Minit Mesyuarat Agung KSKBPT 3 (2006)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT AGUNG

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN, BAHAGIAN


PERKHIDMATAN TEKNIKAL
(KSK, BPT) KALI KE-3 (2006)
Tel: 05-5406000; Fak: 05-5406100 ;
webpage: http://kskbpt.cjb.net

Tarikh
Tempat
Masa

:
:
:

26 Mei 2006
Bilik Persidangan, Blok Zamrud, BPT.
10.00 pagi

KEHADIRAN :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

En. Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi (Presiden)


Tn. Hj. Mohd. Zaidi Bin Mohd. Hassan (Timbalan Presiden)
Tn. Hj. Azhari Bin Ahmad (Bendahari Kehormat)
En. Abdul Wahab Bin Mohd Noor (Pen. Bendahari Kehormat)
En. Mohd Fuzi Bin Hashim (Setiausaha Kehormat)
En. Mohd. Zahar Bin Ibrahim (Ahli Jawatankuasa)
Pn. Hjh. Noor Ashikin bt Abd. Razak (Ahli jawatankuasa)
En. Mohd Fahami Bin Abas (Pemeriksa Kira-Kira)
En. Zahrunajmi Bin Mohd Salleh (Pen. Setiausaha Kehormat)

- Pengerusi

- Pencatit Minit

Dan 65 orang ahli yang berdaftar sebagai ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan, Bahagian Perkhidmatan
Teknikal, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia.

1.0

UCAPAN PRESIDEN KELAB MERANGKAP PENGERUSI MESYUARAT


Tuan Pengerusi memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli kelab
yang dapat hadir pada pagi ini. Beliau selanjutnya mengucapkan terima kasih kepada seluruh
Ahli Jawatankuasa yang telah memberikan kerjasama dan tenaga bagi menjayakan semua
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang semasa sesi yang lepas. Beliau juga berharap agar ahli
jawatankuasa baru yang akan dilantik kelak dapat menjalankan tugas dengan lebih baik di
samping dapat memajukan lagi kelab ini. Selain daripada itu juga, beliau merakamkan ucapan
terima kasih kepada jawatankuasa yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan mesyuarat
agung kali ini.
Seterusnya, beliau berharap semoga ahli-ahli terus memberikan sokongan dan kerjasama
terhadap sebarang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab.

2.0

PENENTUAN KORUM DAN PERLANTIKAN JURUTULIS MESYUARAT


2.1

Mengikut rekod kehadiran, seramai 65 orang ahli yang berdaftar telah hadir ke
mesyuarat kali ini. Oleh yang demikian, jumlah kehadiran ini adalah mencukupi
korum yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan iaitu satu pertiga daripada
jumlah keseluruhan ahli biasa.

2.2

Tuan Pengerusi mencadangkan En. Zahrunajmi Bin Mohd Salleh dilantik menjadi
Jurutulis Mesyuarat dan cadangan ini disokong oleh En. Mohd Zahar Bin Ibrahim.

Kelab Sukan & Kebajikan, BPT

3.0

Kali Ke-3 (2006)

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-2


(2005)
Setiausaha Kehormat membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-2 (2005) iaitu
Lampiran E (muka surat 12 18), Buku Laporan Mesyuarat Agung Kali Ke-3 (2005)
seterusnya beliau meminta pengesahan terhadap minit tersebut. Mesyuarat dimaklumkan
bahawa minit mesyuarat tersebut perlu dibuat pindaan pada bahagian tajuk dan tarikh
mesyuarat. Tajuk serta tarikh mesyuarat hendaklah dibetulkan iaitu daripada MINIT
MESYUARAT AGUNG KSKBPT BIL. 03(2006) kepada MINIT MESYUARAT AGUNG
KSKBPT KALI KE-2 (2005) dan tarikh dari 19 Mei 2006 kepada 19 Mei 2005.
Seterusnya, En. Abd Wahab Bin Mohd Nor telah mencadangkan supaya minit mesyuarat
tersebut diterima dan disokong oleh En. Abd. Aziz Bin Alwi.

4.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DARIPADA MINIT MESYUARAT AGUNG


KALI KE-2 (2005)
4.1

Keahlian Kelab (Perkara 6.1)

Pengerusi memaklumkan bahawa dasar keahlian kelab adalah sama seperti sebelum ini iaitu
keahlian adalah secara sukarela.
4.2

Kekerapan Mesyuarat Agung (Perkara 6.2)

Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dalam Jawatankuasa


Kelab dan telah diputuskan bahawa AGM hanya akan dijalankan setahun sekali kerana ia
telah termaktub di dalam perlembagaan Kelab.
4.3

Yuran Penyertaan Aktiviti Kelab (Perkara 6.3)

Pengerusi memaklumkan bahawa cadangan tersebut telah diterima dan dilaksanakan.


