Aa20203 Sosiologi Pelancongan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 71

AA20203 SOSIOLOGI PELANCONGAN

SEMESTER 2 SESI 2015 / 2016


LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN
(ANALISIS DATA DAN PENEMUAN KAJIAN)
TAJUK KAJIAN : Pelancongan Komuniti dan Homestay di Walai Tokou
Homestay Kundasang

Nama Pensyarah : Prof. Madya Dr. Rosazman Hussin


NAMA

NO.MATRIK

AGNES LO SIAT LI

BA14161041

CHELSEY CHRISTOPHER

BA14110091

CHEYENNE LEA EMIN

BA14110097

SHIRLYN MUIDIN

BA14161207

AZRUL SUFIAN

BA14161274

MOHD. ADI BIONDY BIN IBRAHIM

BA14110337

Isi kandungan
1.0

Pengenalan

2.0

Dapatan Kajian

3.0

Muka surat
1- 2
3

2.1

Sejarah dan Latar Belakang Program Homestay


7
Walai Tokou Kundasang

3-

2.2

Faktor faktor Komuniti Melibatkan Diri Dalam


18
Program Homestay

8-

2.3

Bentuk bentuk Penglibatan Komuniti dalam Program


- 26
Homestay Walai Tokou

19

Bagaimanakah kita boleh mamajukan program homestay serta

27

29
pelancongan di Malaysia?
4.0

Kesimpulan

30 - 31

Lampiran
i.
ii.

Gambar
Transkrip temubual

33
34 - 63

1.0

Pengenalan

Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenalpasti penglibatan komuniti yang


menjalankan aktiviti homestay.

Sektor pelancongan negara merupakan salah

satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Pelancongan merupakan salah
satu cara untuk meningkatkan ekonomi Negara dengan mengadakan pelbagai
aktiviti yang boleh disertai oleh semua individu yang sanggup membayar dengan
nilai yang telah ditetapkan. Ia mencakupi aktiviti-aktiviti ekonomi seperti
perusahaan

perhotelan,

penginapan,

pengangkutan,

perkhidmatan

dan

kemudahan infrastruktur. Industri ini dilihat sebagai penyumbang kepada


penjanaan perolehan tukaran asing, guna tenaga dan pendapatan.
Industri pelancongan Malaysia mempunyai potensi untuk meningkatkan
mutu, tarikan dan keunggulan produk dan perkhidmatan pelancongannya
setanding dengan destinasi pelancongan yang lain di kawasan Asia Tenggara.
Malaysia sedang giat dalam mempelbagaikan lagi jenis produk pelancongan
yang

berkualiti

bagi

merangsang

permintaan

pelancongan

di

peringkat

antarabangsa dan domestik. Di samping itu, strategi promosi yang lebih


berkesan akan dijalankan secara berterusan di pasaran sedia ada dan pasaran
yang baru muncul bagi mendapat tempat dalam pasaran pelancongan.
Sehubungan dengan ini, berbagai-bagai produk pelancongan telah ditawarkan
bagi memenuhi pelbagai minat dan permintaan pelancong.
Antara produk pelancongan yang menjadi antara permintaan pelancong
adalah berasaskan homestay atau dikenali sebagai pelancongan komuniti.
Program homestay merupakan salah satu aktiviti yang menggalakkan penduduk
luar bandar untuk mendedahkan aktiviti perkampungan kepada pelancongpelancong asing dan pelancong yang tinggal dibandar. Homestay sebagai
pengalaman di mana pelancong akan tinggal bersama keluarga angkat dan akan
berinteaksi supaya dapat menimba pengalaman kehidupan seharian bersama
keluarga angkat serta mempelajari budaya masyarakat luar bandar di Malaysia
(Jabil,2011).

Program Homestay di Malaysia adalah satu bentuk kemudahan

tempat tinggal yang baru untuk pelancong di dalam industri pelancongan


negara. Melalui program ini, pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga
tuan rumah yang dipilih dan seterusnya berpeluang mengecapi cara hidup
seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan Malaysia secara langsung
(Kalsom et al, 1996). Melalui cara ini pelancong akan mendapat pengalaman dan
berinteraksi

secara

terus

dengan

cara

hidup

dan

kebudayaan

rakyat

Malaysia. Program ini menawarkan kepada pelancong suatu gaya penginapan


yang berlainan dan istimewa dengan penekanan terhadap layanan mesra tuan
rumah di samping menikmati keindahan desa yang kaya dengan khazanah alam
semulajadi serta aktiviti kebudayaan tradisional setempat (Darina,2003)

