Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN
Sekolah Semangat Maju Kuala Kangsar adalah sebuah sekolah untuk kanak-kanak
kurang upaya intelek yang tinggal di daerah Kuala Kangsar.

Ia merupakan bengkel

perlindungan yang menyediakan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam pelbagai


bidang kemahiran vokasinal dan teknik. Latihan vokasional yang dipelajari di sekolah dapat
menyediakanmurid

dengan kemahiran berguna dalam menyelesaikan masalah sewaktu

bekerja (Ramlee et al. 2007).

Penubuhan sekolah

ini memberikan impak yang besar

kepada negara dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dikalangan murid
kurang upaya. Pendidikan di Sekolah Semangat Maju

mengwujudkan budaya kerja

berkualiti dan pengurusan sumber yang optimum di kalangan warga sekolah. Memastikan
murid tidak ketinggalan arus perkembangan serta dapat bersaing dalam pasaran kerja
semasa. Oleh yang demikian murid kuran upaya perlu dibekalkan dengan kemahiran
sedemikian bagi membolehkan mereka mendapat kerjaya yang bersesuaian apabila tamat
persekolahan. Menurut Gerber (2003) turut menyatakan adalah penting bagi pelajar
diajarkan dengan kemahiran-kemahiran yang dapat mempastikan pelajar bekerja kelak.
Sekolah ini berperanan dalam menghasilkan kejayaan melalui semangat kekitaan dan
kerjasama berpasukan. Melahirkan insan yang beriman,berilmu dan beramal ke arah
kemajuan bangsa, agama dan negara
Kemudahan kelengkapan dari segi faktor pengajaran dan pembelajaran menjadi
keperluan pelajar bagi merealisasikan kecemerlangan pelajar selaras dengan matlamat
penubuhan Sekolah Semangat Maju. Sekiranya kelengkapan dan kemudahan yang
disediakan tidak mencukupi bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran boleh
diteruskan. Kajian ini adalah untuk melakukan analisis keperluan terhadap masalah
kekurangan kemudahan pembelajaran yang terdapat di Sekolah Semangat Maju, Kuala
Kangsar. Witkin (1997) menyatakan analisis keperluan merupakan suatu kaedah yang
digunakan untuk mengenal pasti jurang antara kemajuan keadaan semasa dan sasaran. Mc
Killip (1997) pula berpendapat bahawa analisis keperluan merupakan suatu usaha untuk
menilai sesebuah kumpulan tertentu yang menghadapi masalah dan perlu kepada
penyelesaian Kajian ini adalah untuk mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang
dihadapi oleh tenaga pengajar dan murid-murid di Sekolah Semangat Maju bagi menjalani
proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mendapatkan pandangan guru dan murid
terhadap pengurusan di Semangat Maju. Mengenalpasti masalah yang dialami oleh guru
dan pelajar serta keperluan yang diperlukan untuk penambaikkan masalah tersebut.semasa.
Kajian ini dijalankan di Semangat Maju, Kuala Kangsar. Semangat Maju Kuala Kangsar di
pilih sebagai lokasi kajian kerana berdekatan dengan SMK Raja Muda Musa. Murid-murid
yang tamat pengajian di

