Isu Merotan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 38

IMPLIKASI KEPADA GURU AKIBAT

HUKUMAN ROTAN TANPA KUASA


BERDASARKAN SEKSYEN 320, 323, 324,
325 DAN 326 KANUN KESEKSAAN
Oleh :
UNIT KOKURIKULUM
IPG KSAH

PENGENALAN
Para pendidik, pengetua dan guru besar dan

pegawai pendidikan sentiasa terdedah


kepada perkara yang bertentangan dengan
undang-undang.
Menurut Mohd Ismail Othman (2006),

Kejahilan pentadbir dan pengurus sekolah


adalah antara faktor yang dikenalpasti
sebagai punca sekolah sering didakwa oleh
ibubapa.

KENAPA GURU DAN


SEKOLAH DIDAKWA?
Salah persepsi ibu bapa mengenai tindakan

guru dengan mengatakan tindakan itu bukan


membentuk disiplin tetapi mendera.
Menteliti ibu bapa sekarang sedia

mengambil tindakan undang-undang kepada


guru dan pendidik

Terdapat segelintir guru menjatuhkan

hukuman mengikut budi bicara sendiri.


Mereka enggan mematuhi peraturan yang

ditetapkan oleh kementerian.


Mereka yakin bahawa hukuman fizikal

seperti merotan dan mendera akan memberi


manfaat.
Guru tidak didedahkan dan kurang faham

mengenai undang-undang.

KUASA GURU MEROTAN


MURID
Perkara ini seharusnya diketahui oleh guru

sejauh mana tindakan mendisiplin boleh


dilaksanakan. Ini hanya boleh didapati dari
surat arahan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran.

Bagi menjaga tatatertib dikalangan pelajar,

guru besar/pengetua mempunyai kuasa


untuk mengenakan hukuman dera
berdasarkan kepada PERATURANPERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN
SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN
PELAJARAN 1957.

Peraturan 5 :

(1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan


murid-murid, Guru Besar hendaklah
mempunyai kuasa menjalankan hukumanhukuman sekolah yang biasa sebagaimana
perlu atau bermanfaat :
Dengan syarat bahawa

(a) hukuman dera kepada murid-murid


perempuan adalah dilarang; dan\
(b) hukuman dera kepada murid-murid
lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan
kepada merotan dengan rotan yang ringan
di tapak tangan atau pun di punggung yang
berlapik dengan pakaian dan hendaklah
difahamkan hanya oleh Guru Besar
ataupun dengan kuasa nyata yang diberi
olehnya dalam hal yang tertentu.

(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman


yang dijalankan di bawah perenggan (1)
hendaklah disimpan secara sulit mengikut
bentuk yang diluluskan oleh pendaftar.
Hukuman yang dikenakan hendaklah
direkodkan dengan menyatakan jenis salah
laku, bilangan sebatan, bahagian anggota
yang dirotan, nama dan tandatangan
perotan dan saksi semasa hukuman rotan
dilaksanakan.

Peraturan 6 :

Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke


semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal
yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa
disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum
kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada
murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud
itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak
seorang pun guru atau murid boleh menjalankan
kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu.
Rujuk contoh surat wakil kuasa.

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG


BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS
KESALAHAN
JENIS KESALAHAN

JENIS HUKUMAN

* Kesalahan Berat

Rotan di punggung dengan dilapik pakaian


dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3
kali sebatan)

** Kesalahan Sederhana

Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan


ringan (maksima 3 kali sebatan)

*** Kesalahan Ringan

Diberi Amaran dan sesi kaunseling

Contoh kes : 3. pelajar dirotan lebih dari 100 kali


(Terengganu)

KESAN KEPADA GURU YANG


MENGENAKAN HUKUMAN TANPA
KUASA OLEH GURU BESAR/
PENGETUA
Beberapa peruntukan undang-undang

Kanun Keseksaan telah menyedia dan


menetapkan prosedur dan tindakan terhadap
mereka yang mencederakan. Mulai dari
Seksyen 319 yang menyentuh pelbagai
perundangan terhadap mereka yang
mencederakan seseorang.

