Latihan - Value Chain Analysis - Soalan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN

PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN


IJAZAH SARJANAMUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER 02 2013 2014
EPPA 4213 SEMINAR PERAKAUNAN PENGURUSAN
ANALISA RANTAIAN NILAI, ABM & ABC
SOALAN 1 (25 MARKAH)
Berada dalam dunia perniagaan yang kompetitif hari ini Gemilang Teknologi, sebuah pengeluar
gentian optik tempatan adalah begitu komited dalam mengamalkan sistem pengurusan strategik.
Menggunakan pendekatan berasaskan aktiviti, Syarikat memastikan segala proses dan aktiviti
yang dilaksanakan memberi nilai-tambah (value added) kepada perniagaan, termasuklah dalam
aspek layanan ke atas pembekal dan pelanggan syarikat.
Bagi menilai tahap keberuntungan pelanggan, maklumat yang terkumpul bagi dua pelanggan
utama Syarikat, UDA Berhad dan Dara Enterprise, adalah seperti berikut.

Hasil Jualan
Kos Barang Dijual
Belanja Jualan
Belanja Pentadbiran
Aktiviti Berkaitan Pelanggan
Aktiviti Jualan
Pengambilan Tempahan
Pengendalian Khas
Penghantaran Khas

UDA Berhad
RM380 000
160 000
48 000
38 000

8 lawatan jualan
15 tempahan belian
800 unit kendalian
18 penghantaran

Dara Enterprise
RM247 600
124 000
36 000
32 000

6 lawatan jualan
20 tempahan belian
600 unit kendalian
20 penghantaran

Analisis keberuntungan pelanggan dibuat berdasarkan maklumat kos berikut:


Aktiviti Berkaitan
Pelanggan
Aktiviti Jualan
Pengambilan Tempahan
Pengendalian Khas
Penghantaran Khas

Penggerak Kos
Lawatan jualan
Tempahan belian
Unit kendalian
Bilangan penghantaran
1

Kadar
RM2,000
400
100
1,000

Dikehendaki:
a)

Bincangkan perbezaan antara nilai tambah (nilai tambah) dan rantaian nilai (value chain).
(5 markah)

b)

Jelaskan bagaimana kaedah berdasarkan aktiviti membantu dalam analisa keberuntungan


pelanggan.
(8 markah)

c)

Sediakan analisa keberuntungan pelanggan bagi UDA Berhad dan Dara Enterprise.
Bandingkan prestasi keuntungan bagi kedua-dua pelanggan tersebut.
(12 markah)

SOALAN 2 (25 MARKAH )


MY.com menjual buku dan perisian melalui Internet. Satu artikel dalam jurnal perdagangan telah
menarik perhatian pihak pengurusan kerana MY.com telah mengalami kenaikan kos yang tinggi
dalam pengendalian inventorinya. Artikel ini menyatakan syarikat-syarikat serupa, yang
mempunyai kos pembelian, penyimpanan di gudang dan pengagihan secara purata 13 peratus
daripada jualan, dapat menarik lebih pelanggan berbanding dengan hasil MY.com untuk tahun
lepas.

Maklumat berikut telah diberikan:


Aktiviti (Kos)

Penerimaan resit

Penggerak kos

Bilangan
penggerak kos

Peratusan penggerak kos aktiviti


Buku

Perisian

Bilangan
tempahan
pembelian

2,000

70%

30%

Penyimpanan di Bilangan
gudang
pergerakan
(RM720,000)
inventori

9,000

80%

20%

Penghantaran
keluar
(RM450,000)

15,000

25%

75%

(RM600,000)

Bilangan
penghantaran

Jumlah jualan buku dan perisian adalah RM7,800,000 dan RM5,200,000 masingmasing.
Semakan ke atas aktiviti syarikat mendapati ketidakcekapan berkaitan dengan penyimpanan buku
di gudang dan penghantaran keluar perisian. Ketidakcekapan ini menghasilkan tambahan sebanyak
550 pergerakan inventori dan 250 penghantaran.
Dikehendaki:
a) Jelaskan secara ringkas Pengurusan Berasaskan Aktiviti (ABM) dan aktiviti bukan tambah
nilai.
(6 markah)
b) Kirakan jumlah kos aktiviti bukan tambah nilai bagi MY.com.
(4 markah)
c) Adakah dengan menghapuskan aktiviti bukan tambah nilai membolehkan MY.com mencapai
kos pembelian, penyimpanan di gudang dan pengagihan secara purata 13 peratus daripada
jualan bagi setiap lini keluarannya? Tunjukkan perkiraan.
(9 markah)
d) Adakah salah satu daripada produk lini tersebut memerlukan tambahan pengurangan kos untuk
mencapai sasaran 13 peratus? Jika ya, berapa jumlah pengurangan kos yang diperlukan.
(2 markah)
e) Jelaskan dua (2) kaedah yang boleh digunakan oleh MY.com untuk tujuan pengurangan kos
dalam d).
(4 markah)

You might also like