SMK Raja Muda Musa menyambung kemahiran di Semangat


1

Maju. Secara tidak langsung ini dapat memudahkan untuk mendapatkan sumber maklumat
dan data dengan lebih mudah. berkenaan kajian yang dijalankan.
2.0 LATAR BELAKANG
Sekolah Semangat Maju Kuala Kangsar adalah sebuah sekolah untuk kanak-kanak
kurang upaya intelek yang tinggal di daerah Kuala Kangsar. Penubuhan Sekolah Semangat
Maju Kuala Kangsar telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Pafid pada mesyuarat yang
diadakan pada 22 November 1998. Ia dijadualkan beroperasi pada bulan Januari 1999.
Persatuan Untuk Insan Bermasalah intelek (PAFID) merupakan sebuah pertubuhan sukarela
dan kebajikan yang telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pendidikan dan
kesejahteraan dari segi intelek kurang upaya di Perak. Menurut Sorrells, Rieth, dan Sindelar
(2004) murid-murid khas merupakan watak pasif dalam program pendidikan. Kekuatan
mereka perlu disuntik dan dibentuk semula untuk menjadikan mereka manusia yang boleh
menyumbang ke tahap yang paling optima sekurang-kurangnya untuk diri sendiri dan lebih
baik jika dapat menyumbang kepada keluarga dan Negara. Perkembangan OKU harus
diambil berat dan diberi perhatian yang sewajarnya terutamanya di peringkat sekolah rendah
sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Sekolah ini adalah sementera ditempatkan di sebuah rumah teres dua tingkat sudut
di Taman Indah. Pada bulan Ogos 1999 sekolah ini telah berpindah ke sebuah bengkel di
Jalan Taiping, Kuala Kangsar. Pada mesyuarat yang diadakan pada bulan Disember 1999,
jawatankuasa telah membuat keputusan untuk berpindah ke premis yang lain. Sekolah ini
bermula dengan enam orang pelajar tetapi kini mempunyai jumlah pelajar semasa seramai
20 orang pelajar dari semua kaum yang berdaftar. Murid-murid yang mendapat kemahiran
disini terdiri daripada lingkungan umur antara 7 tahun hingga 29 tahun. Semangat Maju
telah berpindah ke bangunan baru pada Mac 2010 iaitu di JKR 817, Quarters Kerajaan,
Bukit Kerajaan, 33000, Kuala Kangsar dan kekal di sana sehingga ke hari ini. Pihak Sekolah
Semangat Maju berharap ini akan menjadi asas kepada pertumbuhan yang besar untuk
sekolah itu kelak. Kanak-kanak yang dimasukkan ke sekolah ini adalah pelajar yang
mengalami perkembangan yang lambat dan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran
seperti Sindrom Down, Autisme, Cerebral Palsy dan Mental Retardation. Murid-murid yang
belajar disini dikenakan yuran sebanyak RM 150. Murid-murid ini juga mendapat sumber
pendapatan sebanyak RM 200.
2.1 MOTO SEKOLAH
"Bermaklumat,Berinformasi dan Ceria"
2.2 VISI SEKOLAH
2

Merealisasikan Kecemerlangan Sekolah Untuk Melahirkan Komuniti Berilmu Perak Terbilang


2.3 MISI SEKOLAH
1. Meningkatkan

prestasi

kurikulum

murid

ke

tahap

cemerlang

(A)

disamping

meminimumkan tahap kegagalan (D&E)


2. Meningkatkan prestasi murid di dalam bidang kurikulum orang kurang upaya dan
cemerlang di peringkat sekolah,daerah dan negeri
3. Mewujudkan budaya kerja berkualiti dan pengurusan sumber yang optimum di kalangan
warga sekolah
4. Menghasilkan kejayaan melalui semangat kekitaan dan kerjasama berpasukan
5. Melahirkan insan yang beriman, berilmu dan beramal ke arah kemajuan bangsa,
agama dan Negara.
2.4 CIRI-CIRI
1. Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan.
2. Ibubapa/ahli keluarga/komuniti memainkan peranan penting.
3. Menggunakan teknologi dan kos yang rendah.
4. Kaedah pemulihan dijalankan di Sekolah Semangat Maju dan di rumah.
5. Menggunakan sumber-sumber dan komuniti yang ada.
2.5 KONSEP
1. Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk murid kurang Upaya
diperingkat komuniti tempatan.
2. Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial orang kurang upaya dalam keluarga
dan komuniti.
3. Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan
orang kurang upaya disisihkan dari keluarga dan komuniti.
4. Menyediakan platfom sesuai untuk orang kurang upaya membangunkan kebolehan dan
kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri.
5. Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang prihatin kepada keperluan
orang kurang upaya.
2.6 AKTIVITI DI SEMANGAT MAJU
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Kemahiran Motor Kasar