Guru-guru boleh dituduh di bawah seksyen

320 (cedera parah), 323 (Kecederaan


Ringan), 324 (Cedera ringan disebabkan
senjata berbahaya), 325 (Hukuman akibat
cedera parah) dan 326 (Cedera parah
disebabkan senjata berbahaya) di bawah
Akta 574 Kanun Keseksaan.
Tindakan tatatertib oleh Kementerian

Pelajaran

SEKSYEN 320
(cedera parah)
Pengembirian
Hilang penglihatan kekal satu mata
Hilang pendengaran kekal satu telinga
Kehilangan mana-mana anggota atau sendi
Kemusnahan atau kerosakan kekal kuasa

mana-mana anggota atau sendi


Kecacatan kekal kepala atau muka
Patah tulang atau terkehel

SEKSYEN 320
(cedera parah)
Apa-apa kecederaan yang membahayakan

nyawa, atau yang menyebabkan penghidap,


dalam tempoh 20 hari, mengalami kesakitan
badan yang teruk, atau tidak berupaya
untuk menjalankan kegiatan sehariannya.

SEKSYEN 325
(Hukuman dengan sengaja menyebabkan
cedera parah)
Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman

adalah penjara selama tempoh yang boleh


sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga
dikenakan denda.

SEKSYEN 323
(Kecederaan Ringan)
Dengan sengaja menyebabkan cedera.
Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman

adalah penjara selama tempoh yang tidak


melebihi 1 tahun atau didenda sehingga
RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali.
Contoh : pelajar ditampar dan ditumbuk

guru (langkawi)

SEKSYEN 324
(Cedera yang disebabkan oleh senjata
berbahaya)
Jika apa-apa kecederaan, sungguhpun tidak

parah, disebabkan oleh penggunaan alat


bagi menembak, menikam atau memotong
atau apa-apa alat yang, jika digunakan
sebagai senjata untuk menyerang,
berkemungkinan menyebabkan kematian
atau dengan menggunakan api atau apa-apa
bahan panas atau dengan menggunakan
apa-apa racun atau apa-apa bahan kakisan

..dengan menggunakan apa-apa bahan


ledakan atau dengan menggunakan apa-apa
bahan berbahaya kepada badan manusia
apabila dihidu, ditelan. Atau diserap ke
dalam darah atau dengan menggunakan
apa-apa haiwan.

Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman

adalah penjara selama tempoh yang tidak


melebihi 3 tahun atau didenda atau disebat
atau dikenakan mana-mana dua daripada
hukuman tersebut.
Contoh : Guru sepak, tumbuk dan hentak

pelajar dengan kerusi (Kelantan)

SEKSYEN 326
(Cedera parah yang disebabkan oleh senjata
berbahaya)

Jika cedera parah itu disebabkan dengan

menggunakan apa-apa alat untuk


menembak, menikam atau memotong atau
apa-apa alat yang, jika digunakan sebagai
senjata untuk menyerang, berkemungkinan
menyebabkan kematian atau dengan
menggunakan api atau apa-apa bahan panas
atau ..

..dengan menggunakan bahan letupan yang


boleh merosakkan badan manusia apabila
dihidu, ditelan atau jika masuk ke dalam
darah atau dengan menggunakan apa-apa
haiwan

Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman

adalah penjara selama satu tempoh sehingga


20 tahun dan boleh juga didenda atau
disebat.

PERATURAN 4, PERATURAN- PERATURAN


PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN
TATATERTIB) 1993.

4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh (d) Berkelakuan dengan cara yang
boleh memburukkan /mencemar
nama baik perkhidmatan awam

CONTOH PELANGGARAN
PERATURAN 4(2)(d)
Disabitkan kesalahan jenayah/ mahkamah

syariah.

KES TATATERTIB GURU


TAHUN 2001
BIL

JENIS KESALAHAN

KES LTT

1.

Tidak Hadir Bertugas/Tidak Hadir Tanpa


Dikesan

280

2.

Jenayah(AktaRacun/Dadah/Cabul/Rogol/Cur
i/Judi)

23

3.

Melanggar Akta Dadah Berbahaya


1952/Rawatan 1983

14

4.

Rasuah/Kes BPR

12

5.

Perilaku Seks/Sumbang/Cubaan
Perkosa/Cabul Pelajar

10

6.

Penyelewengan Wang/Pecah Amanah

7.

Bangkrap

8.

Berkelakuan Tidak Senonoh Terhadap


Pelajar/Staf

9.

Memalsukan Dokumen/Meniru
Tandatangan Pengetua

BIL

JENIS KESALAHAN

KES LTT

10.

Sediakan Soalan Politik/Ceramah Politik/Hasut Pelajar

11.

Kemalangan Kenderaan Kerajaan

12.

Khalwat/Kahwin Tanpa Kebenaran

13.

Mendera Murid/Pelajar

14.

Datang Lewat/Tidak Ketik Kad Perakam /Balik Awal

15.

Melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987

16.

