Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

MERCY MALAYSIA

Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (lebih dikenali sebagai MERCY Malaysia)


adalah sebuah organisasi bukan untung yang memberi bantuan perubatan, pembangunan
kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang memerlukan
dalam situasi krisis dan bukan krisis. Sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan, MERCY
Malaysia bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan sumbangan daripada organisasi
dan individu yang murah hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka untuk memberikan
bantuan kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia dan luar negara. Pertubuhan ini
didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan (1966) di Malaysia, dan ibu pejabat mereka terletak di
ibu negara di Kuala Lumpur.
Permulaan awal (19992003)[sunting | sunting sumber]
MERCY Malaysia telah diasaskan oleh Dr Jemilah Mahmood pada tahun 1999 sebagai
tindak balas kepada konflik di Kosovo. Memandangkan tiada pertubuhan yang sedia ada
yang boleh menerima beliau sebagai seorang sukarela untuk memberikan perkhidmatan
perubatan di sana , beliau dan sekumpulan rakan-rakan mendaftar MERCY Malaysia dengan
Pendaftar Pertubuhan dengan objektif untuk memberi bantuan perubatan [1]. Bekerja dengan
Helping Hands USA [2], MERCY Malaysia kemudian menghantar sebanyak lima misi ke
Kosova untuk menyediakan penjagaan perubatan bergerak. Pada tahun yang sama , MERCY
Malaysia menghantar pasukan bantuan kepada Turki sebagai tindak balas kepada gempa
bumi di Izmit.
Pada tahun 2000, MERCY Malaysia menyediakan bantuan perubatan kepada Orang Pelarian
Dalaman (Internally Displaced Persons) kerana konflik di Maluku, Indonesia.
Tahun berikutnya melihat MERCY Malaysia memberi bantuan keperluan perubatan kepada
mereka yang terselamat dari gempa bumi di Gujarat. Pada tahun yang sama, MERCY
Malaysia memberi bantuan kepada mereka yang terselamat dari banjir di Kemboja [3] di
Kampong Cham[4]. Pada bulan Oktober 2001, MERCY Malaysia telah menghantar satu
pasukan ke Afghanistan untuk berkhidmat kepada pelarian di kem-kem pelarian. [5]
Pada tahun 2002, MERCY Malaysia terus menyampaikan perubatan dan mengembangkan
operasinya di sepanjang jalan. Pertubuhan ini meneruskan kehadirannya di Kabul, [6] dan
kemudian memperluaskan operasinya di Afghanistan untuk menjalankan satu-satunya pusat
perubatan di Spin Buldak[7], iaitu satu kawasan terpencil yang terletak kira-kira 100km dari
Kandahar. MERCY Malaysia juga melancarkan Tabung Bantuan Kemboja untuk terus
menyokong usaha-usaha bantuan akibat banjir di Mekong. [8] Pertubuhan itu juga mula
menerima pengiktirafan dan mengumpul dana dan derma yang meningkat daripada pihak luar
kerana ia bertindak balas kepada keperluan di Palestin. [9]
Pada tahun 2003, Mercy Malaysia memberi tindakbalas kepada keperluan di Baghdad, Iraq
dan menghantar pasukan pertama pada bulan Januari [10]. Pada bulan Februari, MERCY
Malaysia melancarkan Tabung Kemanusiaan China dan menghantar satu pasukan sebagai
tindakbalas kepada gempa bumi yang menerima magnitud 6.8 skala Richter yang melanda
kawasan terpencil di wilayah Xinjiang di barat laut China, berhampiran sempadan dengan
Kyrgyzstan dan Tajikistan [11]. Pada bulan April 2003, pasukan MERCY Malaysia disalahanggap sebagai anasir ganas dan telah diserang di Iraq, di mana Dr Baba Deni dan Dr Jemilah

