Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Section 181. Remedy in cases of an oppression.

(1) Any member or holder of a debenture of a company or, in the case of a declared
company under Part IX, the Minister, may apply to the Court for an order under this
section on the ground

(a) that the affairs of the company are being conducted or the powers of the
directors are being exercised in a manner oppressive to one or more of the
members or holders of debentures including himself or in disregard of his or their
interests as members, shareholders or holders of debentures of the company; or

(b) that some act of the company has been done or is threatened or that some
resolution of the members, holders of debentures or any class of them has been
passed or is proposed which unfairly discriminates against or is otherwise prejudicial
to one or more of the members or holders of debentures (including himself).

(2) If on such application the Court is of the opinion that either of those grounds is
established the Court may, with the view to bringing to an end or remedying the
matters complained of, make such order as it thinks fit and without prejudice to the
generality of the foregoing the order may

(a) direct or prohibit any act or cancel or vary any transaction or resolution;

(b) regulate the conduct of the affairs of the company in future;

(c) provide for the purchase of the shares or debentures of the company by other
members or holders of debentures of the company or by the company itself;

(d) in the case of a purchase of shares by the company provide for a reduction
accordingly of the company's capital; or

(e) provide that the company be wound up.

(3) Where an order that the company be wound up is made pursuant to paragraph
(2)(e) the provisions of this Act relating to winding up of a company shall, with such
adaptations as are necessary, apply as if the order had been made upon a petition
duly presented to the Court by the company.

(4) Where an order under this section makes any alteration in or addition to any
company's memorandum or articles, then, notwithstanding anything in any other
provision of this Act, but subject to the order, the company concerned shall not
have power without the leave of the Court to make any further alteration in or
addition to the memorandum or articles inconsistent with the order; but subject to
the foregoing provisions of this subsection the alterations or additions made by the
order shall be of the same effect as if duly made by resolution of the company.

(5) An office copy of any order made under this section shall be lodged by the
applicant with the Registrar within fourteen days after the making of the order.

Penalty: One thousand ringgit. Default penalty.

Mana-mana ahli atau pemegang debenture syarikat atau dalam kes syrikat yang
diisytiharkan di bawah Bahagian IX, boleh memohon kepada Mahkamah untuk
perintah di bawah seksyen ini atas alas an-alasan berikut:
a)
Bahawa hal ehwal syarikat adalah dikendalikan atau kuasa pengarah adalah
dijalankan dengan cara yang menindas kepada satu atau lebih ahli atau pemegang
debenture termasuk dirinya sendiri atau dengan tidak mengambilkira dirinya atau
kepentingan mereka sebagi ahli, pemegang saham atau pemegang debenture
syarikat atau
b)
Bahawa beberapa jumlah tindakan syarikat telah dibuat atau diugut atau
bahawa beberapa resolusi ahli, pemegang debenture atau mana-mana kelas
darinya telah diluluskan atau dicadangkan yang mana didiskriminasikan secara
tidak adil atau selainnya prejudis pada satu atau lebih ahli atau pemegang
debenture(termasuk dirinya).
Sekiranya mahkamah berpendapat bahawa salah satu daripada alasaan-alasan di
atas telah dibuktikan, maka mahkamah boleh mengeluarkan apa-apa perintah yang
difikirkannya sesuai menurut seksyen 181(2) Akta Syarikat 1965 untuk mengakhiri
atau meremedikan perkara-perkara yang diadukan.

Seksyen 181(2) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan:


181(2) Jika di atas permohonan Mahkamah berpendapat bahawa sama ada salah
satu dari alas an telah dibuktikan, Mahkamah boleh dengan pandangan bahawa
untuk mengakhiri atau meremedi perkara-perkara yang diadukan, membuat apaapa perintah yang difikirkan sesuai dan tanpa prejudis pada kehendak umum,
perintah itu seterusnya boleh:
a)
Mengarahkan atau menghalang apa-apa perbuatan untuk membatalkan atau
mengubah apa-apa transaksi atau resolusi
b)