Kemahiran Motor Halus
Perkembangan Bahasa
Perkembangan Sosial
Pengurusan Diri
Pra Menulis, Membaca, Mengira dan Melukis
Kreativiti dan Retorik
Kemahiran Vokasional
3

2.7 FAEDAH BAGI KELUARGA DAN MASYARAKAT


1. Insiden kecacatan dapat di kurangkan atau kecacatan lebih teruk dapat dicegah melalui
intervensi awal dan sokongan keluarga yang dilatih.
2. Meningkatkan kesedaran di kalangan ahli keluarga akan potensi anak mereka untuk
dibangunkan melalui latihan dan bimbingan.
3. Meningkatkan keyakinan komuniti terhadap keupayaan yang ada dan menjadikan
masyarakat lebih matang dan penyayang.
2.8 TENAGA PENGAJAR
Semangat Maju Kuala Kangsar terdiri daipada dua orang tenaga pengajar iaitu Pn
Intan Arfah Bt Zawavi yang berperanan sebagai guru penyelia dan Puan Nur Rashidah Bt
Yusof sebagai Instruktor Bengkel.
2.9 DATA MURID
Terdapat dua jenis bengkel iaitu bengkel untuk murid sekolah dan bengkel untuk
murid selepas tamat persekolahan. Jumlah keseluruhan murid yang belajar di Sekolah
Semangat Maju Kuala Kangsar adalah seramai 17 orang pelajar. Bengkel untuk murid
sekolah terdiri daripada sepuluh orang murid daripada lingkungan umur

7-19 tahun.

Seramai tujuh orang murid Melayu dan tiga orang murid Cina sedang belajar di Semangat
Maju. Sesi persekolahan bermula 8.30 pagi hingaa 1.30 petang. Murid bengkel terdiri
daripada tujuh murid dari lingkungan umur 19 dan ke atas. . Seramai empat orang murid
Melayu dan tiga orang murid Cina mengikuti kemahiran di sini. Sesi persekolahan bermula
8.30 pagi hingga 4.30 petang.

1.
2
3
4
5
6
7

Murid Bengkel
Mohd Mauzan Bin Mohd Ramli
Abdul Halim Bin Mohd Nasir
Mohammad Sabri Bin Ahmad
Noraini Bt. Mohd Muhammad Nasurddin
Tan Lee Ken
Lee Wai Jin
Ngoi Chien Hou

Murid Sekolah
1. Emiruel Irfan
2. Ho Kok Choi
3. Muhd Ikram
4. Muhammad Syahmi
5. Muhammas Haziq Hakimi
6. Nasrullah Haqim
7. Ooi Zhui Kean
8. Phang Zhi Yi
9. Siti Khadijah
10. Wan Izzah Khairah
Jadual 1 : Senarai Nama Murid Bengkel dan Sekolah

Murid
Bengkel

Jantina
Lelaki
Perempuan
4
3

Bangsa
Melayu
4

Cina
3

Jadual 2: Murid Bengkel Mengikut Jantina dan Bangsa

Murid
Sekolah

Jantina
Lelaki
Perempuan
6
4

Bangsa
Melayu
7

Cina
3

Jadual 3 : Murid Sekolah Mengikut Jantina dan Bangsa


2.10 Struktur Organisasi Sekolah
Struktur Organisasi Sekolah
Guru Penyelia
Puan Intan Arfah
Instruktor Bengkel
Puan Nur Rashidah
Pemandu Van
Encik Sandanasamy
Staff Sokongan
Tan Lee Ken

2.11 Struktur OrganiStruktur Organisasi Sekolah Semangat Maju, Kuala Kangsar


Struktur OrganiStruktur Organisasi Sekolah Semangat Maju, Kuala Kangsar
Pengerusi
Ho Yok Sim
Naib Pengerusi
Pn Selina Sim
Setiausaha Bendahari
Christoper Pressling
Pelajaran & Prosedur
Nora Shaw
Paul Shaw
Perubatan
5