Sememangnya
kepada

ekonomi

memperluaskan

pelancongan

dengan
jaringan

berupaya

mewujudkan
perniagaan.

menjadi

peluang
Homestay

penyumbang

pekerjaan
merupakan

serta

utama
turut

sebahagian

komponen dalam industri pelancongan yang memberi peluang pekerjaan dan


secara tidak langsung turut menyumbang kepada pendapatan negara melalui
nilai tukaran wang asing. Program homestay merupakan projek serampang dua
mata kerana di samping mempelbagaikan lagi produk pelancongan dan tarikan
di Malaysia, ia juga membantu dalam pembangunan kawasan luar Bandar.

2.0

Dapatan kajian
2.1
Sejarah dan latar belakang Program Homestay Walai Tokou
Homestay Walai Tokou merupakan penginapan yang berdaftar di bawah

Kementerian Pelancongan Malaysia yang membolehkan penginap mendapatkan


penginapan yang selesa dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.
Homestay ini terletak di Kundasang, Sabah dalam kira-kira 98 kilometer dari
bandaraya Kota Kinabalu. Manakala, lokasi homestay ini daripada pekan Ranau
pula kira-kira 13 kilometer. Kedudukan homestay Walai Tokou amat strategik
kerana terdapat tarikan fikizal, iaitu keindahan di sekelilingnya. Pengunjung yang
menetap di Walai Tokou boleh melihat Gunung Kinabalu daripada kedudukan
homestay, kerana kedudukan homestay yang berada di laluan utama iaitu ditepi
jalan besar yang memudahkan pengunjung untuk mencari lokasi homestay Walai
Tokou. Dengan suhu yang rendah di Kundasang, pemilik homestay tidak perlu
menyediakan kemudahan seperti penghawa dingin mahupun kipas dalam
homestay-homestay tersebut.
Selain itu, terdapat banyak kawasan tarikan pelancong yang terletak
berdekatan dengan Walai Tokou, antaranya ialah Kundasang War Memorial yang
terletak di bahagian deretan kedai pekan Kundasang sempena memperingati
askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang
Dunia Kedua. Seterusnya ialah Poring Hot Spring yang menyediakan kolam air
panas dan air sejuk yang dikatakan baik untuk mengurangkan sakit pada otot.
Poring Hot Spring juga menawarkan aktiviti seperti melihat tanaman orkid
(mempunyai lebih kurang 1200 spesis orkid), canopy walk, dan sebagainya.
Ladang Teh Sabah juga merupakan salah satu kawasan menarik yang terletak di
Kundasang. Tempat ini dibuka dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang setiap hari
kecuali cuti umum. Keunikan ladang ini ialah teh ditanam menggunakan bahanbahan organik yang mesra alam. Hasilnya, daun teh yang ditanam adalah
bermutu tinggi dan dijamin kebersihannya.
Selain itu, homestay Walai Tokou juga terletak berhampiran dengan Desa
Cattle Dairy Farm iaitu kawasan penternakan lembu yang menghasilkan dan
memproses 90,000 liter susu setiap tahun. Ladang penternakan ini mempunyai
keindahan fizikal yang semulajadi, dimana terdapat aktiviti seperti calves
feeding, goats feeding, pemprosesan susu segar dan sebagainya. Lembu tenusu
merupakan baka fresian yang diimport daripada New Zealand dan Australia.
Seterusnya ialah Kinabalu Park, iaitu tapak warisan dunia pertama di Malaysia

yang juga merupakan pusat kepelbagaian loji bagi Asia Timur. Kinabalu Park
mempunyai lebih daripada 5000 spesis tumbuhan vaskular dan juga habitat bagi
lebih kurang 90 spesis fauna dan lain-lain lagi. Antara tumbuhan yang pernah
ditemui di kawasan tersebut adalah periuk kera yang terbesar di dunia, spesis
orkid yang jarang ditemui di dunia dan banyak lagi. Tarikan utama Kinabalu Park
adalah kecantikan Gunung Kinabalu, iaitu salah satu gunung yang tertinggi di
Asia Tenggara. Kebanyakkan pelancong lebih memilih untuk mendaki Gunung
Kinabalu apabila bercuti di kawasan pelancongan tersebut. Selain mempunyai
pelbagai tarikan semulajadi, Kinabalu Park menyediakan banyak aktivitu-aktiviti
menyeronokkan seperti

berbasikal, golf, aktiviti memerhati burung setempat,

lawatan ladang dan banyak lagi.


