Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAMPIRAN 1

PEMARKAHAN

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR


TAJUK
PENULISAN REFLEKSI PRAKTIKUM

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
LIM CHEW YEN

NO. MATRIK
D20121059087

PROGRAM
AT58
ISM PENGAJIAN
MALAYSIA DENGAN
PENDIDIKAN

PENSYARAH

: EN. MOHAMAD KAMAR BIN ZAINUDIN

KUMPULAN

: AT58 (A152)

TARIKH

: 31 MAC 2016

1.0

Lapan Orang Pelajar Kurang Memberi Perhatian untuk Subjek


Pengajian Am

Pada 27 Julai 2015 minggu ketiga mengajar di SMK (P) Methodist Klang, masalah
yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata

pelajaran Pengajian Am ialah lapan orang pelajar kurang memberi perhatian terhadap
pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Mereka membuat bising dan
berbual dengan rakan di sebelah atau membuat hal sendiri.
1.1

Analisis Masalah

Antara gangguan-gangguan yang berlaku dalam bilik darjah seperti kebisingan,


perhubungan guru dan pelajar, keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, dan sikap
pelajar sendiri yang kurang berminat untuk belajar telah menjejaskan komunikasi
berkesan antara guru dengan pelajar. Selain itu, corak kepimpinan guru dalam bilik
darjah. Guru mengamalkan kepimpinan autokratik di mana pelajar hanya mengikut
arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat
atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara pelajar dengan guru
terjejas dan pelajar menjadi pasif dan tidak memberi perhatian terhadap pelajaran
1.2

Langkah Penambahbaikan Masalah

Guru pembimbing mencadangkan bahawa guru cuba mengaplikasikan teknik-teknik


P&P yang disarankan seperti melaksanakan corak kepimpinan demokratik. Di
samping itu, bagi menarik minat dan perhatian pelajar terhadap pelajaran yang diajar,
guru pembimbing juga menyarankan guru agar merancang dan melaksanakan aktiviti
P&P yang bercorak permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan
pelajar menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif.
1.3

Tindakan Untuk Mengatasi

Guru telah mengambil tindakan seperti menukarkan corak kepimpinan autokratik


kepada corak kepimpinan demokratik semasa P&P iaitu melakukan interaksi dua hala
antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Selain itu, guru telah
mempelbagaikan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
menjalankan aktiviti kumpulan kuiz melalui permainan bingo telah menarik minat
pelajar terhadap topik yang diajar.
2.0

Pengajaran Melebihi Masa Yang Telah Diperuntukkan Menyebabkan


Objektif Pengajaran Tidak Mencapai untuk Subjek Pengajian Am

Pada 25 Ogos 2015, masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran Pengajian Am ialah pengajaran melebihi masa
yang telah diperuntukkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat
dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai
objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses P&P pada hari tersebut.
2.1

Analisis Masalah

Antara faktor yang telah menyebabkan berlakunya keadaan demikian termasuklah


perancangan yang guru lakukan sebelum mengajar adalah terlalu bercita-cita tinggi.
Guru telah melakukan banyak perancangan aktiviti sehingga masa yang
diperuntukkan tidak mencukupi untuk kesemuanya berjalan mengikut perancangan
sedia ada. Selain itu, pada hari tersebut pelajar habis perhimpunan lewat kira-kira 10
minit kerana perlu melihat persembahan pidato dan bercerita dari peserta yang akan
mewakili sekolah.
2.2

Langkah Penambahbaikan Masalah

Guru pembimbing mencadangkan agar guru mengurangkan sedikit aktiviti semasa


merancang perancangan P&P. Ini penting agar guru dapat meneliti dan memastikan
objektif pengajaran pada hari tersebut dapat dicapai dan pelajar dapat menguasai
kemahiran yang telah diajar. Selain itu, beliau juga turut mengatakan supaya guru
bersiap sedia dulu alatan sementara menunggu pelajar habis perhimpunan. Ini bagi
mengelakkan masa yang telah dibuang menjadi lebih terbuang.
2.3

Tindakan Untuk Mengatasi

Guru telah mengambil tindakan bahawa semasa membuat rancangan persediaan


mengajar, guru memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan
masa yang diperuntukkan. Biasanya pada hari lsnin, aktiviti perhimpunan sekolah
mengambil masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa belajar. Guru telah
bersedia dengan plan B iaitu membuat persediaan awal di dalam kelas bagi
mengelakkan masa yang dibuang menjadi lebih tebuang dan mengelakkan masalah
pengurusan masa yang kucar kacir.
3.0

Tiga Orang Pelajar Pasif Semasa Aktiviti Kumpulan untuk Subjek


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Pada 26 Ogos 2015, masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan
Empat Dedikasi adalah berkenaan dengan pelajar yang pasif di dalam kelas.,
terutamanya semasa aktiviti kumpulan. Masalah yang ketara ialah pelajar yang sama
sahaja aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalakan. Manakala terdapat tiga
orang pelajar yang hanya memerhati dan pasif sahaja.
3.1

Analisis Masalah

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini termasuklah penguasaan


ilmu pengetahuan yang lemah berbanding dengan pelajar lain, sifat pemalu untuk
tampil ke hadapan, rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap

untuk melakukan aktiviti yang dijalankan serta sifat kurang keberanian dalam diri
mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam
aktiviti P&P.
3.2

Langkah Penambahbaikan Masalah

Bagi mengatasi masalah ini, guru pembimbing telah mencadangkan agar guru boleh
menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan pelajar agar mereka dapat
menjawab soalan dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam diri mereka.
Selain itu, guru juga boleh merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian
pelajar untuk melibatkan diri semasa proses P&P berlangsung dan memberikan
hadiah atau peneguhan yang boleh memberi semangat kepada pelajar.
3.3

Tindakan Untuk Mengatasi

Guru telah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan
terdiri daripada pelajar yang cerdik dan juga yang lemah supaya mereka boleh saling
membantu.