Mengatur tindakan hal ehwal syarikat pada masa hadapan

c)
Memperuntukan untuk membeli syer atau debenture syarikat atau oleh
syarikat itu sendiri
d)
Dalam kes pembelian syer oleh syarikat, memperuntukkan untuk
pemotongan kerana itu terhadap modal syarikat atau
e)

Memperuntukkan supaya syarikat digulungkan

Perkataan penindasan telah ditakrifkan oleh Viscount Simonds dalam kes Scottish
Co. Operative Wholesale Society Ltd lwn Meyer (1959) AC 324 sebagai bebanan,
salahlaku dan kasar.Kuckley LJs dalam kes Re Jerman Turkish Baths Ltd menyatakan
bahawa penindasan berlaku apabila pemegang syer mempunyai kuasa istimewa
dalam syarikat sama ada:
i)
Telah menjalankan kuasanya yang telah mengakibatkan sesuatu yang telah
dijalankan atau tidak dijalankan dalam perhubungannya dengan syarikat atau
ii)
Melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam penggunaan
kuasanya bahawa sesuatu tidak dilakukan dalam hal ehwal syarikat dan bilamana
perbuatan itu tidak adil dilakukan kepada ahli-ahli syarikat atau sebahagian dari
mereka.
KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN PENGGUNAAN SEKSYEN 181(1) AKTA SYARIKAT
1965
1.
Remedi boleh dituntut mengikut peruntukan seksyen ini terhadap seseorang
individu yang menpunyai kuasa dominan di dalam syarikat.
Kebiasaannya, kita menagtakan seseorang itu mempunyai kuasa dominan jika dia
menguasai undi mejoriti. Ini boleh berlaku contohnya apabila dia memegang syer
yang banyak. Walaubagaimanapun, seseorang itu mungkin mempunyai kuasa
dominan di dalam syarikat walaupun dia tidak menguasai undi majoriti. Perkara ini
boleh berlaku contohnya apabila kuasa dominan ini diperolehi melalui peruntukan
artikel.
2.
Perbuatan yang didakwa itu mestilah melebihi daripada dakwaan bahawa
pihak yang dominan tersebut telah menjalankan kuasa pengundian majoritinya.
Ini bermakna dakwaan itu mestilah serius dan melibatkan berlakunya unsur-unsur
penindasan. Jika ianya hanya dakwaan yang mengatakan bahawa pihak dominan

telah menjalankan kuasa pengundian majoriti mereka, remedy tidak layak dipohon.
Ketidaksefahaman berkenaan dengan polisi atau pengurusan syarikat tidak
melayakkan seseorang ahli memohon remedy di bawah seksyen 181 Akta Syarikat
1965.
Dalam kes Re Kong Thai Sawmills (Miri) Sdn. Bhd, syarikat Kong Thai Sawmills
dimiliki oleh enam orang adik beradik. Salah seorang daripada mereka iaitu Ling
Beng Sung memegang 2.5 peratus saham syarikat. Sementara Beng Siew dan Beng
Siong memegang saham yang berjumlah 63.5 peratus. Beng Siew merupakan
pengerusi lembaga pengarah dan Beng Siong merupakan pengarah syarikat. Ling
Beng Sung merupakan bekas pengarah syarikat. Dalam kes ini, Ling Beng Sung
telah membuat dakwaan terhadap dua saudaranya iaitu Beng Siew dan Beng Siong
serta syarikat atas alasan berlakunya penindasan terhadap beliau. Di antara
dakwaan berlakunya penindasan ialah:
i)
Pinjaman kepada Harun Ariffin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak tidak
mendapat persetujuan minoriti
ii)
Pembelian dan pengubahsuaian kapal oleh sayrikat tidak member faedah
kepada pihak minoriti
iii)
Derma yang dikeluarkan untuk parti politik tertentu tidak mendapat
persetujuan minoriti
iv)
Pengeluaran wang syarikat oleh Beng Siew dan Beng Siong adalah
merupakan penyalahgunaan wang syarikat dan
v)

Pendahuluan dan pelaburan dibuat dalam beberapa syarikat usahasama.

