Sej Paperrrr 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pernyataan: Tema 8: 2, Kerajaan Islam di Madinah.

Bincangkan bagaimana Perlembagaan Madinah berjaya


mengekalkan perpaduan dan keamanan Kerajaan Islam pertama.

Berdasarkan pernyataan, soalan yang akan ditanya:


Soalan pertama: Maksud Piagam Madinah. Murid boleh merujuk kepada buku teks muka surat 124. Soalan
pertama biasanya akan merujuk kepada maksud atau definisi.
Contoh esei yang menjelaskan maksud/definisi Piagam Madinah.
-perlembagaan bertulis pertama.
-nama lain
-asas pembentukan kerajaan Madinah.
1. Maksud piagam madinah
(RUJUK BUKU TEKS M/S 124) DAN M/S 125 -> Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan bertulis
yang pertama digubal di dunia yang menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat /
( Piagam madinah juga menjadi asas pembentukan sebuah Negara Islam. Piagam Madinah berbeza dari
tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu
Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan
satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quraan, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di
negara kota itu. ) RUJUKAN SAHAJA

faktor perlaksanaan Piagam Madinah. Soalan yg mungkin ditanya adalah faktor perlaksanaan Piagam
Madinah. Jawapan boleh dilihat di muka surat 127.
Jika dihat dari sudut politik, perlaksanaan piagam bertujuan menjadikan orang Arab Madinah berada
dalam keadaan tenteram. Semasa ketibaan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah terdapat dua golongan
penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri daripada suku kaum Aus dan
Khazraj digelar sebagai Ansar dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin
Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak
zaman berzaman lagi. Nabi Muhammad s.a/w dilantik sebagai pemimpin Madinah. Nabi Muhammad juga
dilantik menjadi hakim, bagi menyelesaikan masalah antara semua kaum di Madinah.
Masyarakat Madinah bebas memeluk agama anutan masing-masing dan mengamalkan adat
masing-masing asalkan tidak bercanggah dengan agama Islam.(PERENGGAN KE-2)
Masyarakat Madinah diangggap sebagai satu ummah dan bertaggungjawab bertahankan Madinah.
Masyarakat Madinah bertanggungjawab mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.PERENGGAN Ke3
Undang-undang Islam dipakai keseluruhannya, dan undang-undang adat dikekalkan selagi tidak
bercanggah dengan perlembagaan Madinah.PERENGGAN KE-4

Dalam ekonomi, kerjasama ekonomi dituntut bagi memajukan ekonomi negara. Unsur penipuan
dan riba dilarang.PERENGGAN KE-5
Orang Yahudi bebas menganut agama Yahudi, dan adat yang tidak bertentangan dengan Islam.
Keselamatan mereka dijamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah.PERENGGAN KE-6
Soalan ke 3. : Kesan perlaksanaan kepentingan Piagam Madinah muka surat 128.
POLITIK
Piagam Madinah penting kerana ia menjadikan Kerajaan IslamMadinah model kerajaan Islam unggul.
Ianya juga mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara seperti penerimaan
Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di
dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai
kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan hakim bagi menyelesaikan masalah-masalah yang
timbul dari masa ke semasa.
Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di
samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum
tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan
memutuskan hukumaan terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua kaum berkenaan.
SOSIAL
Orang-orang Islam dan bukan Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan
mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh
Islam. Contohnya orang Yahudi dan orang Islam.
Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah
yang sentiasa bertelagah sebelum ini. Aus dan Khazraj disatukan dengan nama Ansar, dipersaudarakan
dengan orang Muhajirin.
Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk
mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh
kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat
pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan
penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam secara beransur-ansur telah menguasai
ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.
Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan
orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama
dengan orang Islam.
Piagam ini juga memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut
agama lain. Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam.Hal Ini
memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan
akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua
telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai
satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang
sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolak oleh orang-orang Yahudi.

Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba
mengkhianati piagam akan diambil tindakanan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama.
Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani
Qainuqa yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu
juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang
Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan bekerjamasa dengan
Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.

