Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MOHAMAD FAIZUDDIN BIN SULIMAN

Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok


D/A Pejabat Pendidikan Daerah Lawas
98850 Lawas
SARAWAK.
Pengarah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2
Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 WP Putrajaya
W. Persekutuan Putrajaya

31 MEI 2016

Melalui dan Salinan,


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Lawas
98850 Lawas
SARAWAK
Tuan,
RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN ANTARA NEGERI BAGI SEKOLAH
RENDAH SESI JANUARI 2016
Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat rayuan bagi permohonan pertukaran
antara negeri bagi sekolah rendah sesi Jun 2016.
2.

Untuk makluman pihak tuan, butiran peribadi saya adalah seperti berikut:
Nama: Mohamad Faizuddin bin Suliman
No. Kad Pengenalan : 901116-01-5131
No. Fail Peribadi : S55936
Jawatan dan Gred : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Sisawazah DG 41
Tarikh Lantikan : 23 Jun 2015
Opsyen : Pendidikan Pemulihan
Kelas/Matapelajaran Diajar : Tahun 2 dan Tahun 3

3.

Saya amat merayu kepada pihak tuan agar menerima permohonan ini agar saya dapat

ditempatkan di mana-mana sekolah di Negeri Johor. Tujuan rayuan ini dibuat ialah supaya
saya dapat tinggal bersama isteri saya yang bekerja sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Untuk makluman pihak tuan juga, isteri saya

sedang mengandung dan tinggal berseorangan di rumah sewa. Selain itu, isteri saya pernah
mengalami pendarahan ketika saya berada di Sarawak.
5.

Saya amat berharap agar rayuan permohonan pertukaran saya ini mendapat

pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Tiada apa yang lebih membimbangkan
saya melainkan keadaan kesihatan dan keselamatan isteri saya.
Segala jasa baik, perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Yang Benar,
...............................
(MOHAMAD FAIZUDDIN BIN SULIMAN)

Sk

Unit Pengurusan Sekolah


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,

Unit Pengurusan Sekolah


Jabatan Pendidikan Negeri Johor,

You might also like