telah cedera dalam kejadian itu [12]. Mei 2003 menyaksikan MERCY Malaysia bertindakbalas
kepada rayuan antarabangsa dari Sri Lanka selepas negara itu mengalami banjir dan tanah
runtuh yang paling buruk dalam tempoh 60 tahun [13] Satu pasukan terdiri dari enam orang
telah dikerahkan ke selatan Sri Lanka untuk memberi bantuan perubatan dan kemanusiaan
kritikal kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di Ratnapura, yang terletak kira-kira 100km
tenggara dari ibu negara di Colombo. Tahun ini ditamatkan dengan misi ke Kerman, Iran
berikutan gempa bumi Bam yang berlaku pada 26 Disember 2003[14]. Sembilan orang
-termasuk Dr Bubble, seorang doktor badut - menyediakan sokongan perubatan dan
psikososial kepada mangsa gempa bumi, dan telah ditempatkan di bekas Hospital Lapangan
Itali di Baravat, 5 km dari Bam.

PERSATUAN PENCINTA ALAM MALAYSIA


Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Inggeris: Malaysian Nature Society; MNS) adalah satu
badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta alam sekitar di
Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan sebagai Persatuan Pencinta Alam Malaya (Malayan
Nature Society) pada tahun 1940. MNS merupakan sebuah badan dan persatuan alam sekitar
yang dipercayai tertua di Malaysia, Asia dan salah satu tertua di dunia. MNS berpusat di
Bukit Persekutuan di Kuala Lumpur.[1] Cawangan Singapura persatuan ini telah menamakan
dirinya semula sebagai Pencinta Alam (Singapura) ataupun Nature Society (Singapore) pada
tahun 1991.
MNS merupakan badan/persatuan alam sekitar yang bergiat aktif dalam mengetengahkan isuisu berkaitan alam sekitar khususnya di Malaysia. Dalam masa yang sama, badan ini
menguruskan beberapa pusat kajian alam sekitar yang terkenal di Malaysia seperti Taman
Alam Kuala Selangor, Pusat Pendidikan Persekitaran MNS-BOH dan rancangan-rancangan
pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM).[2]
Badan alam sekitar ini telah berjaya memujuk pihak berkuasa untuk mewujudkan Taman
Negara Endau-Rompin. Usaha untuk mengazetkan kawasan tersebut tercetus apabila MNS
melakukan satu ekspedisi saintifik ke Endau dan Rompin pada tahun 1985 dan 1986.[3] Barubaru ini, MNS sedang menjalani satu kempen untuk mengazetkan kawasan Belum-Temengor
sebagai kawasan terpelihara.[4]
Sebagai sebuah badan, MNS menerbitkan dua majalah berkala yang berbahasa Inggeris. Dua
majalah tersebut adalah Malaysian Naturalist dan Malayan Nature Journal. Malaysian
Naturalist ditujukan kepada halayak ramai dan Malayan Nature Journal bersifat lebih
saintifik.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) adalah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan
Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan
Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak
cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan
kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai
Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh
Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan
antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan
Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali
sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak
menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah
di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia
dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta
Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta
1975 oleh Parlimen Malaysia.