Soalan ke 4: cadangan soalan: Soalan ke 4, kebiasaannya ada kaitannya dengan Negara kita Malaysia.
Soalan berkaitan analisis di Malaysia selaras dengan pembentukan perlembagaan yang kukuh. Perlu
dibahagikan kepada tiga aspek politik, ekonomi dan sosial. (setiap bahagian 10 markah)
Dalam aspek politik, perlembagaan negara menjadikan kedudukan politik negara aman, kukuh dan
selamat. Malaysia berada dalam situasi stabil tanpa campurtangan asing termasuk negara jiran. Pemerintah
negara iaitu Duli Yang Teramat Mulia, Yang Dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu berada dalam keadaan
tidak tergugat dan bebas memerintah Negaramengikut acuan kita sendiri.
Perlembagaan yang ditubuhkan berjaya meletakkan nama Malaysia sebagai negara yang aman dan
tenteram. Tentera kerajaan Malaysia berjaya menjaga sempadan negara daripada dibolosi. Walaupun pernah
dijajah oleh British, Portugis, Belanda dan Jepun, sekarang, negara bebas daripada pengaruh mana-mana
kuasa luar, yang menjamin hak kebebasan Malaysia sepenuhnya.
Dengan

kekuatan

undang-undang,

Malaysia

bebas

mengadakan hubungan

dua

hala dan diplomatik dengan Negara luar yang lain.


b) ekonomi
Perlembagaan yang kukuh juga memastikan ekonomi negara bebas dan tidak dikawal oleh manamana kuasa. luar Dengan kekuatan ini, Malaysia dapat mengadakan kerjasama perdagangan dengan manamana negara dalam dunia.
Dengan kekuatan undang-undang juga boleh memastikannilai matawang Malaysia adalah
stabil. Rakyat Malaysia bebas melabur kewangan dalam negara mahupun di luar negara kerana mata
wang tambatan Malaysia adalah stabil.
Rakyat Malaysia mampu membeli kenderaan dan rumah sendiri. Kekuatan pendapatan negara juga
meningkat kerana keadaan negara yang selamat dan terkawal.
c) sosial
Kekuatan ekonomi dan politik yang stabil memberi impak yang besar kepada perpaduan kaum
terutamanya kaum-kaum majoriti di Malaysia. Dengan kata lain, perpaduan kaum dapat dibentuk bukan

sahajaantara kaum-kaum di Malaysia malah dengan rakyat asing yang berada di Malaysia seperti Indonesian,
Bangladeshi dan sebagainya.
Walaupun terdapat kes-kes jenayah, kes jenayah di Malaysia masih dianggap terpencil dan kecil.
Rakyat pelbagai keturunan masih bebas mengamalkan tradisi budaya dan kepercayaan agama masingmasing. Contohnya kaum lain menghormati perayaan sambutan Aidil Adha dan Aidil Fitri yang disambut
oleh masyarakat Islam.

Soalan ke 5: cadangan soalan: Soalan ke 5, kebiasaannya ada kaitannya dengan negara kita Malaysia.
Soalan berkaitan analisis di Malaysia selaras dengan pembentukan perlembagaan yang kukuh. Cadangan
soalan, cabaran masyarakat berbilang kaum.
Berbeza kaum di Malaysia, akan disambut denganperbezaan ideologi politik yang sentiasa
mengheret pelbagai kaum ke kancah perpecahan yang berpanjangan. Contohnya, masalah Parti Rakyat
yang dianggotai oleh Parti,Keadilan, DAP dan PAS dan masalah Parti daripada pihak Kerajaan yang dibarisi
oleh Barisan Nasional. Peperangan media yang berterusan menjadikan kedua-dua parti dalam
keadaan menghentam antara satu sama lain.
Terdapat beberapa isu sensitif contohnya hak keistimewaan bumiputera yang tidak disenangi oleh
kaum lain dan memerlukan pemahaman yang jelas. Kaum lain menganggap pemberian hak istimewa
tersebut sebagai tidak adil dalam masyarakat yang dianggap 1 Malaysia. Situasi ini menyebabkan terdapat
pihak yang sengaja menghasut dalam mengwujudkan suasana menghentam kerajaan.
Kepelbagaian kaum juga mengwujudkan ketidak seimbangan penguasaan ekonomi Antara kaumkaum di Malaysia. Contohnya, kaum Cina dianggap majority terbesar dalam menguasai ekonomi negara
terutamanya perniagaan. Kaum-kaum lain masih kurang terlibat dalam perniagaan.
Cabaran lain adalah keperluan menjaga sensitiviti kaum lain berkaitan perayaan, adat dan warisan
kebudayaan.
Soalan ke 6: cadangan soalan: Soalan ke 6, kebiasaannya ada kaitannya dengan negara kita Malaysia di
peringkat dunia. Cadangan soalan, cabaran masalah Negara secara dalaman dan luaran.
Cabaran yang terbesar dalam negara ini, adalah kebanjiranpendatang asing, sama ada secara sah
atau haram. (Pendatang tanpa izin atau PATI) Keadaan ekonomi yang kukuh menjadikan keperluan bagi
mendapatkan pekerja adalah tinggi. Kemasukan pekerja dari Indonesia, Myammar dan sebagainya membawa
bersama gejala sosial seperti jenayah terancang.
Cabaran yang lain adalah dalam menuju Wawasan 2020 yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja
lagi, negara ternyata masih ketinggalan dalam mencapai hasrat mengwujudkan masyarakat yang saintifikdan
progesif serta masyarakat yang bermoral dan beretika. Keruntuhan moral ekoran pengaruh luar seperti

