Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pengetahuan Asas Pelaburan Saham

Terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikkan sebagai garis panduan di dalam
pelaburan saham iaitu:

1. Sebelum Memulakan Pelaburan


Anda perlu mempunyai pengetahuan tentang asas-asas saham. Asas saham ini ialah
perkara-perkara asas seperti bagaimana memasukkan modal pelaburan ke akaun
amanah (trust account) setelah anda membuka akaun CDS dan akaun urus niaga,
bagaimana melakukan urus niaga di atas talian, memahirkan diri menggunakan platform
urus niaga serta memahami item-item yang tertera di skrin komputer.

2. Sebelum Membuat Keputusan Saham Syarikat Apa Yang Boleh Dibeli


Anda perlu terlebih dahulu melihat prestasi syarikat sama ada syarikat tersebut di dalam
keadaan untung atau rugi. Sekiranya menitikberatkan pembahagian dividen, anda perlu
mencari maklumat tentang kekerapan syarikat membayar dividen serta peratus jumlah
yang dibayar. Ini boleh dilakukan dengan melihat pembayaran dividen pada tahun-tahun
yang lepas.

3. Sekiranya Membeli Saham Dan Harga Saham Tersebut Telah Naik


Di mana modal pelaburan telah bertambah tetapi anda tidak tahu atau tidak mahir
membaca pergerakan saham atau carta saham, maka pendekatan terbaik ialah jual
untuk mendapatkan keuntungan daripada pelaburan yang dibuat. Ini kerana, pergerakan
saham akan beralih kepada trend menurun selepas menaik.

4. Sekiranya Berasa Was-Was Atau Teragak-Agak

Berapa jumlah unit saham yang perlu dibeli dengan modal yang ada, anda boleh
mengambil pendekatan dengan membuat pembelian secara berperingkat-peringkat.
Mempelbagaikan kaunter saham juga bagus sebagai salah satu strategi dimana jika satu
kaunter rugi mungkin kaunter lain masih ada yang untung.

5. Sekiranya Anda Membeli Saham Dan Kemudian Harga Saham Tiba-Tiba Naik
Dengan banyak dan cepat, dan sekali lagi anda tidak pasti sama ada untuk menjualnya
atau tidak, cara terbaik ialah dengan menjual secara berperingkat-peringkat semasa
harga saham di dalam trend menaik. Sekiranya takut harga saham tersebut akan jatuh
semula, anda bolehlah menjual kesemua unit saham yang telah dibeli, oleh kerana anda
telah meletakkan sasaran atau jumlah keuntungan pelaburan yang ingin dicapai semasa
membuat pelaburan.
6. Menghadiri Seminar atau Ceramah Saham
Yang dianjurkan oleh pihak broker saham, bank pelaburan, Bursa Malaysia, SIDC atau
mendapatkan bimbingan asas daripada wakil peniaga berdaftar iaitu dealer dan remisier.
Mereka bukan sahaja tahu tentang selok-belok pasaran saham tetapi juga setiap tahun
diwajibkan untuk hadir kursus-kursus anjuran Bursa Malaysia dan SIDC untuk
memberikan mereka pembelajaran yang berterusan dan terkini tentang pasaran saham.
Sekiranya pelabur masih tidak mendapat maklumat yang diperlukan daripada wakil peniaga ini, pelabur boleh menghubungi help desk syarikat broker saham tersebut.

7. Jika Mempunyai Masa


Anda boleh membaca berita-berita saham, ekonomi serta berita pasaran saham dunia.
Maklumat ini boleh didapati daripada sumber-sumber seperti StarBiz, UtusanBiz,
Bloomberg,

CNBC

dan

Internet.

Ada

juga

beberapa

bank

pelaburan

yang

menyediakannya di website mereka atau menghantar berita-berita dan maklumat saham


melalui emel dan khidmat pesanan ringkas kepada pelanggan mereka.

8. Sentiasa Berhati-Hati

Apabila mendengar panduan saham atau apa-apa saranan yang dibuat oleh mana-mana
pihak yang tidak dikenali atau tidak diiktiraf. Sila buat kajian atau analisa sebelum
mengikuti saranan-saranan tersebut atau bertanya remisier anda tentang berita-berita
yang didengar untuk kesahihannya. Jenis-jenis atau ketegori saham seperti penny,
bluechip dll hendaklah diambil perhatian. Elakkan membeli saham cap ayam supaya
tidak terjebak dengan permainan sendiket atau jerung di pasaran saham.

Asas Teknikal Analisis

Belajar Ilmu Analisis Teknikal (Technical Analysis / TA), adalah penting walau bagaimana
pun indicator-indicator seperti MACD, stochastic, dan macam-macam lagi, akan menjadi
sampah sarap pada monitor komputer kita jika kita tidak tahu asas kenapa kita entry?
Adakah buy on support? Buy on pullback? Buy on breakout? Buy on demand? Buy on
reversal signal? Begitu juga bila kita exit atau taking profit adakah kita sell on
Resistance? atau sell secara pramatang sedangkan continuation pattern masih wujud.
Paling teruk ialah membeli saham ketika downtrend.

Akibat mengabaikan ASAS-ASAS penting, maka kerugian adalah harga yang terpaksa
dibayar dan ia adalah yuran yang mahal bagi sebuah kebodohan.