Datin Dr Uma
Dato Dr Arunasalam

3.0 METOD PENGUMPULAN DATA


Metadologi kajian yang digunakan ialah jenis kajian berbentuk deskriptif. Kajian
deskriptif bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan sesuatu fenomena yang sedang
berlaku. Kaedah deskriptif jenis tinjauan sampel iaitu meninjau tahap kepuasan pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran Kajian ini dijalankan secara deskriptif menggunakan
rekabentuk kajian kualitatif. Responden kajian terdiri daripada guru dan pelajar di Semangat
Maju, Kuala Kangsar. Jumlah responden bagi kajian ini adalah seramai lima orang yang
terdiri dua orang guru dan tiga orang murid. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif
yang menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur dan pemerhatian berstruktur
iaitu melalui senarai semak yang juga merupakan kaedah memungut data. Senarai semak
merupakan alat yang digunakan bagi mendapatkan data kajian. Senarai semak digunakan
bagi mengetahui kekurangan kemudahan pembelajaran Tujuan utama menggunakan alat
kajian yang berbeza dalam kajian ini adalah untuk mendapatkan kesahan data yang
diperolehi. Kahn dan Cannell (1957) (dalam Marshall & Rossman) mendefinisikan temubual
sebagai perbualan dengan bertujuan (conversation with a purpose). Tujuan utama
temubual adalah untuk mendapatkan maklumat yang khusus. Mengikut Patton (1990) pula,
temubual diadakan apabila penyelidik hendak mengetahui apa yang terdapat dalam minda
seseorang. Temubual boleh merupakan strategi keseluruhan pengumpulan data kajian atau
pun boleh merupakan salah satu daripada teknik yang digunakan dalam kajian. Pada
asasnya temubual semi berstruktur menggabungkan ciri-ciri fleksibiliti temubual terbuka atau
tidak berstruktur dengan ciri-ciri mengarah dan seragam temubual berstruktur. Soalansoalan dalam temubual semi berstruktur ditentukan terlebih dahulu tetapi jawapan kepada
soalan-soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut budibicara
penemubual dan partisipan. Bagi Schensul at al. (1999), temubual semi berstruktur adalah
yang terbaik untuk meneroka dan menjelaskan faktor-faktor dan subfaktor-subfaktor. Bagi
mereka, temubual semi berstruktur digunakan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
3.1 Menjelaskan lebih lanjut domain utama dan faktor-faktor dalam kajian
3.2 Mengoperasikan faktor-faktor kepada pembolehubah
3.3 Membina hipotesis awalan
3.4 Membina asas kualitatif untuk pembentukan kajian tinjauan ethnografi (ms. 150)

Membina soalan bagi temubual semi berstruktur boleh dibuat dengan pelbagai cara.
Antaranya ialah berasaskan data daripada temubual dan pemerhatian berstruktur yang
biasanya data tersebut tidak dapat memberikan maklumat yang begitu mencukupi untuk
menentukan dengan tepat tentang kepentingan sesuatu faktor, apakah maksudnya yang
sebenar dan berapa tersebarnya faktor-faktor tersebut dalam populasi yang dikaji. Soalan
temubual semi berstruktur boleh dibentuk untuk menjelaskan lagi faktor-faktor tersebut.
Teknik temubual dijalankan ke atas guru dan murid bagi mendapatkan maklumat mengenai
maszalah kekurangan kemudahan pembelajaran Teknik temu bual pula dipilih oleh pengkaji
selaras dengan forang kurang upayas kajian iaitu ingin mengetahui tentang masalah
kekurangan kemudahan pembelajaran
4.0 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Teknik Temubual dalam kajian ini melibatkan temubual dengan guru dan tembual dengan
pelajar. Seramai lima orang yang terdiri daripada dua orang tenaga pengajar dan tiga orang
murid telah ditemubual.
4.1 Temubual Dengan Murid
Oleh kerana pengalaman murid dan latarbelakang pelajar tidak sama, maka kaedah
temubual separa berstruktur digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang masalah
keperluan yang dialami dan bantuan yang diperlukan untuk menjalini kursus dengan lebih
selesa. Temubual dengan pelajar