pakaian yang mencolok mata dari Baratmemberi impak yang besar terhadap perkembangan masyarakat
Malaysia.
Soalan ke 7: cadangan soalan: Soalan ke 6, kebiasaannya ada kaitannya dengan negara kita Malaysia di
peringkat dunia. Cadangan soalan, cara menghadapi masalah negara secara dalaman dan luaran.
Kerajaan telah memperkukuhkan cara mengesan cara kemasukkan pendatang asing tanpa izin
(PATI) dengan mengetatkan pegawasan pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di
sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah
bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempattempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI.
Kerajaaan dengan kerjasama pihak swasta mestilahmeluaskan inisiatif agar masyarakat Malaysia
berminat untuk meneroka peluang-peluang baru dalam penggunaan teknologi. Program-program
pembangunan dan penyelidikan (R & D) perlulah diperluaskan. R& D dipercayai akan melahirkan
masyrakat celik ilmu dan seterusnya melahirkan masyarakat dari kelas bermindakan kelas pertama.
Pembentukan k-masyarakat yang bermodalkan dan berteraskan ilmu pengetahuan akan dapat
mengelakkan masyarakat Malaysia daripada terikut-ikut rentak budaya Barat yang tidak membawa kebaikan
dalam masyarakat.
Soalan ke 8: cadangan soalan: Soalan ke 8, kebiasaannya ada kaitannya dengan nilai-nilai yang mesti
dipraktikkan bagi menghadaoi cabaran. Murid boleh menggunakan pelbagai nilai yang berkaitan.
Contoh nilai kesan penggunaan atau pengamalan nilai. 5 nilai mencukupi.

Berusaha

Bersyukur

Bersatu padu

Taat pada pemerintah

Berani mencuba

Memanfaatkan kurniaan Allah

Tidak putus asa

Berani menghadapi cabaran

Berdaya saing

Berwawasan

Bersifat kreatif

Sedia menerima perubahan

Kepentingan ilmu pegetahuan

Bersifat proaktif

Mengekalkan keamanan

Rakyat

Malaysia

mestilah berwawasan supaya

meningkatkan

ekonomi

dan

nama baik

negara. Rakyat mestilah taat kepada pemerintah supaya kerajaan boleh menumpukan perhatian kepada
kemajuan Negara. Rakyat Malaysia mestilah berani mencuba, tidak berputus asa dan berani menghadapi
saingan dari luar.

Soalan ke 9: cadangan soalan: jawapan mestilah merujuk kepada tiga elemen di bawah. Pastikan
anda menggunakan tiga elemen ini. Contoh esei.

Pengetahuan yang diperolehi

Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara

Harapan untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang


Dengan mengkaji tajuk ini, saya mendapat pengetahuan mengenai factor pembentukan
Perlembagaan Madinah dankepentingan undang-undang ini dalam melahirkan Kerajaan dan kekuatan Islam
pertama di dunia. Kekuatan undang-undang ini sepatutnya digunakan oleh kerajaan Malaysia
bagi membentuk masyarakat pelbilang kaum.
Iktibar kepada diri saya adalah, saya mestilah sentiasapotitif agar sentiasa memajukan diri. Bangsa
dan negara yang berbeza mestilah menghormati agama, budaya dan warisan kaum lain yang berbeza
seperti masyarakat Madinah yang berbilang kaum.
Harapan saya Negara kita akan terus gemilang terbilang dalam penghasilan situasi politik yang
aman dan tenteram, keadaan ekonomi yang meningkat dan suasana sosial yang harmoni Antara kaum di
Malaysia dan masyarakat luar yang datang bekerja di Malaysia.

You might also like