Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ISL EDU3101 (BILANGAN 2)

Soalan 1
Pendapat-pendapat ahli falsafah mengenai apa ia falsafah.

Socrates menyatakan falsafah ialah ilmu pengetahuan yang merangkumi


kebenaran. Terkandung dalamnya seperti metafizik logik retorik etika ekonomi

politik dan estetika sumber.


Ahli falsafah Plato pula mendefinisikan falsafah sebagai ilmu pengetahuanlah
yang membolehkan seseorang menuju kearah pencapaian kebenaran semula

jadi.
Al-Farabi mentakrifkan falsafah sebagai ilmu pengetahuan mengenai alam

maujud(fizikal).
Descartes mendefinisikan falsafah sebagai segala pengetahuan di mana Tuhan,
alam dan manusia menjadi fokus pendidikan.

Soalan 2
Apakah definisi falsafah?
Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan
asas.
Pengertian falsafah dibahagikan kepada tiga, iaitu dari segi bahasa, istilah dan
praktikal.

Dari segi bahasa, perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada
bahasa Arab yang juga berasal daripada perkataan, philosophia, iaitu philos
yang bermaksud mencintai dan sophia yang bermaksud kebijaksanaan atau
pengetahuan. Falsafah boleh ditakrifkan sebagai cinta kepada kebijaksanaan

atau pengetahuan.
Dari segi istilah, pengertian falsafah yang dan dikemukakan oleh ahli falsafah
seperti Plato, Socrates, Al-Farabi, Descartes dan lain-lain adalah berbeza (rujuk

soalan 1). Tetapi, terdapat satu persamaan iaitu takrifan mereka mengenai

falsafah berkisar kepada elemen manusia, Tuhan dan alam.


Cari segi praktikal, falsafah membawa maksud berfikir secara bersungguhsungguh, tidak terikat dengan tradisi dan mempunyai ciri-ciri sistematik, radikal
dan sejagat.

Soalan 3
Maksud falsafah pendidikan.
Falsafah pendidikan berasal dari dua istilah asas iaitu dari perkataan falsafah dan
pendidikan. Pendidikan Bersal dari perkataan latin educare yang membawa maksud
memelihara atau mengasuh. Menurut Kemus Pendidikan (1979), pendidikan adalah
suatu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangan kebolehan dan
tingkah laku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada
seseorang individu untuk memperoleh kemahiran asas sosial.
Secara umunya falsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran anatikal yang
digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asas berhubung dengan pendidikan.

Soalan 4
Apakah perkara-perkara yang dijadikan panduan dalam penggubalan falsafah
pendidikan?
Dalam menggubal falsafah pendidikan, terdapat 6 faktor yang dijadikan panduan, iaitu
faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu dan sejagat.
1. Faktor agama
- Mengambil kira agama yang dianuti oleh rakyat negaranya.
2. Faktor sosial
- Meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya
- Malaysia telah menjadikan perpaduan telah menjadi satu matlamat
pendidikan kerana struktur masyarakatnya yang berbilang kaum.

3. Faktor politik
- Falsafah pendidikan digubal berdasarkan ideologi Negara
- Dalam usaha membentuk ideologi Negara, pengaruh politik memainkan
peranan penting
4. Faktor ekonomi
- Mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan
dan kemajuan negara
5. Faktor individu
- Berkaitan dengan keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan
potensi diri dan penyempurnaan kendiri.
6. Faktor sejagat
- Berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan
antarabangsa dan keupayaan warganegara member sumbangan kea rah
yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.