4.4

Logo Rasmi Kelab (Perkara 6.5)

Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dilaksanakan dan ia masih di dalam
tindakan pendaftaran.
4.5

Aktiviti Yang Mendatangkan Hasil Kepada Kelab (Perkara 6.6)

Pengerusi memaklumkan bahawa Biro Ekonomi telah menjalankan beberapa aktiviti iaitu
penjualan pelekat kenderaan, air mineral dan makan / minum untuk mesyuarat di BPT.
4.6

Undang-undang Kecil Kelab (Perkara 6.8)

Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dibincangan dalam mesyuarat


Jawatankuasa Kelab dan ahli Jawatankuasa memutuskan bahawa perkara tersebut tidak perlu
dilaksanakan kerana perlembagaan Kelab telah mencukupi untuk menjelaskan sebarang
persoalan atau perkara yang timbul.
4.7

Ahli Bersekutu (Perkara 9.1)

Pengerusi memaklumkan bahawa perkara


Pertubuhan untuk tindakan selanjutnya.

tersebut telah dimajukan kepada Pendaftar

Kelab Sukan & Kebajikan, BPT

4.8

Kali Ke-3 (2006)

Bayaran Yuran Keahlian (Perkara 9.3)

Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dilaksanakan dan dipanjangkan


kepada Pendaftar Pertubuhan untuk tindakan selanjutnya.
4.9

Penyertaan Aktiviti Oleh Pekerja Sambilan / Sementara (Perkara 10.2)

Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat


Jawatankuasa Kelab dan memutuskan bahawa penyertaan mereka adalah dibenarkan tetapi
bayaran yuran penyertaan hendaklah lebih tinggi daripada ahli kelab.
4.10

Lawatan Sambil Belajar (Perkara 10.3)

Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diambil tindakan oleh Biri Rekreasi
di mana satu lawatan ke Gua Tempurung telah diadakan pada bulan Disember 2005.
4.11

Kebajikan Ahli Kelab (Perkara 10.5)

Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diambil tindakan melalui Biro
Kebajikan.

5.0

PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN KEWANGAN TAHUN 2005


Tuan Hj. Azhari Bin Ahmad selaku Bendahari Kehormat Kelab telah membentangkan
laporan kedudukan kewangan Kelab seperti yang terkandung di dalam Lampiran M (muka
surat 41 44), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 (2006) seterusnya beliau
meminta supaya laporan tersebut diterima dan disahkan. En. Sabadun Bin Yatim
mencadangkan supaya laporan tersebut diterima serta disahkan dan disokong oleh Pn. Robiah
Bt. Abd. Rahman.

6.0

PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN TAHUNAN BIRO-BIRO

6.1

LAPORAN SETIAUSAHA KEHORMAT


Setiausaha Kehormat telah membentangkan laporannya seperti yang terkandung di
dalam Lampiran F (muka surat 19 21), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan
Kali Ke-3 (2006).

6.2

LAPORAN BIRO EKONOMI


Tuan Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan selaku Pengerusi Biro Ekonomi telah
membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang
terkandung di dalam Lampiran G (muka surat 22 23), Buku Laporan Mesyuarat
Agung Tahunan Kali Ke-3 (2006).

6.3

LAPORAN BIRO KEBAJIKAN


Pn. Hjh. Noor Ashikin Bt. Abd. Razak selaku Pengerusi Biro Kebajikan telah
membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang
terkandung di dalam Lampiran H (muka surat 24 26), Buku Laporan Mesyuarat
Agung Tahunan Kali Ke-3 (2006).

Kelab Sukan & Kebajikan, BPT

Kali Ke-3 (2006)

Tn. Hj. Mohd Fisol Bin Ansan mencadangkan supaya dipisahkan Sambutan Hari
Raya Aidilfitri dengan perayaan-perayaan lain pada masa akan datang (rujuk
Lampiran H, muka surat 26, Perkara 4.0 Majlis Sambutan DeepaRaya 2005 di dalam
Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 (2006)). Pengerusi
memaklumkan bahawa perkara tersebut akan diambil tindakan pada masa akan
datang.
Pn. Norhana Bt. Muhamad Yusuf bertanya kenapa senarai sumbangan bagi tahun
2005 masih dimasukkan ke dalam laporan . Pengerusi memaklumkan bahawa senarai
sumbangan tersebut adalah di bawah tahun kewangan yang dibentangkan pada
mesyuarat kali ini.
6.4

LAPORAN BIRO REKREASI


Setiausaha mewakili Pengerusi Biro Rekreasi telah membentangkan laporan aktivitiaktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di dalam Lampiran I (muka
surat 27 29), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 (2006).

