Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

membina masa depan gemilang!!

saya memilih tajuk ini untuk dikongsi dengan anda umumnya serta semua warga sekolah menengah
sains johor khasnya untuk memberi info berguna tentang astronomi, bidang kegemaran saya!
Saturday, June 4, 2011

Jom Kenali Sistem Suria!

Mengikut susunan dari jarak mereka dari Matahari, lapan planet ialah:

Utarid

Zuhrah

Bumi

Marikh

Musytari

Zuhal

Uranus

Neptun
Posted by ara siti sarah at 8:25 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Friday, March 18, 2011

apakah sumbangan teknologi angkasa lepas kepada


manusia?

Alat The Mechanical Response Tissue Analyzer (MRTA) yang digunakan


untuk pesakit tulang

Teknologi navigasi yang digunakan untuk Pemanduan Hijau (Green


Drive)

Sistem Hidung Elektronik (E-Nose)


sumber : http://www.majalahsains.com/2010/10/sumbangan-teknologiangkasa-lepas/
Posted by ara siti sarah at 6:18 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

mingguan malaysia, 20 mei 2001


Pelancongan angkasa bukan lagi fantasi
PADA awal bulan Mei ini seluruh dunia dihebohkan dengan berita kembalinya seorang
angkasawan yang istimewa dari angkasa. Keistimewaan angkasawan ini ialah beliau
bukanlah angkasawan profesional, tetapi seorang orang awam yang melancong ke angkasa.
Beliau merupakan pelancong angkasa yang telah menghabiskan masa selama lapan hari di
angkasa termasuk enam hari bercuti di Stesen Angkasa Antarabangsa atau ISS
(International Space Station).
Pelancong angkasa ini telah berlepas ke angkasa bersama dua orang angkasawan
profesional Rusia menggunakan sebuah kenderaan pelancar.
Beliau kemudian tinggal di ISS yang berada di orbit mengelilingi bumi ketika dua orang
angkasawan itu menjalankan tugas mereka di stesen angkasa berkenaan.
Setelah itu, beliau kembali ke bumi bersama dengan angkasawan-angkasawan tersebut.
Pelancong angkasa ini, seorang jutawan Amerika Syarikat bernama Dennis Tito, telah
mengeluarkan perbelanjaan berjumlah AS$20 juta (kira-kira RM76 juta) untuk pakej
pelancongan yang luar biasa itu.
Pelancongan seperti yang dilalui oleh Tito mungkin tidak akan menjadi luar biasa dalam
tempoh beberapa tahun lagi.
Sejak kejayaan `percutian' beliau di ISS itu, pelancongan angkasa mula diberi perhatian
serius oleh pelbagai pihak termasuk agensi pelancongan dan juga agensi angkasa lepas
beberapa buah negara maju.
Sebenarnya idea pelancongan angkasa bukanlah perkara baru dalam bidang ekonomi
angkasa.
Pelancongan angkasa dianggap salah satu daripada aktiviti ekonomi angkasa moden yang
paling berpotensi di samping penjanaan tenaga suria dan perlombongan di angkasa.
Antara penghalang utama perkembangan aktiviti pelancongan angkasa ialah kos misi
menerbangkan angkasawan ke angkasa yang amat tinggi.
Pelancaran kenderaan pelancar membawa angkasawan untuk tujuan konvensional seperti
penyelidikan dan misi rasmi yang lain juga menelan perbelanjaan yang mahal.
Pelbagai cadangan ditimbulkan bagi mengatasi masalah perbelanjaan tinggi misi-misi ini.
Antara idea yang timbul ialah saranan supaya dikomersialkan misi-misi berkenaan melalui
penawaran tempat duduk angkasawan berbayar kepada sesiapa yang berminat dan layak ke
angkasa.
Sebagai contoh, kenderaan pelancar Soyuz Rusia yang membawa pelancong angkasa Dennis
Tito pada awal bulan Mei ini mempunyai tiga tempat duduk.
Dua tempat duduk dikhaskan kepada angkasawan profesional yang melaksanakan misi
rasmi, sementara tempat duduk ketiga disediakan kepada mana-mana angkasawan yang
sanggup menyediakan perbelanjaan sendiri pada harga RM76 juta.
Dengan cara itu misi kenderaan pelancar Soyuz dapat dijimatkan perbelanjaannya.
Menurut satu kertas penyelidikan bertajuk Prospek Pelancongan Angkasa yang telah
dibentangkan di Universiti Teknikal Berlin, Jerman pada 15 Mei 1996, kira-kira 70 peratus
daripada penduduk Jepun, 61 peratus daripada penduduk Amerika Syarikat dan 43 peratus
daripada penduduk Jerman mempunyai minat melancong ke angkasa.
Penyelidikan itu juga merumuskan bahawa sekiranya harga tiket AS$50,000 (RM198,000)
dikenakan kepada pelancong angkasa, terdapat kira-kira satu juta orang akan melancong ke
angkasa setiap tahun.
Harga tiket pada kadar RM198,000 memanglah jauh lebih murah daripada RM76 juta yang
dibayar oleh Tito kepada kenderaan pelancar Soyuz.

