Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SEJARAH TG4 - BAB 4

BAB 4 ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH


A. Masyarakat Arab Jahiliyah
Apakah maksud Jahiliah?
1. Perkataan bahasa Arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui
atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat Arab Jahiliah?
1. Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya
Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
Mengapakab masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad digelar
masyarakat Arab Jahiliah?
1. Gelaran masyarakat Arab Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran
dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul.
2. Masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah
kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.
3. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu
tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalarn
kehidupan.
4. Akhlak mereka adalah rendah, misalnya, mereka bersifat kejam, angkuh dan
degil.
Jelaskan dua golongan masyarakat Arab Jahiliah.
1. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pedalaman di bahagian
tengah Semenanjung Tanah Arab.
2. Masyarakat Hadari menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah
Arab.
Nyatakan kedudukan wanita dalam masyarakat Zaman Jahiliah
1. Kedudukan yang rendah dalam masyarakat.
2. Wanita tidak boleh mewarisi harta pusaka.
3. Kelahiran anak perempuan menyebabkan bapa menjadi marah.
4. Menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana kelahiran anak perempuan
dianggap berita buruk.
5. Menanam bayi perempuan hidup-hidup sejurus dilahirkan.
6. Anak perempuan boleh menjatuhkan maruah keluarga.
7. Seorang lelaki boleh berkahwin dengan ramai wanita serentak.
8. Wanita menjadi pemuas nafsu lelaki.

Terangkan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dari segi sosial, ekonomi,


agama dan kepercayaan dan politik.
Sosial
1. Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan
minum arak.
2. Berfahaman seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk
menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki.
3. Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah sehinggakan mereka
tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka.
4. Mereka yang menanam bayi perempuan secara hidup-hidup kerana
beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.
5. Dalam soal perkahwinan seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa
orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.
Ekonomi
1. Aktiviti perniagaan yang dijalankan berasaskan riba dan penindasan kerana
mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.
2. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir
merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.
3. Merompak sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu
dalam sebuah kabilah.
4. Golongan kaya mengeksploitasi golongan miskin.
Agama dan Kepercayaan
1. Terdapat empat bentuk kepercayaan agama, iaitu agama wathani
(menyembah berhala), animisme (memuja alam seperti pokok), samawi (Kristian
dan Yahudi) dan kepercayaan (seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh
orang mati menjadi burung).
2. Menurut catatan al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah
menganut agama Hanif tetapi telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur.
Politik
1. Mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan
berkelompok.
2. Semangat assabiah atau semangat kesukuan amat tebal di kalangan
masyarakat.
3. Sering berlaku peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain
disebabkan perkara kecil.
Apakah yang dimaksudkan sistem kabilah?
1. Amalan hidup berpuak-puak dan berkelompok dalam kehidupan masyarakat
arab jahiliah.

Nyatakan ciri-ciri Sistem Kabilah yang menjadi amalan masyarakat Arab


Jahiliah.
1. Berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.
2. Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku yang sama dan mereka
tinggal dalam sebuah kawasan.
3. Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.
4. Ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.
5. Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh merupakan lambang perpaduan
kaum mereka.
6. Pelantikan syeikh berdasarkan syarat-syarat antaranya, bakal syeikh tersebut
mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.
7. Beliau mestilah memiliki sifat berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai
berpidato.
Mengapakah amalan sistem kabilah mendatangkan kesan buruk kepada
kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?
1. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau.
2. Menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.
3. Kehidupan yang kucar-kacir dan tidak aman.
4. Peperangan sering berlaku antara sama kabilah dengan kabilah yang lain
disebabkan perkara kecil.
Apakah maksud semangat assabiah?
1. Semangat kesukuan yang melampau dan saling bermusuhan antara satu sama
lain.
Bagaimanakah semangat assabiah terbentuk dalam kehidupan masyarakat
Arab Jahiliah?
1. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau
berpunca daripada Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.
2. Setiap Puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat kepada
peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah.
3. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan keringkontang menyebabkan sesuatu kelompok kabilah terpaksa mengatasi masalah
yang dihadapi secara bersama.
4. Sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang seperti mana peperangan alBasus.
5. Setiap ahli kabilah sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.

C. Islam dan Penyebarannya di Makkah.

Namakan datuk Nabi Muhammad s.a.w.


