Bahan Fizikal Kelas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

http://jpbu.upsi.edu.my/images/Jurnal.

Vol
6.Siri5/PB03.pdf diakses pada 4 Apr 2016

TOPIK 1 KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG


MESRA BUDAYA

TOPIK 1

KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK


DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru
perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil
kira apabila ingin
mewujudkkan

menyusunkan bilik darjah anda?

sebuah bilik darjah yang

membincangkan

ciri-ciri

fizikal yang

Bagaimana anda

dapat

mesra budaya. Mari kita sama sama

perlu diberi perhatian

dalam mewujudkan

suasana bilik darjah yang mesra budaya.

1.1

Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat
penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebihlebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep
pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta
kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat
mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil
kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973)
sedemikian the effects of physical setting in a classroom is a setting for social
interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure. Kenyataan
yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan
bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk
dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan
kebudayaan yang berbeza.

Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra
Budaya
1)

Aspek Fizikal :-

Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut
keperluan aktiviti.

Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik.

Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.

Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.

Melukis mural diswekitar kelas.

Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.


2) Sudut-Sudut Pembelajaran:Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat
membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta
sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti
buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen
dan multimedia.

1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah


yang Mesra Budaya
1)

Aspek Fizikal:Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya
terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan
tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada
perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri
dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam

satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu
suasana mesra budaya secara tidak langsung.

Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh
guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai
sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan
perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu
aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang
kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka.
Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat
memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung
guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra
budaya.

Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong
menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di berikan
oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta
Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan
mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau work space ini disokong oleh
Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa the physical environment of
the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact
to shape classroom culture

2)

Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru

seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat
mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta
kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid
dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang
merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh
menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut
pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini

Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar
terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu
sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid
dari Sabah danSarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong
oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian keep in mind to
include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and
discover knowledge.

Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudutsudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaumkaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman
dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya
dalam bilik darjah

Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut


bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari
Sabah danSarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu
kaum atau kumpulan etnik.

Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar
belakang etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru
seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam
kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati
nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.
Sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik selain daripada yang
tersenarai di atas?
1.

___________________________________________________________

2.

____________________________________________________________

3.

____________________________________________________________
4.

____________________________________________________________

5.

____________________________________________________________

1.3 Peranan guru sebagai Physical Enviroment Designer.


Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu
mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah
ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai Physical
Enviromet Designer agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya?
Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian termasuk:

Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu

Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid

Mengkikis pra sangka

Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid
dengan mendalam.

1.4

Rumusan

Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta
kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan
satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan
perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk
pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik

Sudut sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira
bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua bangsa dalam
kelas.

Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan kepelbagaian
perbezaan individu pelajar

apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah

serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya

Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan
Teks Bacaan Asas
Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) :
McGraw Hill.
Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon.
Rujukan
Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to Practice.
NSW: Dcroom Helm.
Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed).:
Bell&Howell, Columbus, Ohio.
Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive
Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.
Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International
Encyclopedia of Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359.
Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:AddisonWesley.
Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.
Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon

http://koleksibungaapril.blogspot.my/2013/05/topik-1konsep-dan-tujuan-persekitaran.html 2016

http://eprints.utm.my/31564/3/HasfarinaA
basMFP2012CHAP1.pdf diakses pada 5
apr 2016

Persekitaran Fizikal
merupakan kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah.
Faktor fizikal dalam sekolah merangkumi :
susunan bentuk fizikal dalam bilik darjah
kawasan sekolah
Pengurusan Fizikal Bilik Darjah
Definisi : satu proses untuk mendapatkan penyertaan,kerjasama, campurtangan
ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerak kerja.
->5M :
merancang
mengelola
memimpin
mengarah
mengawal
Aspek-aspek Penting
Keselamatan
Keindahan & Kebersihan
Cahaya & Pengudaraan
Susun atur & Kemudahan
Persekitaran Fizikal
Apa itu persekitaran fizikal?
Definisi pengurusan fizikal bilik darjah
Fungsi persekitaran fizikal
Aspek-aspek
Fungsi Persekitaran Fizikal
Menurut Steele (1973): terdapat 6 fungsi iaitu :
Keselamatan & perlindungan
Kontek sosial
Identifikasi simbolik
Penyempurnaan tugas
Keseronokan
Pertumbuhan & perkembangan
Susunan Bilik Darjah
gaya kluster
gaya seminar
gaya off-set
gaya muka se-muka
gaya auditorium