Mahkamah memutuskan hanya isu (iv) sahaja yang menunjukkan berlakunya


penindasan, iaitu bilamana wang syarikat dikeluarkan untuk kepetingan sendiri dan
bukan kepentingan syarikat.
3.
Tindakan yang didakwakan itu mestilah member keasn kepada ahli tersebut
di dalam kedudukannya sebagai seorang ahli.
Sekiranya tindakan yang dipertikaikan itu meberi keasn kepada ahli di dalam
kedudukannya yang selain daripada ahli, misalnya sebagai seorang pengarah, maka
seksyen 181(1) tidak terpakai. Contohnya, seorang pengarah yang merasakan
pengarah-pengarah lain telah mengenepikannya daripada pengurusan syarikat
secara tidak adil. Sekiranya keadaan ini berlaku, pengarah tersebut tidak layak
untuk memohon remedy di bawah seksyen 181 Akta Syarikat 1965. Walau
bagaimanapun, jika seseoarang itu ditindas di dalam kedudukannya sebagai
seoarang ahli, dia mungkin juga akan mendapat remedi daripada tindakan tersebut
yang mungkin memberi kesan kepadanya di dalam kedudukannya yang lain juga.
Dalam kes Re Chi Liung & Sons Ltd, pemohon memohon remedy di atas dua sebab,
iaitu pengenepian jawatan sebagai pengarah syarikat dan pemindahan sebahagian
daripada saham kepada responden. Syarikat telah diperbadankan oleh Chi Liung
yang telah mengendalikan syarikat tersebut sehingga ke akhir hayatnya. Beliau
mempunyai kuasa untuk melantik pengarah syarikat dan telah melantik pemohon
untuk jawatan itu. Semasa kematian Chi Liung, pertelingkahan telah berlaku. Ini

adalah kerana beliau telah melantik kedua-dua pemohon dan responden sebagai
pengarah urusan di dalam wasiat yang berbeza. Semasa masalah itu belum selesai,
satu resolusi telah diluluskan untuk melantik responden sebagai pengarah urusan
syarikat menggantikan tempat pemohon. Pemohon membuat bantahan atas
tindakan ini. Pemohon juga mendakwa responden telah memindahkan saham
pemohon kepada responden secara tidak sah. Responden sendiri telah
mendapatkan pengesahan pemindahan tersebut daripada pengarah melalui
resolusi. Responden pula mendakwa bahawa pemohon tidak layak mendapat
remedy kerana kedudukan beliau sebagai pengarah. Mahkamah telah memutuskan
yang pemohon adalah ahli dan juga pengarah syarikat. Maka remedy boleh dipohon
atas kedua-dua bantahan oleh pemohon.
4.

Tindakan berlanjutan sehingga petisyen dibuat

Apabila petisyen dibuat atas alas an penindasan atau pengabaian terhadap


kepentingan ahli, maka tindakan yang dipertikaikan itu mestilah berupa tindakan
yang berlanjutan sehingga petisyen itu dibuat. Seorang ahli tidak berhak memdapat
remedi daripada suatu tindakan penindasan yang telah tamat. Sila rujuk ke Re Kong
Thai Sawmills (Miri) Sdn. Bhd. Yang telah dibincangkan sebelum ini.
5.
Merencanakan untuk kepentingan mereka atau orang yang mereka pilih
dengan menyebabkan kerugian.
Remedi di bawah seksyen ini mungkin boleh diperolehi apabila ahli-ahli yang
dominan di dalam syarikat melakukan sesuatu yang mereka telah rencanakan untuk
kepentingan mereka atau kepentingan orang-orang lain yang mereka pilih dengan
menyebabkan kerugian kepada pemegang syer yang lain.
Dalam kes Re Bright Pine Mills Ltd, syarikat ini menjalankan perniagaan papan.
Pemegang saham dalam syarikat ini ialah Denton, Swallow dan Bolitho. Denton
merupakan pengarah bagi syarikat ini tetapi beliau telah digantikan oleh Bolitho.
Swallow pula merupakan pemegang saham majority syarikat. Syarikat kemudiannya
meluaskan perniagaannya kepada dua jenis, iaitu perusahaan serbuk kayu dan
papan lapis. Swallow telah menubuhkan satu subsidiary (di mana adalah pemegang
sahamnya) untuk mengendalikan perniagaan papan lapis tersebut. Sementara itu,
operasi perniagaan sebuk kayu dijalankan oleh sebuah perkongsian (yang mana dia
merupakan rakan kongsi). Denton telah diketepikan daripada perkongsian dan
subsidiary tersebut. Menurut beliau kedua-dua perniagaan tersebut sepatutnya
dijalankan oleh syarikat tetapi Swallow tidak membenarkannya. Mahkamah telah
memutuskan bahawa tindkaan Swallow itu adalah disengajakan dan direncanakan
untuk menghalang Denton daripada berkongsi keuntungan dalam kedua-dua
perniagaan. Ini merupakan satu penindasan kepada Denton dan mahkamah
memerintahkan pemegang saham lain untuk membeli saham Swallow.
6.
Pihak dominan menguruskan sayrikat seolah-olah syarikat tersebut adalah
miliknya sendiri.
Remedi juga mungkin diperolehi apabila pihak dominan di dalam syarikat telah
menguruskan syarikat seolah-olah syarikat tersebut adalah miliknya, dengan tidak
mempedulikan hak dan kepentingan ahli-ahli yang lain.