merupakan data utama bagi penyelididkan ini dan

penyelidik telah menemubual tiga orang pelajar yang terdiri daripada murid bengkel dan
murid sekolah.
4.2 Temubual Dengan Pengajar
Seramai dua orang tenaga pengajar telah ditemubual dalam kajian ini. Tembual
bertujuan untuk mendapatkan pendapat mereka terhadap masalah yang dihadapi di
Sekolah Semangat Maju. Data yang dikumpulkaan daripada pengajar ini akan dijadikan
sebagai semakan data daripada maklumat temubual murid-murid berkenaaan.
Panduan temubual atau protokol temubual adalah merupakan senarai soalan-soalan
yang ingin dikemukakan semasa temubual. Bergantung kepada struktur temubual, soalansoalan mungkin berupa banyak soalan-soalan yang spesifik yang disusun mengikut susunan
tertentu (berstruktur) ataupun beberapa topik yang dicatat tanpa susunan tertentu (tidak
berstruktur) ataupun mungkin di antara berstruktur dan tidak berstruktur iaitu semi-struktur.
Protokol juga adalah berguna dalam menjalankan temubual.

Protokol ini mengandungi komponen-komponen berikut:


tajuk
arahan kepada penemubual (kenyataan pembuka kata)
soalan-soalan kajian utama yang akan ditanya
soalan-soalan kecil yang mengikuti soalan utama
ruang untuk merekod mesej yang disampaikan oleh informan
ruang untuk merekod komen penemubual
ruang untuk merekod nota reflektif
Dalam kajian ini penyelidik telah merekodkan maklumat temubual dengan
menggunakan buku nota dan pita rakaman.
5.0 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN ANALISIS KEPERLUAN
5.1 KEBAIKAN ANALISIS KEPERLUAN

Jarak tempat yang dikaji berdekatan dengan tempat kerja pengkaji. Memudahkan
urusan dengan pihak Sekolah Semangat Maju.

Memudahkan mendapat maklumat mengenai murid-murid yang belajar di Sekolah


Semangat Maju kerana kebanyakan daripada mereka ialah murid lama dari sekolah
pengkaji.

Semangat kerjasama dikalangan tenaga pengajar dan murid member keselesaan


kepada kami untuk mendapat maklumat dengan mudah.

5.2 KELEMAHAN ANALISIS KEPERLUAN

Menghadapi kesukaran untuk merekodkan semua yang diperkatakan oleh responden


semasa temubual. Ini agak menyukarkan untuk menentukan mana maklumat yang
penting dan mana yang tidak.

Di samping itu terdapat perkara-perkara yang berkaitan dengan gerak badan, mimik
muka serta tingkahlaku responden tidak dapat diteliti kerana penemubual sibuk
mengambil nota.

Tidak semua perkara yang diperkatakan oleh responden dapat diingat dengan baik. Ini
menyebabkan banyak maklumat yang penting hilang.