https://prezi.com/4rhxgxm5v1fo/persekita
ran-fizikal/ diakses pada apr 2016

1.0 Konsep Persekitaran Pembelajaran


Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yangbaik dapat
meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik inidapat menyumbang
kepadapembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yangterjamin, perhubungan guru-murid yang
aktif, danmenjamin keseronokan untukbelajar.Menurut Evertsin, Emner, & Worsham (2003),
antara prinsip-prinsippersekitaran fizikal bilik darjah ialah, lalu-lintas didalam kelas, persekitaran
yangmudah untuk guru memantau, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disusun secara rapi
serta memastikan murid dapat memerhati persembahan ataudemonstrasi dengan mudah.
Penyusunan alatan dan perabot didalam bilik darjah hendaklah menepati keperluan bagi warga
yang berada di dalamnya. Oleh itu terdapat beberapa faktor yang memerlukan guru dalam
menyusun atur susunan bilik darjah yang mana iamementingkan elemen yang ditunjukkan.dalam
membina satu suasana yangmempamerkan autoriti, stail pengajaran dan dapat menimbulkan rasa
kesepunyaanantara murid dan guru.
1.1 Faktor faktor yang memberikan kesan kepada bilik darjah.
1.1.1 Susunan Perabot
Susunan meja dan kerusi amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor yang memberi kesan
besar kepada bilik darjah. Ia melibatkan kekreatifan guru kelasdalam membina suasana bilik darjah
yang tersusun rapi dan selesa untuk belajar.Susunan dalam bilik darjah juga seharusnya memberi
kemudahan kepada murid-murid untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid
dan aktivitiberkumpulan. Susunan yang baik memudahkan pergerakan dan lalu-lintas muridserta
guru semasa didalam kelas. Kebersihan kelas juga dapat dijaga dan dipantausekiranya ruang
susunan meja memudahkan pemantauan guru kepada kebersihankelas tersebut.
Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan guru. Ini merupakan salah satubukti sesebuah bilik
darjah yang rapi dan dapat menimbulkan kesepunyaan antaramurid dan guru. Malah,
sebagai tambahan murid dapat berinteraksi sesama merekadengan lebih baik serta selesa.Fred
Steele(1973) merumuskan
the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction,
symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure.

Kenyataan ini disokong olehLambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal
seperti dengansiapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara murid
darilatar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.Guru juga dapat menggunakan
kuasa autoriti mereka melalui cara mengubahsusunan tempat duduk seperti susunan auditorium
yang memberikan peluangkepada guru untuk memantau dan melihat murid. Ia juga memudahkan
guru untukberinteraksi,bergerak dan melihat aktiviti yang murid-murid lakukan dengan
lebih jelas.Selain itu, murid dapat melihat guru dengan lebih jelas semasa sesi pengajarandan
pembelajaran.
1.1.2 Peralatan
Peralatan juga faktor yang penting bagi memastikan kelancaran perjalananbilik darjah bagi sesi
pengajaran dan pembelajaran. Alatan asas seperti kapur,pembaris, marker pen, pemadam dan
sebagainya adalah satu bentuk keperluanyang wajib tersedia didalam kelas. Contohnya, guru
masuk untuk mengajar, ketika itukapur tulis tiada. Sesi pengajaran dan pembelajaran terbantut dan
menyebabkanmurid terpaksa menunggu guru mencari kapur bagi menulis di papan hitam.
Alatan yang dinyatakan juga merangkumi Alat Bantu Mengajar. Menurut Atan Long ( 1981)
beliau membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan:alat pendengaran, alatalat pandangan dan alat pandang-dengar. Contohnya bagimatapelajaran Sains, alatan seperti
radas dan spesimen penting bagi menyampaikanpenjelasan kepada murid dengan lebih jelas
melalui ujukaji. Jika tiada alatan yangmencukupi dan sempurna, sukar pada guru untuk
menceritakan kepada murid akankonsep-konsep tertentu dalam Sains.
Faktor stail pengajaran yang direncanakan oleh guru tidak kesampaian keranakekurangan alatan
dan kemudahan yang diperlukan semasa sesi pengajaran danpembelajaran.Contohnya, bagi
mengaplikasikan pengajaran secara berkumpulandalam ruang lingkung kawasan kelas yang kecil
dan sempit menyebabkan stailpengajaran yang diharapkan tidak berlaku.
Begitu juga alatan audio seperti radio atau televisyen bagi melakukan sesi pembelajaran dengan
bantuan alat eletroniktidak dapat dijalankan kerana ketiadaan alatan atau alatan tidak berfungsi
denganbaik.Tidak dapat dinafikan jika sekolah yang terletak di pedalaman dan luar bandar tidak
mempunyai kemudahan yang mencukupi dan sepatutnya. Namun, ia bukanmenjadi alasan untuk
guru mencari jalan menggunakan kelebihan dan kekuranganyang ada untuk mencapai objektif
pengajaran.

