Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Panduan Kepada Penyumbang

SKOP
Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman) diterbitkan tiga kali setahun oleh
Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan utama jurnal ini
ialah menerbitkan hasil penyelidikan yang diselenggarakan sarjana dan penyelidik dalam
bidang pengajian Melayu, termasuk aspek sains dan teknologi, bahasa dan linguistik, sastera
lama dan baru, sejarah, habitat manusia dan alam sekitar, budaya dan falsafah di alam
Melayu.
MANUSKRIP
Manuskrip dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam
jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk
pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain. Ia harus ditaip langkau dua baris dengan
ruang besar di kedua-dua tepi untuk memudahkan dimasukkan ulasan daripada penilai. Pada
halaman pertama manuskrip harus dinyatakan tajuk, nama pengarang, alamat surat menyurat
dengan pos kod, alamat e-mail dan jawatan yang dipegang. Semasa manuskrip itu dalam
proses penerbitan, penulis bertanggungjawab memaklumkan editor tentang perubahan
alamatnya. Editor berhak untuk menyunting manuskrip yang difikirkan wajar. Makalah
hendaklah di e-melkan kepada:
Ketua Editor Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman)
Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor D.E., Malaysia
Fax: 03-89254698
E-mail: ziskandar@ukm.edu.my

ABSTRAK
Sediakan abstrak sepanjang 100-200 patah perkataan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
KATA KUNCI
Sediakan sebanyak 5 hingga 10 patah kata kunci.
NOTA
Nota kaki tidak digalakkan. Andainya diperlukan, gunakannya seminimum yang mungkin
dan meletakkannya sebagai nota hujung di akhir karya, dengan dituliskan angka kesemuanya
secara sistematik.
RUJUKAN

Semua rujukan mesti diletakkan di akhir karya menurut susunan berabjad. Rujukan kepada
pengarang yang sama disusun mengikut kronologi.
Rujukan kepada rencana dalam jurnal harus mempunyai nama pengarang, initial, tahun
penerbitan, judul lengkap rencana, judul jurnal berhuruf condong, bilangan jilid, bilangan isu
dan halaman awal serta akhir rencana itu. Lihat contoh:
Winzeler, R.L. 1983. The study of Malay magic. Bijdragen tot de Taal-, Land- en
Volkenkunde 39(4): 435-458.
Rujukan kepada buku harus mempunyai nama pengarang, initial, tahun penerbitan, judul
penuh berhuruf condong, tempat penerbitan, nama penerbit. Lihat contoh:
Pringle, R. 1970. Rajahs and Rebels. London: MacMillan.
Rujukan kepada bab dalam buku harus mempunyai nama pengarang, initial, tahun penerbitan,
tajuk lengkap bab yang dirujuk, nama editor, judul penuh buku dalam huruf condong,
halaman pertama dan akhir daripada bab yang dirujuk, tempat penerbitan, dan nama penerbit.
Lihat contohnya:
Wong Soak Koon. 1996. Jean Rhys Wide Sarggasso Sea: Colonial Interrogations of
Bildungsroman. In Fadillah Merican et al. (pnyt.) A view of Our Own: Ethnocentric
Perspectives in Literature: International Literature Conference in Conjunction with 10
Anniversary of Fakulti Pengajian Bahasa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 77-90. Bangi:
Fakulti Pengajian Bahasa, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pastikan semua bahan rujukan dalam teks ada catatannya dalam Rujukan.
LAMPIRAN
Contoh, soal selidik, nota teknikal, peta, gambar, rajah, ilustrasi, daftar dan semua keterangan
yang lain yang penting harus dinyatakan dalam Lampiran. Setiap lampiran itu harus diberikan
judul yang boleh dirujuk dalam teks.
PEWASITAN
Semua manuskrip yang diterima akan diwasit sidang editor dan sekurang-kurangnya seorang
penilai bebas. Keputusan untuk menerbitkannya bergantung kepada penilaian yang kami
terima daripada mereka.
OFF PRINT
Setiap pengarang akan dibekalkan satu naskhah Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun
Melayu (Iman) dan manuskrip yang telah diterbitkan dalam format PDF yang akan di hantar
melalui e-mail. Semua ini akan diuruskan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (IMAN)
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
+60389215280/4737
+60389254698
ziskandar@ukm.edu.my
En. Anua - 03-8921 3492/ 012-2128573

You might also like