1. Abdul Muttalib bin Hashim
Namakan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.
1. Al-Haris
2. Abu Talib
3. Abu Lahab
4. Abbas
5. Hamzah
Mengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disebut tahun Gajah?
1. Sempena tahun berlakunya serangan tentera bergajah di kota Makkah yang
dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah.
Terangkan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi
Rasul.
1. Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal, bijak dalam
urusan pentadbiran Makkah dan mahir dalam selok-belok pemiagaan.
2. Berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah Arab yang
lain.
3. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib dan ibu baginda, Aminah binti
Wahab.
4. Nabi Muhammad sa.w. telah dilahirkan pada 20 April, tahun 570 M., iaitu
bersamaan 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah.
5. Nabi Muhammad s.a.w. telah diserahkan kepada Halimatus Sa'diyah untuk
dipelihara dan disusui setelah bapa baginda meninggal dunia.
6. Ketika berusia enam tahun, ibu baginda, Aminah binti Wahab meninggal dunia
dan baginda telah dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib.
7. Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Abu Talib memelihara setelah datuk
baginda Abdul Muttalib meninggal dunia.
8. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi yatim piatu sejak berumur enam tahun.
9. Pernah mengembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda, Abu Talib.
10. Mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam ketika
berusia 12 tahun.
11. Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. telah diramalkan oleh seorang pendeta
Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini singgah di Basrah.
12. Giat berdagang dan pernah berniaga secara berseorangan dan berkongsi
bersama temannya ketika berusia 20 tahun.
13. Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah, iaitu
hamba Khadijah.

14. Khadijah memberi modal yang besar kepada baginda kerana kemuliaan budi
pekerti, sifat amanah, dan kebolehan baginda menjalankan perniagaan.
15. Kebijaksanaan dan kelembutan tutor kata serta kepandaian baginda
menyebabkan perniagaan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.
16. Perasaan hormat Khadijah terhadap baginda telah membawa kepada
perkahwinan ketika baginda berumur 25 tahun dan Khadijah pula berusia 40
tahun.
17. Menyelesaikan persengketaan untuk meletakkan semula Hajar Aswad ke
tempat asalnya, iaitu di penjuru timur Kaabah semasa berumur 35 tahun.
18. Sifat pengasihnya dan timbang rasanya sebagai ketua keluarga sering
membantu isterinya memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak,
dan membersihkan rumah.
19. Mengamalkan cara hidup yang sederhana anak-anak diberikan pendidikan
agama secukupnya dan menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak.
20. Sentiasa merendah diri ketika bergaul dengan semua lapisan masyarakat
sama ada yang kaya atau yang miskin walaupun kedudukan baginda yang tinggi
dan dihormati.
21. Bersifat penyayang terhadap orang tua dan juga kanak-kanak.
22. Menunjukkan sifat pemaaf dengan mengampun dan memaaf Arab Quraisy
yang menyerah diri semasa pembukaan semula kota Makkah.
23. Sifat bijaksana dalam menyelesaikan masalah semasa baginda mementerai
Perjanjian Hudaibiyah dengan orang Arab Quraisy Makkah walaupun perjanjian
tersebut berat sebelah, menerimanya sebagai satu hikmah untuk menyebarkan
Islam seterusnya.
Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. bertahannuth di Gua Hirah?
1. Sering memikirkan kehidupan masyarakat di sekelilingnya yang tidak bermoral
dan taksub dengan amalan jahiliah.
2. Berusaha mencari suatu cara untuk dapat mengubah nilai yang dipegang oleh
masyarakat di sekelilingnya.
3. Mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah.
4. Tempat beribadat yang sunyi dan tenang.
5. Menyerahkan diri kepada Allah dengan sepenuh jiwa raga baginda dan
memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy Makkah.
6. Tempat Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad
s.a.w. menerusi Jibrail.
Apakah wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.?
1. Wahyu pertama diturunkan olehAllah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah
surah al-Alaq, ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca.

Berdasarkan wahyu yang pertama mengapakah amalan membaca sangat


penting dalam Islam?
1. Melalui pembacaan, seseorang itu akan mendapat ilmu dan menambah
ilmunya.
2. Melalui pembacaan kajian terhadap sesuatu perkara dapat dilakukan.
3. Seseorang atau sesuatu bangsa yang berilmu dapat mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelbagai bidang di meningkatkan tamadun bangsanya.
4. Ilmu yang dituntut mestilah dapat membina masyarakat.
Mengapakah wahyu kedua Surah al-Muddasir yang diturunkan sang penting
dalam perkembangan Islam?
1. Merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah yang
mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
2. Pelantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul juga dianggap sebagai rahmat
kepada seluruh alam sejagat.

