Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

- Jihad merupakan satu konsep dan tuntutan

dalam Islam.
- Walaupun perkataan jihad terdapat di dalam
al-Quran dan banyak disebut di dalam hadithhadith Rasulullahs.a.w., namun konsep jihad
tetap menjadi pertikaian di kalangan orang
bukan Islam dan bahkan sebahagian orang
Islam.

Dari segi bahasa :


Menurut kamus-kamus bahasa Arab:
- perkataan jihad berasal daripada perkataan al-jahd yang bermakna kesukaran
- al-juhd yang bermakna kekuatan dan usaha.
- al-jihad bermaksud mengerahkan kekuatan dan kemampuan baik dalam
bentuk
kata-kata mahupun perbuatan.
Jihad Menurut al-Quran dan Sunnah :

mengerahkan tenaga dan usaha untuk berperang pada jalan Allah, samada
secara
langsung (bertempur di medan perang), ataupun dengan harta, akal fikiran,
membekalkan tentera tambahan, logistik, bantuan perubatan bagi tentera
dan sebagainya.

Kronologi pensyariatan Jihad (berperang) di jalan Allah boleh diringkaskan seperti berikut:
Pada peringkat awal dakwah Rasulullah di era Makkah, Jihad memerangi musuh
masih belum disyariatkan oleh Islam. Walaupun terdapat beberapa ayat yang
diturunkan di era tersebut yang menyebut tentang jihad seperti di dalam surah alAnkabut ayat ke 6,8 dan 69 serta surah Luqman ayat 15, namun jihad dalam
konteks tersebut lebih kepada makna jihad manawi, bukan jihad yang melibatkan
pertempuran dan peperangan.

Semasa proses Hijrah ke Madinah, kaum Muslimin mendapat keizinan untuk


berjihad dan berperang daripada AllahTaala. Namun pada tahap ini, Allah Taala
membenarkan orang-orang Islam berperang, tetapi bukan mewajibkannya.

Selepas Hijrah ke Madinah, kaum Muslimin diwajibkan berjihad memerangi mereka


yang memusuhi serta memerangi Islam dan Muslimin. Terdapat hampir 26 istilah jihad
yang disebut di dalam surah-surah madaniyyah. Kebanyakkannya dengan jelas
membawa maksud berperang pada jalan Allah Taala, atau kerana Allah Taala.

suatu amalan ibadah yang mempunyai


kedudukan yang tinggi dan
tersendiri. Ia adalah kemuncak amalan
terpuji yang dituntut di dalam Islam,
jika dibandingkan dengan amalanamalan lain selain daripada solat wajib.

1) Mempertahankan Islam dan ajarannya.


-

Berjihad untuk mempertahankan ajaran Islam merangkumi membanteras


sebarang pergerakan, usaha dan rancangan untuk memutarbelitkan ajaran
Islam, atau menghancurkan aqidah Muslimin, baik secara terang-terangan
mahupun berselindung

Ummat Islam mesti peka dan sedar akan propaganda musuh dan pelbagai taktik
mereka yang digunakan untuk menghancurkan aqidah Muslimin, samada
melalui penulisan atau kajian tentang Islam, melalui serangan pemikiran,
ekonomi ataupun budaya hidup

Muslimin haruslah mengembalikan integriti Islam sebagai agama yang benar


dan mentauhidkan Allah Taala.

Dalam konteks ini, jihad melalui kata-kata, ilmu, penulisan dan ekonomi amat
sesuai.

2) Membela diri dan nasib Muslimin daripada kezaliman


dan penganiyaan pihak musuh.
-

Ini termasuk jihad mengusir para penceroboh dan penjajah yang merampas
negara atau kawasan kediaman kaum Muslimin. Contohnya, jihad menentang
musuh yang menghalau kaum Muslimin dari tanah air, sepertimana yang
berlaku pada orang-orang Islam generasi awal di Makkah.

Kezaliman terhadap kaum Muslimin juga boleh terjadi melalui penafian hak-hak
kemanusiaan serta pencabulan hakhak asasi, penindasan dari pelbagai aspek
dan cara, dan sebagainya.

Ummat Islam tidak boleh selamanya membiarkan diri mereka ditindas dan
dianiaya oleh pihak musuh.

3) Meluaskan syiar Islam


-

Jihad adalah satu mekanisme bagi meluaskan syiar Islam, terutamanya ketika
dakwah secara aman tidak dapat dijalankan.

Rasulullah berjihad atas dasar dua perkara:


Pertama: mempertahankan diri daripada serangan musuh.
Kedua: menjamin dakwah Islam dapat dijalankan kerana dakwah Islam
merupakan dakwah yang hak dan benar.

