Surat Penyelidikan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

No.

Rujukan : JMMWPL/146/600-3/1 (
Tarikh

: 04 Mac 2016
24 Jamadilawal 1437

The Green Connection

93 Lorong Burung Ruai 1,
88100 Kota Kinabalu,
Sabah.
(u.p : Encik Norman Bin Ramli)
Tuan,
MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN MENJALANKAN
KAJIAN MENGENAI SPESIES MARIN BERACUN DAN HAIWAN KRUSTASIA
UNTUK PENERBITAN BUKU KATALOG SPESIMEN MARIN BERACUN DAN
PAMERAN KRUSTASIA
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan sedang

melaksanakan kerja mengumpul bahan dan maklumat untuk tujuan Penerbitan Buku Katalog
Spesimen Marin Beracun dan Pameran Krustasia yang akan diadakan di Muzium Marin
Labuan. Sehubungan dengan itu, pihak jabatan ingin menghantar kakitangan Muzium Marin
Labuan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumat mengenai spesies marin beracun
dan krustasia dari The Green Connection untuk penyediaan katalog dan teks pameran tersebut
seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 17 Mac 2016 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari

3.

Oleh yang demikian, pihak Jabatan memohon jasa baik dan pertimbangan Tuan untuk

memberi kebenaran kepada kakitangan Jabatan ini untuk membuat kajian. Bersama-sama ini
dilampirkan senarai kakitangan yang akan membuat kajian dan maklumat-maklumat yang
diperlukan sebagai persediaan bagi memudahkan semasa kajian dijalankan untuk rujukan
pihak Tuan. Untuk keterangan lanjut pihak Tuan boleh menghubungi Encik Affendi Tawakkal
di talian 087-425927 (Muzium Marin Labuan)
4.

Segala kerjasama, perhatian dan maklumbalas segera Tuan berhubung dengan perkara

ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
KUNJUNGI MUZIUM
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(SALMIAHWATI BINTI DJAFAR)

Pengarah
Muzium Labuan
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Muzium Malaysia

Senarai Kakitangan Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan yang akan membuat kajian
berkaitan spesies marin beracun dan haiwan krustasia di The Green Connection, Sabah.

1. Affendi Tawakkal
Pembantu Muzium
Muzium Marin Labuan

Senarai maklumat-maklumat spesies beracun dan haiwan Krustasia yang diperlukan.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Ikan-ikan beracun
Obor-obor
Landak Laut
Ketam beracun
Lintah laut/ Nudibranch
Siput cone
Fire oral
Ular laut
Haiwan krustasia seperti, udang, ketam dan teritip

No. Rujukan : JMMWPL/146/600-3/1 (

Tarikh

: 04 Mac 2016
24 Jamadilawal 1437

Cik Flora Anne Asalin

Kurator
Institut Penyelidikan Marin Borneo
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.

Tuan,
MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN MENJALANKAN
KAJIAN MENGENAI SPESIES MARIN BERACUN DAN HAIWAN KRUSTASIA
UNTUK PENERBITAN BUKU KATALOG SPESIMEN MARIN BERACUN DAN
PAMERAN KRUSTASIA
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan sedang

melaksanakan kerja mengumpul bahan dan maklumat untuk tujuan Penerbitan Buku Katalog
Spesimen Marin Beracun dan Pameran Krustasia yang akan diadakan di Muzium Marin
Labuan. Sehubungan dengan itu, pihak jabatan ingin menghantar kakitangan Muzium Marin
Labuan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumat mengenai spesies marin beracun
dan krustasia dari Institut Penyelidikan Marin Borneo UMS untuk penyediaan katalog dan
teks pameran tersebut seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 16 Mac 2016 (Rabu)
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang

3.

Oleh yang demikian, pihak Jabatan memohon jasa baik dan pertimbangan Tuan untuk

memberi kebenaran kepada kakitangan Jabatan ini untuk membuat kajian. Bersama-sama ini
dilampirkan senarai kakitangan yang akan membuat kajian dan maklumat-maklumat yang
diperlukan sebagai persediaan bagi memudahkan semasa kajian dijalankan untuk rujukan
pihak Tuan. Untuk keterangan lanjut pihak Tuan boleh menghubungi Encik Affendi Tawakkal
di talian 087-425927 (Muzium Marin Labuan)
4.

Segala kerjasama, perhatian dan maklumbalas segera Tuan berhubung dengan perkara

ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
KUNJUNGI MUZIUM
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(SALMIAHWATI BINTI DJAFAR)

Pengarah
Muzium Labuan
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Muzium Malaysia

Senarai Kakitangan Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan yang akan membuat kajian
berkaitan spesies marin beracun dan haiwan krustasia di Institut Penyelidikan Marin Borneo
UMS.