Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

DAPATAN KAJIAN

Konsep Migrasi Penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan,

kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang

dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke

tempat yang lain.

Pola Migrasi Penduduk

Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di

kampung saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:

i. Migrasi Bandar ke Bandar

Imigrasi merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya. Migrasi

ini berlaku disebabkan oleh faktor tarikan. Faktor tarikan ialah kerana penduduk ingin mendapatkan

peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan,

pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan bandar

yang lain berhijrah ke kampung saya.

ii. Migrasi Bandar ke Luar Bandar

Emigrasi juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan peluang

melanjutkan pelajaran seperti beremigrasi ke UiTM, UDM dan UMT.

Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh beberapa faktor. Setelah

menyemak borang soal selidik berdasarkan 20 responden didapati faktor tersebut ialah :-
A. (Migrasi Bandar ke Bandar)

1) Petempatan baru

- Terdapat penduduk di kawasan bandar lain yang bermigrasi ke kawasan kampung saya untuk

mendapatkan petempatan baru dan ini juga termasuk dalam peningkatan taraf hidup.

2) Peluang pekerjaan

- Sememangnya migrasi bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih

meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian,

perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di

kawasan bandar lain berpindah ke kawasan kampong saya.

B. (Migrasi Bandar ke Luar Bandar)

3) Bersara

- Terdapat juga penduduk yang bekerja sebagai guru,polis dan pekerja swasta yang sudah

bersara. Mereka akan pulang ke tempat asalnya atau ke kampong untuk meneruskan kehidupan

bersama-sama keluarga.

4) Ikut Keluarga / Perkahwinan

- Daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah keluarga

yang berpindah ke luar bandar disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan

penduduk daripada kawasan luar bandar. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan

bilangan penduduk di kampung luar bandar semakin bertambah secara semulajadi.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk yang hidup dalam

keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh

faktor migrasi dalaman ini.

Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian


Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya sebenarnya telah memberi yang positif dan

negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :

a) KESAN POSITIF

I. Penduduk Bertambah

- Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya

telah meningkat walaupun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan

oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor , ikut keluarga dan perkahwinan. Walau

bagaimanapun penduduk di kampung saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang

belum dihuni oleh penduduk.

II. Taraf hidup meningkat

- Migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan taraf penduduk meningkat disebabkan faktor

petempatan baru yang dibina di kebanyakan tempat.

b) KESAN NEGATIF

III. Masalah Sosial

- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa

oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah

menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini

kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak

gadis di kampung saya.

IV. Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran

- Kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing

telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk

kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah

pengangguran.

V. Struktur Penduduk Berubah


- Migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah menyebabkan

struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan

belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini telah menyebabkan golongan muda semakin

berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua terus bertambah. Keadaan ini telah

menyukarkan penduduk untuk mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran

kampung juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama untuk memastikan

keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga

keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku. Walau bagaimanapun

saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.

Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakana

boleh diambil. Antaranya ialah :-

a) Wujudkan Rukun Tetangga

• Rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan kampung

sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam

perlu dilakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal

terutamanya pada waktu malam.

b) Wujudkan Peluang Pekerjaan

• Bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak

peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang

diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

c) Meningkatkan Kemudahan Kesihatan dan Pendidikan


• Pihak kerajaan perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan dapat

dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan golongan

muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan berhijrah ke kawasan

bandar.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan, masalah

dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kampung ini merupakan tempat

tinggal bagi kita sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk

menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong

menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini.

You might also like