Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KESELAMATAN TAMAN PERMAINAN

1.0 PENGENALAN
Taman permainan merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan kanak-kanak. Seperti
yang diketahui, kanak-kanak sememangnya suka kepada permainan. Di taman permainan,
terdapat pelbagai jenis alat permainan yang menyeronokkan seperti buaian, gelongsor,
jongkang-jongkit, terowong, dan sebagainya. Namun begitu, ramai yang tidak mengetahui
bahawa di taman permainan juga boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak
terutamanya jika kemudahan yang disediakan tidak dijaga dan diselenggara dengan baik.
Oleh itu, kepada pihak yang bertanggungjawab seharusnya sentiasa memastikan kemudahan
di taman permainan berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan.
2.0 KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN
Antara keselamatan yang perlu dititiberatkan ialah penyediaan safety mat. Safety mat
berfungsi untuk mengurangkan momentum apabila terjatuh. Jika kanak- kanak terjatuh
diataas safety mat, hentakan yang berlaku tidaklah terlalu kuat dan dapat mengurangkan
kecederaan yang dialami. Selain itu, penyediaan peralatan permainan juga perlu mengikut
ketinggian. Peralatan yang dibina di taman permainan hendaklah sesuai dengan ketinggian
kanak- kanak untuk memudahkan kanak- kanak bermain dengan selesa dan selamat.
Penggunaan alat permainan yang tidak sesuai menyebabkan kanak-kanak tidak dapat
bermain dengan selesa dan berkemungkinan akan berlaku kecederaan kepada kanak-kanak.

Alat ini perlu sesuai dengan umur dan orang dewasa sama sekali tidak dibenarkan
menggunakan alat permainan ini.
Selain itu, penyediaan plan keselamatan juga amat penting. Plan keselamatan adalah
bertujuan untuk memudahkan kanak- kanak ke tempat yang selamat mengikut pelan tersebut
apabila terjadinya sesuatu kecemasan. Di samping itu, penyediaan peraturan menggunakan
alat permainan juga amat penting. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.
Peraturan ini perlu disediakan dalam bentuk gambar bagi memudahkan kanak-kanak
memahami peraturan tersebut kerana pada masa ini, kanak-kanak kurang lancar dalam
pembacaan dan mereka lebih tertarik pada cetakan bergambar.
Struktur alat permainan yang digunakan juga perlu dititikberatkan, alat permainan ini
perlu dibina menggunakan plastik yang berkualiti tinggi. Penggunaan bahan daripada besi
menyebabkan alat tersebut mudah berkarat dan keadaan ini akan membawa kecederaan dan
kecelakaan kepada kanak-kanak. Alat permainan juga tidak seharusnya mempunyai bucu
yang tajam. Jika terdapat bucu yang tajam, hendaklah ditutup dengan sesuatu agar tidak
mencederakan kanak- kanak contohnya menggunakan penutup bucu.
Tambahan lagi, alat permainan juga perlu dipastikan berfungsi dengan baik. Pihak yang
berbertanggungjawab perlu memeriksa dan menyelenggara alat-alat permaianan secara
berkala. Penggunaan alat permainan yang rosak amat memudaratkan sebagai contoh buaian
yang mempunyai tali yang hampir putus menyebabkan kanak-kanak terjatuh apabila
menggunakannya. Pada peringkat umur kanak-kanak, mereka masih belum memahami
tentang konsep bahaya malah mereka hanya tahu ingin bermain.
Di taman permainan juga, harus disediakan pagar yang mempunyai ketinggian yang
sesuai. Hal ini bagi mengelakkan sesuatu bahaya yang tidak dijangka. Contohnya, orang
asing dan binatang buas tidak dapat memasuki kawasan taman permainan sesuka hati.
Keselamatan kanak- kanak juga akan lebih terjamin dengan pembinaan pagar di sekeliling
kawasan taman permainan kerana mereka tidak dapat bergerak jauh dan hanya bermain
dalam kawasan permainan sahaja. Selain itu, penyediaan tong sampah amat penting kepada
kawasan taman permainan. Hal ini bagi memastikan kebersihan taman permainan dan

mengelakkan sebarang kecederaan. Contohnya, jika plastik berada merata- rata, kanakkanak mungkin akan terpijak dan terjatuh.
Di taman permainan juga, perlu dipastikan rumput dan lalang dipotong pendek. Tanah
perlu diratakan bagi mengelakkan kanak- kanak tersadung dan tercedera. Rumput yang
pendek akan mengelakkan binatang merbahaya daripada menghuni kawasan taman
permainan sekaligus mengurangkan risiko kanak- kanak mendapat kecelakaan. Tempat
bermain pasir dan air perlu sentiasa ditutup bagi mengelakkan benda asing memasuki pasir
dan air. Selain itu, air dan pasir harus sentiasa ditukar secara berkala.
Penyediaan alat- alat keselamatan seperti alat pemadam api dan penyediaan pili bomba
perlu dititikberatkan. Hal ini kerana tiada siapa yang tahu bahaya yang bakal mengundang.
Telefon awam juga perlu bagi memudahkan sebarang kejadian dilaporkan dengan segera dan
cepat.
3.0 PENUTUP
Secara konklusinya, keselamatan di taman permainan harus dipandang serius oleh semua
pihak. Jika keselamatan ini diabaikan kecederaan dan kecelakaan mungkin berlaku seperti
terjatuh, hentakan kepala, patah dan luka pada bahagian badan. Bagi memastikan kanakkanak dapat bermain dengan selamat, ibu bapa, guru ataupun penjaga perlu membuat
tinjauan ke atas alat-alat permainan sebelum membenarkan kanak-kanak bermain.

4.0 LAMPIRAN

Jongkang- jongket

Gelongsor

Safety mat

Rumput yang dipotong dan rata

You might also like