Professional Documents
Culture Documents
Arbi, Si Arnab Yang Degil 7 Minit
Arbi, Si Arnab Yang Degil 7 Minit
Arbi, Si Arnab Yang Degil 7 Minit
TAHAP 1
TAJUK: ARBI, SI ARNAB YANG DEGIL
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada barisan hakim yang adil lagi
bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.
Ha..Kawan-kawan hendak mendengar cerita? Ha..te..puklah tangan dulu Ya,
begitulahMari dengarkan cerita saya yang bertajuk Arbi,Si Arnab yang Degil.
==================================================
==================================
Di dalam sebuah rimba, tinggal sekumpulan keluarga arnab. Mereka ialah Ardi, si
bapa arnab, Arni, si ibu arnab dan lapan ekor anak arnabMereka hidup aman
damai. Ardi dan Arni menjaga anak-anak mereka dengan baik dan penuh kasih
sayang.
==================================================
====================================
Pada suatu hari, Arni dan Ardi membawa mereka keluar bermain-main. Mereka
berlari-lari dan melompat-lompat di atas rumput..
Tidak beberapa lama kemudian, Arbi, si anak arnab yang sulung, berasa bosan. Dia
mahu bermain di tempat yang lebih jauh lagi. Lalu dia memberitahu hasratnya itu
kepada ibunya.
Namun, Arni membantah kerana Arbi masih kecil.
Tidak boleh, sayang....Ia amat berbahaya nasihat Arni.
Tetapi Arbi tetap berdegil. Dia hendak pergi juga.
Ish..ish..ish..
Sambil melambai kea rah ibunya, Arbi menjerit; Selamat tinggal, ibu! Jangan risau
kerana saya tidak akan apa-apa . Lalu dia melompat pergi.
Arni terpaku seketika. Hatinya sayu mengenangkan si anak. Walaupun dia bersedih,
namun dia tetap berdoa dan berharap agar Arbi selamat. Lantas dia mengajak
anak-anaknya yang lain pulang ke rumah.
==================================================
================================
Ketika itu juga Arbi teringat akan keluarganya. Sekarang barulah dia faham
mengapa keluarga mesti bersama. Tetapi..sayang sekali kerana ..Arbi masih belum
bersedia untuk pulang.
==================================================
===================================
Ibu..! Ayah..! Adik-adik..! jerit Arbi gembira. Akhirnya Arbi diselamatkan oleh
ayahnya. Arbi memeluk mereka seekor demi seekor.
Ibu..saya minta maaf. Saya janji akan sentiasa ikut nasihat ibu dan ayah.. kata
Arbi kepada ibunya. Sekarang, dia benar-benar telah sedar akan kesilapannya. Arni
dan Ardi merasa lega dan senang hati. Setelah mengucapkan selamat tinggal
kepada Tutu dan Bobo, mereka pulang ke rumah.
Ya, kawan-kawan. Begitulah tadi kisah Arbi, Si Arnab yang Degil. Ingatlah..Kita
mesti selalu mendengar nasihat ayah dan ibu. Kelak..kita tidak akan susah dan
rugi..
3