Kesan Penjajahan British Di India

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

CHONG KOH MENG (AEE 140007)

Kesan Penjajahan British di India


Penjajahan British di India telah membawa banyak perubahan dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial di negara India. Walaupun penjajahan merupakan suatu kesan yang
negatif tetapi terdapat juga kesan-kesan positifnya kepada kemajuan masyarakat India. Kesan
positifnya ialah pengenalan pendidikan Bahasa Inggeris, kewujudan sistem pentadbiran yang
sistematik, penghapusan amalan-amalan tradisional yang tidak berperikemanusiaan manakala
kesan negatifnya ialah pemimpin-pemimpin tempatan kehilangan kuasa, ekonomi tempatan
ataupun tradisional lumpuh dan perpecahan benua India kepada dua.
Penjajahan British telah memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris di negara India.
Sistem ini adalah bagi menggantikan sistem pendidikan tradisional India yang hanya dituntut
oleh golongan atasan sahaja. Pendidikan Inggeris sanagat penting bagi masyarakat India
kerana hanya individu yang berkelulusan sekolah Inggeris sahaja yang boleh menjawat
jawatan dalam sistem pentadbiran kerajaan British di India. Sistem pendidikan diterima oleh
masyarakat India yang beragama Hindu kerana dengan cara ini mereka boleh memajukan diri
mereka tetapi masyarakat Islam tidak menyokong sistem pendidikan Inggeris kerana mereka
lebih mementingkan pendidikan Islam berdasarkan al-Quran.
Kesan keduanya ialah kewujudan sistem pentadbiran yang bersistematik. Sebelum
kehadiran kuasa Inggeris, negara India telah diterajui oleh kerajaan Mughal dan kerajaankerajaan tempatan yang lain. Setiap kerajaan-kerajaan kecil ini berupakan sebuah entity
kerajaan yang tersendiri, maka mereka akan berperang antara satu sama lain bagi tujuan
meluaskan kawasan jajahan dan kekuasaan. Secara keseluruhannya, kehadiran British telah
menyediakan satu sistem pentadbiran yang bersistematik dan tersendiri yang secara tidak
langsung sistem pentadbiran ini membolehkan British menguasai keseluruhan benua kecil
India secara berperingkat-peringkat.
Kesan yang ketiga ialah penghapusan amalan-amalan tradisional yang tidak
berperikemanusiaan. Amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan telah diamalkan di
negara India sejak sebelum kehadiran pihak British. Amalan-amalan ini merupakan hasil
daripada kepercayaan rakyat dan telah diberikan pewarnaan keagamaan. Antara amalannya
ialah amalan satu, thugi, membunuh anak perempuan, perkahwinan semuala kanak-kanak dan
sebagainya. Pihak British melihat pengamalan ini merupakan suatu amalan masyarakat yang
tidak bertamadun. Maka, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar dan peraturan
yang melarang amalana-amalan ini serta menghapuskan terus daripada masyarakat India.
Kesan negatifnya ialah pemimpin-pemimpin tempatan kehilangan kuasa. Sebelum
kehadiran British, negara India mempunyai lebih daripada 500 buah kerajaan tempatan yang
bersaiz besar dan kecil. Kehadiran British telah sedikit sebanyak telah merosotkan kekuasaan
mereka kerana pihak British telah campur tangan dalam pentadbiran kerajaan dan mengambil
alihnya. Pihak British juga melaksanakan dasar pengilhakan dimana raja yang yang mangkat
tanpa meninggalkan waris yang sah, maka British akan mengambil kerajaan tersebut. Hal

dalam ini, hampir kebanyakkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh mereka
dan mereka seterusnya telah bertindak untuk menentang penjajahan British.
Kesan yang seterusnya ialah ekonomi tempatan ataupun tradisional lumpuh. Negara
India mempunyai ekonomi tradisional yang telah dijalankan oleh rata-rata masyarakat India
di rumah mereka sebagai sumber pendapatan utama mereka.
Tumpuan utama aktiviti
pertanian di India ialah kegiatan penanaman padi yang dijalankan secara meluas. Padi
ditanam di kawasan lembah-lembah sungai seperti lembah Sungai Ganges, Sungai Indus dan
Sungai Mahanadi. Di samping penanaman padi, penanaman kapas juga merupakan aktiviti
penting yang dijalankan oleh petani-petani di India. Kapas menjadi sumber asas terpenting
untuk pembuatan kain-kain kapas di India sejak beberapa abad yang lalu. Pedagang India
telah menjadikan kain kapas sebagai hasil dagangan mereka dan diperdagangkan hingga ke
Asia Tenggara. Pihak British telah menghapuskan pengamalan ekonomi tradisional India
kerana British ingin meluaskan pasaran barangan buatan England di India.
Kesan yang terakhir ialah perpecahan benua India. Di negara India mempunyai dua
kelompok masyarakat yang utama iaitu masyarakat Hindu dan Islam. Semasa di bawah
pemerintahan kerajaan-kerajaan tempatan, tiada masalah yang wujud dalam kalangan
mereka. Tetapi, pihak British telah menggunakan isu perbezaan agama untuk mewujudkan
petelingkahan antara mereka. Hal ini adalah supaya untuk menjamin keberlangsungan
pemerintahan pihak British di India. Kesannya ialah masyarakat Islam telah meminta untuk
kewujudan sebuah negara Islam yang berasingan iaitu Pakistan semasa proses kemerdekaan
India. Maka setelah tahun 1947, benua kecil tersebut telah berpecah kepada negara India dan
Pakistan.
Kesimpulannya, kehadiran pihak British telah membawa kebaikan dan keburukkan
kepada negara India.

You might also like