Bagaimanapun, harga tiket mungkin dapat mencecah kadar serendah itu jika terdapat
permintaan yang tinggi manakala kenderaan pelancar khas pula boleh membawa ramai
penumpang pada kos yang lebih murah.
Sejak tahun 1993, sebuah agensi yang dianggotai oleh pakar-pakar sains, teknologi dan
ekonomi angkasa di Jepun yang dikenali sebagai Japanese Rocket Society (JRS) telah
menjalankan penyelidikan berkenaan kenderaan pelancar yang paling sesuai untuk
membawa pelancong ke angkasa.
Hasil penyelidikan itu menghasilkan idea untuk membina sebuah kenderaan pelancar
pelancongan angkasa yang dinamakan Kankoh-Maru.
Kankoh-Maru direka bentuk untuk membawa 50 orang pelancong angkasa pada paras
ketinggian 200 kilometer dari muka bumi. Pesawat itu boleh melakukan penerbangan
berterusan selama 24 jam dalam setiap misi.
Model kenderaan pelancar pelancongan angkasa itu pernah dipamerkan di Farnborough Air
Show pada tahun 1994, Pameran Aeroangkasa Tokyo 1995 dan Paris Air Show 1995.
Terdapat banyak lagi penyelidikan yang dijalankan oleh pelbagai agensi di negara-negara
maju berhubung potensi pelancongan angkasa dari segi pasaran dan teknologi.
Hasil yang diperoleh daripada penyelidikan itu amat menggalakkan dan saintis-saintis
merumuskan bahawa pelancongan angkasa akan mula aktif pada tahun-tahun awal abad
ke-21.
Ia akan muncul sebagai aktiviti ekonomi angkasa yang utama dalam tempoh 20 hingga 50
tahun dari sekarang.
Perkembangan pelancongan angkasa ini juga telah menarik minat sektor perhotelan yang
sememangnya merupakan komponen utama dalam industri pelancongan.
Sehingga kini telah ada syarikat-syarikat perhotelan antarabangsa yang berani membuat
kenyataan rasmi berkenaan rancangan mereka untuk membina dan menjalankan operasi
hotel di angkasa.
Satu reka bentuk hotel di angkasa yang popular di kalangan penggiat dan pakar ekonomi
angkasa ialah reka bentuk hotel yang dihasilkan oleh Shimizu Corporation.
Hotel itu merupakan sebuah struktur bersaiz gergasi yang dilengkapi dengan beberapa
ratus buah bilik dan juga tempat kenderaan pelancar pelancongan angkasa berlabuh.
Bilik-bilik hotel ini terletak pada struktur yang berputar bagi menghasilkan kesan graviti
buatan (artificial gravity) untuk keselesaan pelancong-pelancong angkasa menginap.
Idea kemudahan penginapan seperti hotel di angkasa bukanlah perkara baru. Sejak dari
tahun 70-an lagi manusia telah menginap di stesen angkasa yang terletak di ruang angkasa.
Malah stesen angkasa besar dan canggih seperti ISS pada hari ini memang boleh berfungsi
sebagai hotel yang agak selesa kepada pelancong angkasa.
Penglibatan industri perhotelan dalam perkembangan pelancongan angkasa telah menarik
satu lagi komponen ekonomi yang berkait rapat dengan hotel iaitu aktiviti rekreasi
angkasa.
Pada hari ini gabungan dan kerjasama pakar ekonomi dan teknologi serta saintis telah
menghasilkan satu konsep aktiviti rekreasi yang amat menarik, iaitu menjadikan
persekitaran mikrograviti di angkasa sebagai persekitaran aktiviti rekreasi khas.
Tindakan berani pelancong angkasa Tito yang baru-baru ini menginap selama enam hari di
ISS telah membuktikan bahawa industri perhotelan angkasa memang mempunyai potensi.
Menurut sumber-sumber pihak mengendali kenderaan pelancar Soyuz, mereka telahpun
mendapat perhatian beberapa calon pelancong angkasa yang berpotensi termasuklah
seorang pengarah filem Hollywood yang terkenal dan seorang jutawan Arab.
Mereka juga membayangkan akan membawa seorang lagi pelancong ke angkasa melalui
pelancaran Soyuz pada bulan Oktober tahun ini.