E. Reaksi Masyarakat Arab


Senarai tokoh yang terawal memeluk Islam
1. Isteri Nabi Muhammad - Siti Khadijah binti Khuwalid
2. Anak angkat Nabi - Zaid bin Harithah
3. Sahabat Nabi - Abu Bakar al-Siddiq, Utman bin Affiti, Zubair al-Awam, Arqam
bin Abu Arqam.
4. Kanak-Kanak - Ali bin Abi Talib
5. Golongan hamba - Bilal bin Rabah, Keluarga Yasir, Amir bin Fuhairah dan
Zunainah
Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah di Makkah?
1. Secara rahsia selama tiga tahun.
2. Dakwah Islamiah secara rahsia ditujukan kepada ahli keluarga baginda,
sahabat yang rapat, dan kaum kerabat baginda.
3. Melalui sahabat baginda Abu Bakar al-Siddiq, beberapa orang tokoh Quraisy
lain telah memeluk Islam.
4. Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan rumah al-Arqam sebagai pusat kegiatan
Islam untuk menyebarkan Islam.
5. Melalui ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w. dan kejujuran para sahabat
telah menyebarkan dakwah lslamiah pada peringkat awal mendapat sambutan.
6. Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutalib, sahabat dan
orang ramai.

7. Mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib untuk menerangkan
tentang Islam.
8. Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai pula dilakukan di Bukit
Safa, yang dihadiri oleh kesemua ketua pentadbir kota Makkah melalui
perbahasan antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Lahab yang telah
menghina baginda.
Apakah pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk
menyebarkan Islam di Makkah?
1. Mereka memeluk Islam kerana tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan
layanan yang sama kepada semua manusia terutama golongan hamba.
2. Diterima oleh orang ramai kerana kernurnian ajarannya.
3. Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara lemah lembut dan
berhikmah.
4. Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi memujuk mereka
dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah.
5. Mengunakan pendekatan membandingkan antara nilai akhlak masyarakat Arab
Jahiliah dengan nilai akhlak yang disaran oleh Islam.
6. Nabi juga membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan para
sahabat, di samping memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang
baik.
7. Nabi Muhammad s.a.w. telah menanamkan keimanan yang kuat kepada
pengikutnya.
8. Mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w. yang terkenal sebagai orang yang
berakhlak mulia.
Mengapakah orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w.?
1. Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan, ajaran Islam berasaskan
kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa sedangkan orang Arab Quraisy
mempercayai dan mengamalkan tradisi turun-temurun menyembah patung
berhala dan mempercayai animisme.
2. Prinsip persamaan taraf sesama manusia bertentangan dengan sistem social
masyarakat Arab Jahiliah yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan
atasan dengan bawahan.
3. Menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep
assabiah yang menjadi pegangan mereka.
4. Amalan dan akhlak yang keji seperti mencuri dan menindas yang menjadi
kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam.
5. Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi
menganggap jika menerima agama Islam, terpaksa tunduk kepada kepimpinan
Nabi.

6. Menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah kerana Nabi


Muhammad s.a.w. berasal daripada keturunan yang menguasai kepimpinan kota
Makkah.
7. Menggugat ekonomi orang Arab Quraisy serta menjejaskan perusahaan
mengukir patung berhala kerana Islam mewajibkan menyembah Al l ah.
Bagaimanakah orang Arab Quraisy menentang dakwah Islamiah yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.?
1. Nabi Muhammad s.a.w dicemuh dengan kata-kata nista.
2. Golongan hamba yang memeluk Islam diseksa dengan kejam hingga
membawa kepada gila, buta dan mati.
3. Nabi Muhammad s.a.w. diganggu semasa beribadat contohnya, benda-benda
yang kotor telah diletakkan di tengkuk semasa baginda bersembahyang.
4. Penyair Arab Quraisy sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka.
5. Orang Arab Quraisy telah memujuk Nabi Muhammad s.a.w, dengan
menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta agar meninggalkan dakwah
Islamiah.
6. Orang Arab Quraisy melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
dan keluarga dengan menulis pernyataan pemulauan dan menggantungkannya
di Kaabah.
7. Ada kalangan orang Quraisy telah membuat pakatan membunuh Nabi
Muhammad.
Mengapakah perlantikan Nabi Muhammmad s.a.w. sebagai rasul dianggap
rahmat kepada masyarakat dunia?
1. Mencorakkan tamadun Islam bagi masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung
Tanah Arab.
2. Mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada suatu kehidupan yang
lebih teratur secara beransur-ansur.
3. Menerapakan nilai-nilai murni dalam kehidupan, misalnya, amalan
bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.
4. Membawa pembaharuan dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan
sosial.
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk
mengatasi ancaman puak Quraisy Makkah?
1. Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan
perlindungan.
2. Nabi Muhammad s.a.w. dan Zaid bin Harithah pula merancang ke Taif untuk
menyebarkan Islam ke tempat baru tetapi gagal.
3. Berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu dari Allah.

