Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Mohd Yusri bin Kamaruddin

195, Lorong Sejahtera 4


Taman Sejahtera
08000 Sungai Petani, Kedah
Tuan Pengetua
Maktab Rendah Sains Mara
Baling, Kedah

7 April 2016

Assalamua'laikum
Pengetua MRSM Baling
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMANJANGKAN TEMPOH PULANG
BERMALAM KERANA RAWATAN DOKTOR PAKAR
Merujuk kepada perkara diatas adalah anak jagaan Danish Aiman Mohd Yusri,
pelajar tingkatan 2 Jauzi sedang menjalani rawatan pakar ENT untuk penyakit sinus
beliau di Intitut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia.
Untuk makluman, rawatan dengan pakar ini telah dijadualkan untuk temujanji pada
19 April 2016 (Selasa), 9.00 pagi.
Sehubungan itu, kami memohon kebenaran untuk memanjangkan tempoh
bermalam untuk satu hari lagi iaitu pada 19 April 2016 dari tarikh sepatutnya
pelajar pulang iaitu pada 18 April 2016 bagi tujuan rawatan seperti yang
dinyatakan di atas.
Kami akan menghantar pelajar ini pulang ke maktab setelah selesai rawatan
dijalankan pada hari yang sama.
Pertimbangan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih
Yang benar
MOHD YUSRI BIN KAMARUDDIN

You might also like