Pengajar terlalu sibuk dalam menguruskan murid-murid menyebabkan keterangan yang


diberikan tidak padat.
8

6.0 DAPATAN
Temubual adalah mengetahui tentang pandangan responden berkenaan kajian ini dan
cadangan untuk memperbaiki masalah yang ada. Seramai lima orang responden iaitu 2
orang tenaga pengajar dan seramai 3 orang murid yang belajar di Sekolah Semangat Maju
telah ditemubual. Semua jawapan direkodkan di atas kertas temubual (rujuk lampiran).
Melalui temu bual pelajar pertama menyatakan bahawa kekurangan kain yang sedia
ada untuk menghasilkan alas kaki tidak mencukupi. Keadaan ini menyebabkan mereka
tidak dapat menghasilkan alas kaki dengan kuantiti yang banyak. Masalah kekurangan
perca kain menyebabkan pembuatan alas kaki tertangguh dari masa ke semasa. Keadaan
yang kurang selesa ini menyebabkan kesukaran dalam melaksankan amali seharian.
Pelajar kedua menyatakan bahawa sumber bahan kering yang sedia ada untuk
kegunaan penyediaan makanan tidak mencukupi. Bahan kering seperti beras, tepung, cili
kering, sardin dan kicap digunakan dalam penyediaan makanan guru dan murid setiap hari.
Kekurangan bahan kering menyebabkan kesukaran tenaga pengajar dan murid dalam
menyediakan menu yang berkhasiat dan sedap untuk murid.
Menurut pelajar ketiga menyatakan bahawa beliau mengalami kesukaran untuk
9

mencuci pinggan sendiri selepas makan. Beliau amat memerlukan bantuan daripada orang
lain kerana beliau mengalami masalah saraf setelah mengalami kemalangan. Kekurangan
staf menyebabkan ketidakselesaan dikalangan murid dalam melaksanakan aktiviti seharian
mereka. Secara tidak langsung ini dapat menganggu emosi untuk belajar di Sekolah
Semangat Maju.
Melalui pemerhatian menggunakan senarai semak dalam bahagian A Kemudahan
asas iaitu bahan masakan

tidak mencukupi dan tiada

tempat makan yang sesuai

disediakan untuk guru dan murid untuk makan. Dalam bahagian kemudahan dalam bilik
darjah didapati meja dan kerusi murid tidak mencukupi. Perabot sepeti rak dan almari tidak
mencukupi. Keadaan ini merumitkan lagi suasana pengajaran dan pembelajaran.
Kemudahan alat permainan luar seperti alat sukan padang taman permainan tidak
disediakan. Dalam bahagian alatan dan sumber bilik darjah dan bengkel didapati radio,
telivisyen, sudut bacaan, komputer dan pencetak, alat pembelajaran dan bahan aktiviti
bengkel tidak mencukupi. Dari segi faktor keselamatan pelan laluan kecemasan tidak
dipamerkan.
Kemudahan-kemudahan ini harus sentiasa dalam keadaan yang terjamin dari segi
kualitinya untuk mewujudkan kepuasan murid yang tinggi. Jikalau peralatan-peralatan ini
tidak mencapai standard yang diingini, maka ini akan menjejaskan emosi pelajar untuk
belajar. Mazhab humanis berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada
emosi dan perasaannya. Berdasarkan teori humanis, strategi dan pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun untuk perkembangan
emosi pelajar yang sihat
7.0 PERBINCANGAN
7.1 Kekurangan bahan kering dan kain
Hasil dapatan melaui temubual didapati pengajar dan pelajar amat memerlukan bantuan
keperluan dari segi bahan kering untuk penyediaan makanan dan keperluan kain untuk
menghasilkan alas kaki. Ini merupakan masalah utama di Sekolah Semangat Maju,Kuala
Kangsar. Dengan adanya bahan kering yang mencukupi boleh menyediakan makanan yang
khasiat. Bantuan dari segi kain boleh menghasilkan produk yang berkualiti dan menepati
masa.
Menurut Atiqah (2008), jika keprihatinan dan sikap terhadap kelengkapan di dalam bengkel
seperti kain dan mesin tidak diberi perhatian, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bengkel tidak dapat dijalankan dengan baik
7.2 Keperluan kemudahan dalam bilik darjah.
10