sejarah kertas 3 pra spm tingkatan 4 islam dan penyebarannya di


Makkah.

Tajuk 8.1 islam dan penyebarannya di Makkah.


Tajuk ini saya perolehi sebulan sebelum pra spm 1 smk pujut, miri.
Persediaan awal saya adalah menganalisis bab 4&5. Berikut adalah maklumat
yang saya kumpul bagi persediaan saya.
Perbezaan wahyu pertama dan wahyu kedua:
Wahyu pertama

Wahyu kedua

Surah al-Alaq ayat 1-5

Surah al-Muddasir ayat 1-7

Maksud: bacalah dengan nama Tuhan


yang menjadikan manusia dengan
segumpulan darah. Bacalah, Tuhanmu
teramat mulia yang mengajar dengan
pena, yang mengajar manusia apa yang
tidak diketahui.

Maksud: wahai orang yang berselimut,


bangunlah dan berilah peringatan.
Hendaklah engkau besarkan Tuhanmu.
Dan bersihkanlah pakaianmu. Jauhilah
perkara yang berdosa. Janganlah engkau
memberikan kerana inginkan balasan
yang banyak. Dalam menjalankan
perintah Tuhan hendaklah engkau sabar.

Bermula zaman baru dalam sejarah


tamadun masyarakat Arab Jahiliah
penanda pemisah antara zaman Jahiliah
dengan zaman Islam.

Rasmilah perlantikan Nabi Muhammad


saw sebagai rasul yang
bertanggungjawab menyampaikan
ajaran Islam kepada seluruh manusia.
baginda terus menerus menerima
wahyu dari semasa ke semasa.

Pengajaran:

Pengajaran:

a)
Amalan membaca sangat
dipentingkan oleh Islam.

a)
(kepada baginda) ajaran islam
perlulah disampaikan dengan bijaksana
dan terang.

b)
Melalui pembacaan, seseorang
akan memperoleh pengetahuan.
c)
Islam menggalakkan pembaca di
samping penyelidikan terhadap sesuatu
perkara.
d)
Bangsa yang berpengetahuan
tentu dapat membina tamadun yang
tinggi.
e)
Walaubagaimanapun, ilmu yang
dipelajari perlulah ilmu yang boleh
merosakkan masyarakat.

b)
(kepada baginda) untuk
mengubah akidah masyarakat usaha
membetulkan akidah masyarakat Arab
dengan menanamkan keimanan kepada
Allah yang maha isa.
c)
Meninggalkan amalan keji seperti:
menindas sesama manusia membunuh
dan mencuri.- gesaan baginda kepada
masyarakat.

SIKAP NABI MUHAMMAD

CONTOH

HURAIAN

Jujur dan bijak(fatanah)


dalam menguruskan hal
ekonomi

Baginda bijak dalam


menguruskan dana dan
wang bagi membantu
membina sebuah kerajaan
islam yang Berjaya

Sikap ini perlu ada dalam


pemimpin Negara bagi
memastikan Negara
sentiasa maju seiring
dengan dunia

Penyabar

Walau banyak
rintangannya ketika
baginda cuba untuk
membina tamadun Islam,
baginda tetap sabar
menempuhinya dan
akhirnya Berjaya

Setiap pemimpin Negara


kerana kita akan
menghadapi pelbagai
rintangan dalam usaha
untuk meningkatkan
kegemilangan Negara di
mata dunia

Tidak mudah putus asa

Walaupun menerima
ancaman dari kaun
Quraisy, baginda tetap
tidak berputus asa dan
meneruskan penyebaran
agama Islam di Makkah.

