Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI

DI MAJLIS HI-TEA GRADUAN SISWAZAH SEMPENA


ISTIADAT KONVOKESYEN UPSI KE-17 SIDANG 2
Bismillahir Rohmanir Rohim.
Terima kasih pengerusi majlis,
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.
1.

YANG BERBAHAGIA DATO HAJI AHMAD HJ BURAK


Ahli Lembaga Pengarah UPSI
dan Isteri Datin Hajah Junainah Abdun

2.

YANG BERBAHAGIA PROF .DATO DR. ZAKARIA BIN KASA


Naib Canselor UPSI dan Isteri Datin Shawiroh Adnan

3.

YANG BERBAHAGIA PROF. DATO DR. NORAINI IDRIS


Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi ) UPSI

4.

YANG BERBAHAGIA ACP (KEHORMAT) PROF. MADYA DATO DR.


JUNAIDI ABU BAKAR
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ) UPSI
5.

YANG BERBAHAGIA ENCIK FAIZI BIN OTHMAN


Pendaftar UPSI

6.

YANG BERBAHAGIA PROF. DR. MAHZAN ARSHAD


Dekan Institut Pengajian Siswazah UPSI
Pegawai- Pegawai Kanan UPSI
Dekan-Dekan Fakulti , Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab
Yang diraikan para-para Graduan, para pensyarah, tuan-tuan dan
puan-puan yang saya hormati sekalian.

1. Terlebih dahulu, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke


hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua,
kita dapat bersama-sama berada di dalam Majlis Hi-Tea Graduan
Siswazah sempena Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-17 Sidang
Kedua. Saya mendoakan semoga tuan-tuan dan puan-puan sihat
hendaknya.
2.

Pertama kali saya mengucapkan ribuan tahniah kepada para graduan


Institut Pengajian siswazah kerana berjaya menamatkan pengajian
mereka di dalam pelbagai bidang di bawah program Sarjana dan Doktor
Falsafah. Saya juga berterima kasih kepada Institut Pengajian Siswazah
kerana telah berjaya menganjurkan majlis ini untuk meraikan para
pelajar siswazah yang bakal bergraduat pada Istiadat Konvokesyen ke17 yang akan diadakan pada 24 hingga 28 November 2015.

3.

Institut Pengajian Siswazah yang diasaskan pada tahun 1999 bertujuan


untuk membantu UPSI untuk mencapai visi dan misi Universiti untuk
menjadi Universiti terulung dalam pelbagai bidang disiplin ilmu
khususnya di dalam bidang pendidikan. Sejak penubuhan Institut
Pengajian Siwazah yang kini telah pun mencecah usia 16 tahun,
pelbagai kemajuan telah dicapai . Bukan sahaja peningkatan dalam
kuatiti enrolmen pelajar yang kini telah mencapai 6,269 pelajar
berbanding 51 orang pada tahun 1999, malah kualiti pelajar yang
bergraduat makin meningkat. Buktinya pada tahun ini seramai 529
pelajar telah berjaya bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan dengan
33 daripadanya adalah daripada program Doktor Falsafah. Atas dasar
itu, Institut Pengajian Siswazah telah memperkenalkan Anugerah Bitara
dan Anugerah Penerbitan bagi mengiktiraf kecemerlangan para graduan
sepanjang tempoh pengajian mereka di UPSI. Langkah ini juga diharap

dapat memberi semangat kepada para pelajar siswazah sedia ada bagi
meningkatkan usaha dalam menghasilkan penerbitan dan penyelidikan
yang berimpak tinggi.

4.

Tuan-tuan dan Puan-puan saya hormati sekalian, harapan saya agar


tuan-tuan dan puan-puan agar dapat meneruskan usaha dalam
pencarian ilmu sepanjang hayat. Ibarat kata pepatah Ilmu sebagai
Pelita Hidup, dengan jelas menggambarkan betapa tanpa ilmu dalam
kehidupan kita, umpama kita berjalan di tempat yang gelap. Jika hanya
berharapkan pada pelita orang lain untuk memberi laluan ke destinasi
diperlukan, maka kita tidak mungkin akan mendapat jalan yang mudah.
Justeru, kita perlukan ilmu untuk kita merintis kejayaan yang
dihasratkan.

5.

Para Graduan Siswazah juga diharapkan supaya memanfaatkan ilmu


melalui penulisan jurnal dan penyelidikan mengikut bidang kepakaran
masing-masing sekaligus menyumbang kepada R&D negara. Kepada
guru-guru siswazah, saya berharap ilmu yang ditimba sepanjang
pengajian di UPSI dapat digunakan sepenuhnya supaya dapat
membantu meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di
sekolah dan seterusnya dapat

membantu meningkatkan kualiti

pendidikan Negara.
Sebagai mengakhiri ucapan, saya ingin merakamkan ucapan syabas
dan

tahniah

kepada

semua

pihak

yang

telah

berusaha

memastikan kejayaan penganjuran Majlis ini.


Sekian,

Wabillahitaufiq

Warahmatullahi Wabarokatuh.

Walhidayah

Wassalamualaikum

You might also like