Posted by ara siti sarah at 6:02 AM No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

mungkinkah pelancongan di angkasa bakal terlaksana?

hotel angkasa

Posted by ara siti sarah at 5:55 AM No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Saturday, January 1, 2011

Adakah penerokaan ke ruang angkasa lepas satu usaha


yang memanfaatkan ?
Usaha penerokaan angkasa lepas adalah wajar kerana :
1)Memajukan telekomunikasi
-Kemajuan sains angkasa lepas membawakan ciptaan dan perlancaran satelit komunikasi yang
memungkinkan isyarat telekomunikasi seperti radio, telefon, televisyen, data-data komputer
dihantar ke seluruh dunia.
-Siaran TV ke seluruh pelusuk dunia dan komunikasi maklumat boleh memesatkan urusan
perniagaan dan aktiviti komersial sesama manusia.
-Ini juga akan merapatkan perhubungan manusia sejagat khususnya antara kawasankawasan terpencil.
-Komunikasi antara kapal lautan dengan ibu pejabat atau stesyen kaji cuaca dapat
dilakukan dengan bantuan satelit komunikasi .
2)Memenuhi naluri ingin tahu manusia
-Maklumat yang diperolah daripada usaha penerokaan angkasa lepas dapat mencelikkan
mata manusia terhadap alam semesta.
-Memungkinkan manusia mencari jawapan kapada banyak kemusykilan yang masih tidak
terjawab, misalnya rahsia sistem solar, asal usul manusia dan kewujudan hidupan lain
dalam sistem solar lain.
-Penemuan planet ke-10 dalam sistem solar telah menambahkan pengetahuan manusia dan
membuktikan ketepatan al-Quran.
-Pendaratan angkasawan Neil Armstrong dan Kapal Angkasa Apollo II di bulan pada 12
Julai 1969 taleh menjelaskan pelbagai misteri mengenai bulan.
3)Sumber logom dan tanaga baru dari angkasa lepas

-Usaha penerokaan angkasa lepas memungkinkan manusia sejagat mencari logam-logam


atau sumber tenaga yang baru di angkasa lepas untuk menapung permintaan yang kian
meningkat akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat di bumi.
-Satelit tiruan yang dihasilkan melalui teknologi angkasa lepas boleh digunakan untuk
mencari gali minyak, logam-logam tertentu atau kota-kota lama yang tertimbun dalam
bumi.
-Satelit angkasa Rusia Mir yang dilengkapi dengan makmal penyelidikan tercanggih
mengkin membolehkan manusia mengeluarkan pancalogam baru dalam keadaan tanpa
medan graviti.
-Kajian biologi, kimia astrologi dan fizik dalam angkasa lepas mungkin menghasilkan
penemuan baru yang tidak dapat diperoleh di permukaan bumi.
4)Manusia mungkin menemui tempat tinggal baru di angkasa lepas.
-Para saintis telah meramalkan bahawa manusia mungkin akan tinggal dalam kapal atau
stesyen angkasa raksasa yang serba lengkap sebagai satu langkah mengatasi masalah
kesesakan tempat tinggal di bumi kelak.
-Ahli-ahli Sians Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika
(NASA) meramalkan bahawa gas kesan rumah kaca yang menyababkan fenomena kenaikan
suhu di bumi mungkin boleh digunakan untuk menaikkan suhu Planet Mrikh supaya boleh
didiami manusia.
-Usaha menjadikan Planet Marikh yang berwarna merah sebagai planet hijau dengan
memasang cermin pengalih sinaran matahari dan pembinaan "kilang-kilang gas kesan
rumah kaca" mungkin akan mengambil masa 200 tahun.
-Kumpulan perhotelan Hilton telah mengumunkan cadangan strukrtur hotel Hiton Bulan
sejurus selepas berita penemuan sumber air batu dalam kawasan besar di kutub bulan oleh
pihak NASA.
-Ini menjadikan mimpi manusia ingin menetap di angkasa lepas semakin
menghampirikenyataan .
5)Kaji cuaca dan pengesahan pencemaran alam
-Kemajuan dalam usaha penerokaan angkasa lepas membolahkan pengkaji cuaca
menramalkan keadaan cuaca di bumi. Ini dapat mengurangkan kesan-kesan malapetaka
seperti taufan,letupan gunung berapi dan sebagainya.
-Pengesanan pencemaran alam misalnya masalah penipisan lapisan ozon dapat dilakukan
melalui satelit kaji cuaca yang beredar di angkasa lepas.
-Ini membolehkan manusia lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai masalah alam
sekitaryang bakal menimpanya.
6)Faedah dari segi perubatan dan pertahanan
-Teknologi angkasa lepas membolehkan manusia mencipta pelbagia alat-alat baru seperti
pakaian angkasa. alat penahan panas, makanan baru dan sebagainya untuk kegunaan
manusia.
-Ujian-ujian perubatan yang dijalankan di angkasa lepas boleh menghasilkan pelbagai
pengetahuan perubatab baru, misalnya pembuatan ubat-ubatan berkualiti dengan
ketulenan tinggi kerana keadaan vakum dan tanpa berat di angkasa lepas.
-Maklumat dari satelit-satelit pengitip yang dilengkapi kamera canggih akan mengukuhkan
kedudukan pertahanan tentera sesebuah negara untuk menjamin keselamatan negaranya.
Posted by ara siti sarah at 5:41 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Kepentingan perkembangan bidang astronomi


