Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TAJUK 2.

1: NEGARA BERDAULAT (Konsep dan Ciri-ciri Negara Berdaulat)


Konsep Negara

Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang


mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan.
Satu wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai
institusi pemerintah yang berkesan.
Satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau
wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
Negara yang berdaulat ialah negara yang mempunyai penduduk yang menetap
di satu wilayah mempunyai sempadan yang jelas dan mempunyai kerajaan yang
berupaya untuk mengawal hal-ehwal dalam negara serta mempunyai kebebasan
mengadakan hubungan dengan negara-negara lain.
Catatan:
Terdapat 4 bentuk negara:
1. Monarki ialah negara yang pemerintahannya dikuasai oleh raja atau sultan.

Raja atau sultan menjadi menjadi pentadbir utama dan memonopoli kuasa
eksekutif. Pentadbiran negara dijalankan oleh kerabat raja atau sultan. Contohnya
Arab Saudi, Kuwait dan Brunei Darussalam.
2. Republik ialah negara yang tidak mempunyai raja sebagai ketua negara.
Sebuah republik boleh mengamalkan sistem presiden atau separa presiden.

Sistem presiden. Ketua kerajaan ialah presiden dan beliau juga menjadi
ketua kerajaan. Presiden bertanggungjawab untuk mentadbir negara. Presiden
dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihanraya. Contonya, Amerika Syarikat,
Filipina, Mexico, Indonesia dan Korea Selatan.
Sistem Separa Presiden. Ketua negara ialah presiden tetapi beliau bukan
orang yang menjadi ketua kerajaan. Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Presiden
dan Perdana Menteri mengambil bahagian dalam pentadbiran negara, cuma bidang
kuasa mereka diasingkan. Contohnya Perancis, Sri Lanka, Portugal, Taiwan, Rusia
dan Peru.

3. Demokrasi ialah negara yang mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat
dalam pilihan raya umum.
4. Autokrasi ialah negara yang diperintah oleh individu yang mempunyai kuasa
mutlak. Pemerintah tersebut biasanya menggunakan kekerasan, paksaan dan
ugutan untuk mengekalkan kuasanya.
Sistem Kerajaan ( JENIS KERAJAAN )
Kerajaan ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab
menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara. Kerajaan

merangkumi semua badan yang membuat, mentafsir dan melaksana dasar negara
tersebut. Terdapat dua sistem kerajaan iaitu kesatuan dan persekutuan.
I) Sistem Kerajaan kesatuan ialah gabungan beberapa buah negeri membentuk
kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di
bawah kuasa kerajaan pusat. Contohnya Britain, New Zealand, Perancis, dan
Indonesia.
II) Kerajaan persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri membentuk
kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kuasa pentadbiran dan perundangan dikongsi
kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Malaysia mengamalkan sistem kerajaan
persekutuan. Contoh lain ialah Amerika Syarikat, Brazil, Australia, dan India.
Catatan:
Kerajaan konfederasi merupakan sistem kerajaan yang memberikan
kebanyakan kuasa pemerintahan kepada kerajaan negeri. Kerajaan pusat
mempunyai kuasa pemerintahan yang terhad. Kini kerajaan konfederasi sudah
tidak wujud.
Peranan Kerajaan

Menentukan arah tadbir negara demi keamanan, kesejahteraan warga


negara. Kerajaan bertanggungjawab melaksanakan tadbir urus negara berdasarkan
prinsip tadbir urus terbaik (good governance).
Menyediakan kemudahan ekonomi. Kerajaan perlu menyediakan
kemudahan infrastruktur, peraturan dan aturan yang penting untuk keperluan
pembangunan ekonomi. Kerajaan perlu menyediakan rangka kerja ekonomi untuk
membantu sistem ekonomi beroperasi mengikut garis panduan dan peraturan yang
telah ditetapkan.
Menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat. Segala
perkhidmatan disediakan untuk keperluan rakyat dan tidak semua kemudahan yang
disediakan 100 peratus daripada kelolaan kerajaan, terdapat juga yang disediakan
oleh pihak swasta.
Memastikan keamanan dan ketenteraman. Kerajaan berperanan
memastikan situasi negara terkawal dan stabil samaada dari aspek sosial, politik
dan ekonomi.
Menstabilkan persaingan. Kerajaan bertindak dan memantau persaingan
antara peniaga supaya wujud persaingan yang sehat dalam perniagaan.
Perlindungan alam sekitar. Kerajaan berperanan menjaga kebersihan
alam sekitar supaya tidak tercemar. Menggalakkan pembangunan dilaksanakan
secara lestari.
Penyediaan keperluan asasi. Kerajaan berperanan memastikan keperluan
asas rakyat dilengkapi terutama golongan miskin yang berpendapatan rendah.
Kemudahan asasi seperti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan perlu disediakan
oleh kerajaan.

TAJUK 2.1: NEGARA BERDAULAT (Pembentukan Negara Malaysia)

Pembentukan Malaysia
Penubuhan Malaysia berlaku selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Pembentukan Parti Perikatan oleh Tunku Abdul Rahman telah membuka mata
British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
Perpaduan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menghasilkan
Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan seterusnya
memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancang berlaku pada 1 Jun 1963.
Namun, bantahan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia telah
melambatkan peristiharannya hingga ke 16 September pada tahun yang sama.
Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara
(kini Sabah) dan Sarawak. Persekutuan Malaysia diwujudkan pada 16 September
1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kini Sabah)
dan Sarawak. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak peristiwa berlaku misalnya
cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah.
Pada tahun 1965, atas sebab-sebab tertentu Singapura berpisah dengan Malaysia.
Sebab Pembentukan Malaysia
a. Keselamatan. Penubuhan gagasan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan
komunis yang kian bertambah di Singapura dan Wilayah Borneo. Gagasan ini
diharap membentuk kestabilan politik untuk menentang ancaman komunis.
b. Mengimbangi penduduk. Penubuhan gagasan Malaysia dapat mengelak
ketidakseimbangan kaum.
c. Kemajuan ekonomi bersama. Penubuhan gagasan Malaysia membolehkan
kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama.
d. Mempercepat proses kemerdekaan. Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan
mempercepat proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak , Brunei dan Singapura.
Proses Pembentukan Malaysia
a. Bermula dengan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
(JPPM) yang bertujuan memberitahu orang ramai mengenai Malaysia,
Mengumpulkan sambutan orang ramai terhadap Malaysia dan menyediakan
memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.
b. JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak
mengemukakan pandangan mereka mengenai gagasan Malaysia.
c. Satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold
pada 23 Februari 1962, yang mengandungi tujuh perkara.
Kandungan Memorandum Kepada Suruhanjaya Cobbold:

Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia


Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan
keselamatan.

Agama Islam merupakan agama Ppersekutuan tetapi rakyat bebas


beragama.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh
digunakan.
Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan
Sarawak.
Sabah, Sarawak berhak mengawal imigresennya sendiri.
Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

Tugas Suruhanjaya Cobbold (ditubuhkan pada Januari 1962)

Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.


Membuat syor-syor perlembagaan
Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi merangka Perlembagaan
Malaysia
Menyediakan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan seterusnya diluluskan
oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963.

Penentangan Terhadap Gagasan Malaysia


Berlaku dua penentangan, iaitu:

Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu. Akhirnya
Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia.


Indonesia, kemudiannya bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah
dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah
dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakuinya.
Akhirnya perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966
selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.

You might also like