6.5

LAPORAN BIRO SUKAN


En. Mohd Zahar Bin Ibrahim mewakili Pengerusi Biro Sukan telah membentangkan
laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di dalam
Lampiran J (muka surat 30 34), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke3 (2006).

6.6

LAPORAN BIRO HELWA


Pengerusi Biro Helwa iaitu Pn. Rodziah Bt. Hussain telah membentangkan laporan
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di dalam Lampiran K
(muka surat 35 36), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 (2006).

6.6

LAPORAN WEB TEAM


Pengerusi Web Team iaitu En. Mohd Zahar Bin Ibrahim telah membentangkan
laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti yang terkandung di dalam
Lampiran L (muka surat 37 40), Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali
Ke-3 (2006).

7.0

PEMBENTANGAN USUL
7.1

Kiosk KSKBPT
En. Mohd Zahar Bin Ibrahim bertanyakan status kiosk Kelab yang terletak di sebalah
kantin BPT. Pn. Hamimah Bt. Tajuddin pula mencadangkan supaya disediakan
sebuah peti sejuk di dalam kiosk tersebut. Pengerusi memaklumkan bahawa kiosk
tersebut akan diuruskan oleh Biro Ekonomi dan akan dibuka tidak lama lagi. Selain
daripada itu juga, cadangan oleh Pn. Hamimah akan dibincangkan oleh Ahli
Jawatankuasa Kelab Penggal 2006/2008 yang akan dilantik kelak.

Tindakan : Biro Ekonomi

Kelab Sukan & Kebajikan, BPT

7.2

Kali Ke-3 (2006)

Menurap Foyer Blok Zamrud


Pn. Hamimah Bt. Tajuddin mencadangkan supaya foyer Blok Zamrud diturap bagi
membolehkan sebarang aktiviti seperti senamrobik dan sebagainya dijalankan di situ.
Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut akan dibincangkan oleh Ahli
Jawatankuasa Kelab Penggal 2006/2008 yang akan dilantik kelak.
Tindakan :Biro Rekreasi

7.3

Kelas Al-Quran
Pn. Hamimah Bt. Tajuddin mencadangkan supaya diadakan kelas mengaji Al-Quran
khusus untuk kaum wanita. Pengerusi memaklumkan bahawa perkara tersebut akan
dibincangkan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Penggal 2006/2008 yang akan dilantik
kelak.
Tindakan : Biro HELWA

8.0

PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA KELAB PENGGAL 2004/2006


Pengerusi mengisytiharkan bahawa Ahli Jawatankuasa Kelab Penggal 2004/2006 dibubarkan.

9.0

PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA DAN JURU AUDIT KELAB PENGGAL


2006/2008
Mesyuarat memutuskan bahawa calon sesuatu jawatan yang mendapat undi kedua tertinggi
dilantik sebagai Timbalan / Penolong.
Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa pula, lantikan adalah berdasarkan kepada enam (6) calon
yang mendapat undi tertinggi.

9.1

Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden


1.

Nama Calon : Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan


Pencadang : En. Mior Ahmad Sabri Bin Mior Mohd
Jumlah undi : 40 undi

2.

Nama Calon : Hj. Azhari Bin Ahmad


Pencadang : Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan
Jumlah undi : 5 undi

Dengan ini, disahkan bahawa:


Presiden
Timbalan Presiden

:
:

Tn. Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan


Tn. Hj. Azhari Bin Ahmad

Kelab Sukan & Kebajikan, BPT

9.2

Kali Ke-3 (2006)

Jawatan Bendahari Kehormat Dan Penolong Bendahari Kehormat


1.

Nama Calon : En. Mohd Zahar Bin Ibrahim


Pencadang : En. Mohd Fadzil Bin Mohamad Mokhtar
Jumlah undi : 24 undi

2.