Dalam kes Re HR Harmer Ltd., Harmer telah membuka syarikat persendirian dan
beliau mempunyai hak sepenuhnya untuk mengundi walaupun anak-anak lelakinya
juga merupakan ahli dan pengarah dalam syarikat tersebut. Dia telah menjalankan
perniagaan tersebut seolah-olah syarikat itu miliknya seorang dan mengenepikan
resolusi yang diputuskan oleh ahli-ahli lain. Beliau melakukan perkara-perkara
berikut, iaitu:
i)
Membuka cawangan syarikat baru syarikat tanpa memberitahu ahli dan
penagarah lain.
ii)

Memecat pengarah dengan sesuka hati dan

iii)

Mengeluarkan wang syarikat untuk kegunaan sendiri.

Anak lelakinya memohon remedi dari mahkamah atas alas an berlakunya


penindasan. Mahkamah memutuskan bahawa penindasan berlaku dan remedi telah
diberikan kepada pemohon.
7.

Penyalahgunaan kuasa undi untuk tujuan yang tidak baik.

Apabila majoriti pemegang syer atau pengarah-pengarah syarikat telah mengundi


dengan menyalahgunakan kuasa undi untuk tujuan yang tidak baik, remedi di
bawah seksyen 181 Akta Syarikat 1965 juga boleh dipohon.
8.

Cubaan untuk menyalahgunakan harta-harta ahli.

Percubaan untuk menyalahgunakan harta-harta ahli dengan menggunakan kuasa


majoriti yang mana mungkin akan menyebabkan layanan yang tidak adil terhadap
mereka membolehkan seksyen 181(1) terpakai.
9.

Dihalang dari menyertai pengurusan syarikat

Seseorang ahli yang mempunyai perjanjian seacra nyata atau tersirat yang
membenarkannya turut menyertai di dalam pengurusan syarikat, sekiranya tidak
diberi peluang untuk berbuat demikian boleh membuat petisyen di bawah seksyen
ini. Perlulah dipastikan di sini bahawa pemohon adalah seorang yang layak untuk
menguruskan syarikat tetapi telah dinafikan haknya.
10.

Ahli ynag ditindas hendaklah membuat petisyen secepat mungkin.

Tempoh penangguhan yang tidak munasabah mungkin akan menyebabkan


mahkamah beranggapan yang ahli itu membenarkan tindakan tersebut. Sekiranya
keadaan ini berlaku, pemohon mungkin gagal untuk mendapatkan remedy tersebut.