RAKAN COP
Rakan Cop ialah suatu program komuniti polis yang dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia
di Kuala Lumpur pada Ogos 2004 untuk membantu dalam membanteras jenayah di ibu kota
dan bandar-bandar lain di Malaysia.[1] Objektifnya yang utama ialah untuk memberi lebih
banyak peluang kepada masyarakat bekerjasama dengan polis serta terlibat secara langsung
dengan pencegahan jenayah. 'COP' adalah singkatan daripada perkataan Cooper yang
diberikan kepada anggota polis.[2]
Ahli Rakan Cop mata dan telinga polis
MATA dan telinga polis. Itulah antara konsep diamalkan menerusi Rakan Cop atau
Rakan Polis memandangkan keberkesanan sesebuah institusi penguatkuasaan
undang-undang amat bergantung pada tahap kerjasama dan sokongan orang ramai.
Menerusi program itu, orang ramai terutama yang terlibat dengan pertubuhan
masyarakat termasuk agensi kerajaan dan swasta digalakkan menyampaikan
maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis.
Maklumat tersebut boleh disampaikan dengan mudah menggunakan telefon bimbit
dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada talian 32728 (DAPAT),
atau hotline 03-21159999.
Bagaimana Rakan Cop berfungsi? Ambil contoh situasi dalam satu kejadian ragut
yang mana peragut melarikan diri menggunakan motosikal.
Apabila orang ramai atau ahli Rakan Cop melihat kejadian itu, mereka akan
melaporkan terus kepada polis menerusi saluran Rakan Cop. Setelah laporan
diterima dan disebarkan menerusi radio, puluhan ribu pengguna jalan raya dapat
membantu mengesan dan memberi maklumat terkini lokasi motosikal tersebut
berdasarkan nombor pendaftarannya.
Keadaan seumpama ini tentu menyulitkan penjenayah melarikan diri kerana
terdapat puluhan ribu orang yang bertindak sebagai mata dan telinga kepada polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataannya sebelum ini menaruh
keyakinan tinggi Rakan Cop akan menerima 300,000 ahli baru terdiri daripada
pelajar dan tenaga pengajar di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara dalam
tempoh terdekat ini.
Ini pastinya membantu menjayakan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk
memberi tindak balas dalam tempoh lapan hingga 15 minit sebaik menerima
maklumat mengenai kes jenayah.
Program tersebut yang pada mulanya diperkenalkan di Kuala Lumpur pada Ogos
2004, mendapat kerjasama daripada lebih 13,000 ahli persatuan pemandu teksi di
sekitar Lembah Klang; 98,000 ahli sahabat stesen Kuala Lumpur FM (KLfm), stesen
Radio Era, operator trak tunda, Sukarelawan Terlatih Operasi Ronda Metrojaya
(STORM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan pelbagai badan bukan
kerajaan (NGO) serta orang perseorangan. Tetapi kini Rakan Cop setelah diperluas
ke seluruh negara semakin ketara peranannya dalam membanteras jenayah.
Indeks jenayah berjaya mengalami penurunan daripada 24,571 pada 2003 kepada
21,241 pada 2004 dan menurun lagi kepada 19,695 pada 2005.
Dengan perkembangan ini, masyarakat kini tiada alasan untuk tidak membantu polis
kerana dengan kemudahan pendaftaran dan penyebaran maklumat dari telefon
bimbit, ia semudah menghantar maklumat dari hujung jari dan dari mana-mana
serta pada bila-bila masa.
KONSEP RAKAN COP
nBerorientasikan masyarakat menerusi perkongsian bijak.
nMenggalakkan kerjasama dan pembabitan masyarakat daripada agensi kerajaan
dan swasta, badan bukan kerajaan, orang perseorangan bagi membantu polis
memerangi jenayah dan masalah keselamatan dengan menyalurkan maklumat tepat
dan pantas.
nMemberi peluang orang ramai agar memainkan peranan aktif dan positif dalam
menjaga keselamatan setempat, kurang bergantung kepada polis, sekali gus
mewujudkan perasaan dan budaya tanggungjawab bersama antara kedua-dua belah
pihak.
nTindak balas pantas polis akan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap
kewibawaan polis dan sekali gus kehadiran polis dapat dirasai.
MISI RAKAN COP

nMenjadikan Rakan Cop sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan antara polis
dan orang ramai.
nMemberikan didikan dan kesedaran sivik terhadap masyarakat tentang aspekaspek pencegahan jenayah, masalah dadah, keselamatan lalu lintas dan lain-lain
aspek keselamatan.
nMenggalak dan membudayakan orang ramai supaya berani tampil ke depan untuk
menyalurkan maklumat kepada polis agar tanggungjawab bersama dalam
memerangi jenayah dapat direalisasikan.
nMembantu menjayakan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi tindak
balas dalam tempoh lapan hingga 15 minit sebaik menerima maklumat mengenai kes
jenayah.
SIAPA AHLI RAKAN COP
nSemua masyarakat adalah ahli Rakan Cop

Aman Palestin
Aman Palestin ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang giat memberi bantuan
kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.[1] Aman Palestin mula
beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan
serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa
berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja
sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.
Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai
sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu
rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.
Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk
projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan
sumbangan daripada orang ramai.
Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan
bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang
Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Pembentukan Negara Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 66 tahun lalu telah
mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis
melalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya

gugur, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah


pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana
kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban
mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli.
Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu
keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan.
Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan
iaitu:

Kemanusiaan

Persaudaraan

Kesucian Baitul Maqdis

Visi[sunting | sunting sumber]


Menjadi sebuah badan yang menjadi sumber rujukan (Marji'iyyah) dengan mengambil
peranan memberikan pertolongan (An-Nusrah) serta sokongan (Ad-Da'mu) kepada rakyat
Palestin untuk menikmati kehidupan yang aman sejahtera dengan memiliki model institusi
yang profesional dan berkualiti yang meraikan ketelusan, amanah dan kesungguhan
(Jiddiyyah).

Misi[sunting | sunting sumber]

Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati sanubari umat Islam di


Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu
ummah yang bersaudara, dan kepada yang bukan Islam sebagai rasa
kemanusiaan yang tidak terbela sehingga kini.

Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin


untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan
kehidupan, disamping menampung keperluan-keperluan segera yang
diperlukan.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin.

Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan.

Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar


negara.

Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO.

Merancang aktiviti secara bersepadu.

Menganjurkan siri-siri forum perbincangan.

Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]


Bagi memastikan objektif penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti
diadakan sama ada di Palestin atau kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan
negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya
adalah seperti berikut:

Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin. Projek ini adalah satu usaha
membangunkan rumah anak-anak yatim Palestin yang berada di Palestin
ataupun di kem-kem pelarian mereka.[2]

Bantuan Pelajaran Pelajar-Pelajar Palestin. Iaitu menyediakan bantuan


pelajaran untuk pelajar-pelajar Palestin yang berada di dalam Palestin dan
di kem-kem pelarian mereka.

Bantuan Sara Hidup Yatim Palestin. Projek ini bertujuan menyediakan


bantuan sara hidup untuk anak-anak yatim Palestin yang berada dalam
kemiskinan dan kemelaratan. Sehingga kini, Aman Palestin menguruskan
bantuan sara hidup anak yatim di dalam Palestin dan Lubnan.

Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dalam Palestin.

Projek Pertanian Sara Diri di Nablus.

Projek Berbuka Puasa. Menyediakan makanan berbuka puasa untuk


pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin.

Bantuan Perubatan Palestin. Bekalan ubat di Palestin tidak mencukupi


ekoran sekatan Amerika dan sekatan apartheid Yahudi. Oleh itu projek ini
adalah penting untuk menyediakan bekalan ubat yang diperlukan oleh
rakyat Palestin.

Projek Qurban Aidil Adha Palestin. Projek ini adalah untuk membekalkan
daging korban untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin
sempena Hari Raya Aidil Adha.

Bantuan Hari Raya. Membekalkan makanan dan pakaian yang diperlukan


oleh pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin untuk
menyambut Hari Raya.

Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah.

Projek Pusat Kegiatan Anak-Anak Yatim.