Nama Calon : Pn. Hjh. Noor Ashikin Bt. Abd. Razak


Pencadang : Tn. Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan
Jumlah undi : 20 undi

Dengan ini, disahkan bahawa:


Bendahari Kehormat
Pen. Bendahari Kehormat

9.3

:
:

En. Mohd Zahar Bin Ibrahim


Pn. Hjh. Noor Ashikin Bt. Abd. Razak

Ahli Jawatankuasa
Nama Calon

Pencadang

1. Abdul Aziz Bin Md. Noor


2. Jontih Enggihon
3. Dzazali Bin Ayub
4. Abdullah Bin Sulaiman
5. Hamisah Bt. Adnan
6. Hamimah Bt. Tajuddin
7. Norhana Bt. Muhamad Yusuf
8. Ramlah Bt. Satar
9. Zahrunajmi Bin Mohd Salleh
10. Arshad Bin Dahari
11. Zuliza Bt. Ahmad Nor

Mohd Fadzil B. Mohd Mokhtar


Abdul Aziz B. Md. Noor
Mior Ahmad Sabri
Moir Ahmad Sabri
Mior Ahmad Sabri
Mior Ahmad Sabri
Mior Ahmad Sabri
Mior Ahmad Sabri
Mior Ahmad Sabri
Siti Ajar Bt. Mat Zain
Mohd Fuzi Bin Hashim

Jumlah Undi
32
42
19
46
30
16
13
17
41
8
36

Dengan ini disahkan bahawa Ahli Jawatankuasa Kelab Penggal 2006/2008 ialah :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

9.4

En. Abdullah Bin Sulaiman


En. Jontih Enggihon
En. Zahrunajmi Bin Mohd Salleh
Pn. Zuliza Bt. Ahmad Nor
En. Abdul Aziz Bin Md. Noor
Pn. Hamisah Bt. Adnan

Pemeriksa Kira-kira
1.

Nama Calon : Mohd Fahami Bin Abas


Pencadang : Mohd Fuzi Bin Hashim

2.

Nama Calon : Pauzi Bin Ahmad


Pencadang : Pn. Robiah Bt. Abd. Rahman

Dengan ini disahkan bahawa Pemeriksa Kira-kira Kelab Penggal 2006/2008 ialah:
1.
2.

En. Mohd Fahami Bin Abas


En. Pauzi Bin Ahmad

Kelab Sukan & Kebajikan, BPT

9.5

Kali Ke-3 (2006)

Pelantikan Setiausaha Kehormat Dan Pen. Setiausaha Kehormat


Presiden Kelab yang baru dilantik iaitu Tn. Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan telah
melantik semula En. Mohd Fuzi Bin Hashim sebagai Setiusaha Kehormat sementara
jawatan Penolong Setiausaha Kehormat akan dilantik kemudian.

10.0

HAL-HAL LAIN
Tiada

11.0

UCAPAN PENANGGUHAN
11.1

Ucapan Presiden
Tn. Hj. Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan selaku Presiden Kelab yang baru dilantik
menyucapkan syukur dan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang memberi
sokongan kepada beliau untuk menerajui kelab bagi penggal 2006/2008. Beliau
menyatakan bahawa amanah yang telah diberikan oleh ahli merupakan satu
tanggungjawab yang amat berat dan berharap agar sentiasa mendapat kerjasama
daripada ahli-ahli amnya serta Ahli Jawatankuasa khususnya. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada Presiden Kelab Penggal 2004/2006 iaitu En.
Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi di atas sumbangan yang telah beliau berikan
sepanjang menjadi Presiden Kelab. Beliau amat berharap agar ahli-ahli dapat
memberikan komitmen yang tinggi dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
oleh kelab dan memberikan cadangan-cadangan yang bernas untuk dilaksanakan oleh
kelab. Di samping itu juga, beliau berharap agar setiap ahli dapat membantu kelab
dengan cara membayar yuran dan membeli barangan yang dijual oleh kelab. Akhir
sekali, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli serta AJK di atas
kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan Mesyuarat Agung kali ini.

11.2

Ucapan Pengerusi Mesyuarat


En. Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi selaku Pengerusi mesyuarat merakamkan
jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli dan AJK kepada
beliau semasa menerajui kelab. Belia berharap sokongan tersebut dapat dipanjangkan
kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik ini. Beliau juga mengucapkan terima
kasih kepada AJK Mesyuarat Agung kali ini kerana telah dapat mengadakan
mesyuarat dengan begitu baik dan lancar.

12.0

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi. Mesyuarat Agung yang akan datang akan
ditentukan kemudian.

Disediakan oleh:

.......................................
(MOHD FUZI BIN HASHIM)
Setiausaha Kehormat

....................................................................
(ZAHRUNAJMI BIN MOHD SALLEH)
Pencatit Minit

You might also like