Di sini saya ringkaskan terlebih dahulu 5 asas-asas penting:

1. Trend:

Wajib kenalpasti trend sebelum masuk membeli saham. Adakah ianya Uptrend?
Downtrend? Atau Sideway (mendatar). Membeli di downtrend, ibarat operasi bunuh diri.
Membeli di uptrend juga boleh menjadi operasi bunuh diri jika membeli dipucuk tanpa
exit plan. Membeli di sideway, memerlukan kesabaran yang berakhir dengan kerugian
kerana smart money sentiasa melakukan testing hammer memecahkan support. Jadi
kat mana nak beli?

Belilah kaunter major trend adalah uptrend, samaada membeli dipermulaan uptrend,
membeli apabila harga membuat pullback ke atas support dan membeli apabila harga
berada di level demand/support terkuat dan juga membeli setelah harga breakout
dengan volume yg tinggi. Bagi trader/investor ikan bilis (modal kecil) mengikuti arus
adalah jalan terbaik daripada melawan arus. Hanya jerung besar sahaja yg mampu
melawan arus namun tak kurang juga yang tewas.

2. Support and Resistance:

Biarlah teknik apa sekalipun digunakan, saamada teknik dari China Ying & Yang, teknik
dari barat chart pattern, Gann Teknik, Teknik Volume spread analysis, Candlestick,
Indicator-indicator hembusan naga atau teknik dewata raya sekalipun. Jika tidak tahu
nak lukis kat mana support dan resistance, maka teknik tersebut tidak berguna. Setakat
ini

pembacaaan saya yang bertaraf hingusan, semua teknik-teknik mana-mana

sekalipun, ia sangat mementingkan kita mengenalpasti support dan resistance. Kalau tak
tahu jangan masuk trade. Nampak ajo macam simple, tetapi ianya sangat tricky. Kerana
hendak melukis S&R memerlukan latihan yang banyak.

Ingat Carta tak semua cantik-cantik, ada yang haru biru sampai pening nak lukis S&R.
Ada yang simple dan cantik. Ianya elemen WAJIB diketahui! Ramai yang mengabaikan
S&R ini berpotensi rugi besar. Terdapat juga mazhab fahaman menggunakan supply
and demand zone / area sebagai aras support dan resistance. Saya cenderung dengan
fahaman ini memandangkan kerapkali manipulasi smart money @ Sendiket untuk
memecahkan support / resistance level. Jika digunakan aras supply and demand zone,
biasanya jarang ditembusi. S&R vs Supply and demand ni serupa tapi tak sama.

3. Entry & Exit Point:

Terdapat banyak teknik-teknik entry dan exit. Yang paling selamat ialah membeli apabila
kaunter sudah mengalami pengakhiran fasa pengumpulan, seperti saya jelaskan dalam
post blog sebelum ini Empat Fasa Kitaran Saham Wajib diketahui. Ia adalah teknik
bottom fishing membeli pada aras paling bawah ketika uptrend sudah terbentuk. Tetapi
terdapat juga teknik-teknik entry lain bagi yang terlepas bas. Apa pun, teknik entry
wajib diiringi dengan teknik exit. Kalau entry tanpa exit plan, maka ia adalah sangat
berisiko. Exit point perlu dikenalpasti supaya minda bersedia untuk menjual pada profit
sebaik mungkin atau pada kerugian seminimum mungkin.

4 Fasa Kitaran

4. RRR Risk & Reward Ratio:

Topik ini berkisar tentang money management. Ianya penting supaya setiap pembelian
kita adalah berbaloi. Contohnya senang sahaja, apabila entry cuba tanya diri sendiri kat
mana stop loss point? kat mana Take Profit point terdekat?. Adakah stop loss nilainya
lebih besar dari TP? Jika lebih besar, ibarat kita berniaga dengan risiko rugi lebih besar
dari potensi untung. Hanya orang gila sahaja yang akan perjudikan duit mereka untuk
entry pada harga risiko lebih besar dari potensi untung. Paling gila ialah yang kata tak
perlu cut loss. Kawalan modal adalah amat penting bagi menentukan tempoh hayat bagi
seseorang pelabur didalam dunia pelaburan saham. Kehabisan modal adalah mimpi ngeri
bagi setiap pelabur.

5. Timeframe:

Ini adalah sangat subjektif. Terdapat pelbagai timeframe didalam charting tools seperti
1m, 5m, 15m, 30m, 60m, 3H, Daily, Weekly, Monthly dan sebagainya. Dimana ada orang
trading berdasarkan Timeframe 30-min iaitu anak murid fahaman TAVA. Tetapi asas
seperti support dan resistance, breakout juga wajib diketahui. Tetapi jika sifu saya, dia
menggunakan Timeframe daily untuk trade, dan Timeframe weekly untuk mengetahui
major trend. Isu timeframe kadang kala mengelirukan. Pada pendapat saya, tak perlu
lihat sampai banyak timeframe. Cukuplah lihat weekly dan daily. Yang tu lebih stabil,
tidak mengganggu tugasan kerja harian kita. Dan potensi untung lebih banyak. TAVA
lebih sesuai untuk full time trader. Trade dulu berdasarkan timeframe daily. Kalau yang
tu pun tak larat nak monitor sekali sehari, tak perlu mimpi nak trade pada timeframe 30
minit. Pastikan kita pelabur jenis apa seperti Intraday, Kontra, Swing, Investor barulah
pilih timeframe yang sesuai dengan kita.

You might also like