Hasil dapatan kajian melalui senarai semak mendapati kekurangan faktor


kemudahan yang tersedia. Kekurangan

dari segi kemudahan asas, kemudahan di bilik

darjah, kemudahan di dapur dan kemudahan permainan luar menyebabkan suasana yang
kurang selesa. Dapatan itu selari dengan Mok S. S. (2008) juga ada menyatakan bahawa
bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan
kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang
dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta
peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.
Keperluan dari segi kemudahan asas amat diperlukan untuk mengwujudkan suasana
yang positif bagi menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi
ruang kepada murid untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang
lebih efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan peranan yang penting dan guru
haruslah memainkan peranan untuk berusaha sebaik mungkin bagi menambah baik daya
tarikan bilik darjah tersebut. Dapatan kajian ini dapat menyokong kajian Nurulhuda, Chai dan
Fazli (2009), yang menyatakan bahawa ruangan yang selesa, tempat duduk yang
mencukupi, dan kemudahan wifi yang baik pula mempengaruhi faktor keselesaan pelajar
semasa berada di bilik darjah.
Persekitaran bengkel yang baik dan kondusif juga sudah tentu dapat member
kepuasan kepada pelajar. Menurut Che Muda. I.dan Ramudaram. M. (1990), bengkel
mestilah mempunyai ruang, pencahayaan yang baik, pengudaraan yang sempurna,
mempunyai laluan untuk berjalan (gangway) dan hendaklah dilengkapi dengan rakuntuk
menyimpan alatan dan bahan supaya alatan tangan dapat disusun dengan kemas dan
teratur. Pernyataan ini disokong oleh pendapat Newble dan Canon (1989) yang menyatakan
bahawa sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematikakan membantu
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
7.3 Keperluan staf tambahan
Melalui temubual didapati keperluan dari segi penambahan staf amat diperlukan
bertujuan untuk membantu murid-murid kurang upaya dalam menguruskan aktiviti harian.
Guru merupakan golongan yang mendahului agensi-agensi lain untuk memainkan peranan
aktif dalam melaksanakan pendidikan yang bermutu. Untuk menentukan matlamat
Pendidikan

berjaya, tenaga pengajar

diberi tanggungjawab dan memainkan peranan

penting untuk melatih dan melahirkan murid kurang upaya yang serba berkemahiran. Oleh
itu, golongan tenaga pengajar kini telah diklasifikasikan sebagai golongan terpenting yang
dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan impian dan matlamat negara untuk menjadi
sebuah negara maju menjelang 2020 (Ong, 2000). Dengan bantuan ini akan mengwujudkan
motivasi kepada murid untuk bersemangat dan kekal belajar di Semangat Maju. Golongan
11

guru ini memainkan peranan yang penting dalam menyediakan generasi muda ke arah
dunia perindustrian yang kian berkembang pesat (Zakiah, 2001).
8.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN
Daripada hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan masalah yang dihadapi
oleh tenaga pengajar dan murid-murid yang belajar di Semangat Maju. Kemudahan dan
perkhidmatan yang disediakan berada pada tahap sederhana dan kurang berpuas hati
dengan perkhidmatan yang disediakan. Namun begitu, kepuasan pengguna merupakan
satu elemen yang penting dalam menentukan mutu produk dan perkhidmatan yang
disediakan oleh sesebuah organisasi. Pihak Semangat Maju amat memerlukan keperluan
dari segi bahan kering dan kemudahan asas. Sebagai usaha penambahbaikan ke arah
tahap yang lebih tinggi, pengkaji telah berusaha mengumpulkan sumbangan berupa bahanbahan keperluan untuk penyediaan makanan. Sumbangan tersebut telah diberikan kepada
pihak Sekolah Semangat Maju, Kuala Kangsar. Ini adalah kerana dengan kekurangan
peralatan-peralatan tersebut boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
pelajaryang menjadi teras utama perkhidmatan institusi ini. Selain dari itu, sikap pelajar juga
memainkan faktor penting dalam menjaga kemudahan yang disediakan. Pendedahan
kepada pelajar dengan cara yang betul untuk menjaga kemudahan amatlah penting
diterapkan di dalam kelas supaya minda mereka sentiasa terbuka dan berfikir dengan bijak
untuk menghargai kemudahan yang disediakan agar mereka dapat memperolehi manfaat.

12

You might also like