Professional Documents
Culture Documents
Konflik Perang Saudara Di Lubnan
Konflik Perang Saudara Di Lubnan
RABU (2PM-3PM)
PENSYARAH :
ZAKARIAH
SOALAN 10:
Kekacauan dan perang
saudara di Lubnan sejak
tahun 1943 berpunca
daripada
campur
tangan Syria pasca era
mandat
Perancis.
Namun,
kejatuhan
Kerajaan
Turki
Uthmaniyyah
telah
menyebabkan Lubnan diserahkan kepada Perancis. Pada 22
November 1943, Perancis memberi kemerdekaan kepada
Lubnan dan dikenali sebagai Republik Lubnan.
Pada masa yang sama, masyarakat Druze dan Islam juga menduduki
kawasan pergunungan tersebut.
Selain itu, golongan kristian Maronite juga tidak mahu menerima idea PanArabisme yang menyeru kepada semangat nasionalisme Arab sebaliknya
golongan ini telah berjaya mewujudkan semangat Lubnanisme dalam
kalangan golongan Kristian Lubnan kerana mereka menganggap diri mereka
sebagai bangsa Lubnan dan bukannya Arab.
Pada tahun 1943, satu perjanjian tidak bertulis yang dikenali sebagai
National Pact telah dimeterai di antara semua puak dan kaum di Lubnan.
Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut lebih memberikan kelebihan
kepada pihak Maronite sendiri.
Keadaan ini sekali gus telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
penduduk asal muslim yang merupakan penduduk majoriti di Lubnan sejak
dari dulu lagi. Rasa tidak puas hati akhirnya mendorong kepada berlakunya
pergolakan antara penduduk Lubnan itu sendiri.
Selain itu, pertelagahan juga turut berlaku dalam kalangan masyarakat Islam
Lubnan itu sendiri iaitu pertelagahan antara Islam Sunni dan juga Syiah.
Pertelagahan sedemikian berlaku apabila puak Sunni semakin terpinggir dari
aspek politik dan juga ekonomi. Maka, kewujudan keadaan sedemikian telah
menjadikan keadaan di selatan Lubnan menjadi semakin tegang.
Perang saudara di Lubnan juga tercetus kerana kewujudan jurang dalam bidang sosioekonomi.
Dari aspek ekonomi, dilihat golongan Kristian mendapat manfaat dari kemajuan Lubnan sementara
golongan Muslim pula masih hidup dalam belenggu kemiskinan.
Hal ini berlaku kerana dasar Perancis yang mengutamakan kebajikan orang Kristian khususnya Maronite.
Golongan ini juga turut sama telah diberikan kesempatan untuk memperolehi pendidikan yang lebih baik
sehingga lahirnya golongan-golongan yang terpelajar dan mampu untuk memegang jawatan dalam bidang
ekonomi.
Ini menyebabkan kaum muslim yang rata-ratanya adalah penduduk majoriti di bumi Lubnan ini terus
ketinggalan dan sekali gus telah menjadikan mereka tercicir daripada kemajuan ekonomi Lubnan.
Keadaan ini menjadi semakin teruk lagi apabila sistem ekonomi liberal turut dilaksanakan di
Lubnan. Melalui pelaksanaan sistem ekonomi ini, negara tidak banyak campur tangan dalam bidang
ekonomi tetapi sebaliknya ekonomi adalah bergantung kepada mekanisme pemasaran.
Melalui pelaksanaan sistem tersebut, pemilik-pemilik modal akan dapat menguasai ekonomi dengan
sesuka hati dan menyebabkan mereka yang kurang mampu terpinggir dalam bidang ekonomi.
Oleh itu, disebabkan oleh jurang ekonomi ini maka ianya telah membangkitkan rasa tidak puas hati dan
telah membawa kepada meletusnya perang saudara di Lubnan
Lebanese Front pula adalah daripada Kumpulan Kristian Phalangist dan parti
Kataib. Lebanese Front ini dianggotai oleh keluarga Gameyel dan yang
kemudiannya telah dibantu oleh Israel. Pada tahun 1982, Bashir Gamayel
telah dilantik untuk mengetuai LF.
Penubuhan pasukan ketenteraan yang berasaskan agama dan juga puak ini
menjadikan perang saudara Lubnan menjadi semakin sengit. Hal ini kerana
tujuan penubuhan Lebanese Front ini adalah untuk menentang Lebanese
National Movement (LNM).
Pada masa yang sama juga, peristiwa ini juga telah membawa kepada
campur tangan Syria. Pada mulanya Syria memihak untuk menjaga
keselamatan pelarian Palestin, mewujudkan perdamaian antara
golongan kanan dan golongan kiri lubnan, serta bagi memastikan Ellias
Sarkis
dilantik
sebagai
presiden
Lubnan
yang
baru.
Walau
bagaimanapun, pemimpin golongan maronite iaitu Kamal Jumblat telah
menentang usaha Syria yang telah bertindak sebagai orang tengah
dalam persengketaan antara kumpulan kiri dan kanan di Lubnan.
Peristiwa Penyembelihan di
Sabra Shatilla
Dalam perjanjian tersebut, Pihak Palestine Liberation Organization (PLO) telah bersetuju
untuk meninggalkan Lubnan di bawah penguasaan antarabangsa. Israel pula telah
bersetuju untuk tidak terus mara ke Beirut dan juga berjanji akan menjaga serta
menjamin keselamatan orang awam yang tinggal di khemah-khemah pelarian.
Semasa tentera daripada parti Phalangist ini memasuki khemah pelarian tersebut,
mereka telah menyembelih kesemua orang yang menduduki kem tersebut termasuklah
kaum wanita, kanak-kanak dan juga golongan orang tua. Dalam tempoh masa dua hari
sahaja telah dianggarkan bahawa seramai seribu orang yang telah menjadi mangsa
kepada operasi pembersihan yang dilakukan oleh tentera Kataib.
KESIMPULAN