Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Anda baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana mengikut ayah anda yang ditukarkan tempat bertugas .

Tuliskan sepucuk surat kepada rakan karib anda yang berada di sekolah lama untuk menceritakan tentang
keadaan sekolah baru anda .
21, Kampung Selang,
36000 Teluk Intan ,
Perak Darul Ridzuan.
25 Oktober 2008 .
Menemui saudara Linda Chin yang kini berada di Sintok , Kedah dengan harapan semoga saudara berada
dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu .
Saudara ,
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada saudara kerana tidak memberitahu
saudara tentang perpindahan saya ke sekolah baru . Untuk pengetahuan saudara saya berpindah ke sekolah yang
baru kerana mengikut ayah yang ditugaskan di sini . Maklumlah kerja ayah sebagai pegawai polis mempunyai
banyak tanggungjawab .
Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan dalam Tingkatan Tiga Merah
.Sudah sebulan saya mengikuti pembelajaran di sekolah ini . Syukur alhamdulilah , setakat ini saya tidak
mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran .
Kawasan sekolah ini juga sangat cantik dan begitu luas . Terdapat kolam ikan dan air terjun buatan di
hadapan kawasan sekolah .Di sekolah ini terdapat pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam
atas . Jumlah pelajar di sekolah kira-kira lima ribu orang dan mempunyai tiga ratus orang guru .
Sekolah ini mempunyai enam buah blok bangunan yang masing-masing mempunyai lima tingkat . Blok
bangunan sekolah ini meliputi blok pentadbiran , pejabat , dewan dan asrama untuk para pelajar yang tinggal
jauh .
Di sekolah ini , saya mendapat ramai rakan baru yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kadazan ,
Sino-Kadazan , Dusun , Bajau dan banyak lagi .
Baiklah setakat ini saja yang dapat saya ceritakan kepada saudara untuk kali ini . Semoga bertemu
kembali dalam warkah yang akan datang . Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan di sana . Sekian, terima
kasih .
Yang ikhlas ,
Linda Chin

You might also like