Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Sinopsis Umum Novel Darah Titik di Semantan:

Novel Darah Titik di Semantan mengisahkan cabaran dan rintangan yang


terpaksa dihadapi oleh Zahid, dan rakan-rakannya bersama Datuk Bahaman, Mat
Lela, Lajis, Pak Uda Ismail dan lain-lain dalam menentang penjajah Inggeris di Lubuk
Terua, Semantan. Datuk Bahaman merupakan salah seorang daripada Orang Besar
Berlapan dan penduduk Kampung Lubuk Terua. Datuk Bahaman berasa tidak puas
hati apabila pihak Inggeris telah mencabuli perjanjian yang telah dibuat dan ditambah
lagi apabila E.A Wise membina sebuah rumah pasung di Lubuk Tertua tanpa
berunding dengan Datuk Bahaman. Penduduk Lubuk Tertua berasa marah dan ingin
menyerang pihak Inggeris yang bertapak di Lubuk Terua.
Hugh Cifford ialah Pemangku Residen British di Pahang telah mendapat berita
berkenaan penentangan penduduk tempatan dan Datuk Bahaman yang telah
disampaikan oleh Syes, Owen dan Rodger. Hugh Clifford telah mendesak Sultan
Pahang supaya melucutkan pangkat dan taraf Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya
Semantan. Sultan Pahang tidak bersetuju tetapi terpaksa akur dengan kehendak
Clifford.
Orang kanan Datuk Bahaman seperti Pak Uda Ismail, Samad dan Pak Long
Abas telah ditahan oleh pihak Inggeris kerana membawa rotan tanpa kebenaran. Hal
ini telah membawa kemarahan Datuk Bahaman apabila ditambah dengan kematian
Pak Uda yang telah mati dibunuh. Keadaan ini telah menyebabkan beliau dan
pengikut-pengikutnya, bersiap untuk menyerang hendap Desbourgh di Sungai
Semantan. Serangan yang telah dilakukan telah membawa kejayaan kerana pihak
Desbourg berjaya dikalahkan dan ramai mata-mata pihak Inggeris terbunuh. Selain
itu, rumah Pasung di Lubuk Terua juga diserang oleh pengikutnya yang diketuai oleh
Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh.
Datuk Bahaman dan pengikutnya membuat perancanganuntuk menyerang
Inggeris di Bentung. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh diarahkan mengepung
pusat kawalan dekat lombong Inggeris di Bentung. Datuk Bahaman, Datuk Panglima
Raja, Mat Lela serta Zahid dan rakan-rakannya akan ke Temerloh mengambil mayat
Pak Uda Ismail. Selepas berjaya mengeluarkan mayat Pak Uda Ismail, Datuk
Bahaman juga meneruskan rancangan dengan menyerang rumah pasung itu. Semua
senapang dan peluru telah diambil.
Ekoran kejadian itu, pihak Inggeris telah menyediakan satu pasukan yang
diketuai oleh Desborough yang terdiri daripada 50 orang mata-mata Inggeris dan 300
orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Datuk Bahaman menolak untuk
berperang dengan askar-askar sultan kerana tiada gunanya berperang sesame