Hari ini jutaan manusia di seluruh dunia
menggunakan kemajuan hasil dari
penyelidikan astronomi dan sains angkasa
untuk meningkatkan kualiti harian mereka
TANPA MEREKA SEDARI
1 ) PEMINDAHAN TEKNOLOGI
Sebahagian dari hasil
penyelidikan astronomi yang
boleh dipindahkan
teknologinya ialah
Pembangunan pengesan CCD;
Teknik pemprosesan imej;
Komunikasi menggunakan
satelit; dan
Pembangunan robotik
(Development of Robotics).
2 ) Pertanian Penentuan musim
penanaman dan penyemaian melalui
pencerapan dan pemahaman konsep
pergerakan Matahari dan bulan untuk
perikanan.
3 ) Seni bina:
Rekabentuk bangunan untuk
mencapai penjimatan tenaga.
4 ) Kelansungkan kehidupan manusia:
Pemahaman mengenai asteroid boleh
membantu dalam kita mengenali cirian
asteroid yang mungkin akan melanggar
Bumi.
5 ) Pengkajian perubahan cuaca:
Perubahan jumlah penerimaan tenaga
dari Matahari yang memberi kesan
kepada atmosfera Bumi
Penambahan kadar kebocoran lapisan
ozon dan kemasukan sinar ungu yang
memberi kesan kepada suhu Bumi.
Sinar kosmik yang boleh memberi
kesan kepada litupan awan.
6 ) Ilmu astrometri (positional
astronomy) yang membantu
mengemudi satelit buatan
manusia dan pengunaan

aplikasi GPS
7 )Ramalan cuaca:
Penggunaan
teknologi satelit untuk
memantau pergerakan awan
yang membolahkan ramalan
cuaca yang tepat dilakukan.
8 )Naviagasi di lautan penentuan
pasang-surut air laut dan arah
pelayaran (melalui pemahaman
gerakan matahari, bulan dan planet).
(Perlu faham jika instrumentasi moden
gagal)

Posted by ara siti sarah at 5:34 AM No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Friday, December 24, 2010

Cabang dalam astronomi


Memandangkan astronomi merangkumi bidang yang luas, astronomi biasanya dibahagikan
kepada beberapa cabang. Pembahagian ini tidak unik dan pertindihan dan pakar astronomi
yang kerjanya merangkumi beberapa cabang adalah perkara biasa. .
Perbezaan utama adalah di antara (astronomi pencerapan dan teori) berbanding
dengan astrofizik. Pemerhati menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan data
mengenai phenomena berbeza, data yang kemudiannya digunakan oleh pakar theori untuk
mereka dan membentuk teori dan model, untuk menjelaskan pemerhatian dan meramalkan
pencerapan baru. Bidang kajian juga dikelaskan kepada dua cara: menurut perkara,
biasanya menurut kawasan angkasa (contoh astronomi galaksi) atau masalah (seperti
pembentukan bintang atau kosmologi); dan menurut cara pakar astronomi mendapatkan
data (contoh astronomi optikal atau radioastronomi)
Ia mustahil untuk menentukan bilakan bidang astronomi bermula. Semenjak beribu-ribu
tahun dahulu pastinya penghuni gua telah pun mendongak kearah langit dengan penuh
kekaguman dengan apa yang mereka lihat disitu, oleh itu dari satu segi, mereka merupakan
seorang pemerhati bintang; mereka menyedari perkara luar biasa yang berlaku, seperti
gerhana, dan tidak hairanlah rekod bertulis mengenai teori dan pengamatan manusia telah
wujud sejak tulisan dicipta.
Posted by ara siti sarah at 5:54 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Older PostsHome
Subscribe to: Posts (Atom)
selamat datang..
Facebook Badge

Ara Siti Sarah

Create Your Badge

My Blog List
Total Pageviews

7846
There was an error in this gadget
Followers
Blog Archive

2011 (6)
June (1)

Jom Kenali Sistem Suria!

March (3)

January (2)

2010 (2)
About Me

ara siti sarah


semoga saya dapat menjadi insan yang berguna dan cemerlang di dunia dan akhirat
View my complete profile
pelancongan angkasa

indahnya astronomi

anda akan temui banyak lagi yang menarik

You might also like