Soalan 5
Sebagai seorang guru,bincangkan implikasi FPN ke atas anda.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang diperkenalkan sejak dahulu lagi dilihat
mampu untuk membawa impak besar dalam bidang pendidikan. Falsafah itu dilihat
mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ianya membawa kebaikan kepada semua pihak
yakni kepada guru dan pelajar itu sendiri.
Sebagai seorang guru, penggubalan FPN itu sendiri ternyata membawa pelbagai
impak yang tersendiri. Untuk memastikan FPN mencapai matlamatnya guru itu sendiri
seharusnya melakukan peranan mereka yang sebenarnya. Guru juga seharusnya
menggunakan pelbagai pendekatan mereka yang tersendiri seperti pendekatan ta
berfokuskan pelajar,

pembelajaran, pemikiran dan konsep. Guru juga seharusnya

berusaha ke arah mengoptimumkan potensi pelajar

dalam proses mencari ilmu.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, setiap manusia yang lahir itu dibekalkan
dengan bakat dan potensi mereka yang tersendiri. Kadangkala bakat serta potensi
mereka ini terserlah semulajadi namun ada juga dikalangan mereka yang bakat serta
potensi mereka perlu diterokai serta digilap. Oleh sebab itu, sudah menjadi peranan

guru untuk menerokai bakat-bakat pelajar mereka. Guru itu sendiri boleh melakukan
pelbagai cara untuk mencungkil potensi pelajar seperti pembelajaran terarah kendiri
(self-directed), bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced) dan juga pemerolehan
resos secara akses kendiri (self-accessed). Semua usaha di atas menekankan kepada
usaha pelajar itu sendiri dan juga cara bagaimana mereka menyelesaikan sesuatu
masalah. Dalam hal ini amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah seharusnyalah tidak lagi tertumpu

hanya dengan membekal maklumat dan

memberi jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja.
Apa yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap
aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesutau pakej pembelajaran yang memerlukan
analisis dan penyiasatan secara kolaboratif dan koperatif dalam menyelesaikannya,
mengemukan soalan-soalan yang berkehendak lebih banyak berfikir dan menjanakan
minda serta menggunakan banyak bahan dari sumber-sumber yang mudah didapati
hasil dari perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasilan
pembelajaran.
Di samping itu, guru juga seharusnya memainkan peranan aktif dalam merealisasikan
FPN. Dalam hal ini, mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat
dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Sebagai persediaan guru juga seharusnya bersedia untuk menimba ilmu
dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan
juga sanggup untuk melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar.
Selain itu, seorang guru juga seharusnya menyedari hakikat bahawa tugas dan
tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu
dan kemahiran sahaja. Pembentukan moral insan itu juga perlu diberi perhatian yang
serius. Ia sangat penting kerana diharapkan agar genrasi muda kelak menjadi individu
yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu,
kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan negara.

Soalan 6
Dalam pendapat anda, mengapakah negara kita memerlukan satu falsafah
pendidikan?
Falsafah pendidikan negara telah diperkenalkan sejak dahulu lagi. Ianya
dianggap penting kerana membawa pelbagai kebaikan dari segala sudut iaitu dari sudut
pelajar dan guru itu sendiri. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum matlamat
utama pembentukan falsafah pendidikan itu sendiri ialah untuk mencungkil serta
memperkembangkan lagi bakat serta potensi yang terdapat dalam diri pelajar itu.
Dengan

adanya

falsafah

pendidikan

secara

tidak

langsung

sudah

menjadi

tanggungjawab para guru untuk mencungkil potensi yang ada di kalangan para pelajar.
Ianya merupakan satu kerugian andai bakat dan poensi yang ada dalam diri pelajar itu
dibiarkan begitu sahaja.
Di samping itu, dengan wujudnya satufalsafah pendidikan, ia akan menjadi satu
asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan yang amat penting
dalam melaksanakan sistem tadi. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan
pelaksanaannya tidak akan tersusun rapi, terumbang ambing dan tidak tentu arah.
Kemungkinan juga pelaksanaan sistem akan mengikut suatu arah pada satu ketika dan
kemudiannya mungkin juga bertukar haluan pada lain masa.Kadangkala perubahan
haluan atau arah ini boleh berlaku kerana faktor kepimpinan, kewangan, pengaruh
politik dan lain-lain. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Ia
mengandungi matlamat, corak dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang
hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop
yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri.

You might also like