Ajaran Sesat

17.

Lemah Pengurusan

18.

Kes Tahanan Dalam Negeri (Al Maunah)

19.

Tuntutan Palsu / Elaun Keraian

20.

Melanggar Akta Kastam

21.

Membuat Penyataan Awam

22.

Hubungan Sulit Dengan Pelajar Membawa Kes Bunuh

23.

Pinjaman Wang Sekolah Untuk Tujuan Peribadi

24.

Lewat Kemukakan Buku Rekod/Biadap Kpd K. Jabatan

Prosedur Tatatertib
33. Tanggungjawab ketua jabatan jika
terdapat sabitan jenayah
Ketua jabatan hendaklah menghantar suatu
salinan keputusan mahkamah kepada pihak
berkuasa tatatertib yang mempunyai kuasa
untuk menjatuhkan hukuman buang kerja
atau turun pangkat beserta dengan rekod
perkhidmatan pegawai itu,..

..dan hendaklah mengesyorkan sama ada


pegawai itu patut:
Dibuang kerja atau diturunkan pangkat.
Dikenakan apa-apa hukuman selain

daripada hukuman buang kerja atau turun


pangkat.
Ditamatkan perkhidmatannya demi
kepentingan awam, atau
Tidak dikenakan apa-apa hukuman.

LANGKAH BERJAGA-JAGA
Pengetua / guru besar dan guru seharusnya membuat

tindakan yang betul bagi mengelakkan dari tanggungan


undang-undang.
Simpan salinan surat pekeliling dan boleh dilihat dan

dibaca oleh guru.


Pastikan semua surat pekeliling disimpan dan disemak

sebelum satu tindakan dibuat


Fahami satu-satu prosedur sebelum satu tindakan diambil

contoh prosedur pembuangan pelajar dan tindakan disiplin


keatas guru.

PEMBELAAN TERHADAP GURU YANG


DIDAKWA MENYEBABKAN CEDERA
KEPADA PELAJAR
Dilindungi di bawah seksyen 89 Kanun

Keseksaan (pelajar 12 tahun dan kebawah)


jika dia dapat membuktikan :
Hukuman dera itu dikenakan bagi maksud
tatatertib sekolah atau bagi mengasuh kanakkanak itu.
Hukuman dera yang dikenakan itu adalah
sederhana dan munasabah.

Dijalankan dengan niat baik dan demi


kepentingan kanak-kanak itu sendiri.
Terdapat izin tersirat oleh ibubapa atau penjaga
kanak-kanak yang diberikan kepada pihak
berkuasa sekolah untuk menjaga tatatertib
budak itu apabila dia membuat kesalahan. Izin
tersirat ini telah diberikan oleh ibubapa atau
penjaga kepada pihak berkuasa sekolah untuk
mengenakan apa-apa jua hukuman ke atas
kanak-kanak secara yang sederhana dan
munasabah bagi maksud mengasuh atau
menguatkuasakan tatatertib sekolah apabila
kanak-kanak itu dihantar ke sekolah.

Dilindungi di bawah seksyen 88 Kanun

Keseksaan (pelajar lebih daripada 12 tahun


tetapi kurang daripada 18 tahun).
88. Nothing, which is not intended to cause
death, is an offence by reason of any harm
which it may cause, or be intended by the doer
to cause, or be known by the doer to be likely to
cause, to any person for whose benefit it is
done in good faith, and who has given a
consent, whether express or implied, to suffer
that harm,or to take the risk of that harm.

Sesetangah seksyen jenayah tak perlu di

jatuhkan hukuman/ denda atau penjara, tapi


boleh di selesaikan cara persetujuan di
mana pengadu/mangsa setuju dengan
jumlah bayaran yang di tawarkan oleh
pihak pembelaan, dengan syarat kes
mestilah di tuduh di mahkamah dahulu dan
pihak mangsa/pengadu setuju dengan
bayaran dari pihak pembelaan.Contohnya
Seksyen 323 dan 325.

PENUTUP
Ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih

adil dan rasional apabila berdepan dengan


kes guru memukul anak mereka.
Berita segelintir guru memukul murid

sering menjadi bahan berita sensasi pihak


media.

Oleh itu guru harus sentiasa bersedia

mendalami aspek undang-undang awam,


ordinan yang berkaitan dan surat pekeliling
yang sentiasa dikeluarkan dengan membuat
rujukan yang memadai dan guru tidak boleh
mengata ia tidak tahu peraturan dan
undang-undang.

TERIMA KASIH

Sesi Soal Jawab dan

Perbincangan

You might also like