.
Seksyen 181(1) Mana-mana ahli atau pemegang debenture syarikat atau dalam kes
syrikat yang diisytiharkan di bawah Bahagian IX, boleh memohon kepada
Mahkamah untuk perintah di bawah seksyen ini atas alas an-alasan berikut: a)
Bahawa hal ehwal syarikat adalah dikendalikan atau kuasa pengarah adalah
dijalankan dengan cara yang menindas kepada satu atau lebih ahli atau pemegang

debenture termasuk dirinya sendiri atau dengan tidak mengambilkira dirinya atau
kepentingan mereka sebagi ahli, pemegang saham atau pemegang debenture
syarikat atau b) Bahawa beberapa jumlah tindakan syarikat telah dibuat atau diugut
atau bahawa beberapa resolusi ahli, pemegang debenture atau mana-mana kelas
darinya telah diluluskan atau dicadangkan yang mana didiskriminasikan secara
tidak adil atau selainnya prejudis pada satu atau lebih ahli atau pemegang
debenture(termasuk dirinya). Sekiranya mahkamah berpendapat bahawa salah satu
daripada alasaan-alasan di atas telah dibuktikan, maka mahkamah boleh
mengeluarkan apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai menurut seksyen 181(2)
Akta Syarikat 1965 untuk mengakhiri atau meremedikan perkara-perkara yang
diadukan. Seksyen 181(2) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan: 181(2) Jika di atas
permohonan Mahkamah berpendapat bahawa sama ada salah satu dari alas an
telah dibuktikan, Mahkamah boleh dengan pandangan bahawa untuk mengakhiri
atau meremedi perkara-perkara yang diadukan, membuat apa-apa perintah yang
difikirkan sesuai dan tanpa prejudis pada kehendak umum, perintah itu seterusnya
boleh: a) Mengarahkan atau menghalang apa-apa perbuatan untuk membatalkan
atau mengubah apa-apa transaksi atau resolusi b) Mengatur tindakan hal ehwal
syarikat pada masa hadapan c) Memperuntukan untuk membeli syer atau
debenture syarikat atau oleh syarikat itu sendiri d) Dalam kes pembelian syer oleh
syarikat, memperuntukkan untuk pemotongan kerana itu terhadap modal syarikat
atau e) Memperuntukkan supaya syarikat digulungkan Perkataan penindasan telah
ditakrifkan oleh Viscount Simonds dalam kes Scottish Co. Operative Wholesale
Society Ltd lwn Meyer (1959) AC 324 sebagai bebanan, salahlaku dan kasar.Kuckley
LJs dalam kes Re Jerman Turkish Baths Ltd menyatakan bahawa penindasan berlaku
apabila pemegang syer mempunyai kuasa istimewa dalam syarikat sama ada: i)
Telah menjalankan kuasanya yang telah mengakibatkan sesuatu yang telah
dijalankan atau tidak dijalankan dalam perhubungannya dengan syarikat atau ii)
Melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam penggunaan kuasanya
bahawa sesuatu tidak dilakukan dalam hal ehwal syarikat dan bilamana perbuatan
itu tidak adil dilakukan kepada ahli-ahli syarikat atau sebahagian dari mereka.

..
Secara umumnya, seseorang yang telah menyertai sesebuah syarikat itu biasanya
akan terikat dengan kaedah majoriti. Di bawah kaedah ini, kehendak dan keputusan
majoriti akan mengikat pihak minoriti. Oleh sebab itu, adalah perlu diwujudkan satu
cara untuk menghalang pihak majoriti daripada menyalahgunakan kuasa mereka
untuk mengikat pihak minoriti. Seksyen 181 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan
remedi di dalam kes-kes penindasan ke atas ahli. Ini bermakna, pemegang syer
minoriti boleh membawa tuntutan sekiranya telah berlaku penindasan
terhadapnya..

..
Secara ringkasnya saya maklumkan di sini remedi ialah satu cara yang diberi oleh
undang-undang untuk menguatkuasakan sesuatu hak atau bagi mendapatkan

pampasan berbentuk wang bagi menggantikan pelaksanaan. Tuntutan boleh dibuat


(atau contoh remedi yang boleh dibuat) dalam bentuk gantirugi atau pampasan,
bayaran berasaskan quantum meruit, pelaksanaan spesifik, injunksi dan
sebagainya. Semoga penjelasan di atas dapat membantu. Saya akan poskan juga
bahan-bahan berkaitan tugasan sebagai panduan dan rujukan pelajar dalam masa
yang terdekat ini.

Sekian, terima kasih.


Hjh Dyg Siti Nurbani

You might also like