Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nilai: Saling Menghormati antara Negara

Penerangan nilai: Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat
1.
Malaysia mengamalkan dasar berkecuali kerana:
a) ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua Negara tanpa mengira ideology
b) tidak mahu campur tangan dalam urusan negara lain
2.

Konsep ZOPFAN dapat mewujudkan sikap saling menghormati antara negara dengan cara setiap Negara di rantau Asia Tenggara:
-bebas menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa luar
-tidak melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar
-menjaga hubungan baik dengan Negara luar

3.
Ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin-pemimpin Negara ASEAN ialah:
a) mereka perlu memahami pendirian setiap Negara anggota berhubung dengan sesuatu isu supaya tidak timbul sebarang
percanggahan dan pertelingkahan yang boleh membawa kemudaratan kepada sesebuah Negara
b) mengambil kira sensitivity pemimpin dan rakyat Negara anggota ASEAN
4.
Cara-cara yang boleh dilakukan oleh Negara-negara ASEAN untuk memelihara hubungan baik antara Negara anggota ialah:
a) mengutamakan kepentingan serantau dalam membuat sesuatu keputusan demi kebaikan bersama
b) menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara diplomasi
c) mengadakan kerjasama politik, ekonomi dan sosial antara Negara
d) tidak mengeluarkan kenyataan yang menyinggung sensitivti Negara lain
5.
Malaysia memberi sokongan moral kepada pucuk pimpinan Negara yang mengalami masalah dalaman kerana:
a) mengamalkan dasar berkecuali
b) mengukuhkan hubungan baik antara Negara
c) ingin menjaga keamanan serantau
d) menghormati kedaulatan Negara lain
6.
Malaysia boleh meningkatkan kerjasama dua hala antara Negara dengan cara:
a) mengadakan lawatan rasmi antara pemimpin Negara
b) meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti program pertukaran pelajar antara Negara dalam bidang pendidikan
c)

tidak boleh mengeluarkan pernyataan yang boleh menyinggung sensitiviti Negara lain
KONSEP KAWASAN AMAN, BEBAS DAN BERKECUALI (ZOPFAN)
ZOPFAN
Latarbelakang
Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar
berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and
Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala
Lumpur pada 27hb. November, 1971.
Rasional
Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini.
Faktor-faktor dan peristiwa itu ialah:
(i) Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasabesar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat;
pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam
pada awal 70an. Perkembangan-perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN,
kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.
(ii) Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera
kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.

(iii) Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan
sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.
Objektif
Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada
pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China.
Strategi Pelaksanaan
Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut adalah:(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau usaha menjadikan
(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang.
(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.
Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf
dan menjamin ZOPFAN dan sokongan padu kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun, usaha ASEAN
mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan
Antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep ZOPFAN.

You might also like