Agar kita tidak mudah


berputus asa sekirannya
ditimpa musibah
walaupun ketika kita cuba
untuk meningkatkan
kegemilangan sesebuah
Negara

Berfikiran jauh bagi


merancang strategi dalam
kahidupan

Strategi baginda
membuahkan hasil
apabilaramai yang tertarik
dan memeluk islam tanpa
peksaan

Perlu ada strategi apabila


kegemilangan sesebuah
negarab dimata dunia
bagi memastikan
kelangsungan Negara kita
meningkat maju bergerak
kehadapan.

Siddiq(berkata benar)dan
amanah

Baginda siddiq dan


amanah dalam setiap
urusan

Perlu ada dalam diri setiap


pemimpin agar mereka
dapat memimpin Negara
dengan adil dan saksama

Kejayan Malaysia

Contoh/huraian

Mempunyai jenama kereta tempatan


sendiri

Proton dan Produa

Melahirkan bintang sukan yang berbakat

Datuk Nicole N. David

Permain skuasy yang Berjaya


memenangi beberapa pingat
antarabangsa dan merangkul beberapa
gelaran dunia
Berjaya menjadi salah sebuah tempat
yang baik untuk dijadkan tempat
pelancongan

Mempunyai banyak tempat menarik


untuk dilawati (seperti: pulau Langkawi
& Gunung Kinabalu) yang menarik untuk
dilawati pelancong luar dan dalam.
Malaysia juga pernah menjadi tuan
rumah untuk beberapa sukan antara
bangsa.

Memiliki matawang tersendiri

Ringgit Malaysia matawang Malaysia


libih tinggi nilai matawang berbanding
matawang Negara lain seperti Indonesia,
Filipina, dan Thailand.

Negara pengeluar sumber

Minyak petroleum
Kayu balak yang bermutu tinggi.

cabaran

Langkah

Rasuah

Memantau aktiviti rasuah dalam Negara


dengan lebih giat:- mewujudkan
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
(sprm)

Dadah

Menjatuhjan hukuman berat kepada


mana-mana pihak yang terlibat dalam
urusan jual beli dadah.

Kemasukan pendatang tanpa izin

Kastam Di- Raja Malaysia & Polis Di-Raja


Malaysia mengawasi jalan tikus &
sempadan Negara yang mudah di
masuki PATI.

Kes- kes jenayah

Polis Di-Raja Malaysia dan pihak2


tertentu perlu menguatkuasakan
undang- undang.

Mewujudkan Negara Malaysia bersatu


yang mempunyai matlamat yang
dikongsi bersama.

Program kemasyarakatan , Gagasan 1


malaysia yang diperkenalkan oleh Dato
Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.

Nilai/ikhtibar/patriotisme

HURAIAN/CONTOH

Bertanggungjawab

Pemimpin di Negara Malaysia perlu

sentiasa bertanggungjawab dalam


melaksanakan tugasan yang
diamanahkan agar Malaysia dapat maju
setapak ke hadapan.
Bijak munguruskan urusan Negara
dengan baik.

Ikhtibar Nami Muhamad yang bijak


dalam peperangan dan menguruskan
sesebuah Negara.

Para pimimpin juga perlu sentiasa patuh


kepada ajaran agama.

Cth: nabi Muhammad yang selalu


beribadah kepada Tuhan.
Negara perlu diberkati oleh Tuhan dalam
segala urusan.

Pemimpin perlu menjadi suri teladan


kepada rakyat.

Menjada teladan kepada rakyat.

Jujur semasa berniaga

Pemimpin yang jujur akan


menyebabkan urusan Negara
bertambah mudah.

Ikhtibar nabi Muhammad selaku ketua


keluarga yang baik menjadi panduan
beliau menjadi contoh yang baik kepada
isteri dan anak-anaknya.

Bahagian akhir:
Iktibar dan pengajaran dicontohi daripada nabi Muhammad sifat perlu ada
pemimpin menbantu meningkatkan kegemilangan Negara pada masa hadapan
mengmalkan sifat sifat ini Malaysia akan dipandang tinggi mata dunia
ilmu pengetahuan - penting bagi melengkapkan diri Malaysia akan
cemerlang, gemilang, terbilang.

You might also like