Bencana Alam Dapat Didefinisikan Sebagai Kejadian Yang Tidak Terduga

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bencana alam dapat didefinisikan sebagai kejadian yang tidak terduga,

yang berlaku sama ada disebabkan oleh manusia ataupun berlaku secara
semula jadi. Antara contoh bencana alam ialah letusan gunung berapi, banjir,
tanah runtuh, tsunami, gempa bumi, kemarau dan sebagainya. Belakangan
ini, bencana alam sering menjadi topik hangat yang dihebahkan melalui
dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Antara contoh bencana alam
yang pernah dilaporkan di Malaysia ialah runtuhan di Taman Mewah, Bukit
Antarabangsa dan tsunami di Pulau Pinang. Persoalannya, apakah kesankesan bencana alam yang sering kali menjadi bualan masyarakat ini?
Kesan perdana yang dihadapi oleh sesebuah negara yang dilanda
bencana alam ialah ekonomi sesebuah negara terjejas. Apabila bencana alam
berlaku, banyak kemusnahan yang dilaporkan, antaranya infrastruktur,
pejabat, kawasan pertanian, pusat perindustrian dan sebagainya. Sebagai
contoh, tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini telah memaksa negara
Matahari terbit itu membelanjakan berbilion-bilion yen untuk membina
prasarana yang baru. Malahan, perbelanjaan yang besar juga perlu dilakukan
bagi menyelamatkan mangsa bencana alam dengan cara memberi bantuan
kecemasan dan menyediakan tempat tinggal yang selamat.
Selain itu, bencana alam juga meragut nyawa dan menyebabkan
kecederaan. Kata orang, malang tidak berbau. Dalam kejadian bencana alam
seperti tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada 22 November
2002, empat nyawa yang dilaporkan terkorban. Barangkali itu angka yang
cukup kecil jika dibandingkan gempa bumi yang berukuran 8.9 pada skala
Ritcher yang mengorbankan nyawa melebihi 11,000 orang pada 26 Disember
2004. Dalam kejadian ini, banyak mangsa mati kerana ditimpa runtuhan
bangunan dan dihempap pokok, tidak kurang juga dilemaskan oleh ombak
ganas yang menggila. Keadaan ini tentunya menyebabkan ahli keluarga
mangsa meratapi kematian mangsa bencana alam.
Di samping itu, bencana alam turut menyebabkan kemusnahan harta
benda dan hilang mata pencarian bagi penduduk setempat. Laporan akhbar
sering kali menunjukkan foto-foto tempat tinggal mangsa yang musnah dek
kejadian bencana yang tidak disangka ini, sekali gus meranapkan barang
berharga di dalam rumah. Sebagai contoh lainnya, kejadian ombak besar
atau dalam bahasa Jepun, tsunami, telah menyebabkan Banda Acheh dan
pantai Phuket menjadi sepi daripada kunjungan pelancong. Temu bual yang
dilakukan dengan penduduk setempat, mereka menyatakan bahawa tempat
itu tidak lagi menjadi destinasi pelancongan seperti sebelum petaka itu
berlaku. Lantaran itu, penduduk setempat yang majoritinya bergantung
kepada pelancongan sebagai sumber pendapatan terjejas teruk seterusnya
menjatuhkan pendapatan negara Indonesia dan Thailand pada tahun
tersebut.
Akhir kalam, bencana alam sememangnya memberikan impak yang
buruk kepada semua orang. Oleh itu, semua pihak perlu bersinergi dalam
memastikan musibah ini dapat dihindari. Disarankan supaya kerajaan perlu

memasang sistem pengesanan bencana alam seperti yang dilakukan di


beberapa buah negara maju, tamsilnya di Jepun dan Amerika Syarikat. Oleh
sebab petaka ini sukar diramal, maka lebih baik kita sediakan payung
sebelum hujan kerana tidak guna sudah terhantuk baru hendak terngadah.

You might also like