Guru

telah

melaksanakan

aktiviti

kuiz

berkumpulan

melalui

permainanmonopolydan memberikan hadiah kepada kumpulan yang menang.


Soalan kuiz yang dikemukakan adalah megikut tahap kemampuan pelajar. Ini telah
meningkatkan keyakinan pelajar yang lemah atau pasif untuk melibatkan diri dalam
aktiviti yang dijalankan.
4.0

Dua Belas Orang Pelajar Ponteng Kelas untuk Subjek Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan

Pada 27 Ogos 2015, masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran adalah pelajar ponteng kelas. Waktu subjek Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan Empat Kreatif adalah selepas waktu rehat. Apabila guru masuk kelas, guru
mendapati bahawa hampir separuh iaitu dua belas orang pelajar daripada pelajar tidak
berada dalam kelas. Masalah ini telah menyebabkan guru tidak dapat menjalankan
proses P&P mengikut rancangan pengajaran harian yang telah sediakan dan
seterusnya menyebabkan guru perlu mengubah aktiviti yang telah rancang.
4.1

Analisis Masalah

Antara faktor yang menyebabkan pelajar ponteng kelas ialah pelajar tidak berasa takut
dengan guru praktikal. Mereka adalah menganggap bahawa guru praktikal merupakan
guru yang boleh dibuli. Selain daripada itu, ialah mereka menganggap bahawa subjek
Sivik dan Kewarganegaraan kurang penting dan bukan subjek teras dalam
peperiksaan serta peraturan sekolah yang kurang ketat menjadikan pelajar berani

untuk ponteng kelas.


4.2

Langkah Penambahbaikan Masalah

Untuk menambahbaikan masalah ini, guru harus bertindak dengan lebih tegas
terhadap pelajar-pelajar. Guru harus mencatatkan nama pelajar yang ponteng kelas ke
dalam borang merit demerit dan hantar kepada pihak pentadbiran ataupun guru
disiplin supaya mereka boleh mengambil tindakan terhadap pelajar yang ponteng
kelas.
4.3

Tindakan Untuk Mengatasi

Guru telah memberi hukuman kepada pelajar yang ponteng kelas seperti menyuruh
mereka membuat latihan tambahan serta mencatatkan nama mereka yang ponteng
kelas ke dalam borang merit demerit dan hantar kepada guru disiplin. Selain itu, guru
juga telah menyediakan pelbagai aktiviti iaitu simulasi untuk menarik minat pelajar
untuk belajar Subjek Sivik dan Kearganegaraan walaupun ia bukan subjek teras.
5.0

Dua Orang Pelajar Tidak Mendengar Arahan Guru untuk Subjek


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Pada 11 Sept 2015, masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan
Lima ialah terdapat dua orang pelajar di dalam kelas tidak melaksanakan arahan dan
mereka mengambil enteng mengenai setiap arahan yang telah diberikan oleh guru.
Hal ini memberikan masalah kepada guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan
mencapai objektif yang telah ditetapkan di dalam rancangan pengajaran harian.
5.1

Analisis Masalah

Masalah yang timbul ini disebabkan oleh pelajar kelas ini tidak berminat untuk
mendengar arahan yang diberikan oleh guru dan mereka lebih mudah terasa bosan
dengan aktiviti yang cuba dilaksanakan. Terdapat juga sebilangan kecil pelajar yang
menjadi punca membuat bising di dalam kelas menyebabkan pelajar-pelajar lain turut
tidak memberikan perhatian kepada arahan yang telah diberikan oleh guru. Di
samping itu, masalah ini juga timbul kerana pelajar telah menerima budaya bahawa
guru perlu bersuara lantang dan menggunakan sedikit kekerasan dalam penyampaian
arahan oleh guru.
5.2

Langkah Penambahbaikan Masalah

Bagi memastikan pelajar-pelajar mendengar dan melaksanakan arahan guru, guru


perlu menyediakan plan A dan plan B sewaktu mengalami masalah terbabit. Jika plan

A tidak dapat dijalankan dengan lancar, maka guru boleh menggunakan plan B iaitu
aktiviti lain yang mampu menarik perhatian pelajar di dalam kelas seperti kuiz,
menyalin nota dan sebagainya. Selain itu, guru juga boleh menggunakan pendekatan
yang lebih lembut dalam memberikan arahan kepada pelajar-pelajar.
5.3

Tindakan Untuk Mengatasi

Guru telah mengambil tindakan bahawa setiap kali membuat perancangan pengajaran
harian, guru menyediakan plan A dan plan B. Guru telah menggantikan latihan dengan
menjalankan aktiviti kuiz melalui permainan Dam Ular apabila pelajar-pelajar
berasa bosan dan tidak membuat latihan yang diberikan oleh guru untuk menarik
perhatian pelajar-pelajar terhadap topik yang diajar.

You might also like