MAJLIS KANSER MALAYSIA

MAKNA (Majlis Kanser Nasional) atau Majlis Kanser Nasional Malaysia


merupakan sebuah syarikat sosial tidak untuk keuntungan terutamanya
ditugaskan untuk mengumpulkan dan menggunakan setiap usaha, kepakaran
dan kebajikan dari setiap puak masyarakat untuk melawan kanser dan
mengurangkan kesakitan, penderitaan dan morbiditi yang pesakit kanser
sering mengalami. Ia bertujuan untuk menyediakan penjagaan rawatan,
penjagaan pencegahan, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan kanser
untuk pesakit kanser dan keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi dan
orang awam di Malaysia dan seluruh dunia. Bersama-sama dengan rakyat
Malaysia dari semua lapisan masyarakat, MAKNA berharap untuk memberi
inspirasi kepada perubahan luar biasa dan memberi orang yang terlibat
dengan kanser diperbaharui harapan dalam kehidupan.
MAKNA berdaftar di bawah Daftar Pertubuhan Malaysia pada 10 November
1994 dan dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac 1995. Ia diasaskan oleh
Dato 'Mohd Farid Ariffin di Kuala Lumpur, Malaysia. Organisasi ini dinamakan
selepas perkataan bahasa Melayu bagi 'makna' (MAKNA) dan slogan adalah
A Meaning to Life.
simbol Periwinkle [sunting]
Logo ketara MAKNA diilhamkan oleh bunga periwinkle, saintifik dinamakan
Catharanthus roseus (Madagascar Periwinkle), satu spesies asli
Catharanthus dan endemik ke Madagascar. Tempatan yang dikenali sebagai
Kemunting Cina, periwinkle adalah tumbuhan saka yang biasa ditemui di
taman-taman, di tepi jalan dan juga di taman permainan di Malaysia. Ini
bunga yang indah dan halus adalah sebenarnya merevolusikan rawatan
kanser melalui beberapa ubat kemoterapi. Bahan kimia dalam tumbuhan ini
telah didapati mengandungi keupayaan unik untuk menjaga beberapa jenis
sel-sel kanser daripada membiak. Sebagai contoh, bahan kimia ini telah
diketahui telah membantu meningkatkan kadar survival leukemia kanakkanak dari 10 semata-mata peratus kepada 95 peratus!
Sumber tumbuhan Bahan yang paling penting dalam kemoterapi adalah
alkaloid dari Madagascar Periwinkle. Dua jenis alkaloid yang dinamakan
vinblastine dan vincristine hari ini biasa digunakan secara berasingan atau
digabungkan dengan lain-lain bentuk terapi untuk rawatan kanser. Dengan
sumbangan yang bermakna kepada masyarakat kanser, MAKNA
memutuskan untuk memeluk bunga ini sebagai lambang organisasi dalam
peperangan menentang kanser.
Sejarah [sunting]
Pertubuhan kanser konsisten kepada mereka yang dilaksanakan dalam
meningkatkan kualiti hidup, MAKNA buat kali pertama pada tahun 2011.
MAKNA telah dipelbagaikan untuk menyokong dan menjalankan penyelidikan
dalam sains asas dan penyelidikan klinikal kanser dan gaya hidup yang sihat.
Makna didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 10
November 1994 dan dilancarkan Secara Rasmi Pada 30 Mac 1995. Program
Bendahari MAKNA, yang merupakan projek bantuan kewangan menyediakan
jenis kanser kewangan-mencabar dan latar belakang pesakit. MAKNA telah
dipelbagaikan untuk menyokong jenis maklumat kanser yang berbeza secara
berkesan kepada semua lapisan masyarakat. Selama bertahun-tahun, jenis
perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAKNA Program Bendahari, yang boleh

membawa kepada kos rawatan inovatif. Wira Kanser dirayakan oleh MAKNA.

Pengasas [sunting]
Dato 'Mohd Farid Arifin, pengasasnya, mempunyai pengurusan yang luas,
pengalaman organisasi dan keusahawanan, telah berkhidmat sebagai
seorang guru, pensyarah dan peguam dan kemudian sebagai Timbalan
Menteri Kewangan (1987 - 1989) dan Timbalan Menteri Kesihatan (1989 1995).
MAKNA dibentuk sejak pengalaman keluarga sendiri, dan hari ini ia adalah
sebuah organisasi yang ditanam memberi tumpuan sepenuhnya kepada
kanser.
anak remajanya Farul Rafiq adalah 17 apabila disahkan menghidap leukemia
pada tahun 1992. Farul diterbangkan ke London, England (Hospital
Hammersmith) untuk rawatan. Di sana, beliau telah menjalani rawatan tegas
termasuk yang autologous pemindahan sum-sum tulang, yang belum lagi
terdapat di Malaysia. Beberapa tahun ke dalam melawan penyakit, dia
akhirnya disahkan kanser percuma.
Walaupun berehat di hospital di London, keluarga Dato 'Mohd Farid membuat
janji bahawa mereka kembali ke Malaysia, mereka akan menubuhkan sebuah
pertubuhan kanser yang bertujuan untuk membantu mereka dari golongan
berpendapatan rendah mendapat akses kepada rawatan kanser.
Pada 4 Ogos 2011, Farul meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru.

Suggest an edit

You might also like