bangsa sendiri. Walaubagaimanapun, Datuk Bahaman telah menyedari dimana


perahu yang dinaiki oleh Desborough tiada seorang askar sultan. Oleh itu, Datuk
Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menyumpit perahu yang dinaiki
Desborough. Hal ini telah menyebabkan Desborough dan mata-mata pihak Inggeris
yang lain mengemudi perahunya ke hilir Batu Hampar semula.
Datuk Bahaman dan Tuk Selampit melihat Rodger berjalan dengan Sultan dan
Tengku Ali semasa di Batu Hampar. Tuk Selampit ingin menyumpit orang Inggeris
dan mata-mata Sikh namun telah dihalang Datuk Bahaman. Datuk Bahaman
bimbang buluh runcing itu tersasar ke Sultan. Tuk Selampit marah dan meninggalkan
mereka.
Selepas menghadap sultan, Datuk Bahaman mengatakan bahawa baginda
menyokong perjuangan mereka namun baginda dalam keadaan tersepit. Baginda
juga berjanji untuk memaafkan dan memulangkan semula pangkat serta kuasa
kepada Datuk Bahaman. Selain itu, mereka juga boleh pulang ke kampung selepas
mendapat pengampunan sultan dan bebas daripada ancaman pihak Inggeris. Walau
bagaimanapun, Mat Lela masih ragu-ragu dengan dengan perjanjian sultan.
Zahid ternampak sekumpulan askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang.
Zahid berasa kecewa kerana Datuk Bahaman hanya mengarahkan untuk menembak
ke udara. Zahid melihat Mat Lela dan Awang Muhammad rebah ditembak semasa
ingin berlari ke kubu. Awang Muhammad tidak dapat diselamatkan. Datuk Panglima
Raja hendak mengamuk kepada askar-askar sultan manakala Datuk Bahaman masih
berpegang janji. Datuk Panglima Raja menembak ke arah askar sultan dan akhirnya
beliau juga tewas terkena tembakan.Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin telah
menyerah diri. Ketua askar sultan telah menikan Imam Perang Weh dan Tuk Muda
Bidin. Peperangan kali ini berpihak kepada askar-askar sultan.
Mat Kilau ke Darat Kelubi dengan membawa salinan surat pengampunan
penduduk Semantan yang telah ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Semua orang
Semantan mendapat pengampunan kecuali Datuk Bahaman. Mat Kilau memberitahu
Datuk Bahaman bahawa sultan mempunyai perancangan yang lain manakala Lajis
pula memberitahu penduduk Semantan bahawa peperangan belum tamat. Penduduk
Semantan bersatu semula apabila mengetahui Datuk Bahaman sedang
menawanLubuk Terua semula.
Menurut Tuk Gajah, rancangan besar yang dihebohkan oleh Mat Kilau hampir
gagal. Tuk Gajah akan berundur dari negeri Pahang sekiranya rancangan itu gagal.
Tuk Raja tidak berminat untuk menyerang pihak Inggeris. Askar-askar sultan dan
pihak Inggeris yang diketuai Wise mencari Datuk Bahaman. Mereka telah membakar
rumah-rumah orang kampung. Datuk Bahaman telah berundur semula ke Lubuk

Terua selepas mendengar berita tersebut. Datuk Bahaman telah membunuh ramai
mata-mata Inggeris akibat daripada kejadian itu. Kemudian, Datuk Bahaman bersatu
dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau. Selepas berita itu, Zahid tidak bertemu dengan
mereka lagi.
TEMA:
Semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris demi
mempertahankan tanah air.
Contoh:
Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menentang pihak Inggeris kerana
mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui dan menindas penduduk tempatan.

PERSOALAN:
Kerjasama dalam menghadapi
penjajah.

Zahid berkerjasama dengan rakanrakannya untuk menentang penjajah


Inggeris.
Penduduk Semantan bersatu menentang
pihak Inggeris semasa Datuk Bahaman
sedang menawan Lubuk Terua.

Keberanian penduduk
tempatan menentang penjajah
Inggeris.

Lajis dengan berani bersumpah bahawa


dia akan menentang penjajah Inggeris.

Kesetiaan kepada negara.

Rahmad dan rakan-rakannya berlatih


bermain senjata demi mempertahankan
tanah air daripada penjajah.

Pegangan agama yang kuat


dalam kalangan masyarakat.

Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada


tuhan supaya perjuangannya mendapat
bantuan dan keberkatan.

Kepentingan mendengar
arahan ketua.

Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk


menyumpit pihak Inggeris yang berjalan
bersama Sultan dan Tengku Ali atas
arahan Datuk Bahaman. Datuk Bahaman
bimbang buluh runcing tersasar pada
sultan.

Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk


Terua dengan membunuh askar-askar
pihak Inggeris yang telah membakar
rumah penduduk tempatan.

WATAK DAN PERWATAKAN DARAH TITIK DI SEMANTAN:


Watak
Zahid
watak utama
dalam novel
ini.