1.1.3 Pengudaraan dan Pencahayaan


Apakah kepentingan udara ? Mengapa pengudaraan penting bagi sesebuahbilik darjah ?. Sebelum
anda menjawab pertanyaan ini, cuba tahan nafas anda.Selesakah anda sekiranya berada dalam
keadaan yang lemas dan sukar bernafas?Tentu sukar bukan. Begitu juga situasinya semasa
berada didalam kelas. Jika kelastersebut tidak mempunyai laluan pengudaraan yang baik maka
suasana didalamkelas akan menjadi panas. Lebih malang lagi apabila tiba musim panas yang
kering.
Bayangkan kita duduk didalam kelas yang sesak dan pengudaraan yang tidakbaik. Berapa lama kita
dapat bertahan untuk belajar didalamnya. Malah sebagaiseorang guru, berapa lama anda bertahan
untuk terus mengajar dalam keadaansebegitu. Tentu tidak. Oleh sebab itu, pentingnya tingkaptingkap berfungsi dan pintuyang mencukupi bagi memastikan pengaliran udara kedalam kelas dapat
berlakudengan baik. Keadaan bilik darjah yang selesa mampu menaikkan semangat muriduntuk
belajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Cahaya penting sebagai salah satu
faktor untuk menjadikan bilik darjahkondusif selain daripada keperluan pengaliran udara.
Bayangkan kita berada didalam sebuah bilik yang malap dan suram. Minat dan semangat untuk
belajar akan jadi suram kerana ketiadaan cahaya yang mencukupi menyebabkan kita mudah rasa
mengantuk. Jika guru juga akan berasa rimas jika berada dalam situasi sebegini apatah lagi muridmurid. Inilah salah satu bentuk faktor yang menyumbang kepada rasa kesepunyaan antara muridmurid dan guru.
Kelas yang mempunyai pengudaraan dan pengcahayaan yang baik memberikan keselesaan
kepada bukan sahaja murid, namun guru yang sedang mengajar.Secara teorinya Saintis Abu
Ali Hasan Ibn Al-Haitham (965-c.1040), jugadikenali sebagai Alhazen, mengasaskan teori umum
yang menjelaskan tentang penglihatan, menggunakan geometri dan anatomi, yang menyatakan
bahawa setiap titik pada kawasan yang disinari atau objek, memancarkan sinaran cahaya ke semua
arah, tetapi hanya satu sinaran dari setiap titik, yang mengenai mata pada sudut tepat, dapat
dilihat.Ini membuktikan bahawa penglihatan manusia memerlukan cahaya sebagai medium untuk
melihat. Mata manusia merupakan organ yang paling sensitif.Sekiranya kita hendak membaca, di
sarankan membaca di kawasan yang terang kerana ia membantu mata untuk berungsi dengan
baik. Namun , jika kita membaca di dalam gelap, mata kita akan mudah rosak.

1.1.4 Ruang
Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong -menolong antara
murid dari pelbagai latar belakang dan budaya. Tugasan yang diberikan oleh guru dapat d bincang
diruang ini; di mana secara tidak langsung Abu, Raju serta Mei Chun dapat berbincang untuk
mendapatkan jawapan atau faktauntuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau
work space ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa
the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and
social dimensions interact to shape classroom culture.
Ruang bilik darjah yang cukup memudahkan murid bergerak dengan selamat dan selesa kepada
murid-murid. Mereka tidak perlu berasak-asak dan mereka dapat menjalankan aktiviti berkumpulan
atau permainan dengan lebih berkesan. Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti
multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid.
Stail pengajaran dan autoriti guru dapat dilaksanakan dengan baik. Guru boleh merancang pelbagai
aktiviti dengan cara melakukan sesi pengajaran secara berkelompok dan berpasangan. Secara
tidak langsung guru boleh menajamkan kemahiran mengajar dengan lebih baik. Contohnya di sudut
budaya ini Abu dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Muthu dan sebaliknya agar
terdapat satu pemahaman yang jelas dan dapat memahami sensitiviti sesuatu etnik.Berdasarkan
faktor ini, rasa kesepunyaan dalam kalangan murid dapat dipupuk. Malah, hubungan baik sesama
murid yang berbilang kaum juga akan bertambah baik.
Ruang yang diselenggara dengan baik memberikan manfaat kepada murid
dan guru. Contohnya, guru menyediakan ruangan murid untuk membaca buku cerita dan bahan
bacaan pada satu ruang. Jika ruang ini diperbaiki dengan menyediakan bahan bacaan yang sesuai
serta menarik ia akan menggalakkan minatmurid untuk membaca. Secara tidak langsung ia
membantu tugas guru sedikit sebanyak.Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong
oleh Morrowdan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian
keep in mind to include aliteracy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and
discover knowledge
.

