Pengenalan Titas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pengenalan

Dalam kehidupan dunia hari ini, pelbagai penyakit yang dialami oleh manusia sehingga boleh
menyebabkan kematian yang mana ia perlu di buat analisis makmal untuk mencari ubatan
sebagai asbab yang menyembuhkan. Namun hal demikian, ia bukanlah satu perkara mudah
kerana banyak diantara penyakit yang merbahaya adalah disebabkan oleh virus.
Menurut cetakan pengenalan virologi penulis dari prof. Ismail Ahmad menyatakan bahawa
penemuan virus mungkin telah melanda manusia, haiwan ternakan dan tanaman mereka sejak
beribu-ribu tahun yang lalu. Ia terbukti setelah penemuan gejala penyakit lumpuh pada satu
rangka manusia yang dijangka hidup di mesir pada kira-kira tahun 3000 sebelum masihi
(S.M).
Perkataan virus adalah bermaksud racun dan konsep tentang virus wujud daripada pelbagai
latar belakang kajian terhadap pelbagai jenis organisma patogen yang mana pada mulanya
virus telah dibezakan daripada organisma-organisma lain hanya berasaskan kehalusan saiznya
iaitu patogen yang bersifat parasit dan mempunyai saiz kurang daripada 200nm.
Setelah itu virus telah diketahui sebagai patogen yang bukan sahaja kecil tetapi juga sebagai
satu wujudan yang sangat berkait rapat dengan aktiviti metabolisme perumah. Hasil daripada
itu virus hanya mempunyai salah satu daripada DNA atau RNA sebagai bahan genetiknya.
Perkembangan demi perkembangan ilmu biokimia dan biologi molekul juga telah
membolehkan pengkaji menentukan pelbagai ciri virus yang baru dari masa ke masa.
Seterusnya virus dari segi asasnya, semua organisma mempunyai maklumat genetik di dalam
DNA masing-masing untuk mengabadikan jenisnya dan juga RNA yang memainkan peranan
penting untuk mengekspresi maklumat genetik yang terkandung di dalam DNA.

Pada era globalisasi ini, kehadiran virus yang membawa penyakit kini menjadi satu
perbincangan di peringkat global kerana ia akan melibatkan setiap negara disebabkan oleh
tindakan virus yang mudah merebak tanpa disedari. Akhir-akhir ini terdapat banyak kes
tentang virus yang sebelumnya belum diketahui dan bagaimana virus-virus tersebut datang
secara tiba-tiba sedangkan sebelumnya kita tidak mengenali virus tersebut. Namun hal yang

demikian itu juga, dalam perkembangan ilmu dan teknologi yang pesat kini juga mewujudkan
lagi persoalan terhadap penyakit-penyakit daripada virus yang dihadapi sama ada ia adalah
ciptaan ataupun daripada alam semulajadi
Kelengkapan teknologi baru dan pengkajian para ilmuan dalam sesebuah negara adalah
menjadi satu kewajiban bagi setiap negara untuk kebaikan masyarakat dalam sesebuah
institusi negara. Dalam konteks ini ia adalah penting dalam menjaga kesihatan masyarakat
untuk keselesaan dan keselamatan dalam sesebuah negara yang berkebajikan.

Rujukan
Andrews, C.A. et al. 1982. Viruses of Vertebrates. 4th ed., London. Burnet, F.M. & Stanley,
W.M. 1956. Inactivation of viruses. In The Viruses, Vol. 1, 359- 4 18. New York: Academic
Press.
Burnet, F.M. dan Stanley, W.M. 1956. Quantitative relationships between virus particles and
their functional activity. In The Viruses, Vol. 1, 329-355. New York: Academic Press.
Harrison, S.C. 1983. Virus structure, high resolution perspectives. Advances in Virus
Research. 175-237 Research.
Klug, A& Casper D.D. 1960. The structure of small viruses. Advances in Virus 225-320
Luria, J.E. et al. 1978. General Virology. 3rd Ed. New York: John Wiley& Sons.
Yap Kok Leong, 1991. Virologi Manusia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.43600
UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Selangor. Perpustakaan negara Malaysia
Ismail Ahmad, 1993. Pengenalan Virologi. Dewan Bahasa dan pustaka Kementerian
Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur.

You might also like