Malaysia-

Indonesia.

Pertelingkahan timbul disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak


bersetuju dengan pembentukan Malaysia. Presiden Soekarno menganggap pembentukan
Malaysia sebagai satu neokolonisme atau penjajahan bentuk baru. Filipina pula menuntut
Sabah yang didakwa hak milik mereka. Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina
dan Indonesia. Hasilnya MAPHILINDO ditubuhkan.PBB memainkan peranan mendapatkan
pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang penubuhan Malaysia. Wakil PBB dihantar
untuk meninjau padangan rakyat Sabah dan Sarawak.Hasilnya, majoriti rakyat di kedua-dua
negeri bersetuju.

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah

Kuala Langat 2013

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3

HALUS

SET 1
Deklarasi Bangkok ditandatangani pada 8 Ogos 1967 dan membawa kepada
penubuhan ASEAN. Matlamat penubuhan ASEAN ialah mengekalkan kestabilan politik di
Asia Tenggara.Saling membantu dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan,
meningkatkan

taraf

hidup

penduduk

melalui

perdagangan dan perindustrian.Kerjasama

kerjasama

dalam

bidang

pertanian,

dalam bentuk latihan dan penyelidikan.

Mengadakan hubungan erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau.


Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara iaitu Malaysia,
Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh
apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara Papua New Guinea telah
dilantik sebagai pemerhati.
Logo ASEAN terdiri daripada sepuluh tangkai padi mempamerkan impian
pengasasan ASEAN iaitu sepuluh buah negara di Asia Tenggara yang diikat oleh semangat
persahabatan dan perpaduan .Bulatan pula ialah membayangkan semangat bersatu padu .
Moto ASEAN

ialah keamanan, kestabilan, kegigihan, kedinamikan, kesucian dan

kemakmuran.
Struktur pentadbiran ASEAN terdiri daripada Mesyuarat Persidangan Menteri-Menteri
Luar ASEAN

diadakan setahun sekali.

Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN

diadakan sebanyak setahun dua kali. Sidang kemuncak ASEAN diadakan mengikut
keperluan. Sekretariat Tetap ASEAN beribu pejabat di Jakarta , Indonesia. ASEAN telah
membentuk dua jawatankuasa tetap iaitu Jawatankuasa Tetap Sosial dan Jawatankuasa
Tetap Ekonomi .
[40 markah]

SOALAN 3
Jelaskan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN.
Deklarasi Kuala Lumpur 1971- mengisytiharkan ASEAN sebagai zon aman, bebas
dan berkecuali ( ZOPFAN). ZOPFAN digubal untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan
Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah

Kuala Langat 2013

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3

HALUS

SET 1
politik di Asia Tenggara .Berpendirian tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat
atau Blok Timur. Pencerobohan Kampuchea menyebabkan ASEAN mengadakan satu
mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea pimpinan Putera
Norodom Sihanouk. Vietnam bersetuju dengan cadangan tersebut. Mesyuarat MenteriMenteri Luar (1984) telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
Rantau ASEAN tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan
pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.
Projek ASEAN membentuk kerja sama dalam projek-projek perindustrian contohnya
baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Sidang Kemuncak ASEAN di
Singapura (1992) memutuskan untuk mewujudkan zon Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA). Ini bertujuan untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi melibatkan
China, Jepun dan Korea Selatan. Kerjasama ini dinamakan Perundingan Ekonomi Asia
Timur (EAEC). EAEC ditentang oleh Amerika Syarikat. Kerjasama ini tetap diteruskan
melalui konsep ASEAN+3.
Kerjasama dalam bidang pendidikan diwujudkan dengan Pertubuhan Menteri-Menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan
Matematik (RESCAM) di Pulau Pinang.
Kerjasama lain seperti dalam bidang kebudayaan dan sosial. Tabung kebudayaan
ASEAN ditubuhkan. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio. Sukan SEA
diadakan dalam bidang pelancongan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN 1992.

[15 markah]

SOALAN 4
Cadangkan langkah-langkah

untuk menjadikan Malaysia/Negara serantau

sebagai

tarikan ekonomi/pelabur asing/pusat perdagangan dunia.

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah

Kuala Langat 2013

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3

HALUS

SET 1

Langkah pertama ialah mengukuhkan perpaduan kaum. Selain itu, rakyat perlu kreatif
dan inovatif. Kita juga perlu menjaga keamanan negara. Pemerintah perlu mengurangkan
karenah birokrasi. Negara perlu menambahkan bilangan tenaga mahir. Kita perlu
menaiktaraf infrastruktur negara. Kita perlu memperkukuhkan pusat kewangan dan
meluaskan pasaran baru. Zon Perdagangan Bebas perlu diwujudkan. Bantuan modal perlu
disediakan. Institusi kewangan perlu diperkasakan. Dagangan dua hala perlu diperluaskan.
Malaysia juga perlu menjadi negara Hab Halal dan mengadakan pertukaran teknologi. Kita
perlu mempelopori penggunaan Dinar Emas dalam kalangan negara islam. Menjamin
kedaulatan negara juga penting. Kita juga perlu memajukan industri pelancongan.

[10 Markah]

SOALAN 5
Penglibatan

Malaysia

dalam

pertubuhan

serantau

telah

memberi

banyak

MANFAAT/KEJAYAAN/FAEDAH kepada negara kita. Jelaskan?


Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah

Kuala Langat 2013

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3

HALUS

SET 1

Manfaat Malaysia dalam pertubuhan ASA ialah membantu membendung pengaruh


dan gerakan PKM melalui kerjasama dengan negara-negara jiran. Penubuhan ASA dapat
menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Malaysia juga memperoleh
kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi. Malaysia juga dapat
mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara serantau.

Manfaat Malaysia dengan menyertai MAPHILINDO pula

ialah mencapai kata

sepakat dengan memohon bantuan PBB bagi mendapatkan pandangan masyarakat Sabah
dan Sarawak tentang penubuhan Malaysia. PBB menghantar perwakilannya iaitu Lawrence
V. Michael More. Hasilnya, penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dan menyokong
Pembentukan Malaysia.

Selain itu, keamanan Malaysia terjamin. Kedaulatan negara juga terpelihara. Berlaku
perkembangan ekonomi dan wujudnya pakatan ekonomi/EAEC/ASEAN+3. Malaysia menjadi
rantau

bebas daripada senjata nuklear. Malaysia menjadi negara contoh dalam

membanteras ancaman komunis. Malaysia juga berjaya menjadi Negara Hab Halal dunia.
Selain itu, Malaysia berjaya membina Pusat Serantau Sains Matematik dan tuan rumah
Persidangan OIC. Tawaran biasiswa diberi kepada pelajar dari negara anggota OIC.
SITTDEC juga ditubuhkan di Kuala Lumpur.

[10 Markah]

SOALAN 6
a) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan serantau.

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah

Kuala Langat 2013

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3

HALUS

SET 1
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam

hubungan serantau ialah campur

tangan daripada negara maju. Selain itu persaingan dalam ekonomi dunia. Cabaran
seterusnya ialah kekurangan tenaga mahir untuk memenuhi pasaran kerja. Malaysia juga
berhadapan dengan cabaran kerjasama ekonomi yang agak perlahan. Tambahan pula,
Malaysia juga menghadapi masalah nilai mata wang yang rendah.Seterusnya Malaysia
menghadapi masalah

memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan negara anggota.

Masalah kemasukan pendatang tanpa izin yang berleluasa. Selain itu, masalah gejala sosial
yang dicetuskan oleh pendatang juga merupakan cabaran besar kepada negara. Seterusnya
ancaman lanun di perairan Asia Tenggara.Masalah pencerobohan di beberapa negara
serantau. Begitu juga Malaysia berhadapan dengan masalah politik dan tuntutan bertindih.
[5 markah]
b) Nyatakan langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran tersebut.
Antara langkah yang diambil oleh Malaysia dalam mengatasi cabaran di atas ialah
mewujudkan pasaran luas dalam kalangan negara anggota. Langkah seterusnya
memantapkan Zon Perdagangan bebas ASEAN (AFTA). Selain itu, Menggalakkan pelaburan
sesama negara anggota. Meningkatkan kepakaran tenaga kerja mahir. Meningkatkan nilai
mata wang negara anggota serantau.Meningkatkan kepakaran tenaga kerja mahir.
Seterusnya bekerjasama menangani masalah Pendatang Tanpa Izin. Memperkukuhkan
perpaduan antara negara anggota serantau.selain itu, mengadakan perundingan tentang
perkara yang menjejaskan kepentingan bersama.Menghormati kebebasan asasi negara
negara serantau. Mematuhi peraturan Piagam

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang dipegang oleh negara anggota


ASEAN. Seterusnya tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam negara serantau. Memberi
komitmen bersama

dalam meningkatkan keamanan,keselamatan dan kemakmuran

serantau. Menghormati hak tiap-tiap negara serantau untuk memerintah negaranya sendiri.
[5 markah]

SOALAN 7
Menghayati nilai/iktibar/unsur/patriotisme

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah

Kuala Langat 2013

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3

HALUS

SET 1

Sifat hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama dengan negara luar


boleh mendatangkan manfaat kepada negara kita. Di samping itu, sejarah perhubungan
dengan negara luar dapat mempertingkatkan semangat cinta akan tanah air serta
melahirkan masyarakat yang harmoni dalam kalangan warganegara.
Akhirnya, rakyat negara kita akan menjadi masyarakat yang mementingkan budaya
ilmu, mampu berdikari dan tabah menghadapi cabaran luar pada masa akan datang.
Pemimpin yang berwibawa serta berwawasan akan berupaya mentransformasikan negara
kita menjadi sebuah negara yang sentiasa disegani oleh masyarakat luar.
[5 Markah]

SOALAN 8
Rumusan
Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah

Kuala Langat 2013

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3

HALUS

SET 1
Banyak pengetahuan yang saya dapati daripada sejarah pertubuhan serantau. Kita
perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak menggunakan peluang sedia ada
untuk memajukan negara sekiranya ingin berdaya saing dengan negara-negara maju yang
lain.
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara ialah keperluan mengekalkan hubungan baik
dengan negara lain. Iktibar kedua ialah kepakaran dalam semua bidang. Iktibar ketiga ialah
memastikan keamanan dunia bertambah baik.
Harapan saya agar Malaysia akan menjadi lebih kuat sekiranya rakyat bersatu padu
dan bekerjasama mempertahankan kedaulatan negara. Negara memerlukan pemimpin yang
cekap, berintegriti dan berwibawa serta pentadbiran yang sistematik untuk mencapai
kejayaan yang lebih bermakna.

[5 Markah]

Bengkel Perkongsian Ilmu Sejarah

10

Kuala Langat 2013

You might also like