1.1.5 Teknologi
Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah kelolaan makmal Teknologi Komputer, Kementerian
Pendidikan dan MIMOS merupakan satu usaha penting yang menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan rangkaian kepada murid dan guru.Projek ini merupakan salah satu aktiviti dalam
program Komputer Dalam Pendidikan oleh Kementerian Pendidikan.
Matlamat utama kewujudan projek ini adalah untuk mewujudkan perkongsian maklumat serta
sekolah yang kaya dengan maklumat dan seterusnya meningkatkan mutu pendidikan bertarafdunia.
Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti kreatif dan inovatif yang berasaskan
teknologi maklumat.
Penglibatan secara aktif oleh murid dalam mengakseskan bahan-bahan yang diperlukan dalam
Internet berupaya memupuk dan memperkembangkan kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan
pelajar (Rashidi dan Abdul Razak1997). Secara tidak langsung, tugas guru untuk menerapkan
segala nilai dan ilmu dapat dibantu dengan adanya teknologi.
Stail pengajaran juga turut akan berubah dengan bantuan teknologi ini. Mungkin pada suatu masa
nanti guru boleh menjalankan kelas interaktif maya sekiranya pada masa itu teknologi tersebut
dibangunkan dengan baik. Malah,tidak hairanlah jika pada masa kini jika ada murid-murid tahun 1
yang boleh mengendalikan komputer dengan lebih baik berbanding orang dewasa.
Guru juga harus memantau sekiranya mengarahkan murid melakukan pencarian maklumat
di internet. Autoriti seorang guru penting bagi memastikan murid mudah dipantau dan dilihat
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Jangan biarkan murid mengakses maklumat
sendrii tanpa guru memantau dan mengawal mereka. Dikhuatiri mereka masuk ke laman-laman
web yang tidak sepatutnya. Jika tidak, objektif pengajaran dan pembelajaran akan tidak kesampaian

https://www.scribd.com/doc/54615271/Ko
nsep-Persekitaran-Pembelajaran

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF


DEFINISI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Kamus Dewan Edisi Baru (1989): persekitaran merujuk kepada keadaan di


sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau
sesuatu).

Robert M. Gagne (1970) di dalam buku Mok Soon Sang (2008): pembelajaran
bermaksud perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan,
tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan.

Menurut Noriati A. Rashid et. al ( 2009): kondusif membawa maksud sesuai.

Tuntasnya, persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat


melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran.
Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid
untuk terus belajar.

1. PERSEKITARAN FIZIKAL

Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuki meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan
atau musuh dalam proses P&P.

Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti


susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran,
ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan
perabot serta kebersihan.

Persekitaran fizikal kawasan sekolah turut mempengaruhi keberkesanan P&P


secara tidak langsung.

Aspek ini merangkumi bentuk bangunan, pokok dan bungaan serta kemudahan
seperti tempat bermain dan perpustakaan.

Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam
dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid.

2. PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan


persekitaran sosialnya.

Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri


seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal,
suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan
memberi peluang yang sama untuk semua murid.

Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah
pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi
yang guru wujudkan di dalam bilik darjah

3. PERATURAN DAN DISIPLIN BILIK DARJAH

Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh


dan tidak boleh dilakukan oleh murid.

Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai
rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu
menyiapkan tugasan diberikan serta murid dilarang makan atau minum di dalam kelas
ketika guru mengajar di dalam kelas.

Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan


disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru
terhadap bilik darjah.

Faktor utama dalam mengurus tingkah laku di dalam bilik darjah menurut Kounin
adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang
berlaku di dalam bilik darjah.

4. RUTIN BILIK DARJAH

Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam
aktiviti spesifik mereka.

Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar
dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar
buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain.

Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan
sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan
seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut.

CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

bersih

ceria

teratur

tarik perhatian pelajar

motivasikan pelajar

lengkap dengan bahan bantu mengajar

ada ruang untuk tingkatan potensi pelajar

CIRI-CIRI IKLIM BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan muridmuridnya.

Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang


diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai


sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan
keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan
betul dan sesuai.

Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan
menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan
guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira
bekerja dalam keadaan mesra dan sempurna.

Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang
dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan
ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada
murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru
untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini
yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan
strategi pengajaran yang digunakan.

http://pismppklihat.blogspot.my/2013/05/
persekitaran-pembelajaran-yangkondusif.html diakses pd 7 apr 2016

You might also like