Ia tidak bermakna bahawa Islam melakukan sebarang paksaan atau


kekerasan dalam berdakwah. Satu perkara yang perlu ditekankan ialah
prasyarat untuk melancarkan peperangan adalah seruan dan dakwah Islam
terlebih dahulu telah disampaikan dan dijalankan terhadap pihak musuh yang
ingin diperangi. Ini menunjukkan bahawa pihak lawan tidak boleh diserang
sebelum menerima dakwah dan seruan Islam secara aman.

1) Ketika tiada kerahan tenaga atau pengisytiharan


perang
-

Hukum jihad ketika tiada kerahan tenaga ataupun tiada arahan berperang
daripada ketua negara atau pemerintah adalah fardhu kifayah. Maksudnya,
jihad adalah diwajibkan ke atas semua para pejuang, tetapi apabila sebahagian
daripada mujahid telah melakukannya (keluar berjihad), maka kewajipan
tersebut tidak lagi dituntut kepada orang lain.

Wanita Islam tidak dibenarkan keluar berjihad tanpa izin suami ketika tiada
kerahan tenaga dari pemerintah. Begitu juga halnya jika seorang anak tidak
mendapat kebenaran daripada ibubapanya untuk keluar berjihad,maka dia
tidak harus keluar berjuang. Ini kerana, mentaati suami bagi seorang isteri dan
mentaati ibubapa bagi seorang anak adalah fardhu ain, sedangkan jihad adalah
fardhu kifayah. Maka, perkara fardhu ain mestilah didahulukan serta
diutamakan daripada fardhu kifayah.

2) Ketika kerahan tenaga atau pengisytiharan perang


-

Jika adanya kerahan tenaga yang menyeluruh daripada pemerintah ataupun


pengisytiharan perang seperti ketika negara Islam diserang musuh, maka jihad
menjadi fardhu & ain ke atas setiap orang Muslim yang berupaya.

Dalam keadaan ini, seorang isteri yang tidak mendapat izin suaminya atau
seorang anak yang tidak mendapat kebenaran ibu bapanya boleh keluar
berjuang dan berperang, kerana hukum jihad ketika ini adalah wajib ke atas
setiap orang Islam, dan tidak akan gugur walaupun sebahagian daripada mereka
telah melakukannya, seperti ibadah solat dan sebagainya. .

1.

Dimensi pertahanan (defensif)


-Dalam konteks ini, jihad dikaitkan dengan peperangan, pertempuran
untuk mempertahankan

2.

Dimensi psikologi
-Dalam konteks ini, para Sufi mengaitkan mujahadah dengan istilah
jihad bagi menzahirkan dimensi psikologi dalam konsep jihad.
-Terdapat 3 kategori mujahadah: mujahadah melahan hawa nafsu,
mujahadah melawan hasutan mujahadah melawan musuh.

3.

Dimensi intelektual
-Jihad dalam aspek ini digambarkan menerusi istilah ijtihad dan
tafakkur (contemplation).

4.

Dimensi sosial
-Ia bermaksud melawan kezaliman dan ketidakadilan yang
melibatkan komuniti atau ummat Islam membantu mempertingkat
kehidupan Muslimin. Ia juga melibatkan jihad ekonomi.

1. Jihad dikatakan paksaan untuk menganut agama Islam


2.Jihad melawan hawa nafsu dikatakan lebih besar dari jihad
berperang (fi sabilillah)
3Salahfaham orientalis terhadap Jihad yang mengatakan jihad
adalah merupakan satu bentuk keganasan.
4.Terorisme dan serangan berani mati dikaitkan dengan jihad Islam

Kesimpulannya, jihad adalah mengerahkan segala daya dan upaya secara


sungguh-sungguh, terus menerus dan profesional dalam usaha menciptakan
keadaan yang lebih aman. Dari kezaliman kepada keadilan. Dari
kemiskinan kepada kemakmuran. Dari kejahilan kepada pengetahuan. Dari
kepincangan kepada kedisiplinan. Semua ini memerlukan jihad yang
sungguh-sungguh iaitu bermotifkan perjuangan tetapi
lebih kepada
perjuangan suci untuk kepentingan umat manusia sejagat. Jihad itu lebih
bersifat mencapai satu perubahan dan mempertahankan hak. Segala usaha
dan tindak tanduk digabungkan ke dalam satu perubahan. Jihad tidak
mengenal putus asa, menyerah kalah, kelesuan dan takut. Tetapi jihad
tidak dapat dilaksanakan tanpa sebarang tujuan yang diredhai Allah.
Untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam agar ianya berdiri
gagah dan sama tinggi dengan tamadun sains dan teknologi di era
globalisasi ini, kefahaman yang tepat mengenai jihad hendaklah ditanam
dalam jiwa setiap umat Islam. Di dalam memperjuangkan Islam, satusatunya arah yang akan ditujui ialah Jihad fi Sabilillah. Segala niat, tujuan
dan gerak geri dihalakan untuk menegakkan agama Allah.

You might also like