Datuk Bahaman
orang kaya
Semantan
mempunyai 2

Perwatakan
seorang yang
pandai
menentang
musuh.

Contoh
Dia berjaya membaling buluh runcing
tepat pada belakang seorang pihak
Inggeris.

seorang yang
patuh kepada
ajaran agama.

Selepas solat, dia akan berdoa


kepada tuhan supaya tuhan
memberkati perjuangannya
menentang penjajah.

seorang yang
berani.

Dia berani menentang dua orang


pemuda yang sedang mengganggu
Kak Minah.

seorang yang
mempunyai
semangat
berjuang yang
tinggi.

Dia mempunyai prinsip dimana anak


muda mestilah mengangkat senjata
sekiranya diancam oleh pihak
Inggeris manakala ibu bapa tidak
boleh menghalang anak-anak mereka
daripada berjuang. Anak-anak muda
tidak boleh mati di atas tilam.

seorang yang
mementingkan
semangat setia
kawan.

Dia dan kawan-kawan akan


melakukan tugas seperti menjaga
kawasan dan menjaga kubu
bersama-sama.

seorang yang
Dia sentiasa bertanggungjawab
bertanggungjaw
menjaga kerajaan dan bangsa
ab melaksankan
Melayu.
amanah yang

anak iaitu Mat


Lela dan
Awang
Muhammad
pembesar
negeri.

dipikul.
seorang yang
tidak
mementingkan
pangkat dan
gelaran.

Datuk Bahaman tiada mengeluarkan


air mata apabila gelaran dan pangkat
telah di tarik semula oleh Sultan.
Namun, perjuangan menentang pihak
Inggeris tetap diteruskan

seorang yang
berani.

Datuk Bahaman telah kembali ke


Lubuk Terua seorang diri setelah
mendapat tahu pihak Inggeris
membakar kampung-kampung di
Semantan. Dia telah berjaya
membunuh banyak mata-mata pihak
Inggeris walaupun seorang diri.

seorang yang
mementingkan
kebajikan
rakyat.

Semasa di Johor,Datuk Bahaman


telah menolak tawaran Gabenur
Singapura untuk memberikan 500
sebulan supaya berhenti menentang
pihak Inggeris. Namun, Datuk
Bahaman memilih berjuang bersama
rakyat.

seorang yang
Datuk Bahaman akan berpegang
berpegang pada
pada janji walaupun terpaksa hidup
janji.
menderita dan anaknya mati.
Samad
seorang yang
Rakan kepada
berani.
Zahid,Rahman
dan Awang
Muhammad.
seorang yang
Pernah
pandai
ditangkap oleh
menyimpan
Pihak Inggeris
rahsia.
kerana

Samad mengingatkan rakanrakanyan dimana mereka haruslah


berani dalam perjuangan pada setiap
masa.
Samad telah berpura-pura menjadi
budak bodoh ketika pihak Inggeris
menyuruh menceritakan perkara yang
sebenar.

membawa
rotan.

Mat Lela
Umurnya
hendak
meningkat ke
30 tahun.
Anak Datuk
Bahaman dan
abang Awang
Muhammad
Terkena
tembakan di
peha namun
dapat
diselamatkan
Lajis

seorang yang
bijaksana
mengatur
strategi.

Samad telah melarang rakan-rakanya


merosok pokok-pokok di tebing
supaya mudah untuk mengintip
musuh.

seorang yang
mempunyai
semangat
kerjasama

Samad dan rakan-rakannya


bekerjasama membina kubu.

seorang yang
berfikiran
terbuka

Mat Lela bersetuju dengan bapanya


dimana perjuangan harus
menggunakan strategi dan akal
fikiran.

seorang yang
berterus-terang.

Mat Lela berterus terang dimana dia


tidak mempercayai janji sultan dan
berpendapat sebaliknya itu sebagai
muslihat.

guru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya.


Baru berkahwin dengan Kak Minah.
Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia gerakan
Inggeris di Kuala Semantan.
seorang yang mudah bekerjasama apabila dia bermuakat
dengan Pak Uda untuk membina bengkel membuat
senjata.
seorang yang taat pada perintah agama.

You might also like