Bagi menjawab objektif kajian, struktur soalan telah dibahagikan kepada
empat bahagian iaitu bahagian A yang terdiri daripada latar belakang responden,
soalan bahagian A akan ditujukan kepada semua responden. Bahagian B pula
akan menjawab objektif yang pertama iaitu mengenalpasti sejarah dan latar
belakang program homestay, dimana bahagian ini terdiri daripada sepuluh
soalan dan akan ditujukan kepada seorang responden yang merupakan ketua
penyelaras homestay berkenaan. Seterusnya ialah bahagian C dimana ia terdiri
daripada sepuluh soalan bagi menjawab objektif dua, iaitu bagi mengkaji faktorfaktor utama komuniti melibatkan diri dalam program homestay, dua responden
akan dipilih untuk ditemuramah. Bahagian terakhir ialah Bahagian D dimana ia
juga mengandungi sepuluh soalan yang akan ditujukan kepada dua orang
responden lagi. Bahagian ini akan menjawab objektif yang ketiga iaitu menilai
bentuk-bentuk penglibatan komuniti dalam program homestay.
Bagi menjawab objektif yang pertama mengenai latar belakang homestay
Walai Tokou, kami telah menemuramah seorang pengusaha homestay yang
merupakan ketua penyelaras homestay Walai Tokou. Responden bernama
Satinah Sarin yang berumur 51 tahun, berasal dari Kundasang dan berkerja
sebagai pengusaha kan pengurus 4 unit homestay sepenuh masa yang dikenali
sebagai

Satina

Homestay.

Menurut

beliau,

homestay

Walai

Tokou

mula

ditubuhkan sejak tahun 2001 lagi. Walai Tokou merupakan homestay pertama
yang ditubuhkan di sekitar Kundasang, dimana pengasas yang pertama adalah
Encik Kohadi yang dikenali sebagai ketua mereka pada masa itu. Pertama sekali,
Encik Kohadi mempelajari cara-cara menubuhkan dan mengendalikan homestay
di Semenanjung Malaysia dan seterusnya membawa beberapa orang penduduk

di Walai Tokou untuk bermesyuarat dan mencadangkan untuk membuka


homestay di kawasan tersebut.
Selepas 10 orang ahli bersetuju untuk menerima cadangan tersebut dan
ingin mengendalikan homestay, mereka diberikan kursus mengenai cara untuk
mengenali maksud homestay dan taklimat mengenai konsep-konseop homestay
juga diaplikasikan kepada mereka yang mengikuti kurses tersebut. Homestay di
Walai Tokou mulai ditubuhkan pada 2001 selepas 10 orang ahli tersebut
mengikuti kursus mengenai homestay berkenaan. Pada masa tersebut, konsep
homestay iaitu tinggal bersama dalam rumah yang sama dan menjalankan
aktiviti bersama-sama sebagai sebuah keluarga diamalkan secara meluas.
Dalam rumah tersebut, sebuah bilik akan dikhaskan untuk tetamu iaitu
pelancong yang menetap di homestay tersebut. Walaubagaimana pun, konsep
homestay iaitu tinggal bersama di homestay Walai Tokou semakin longgar,
dimana host akan tinggal di bahagian rumah yang lain sementara guest pula
akan tinggal di bahagian yang lain. Hal ini bermaksud, host dan guest tidak lagi
tinggal bersama-sama, walaupun duduk dibawah satu bumbung, namun, rumah
tersebut dibahagikan kepada dua bahagian untuk host dan guest.
Menurut responden, host dan guest tidak tinggal bersama kerana host
ingin memberikan keselesaan kepada guest yang menginap di rumah mereka
bermula sejak tahun 2005. Oleh yang demikian, konsep homestay di kawasan
tersebut bukanlah lagi berasaskan tinggal bersama, tapi dikenali sebagai inap
desa. Idea bagi menubuhkan homestay dikawasan tersebut dikatakan bermula
daripada Encik Kohadi yang memperkenalkan perniagaan homestay kepada
penduduk kawasan tersebut. Awalnya idea tersebut amat kurang mendapat
sambutan daripada penduduk Walai Tokou dimana penduduk merasakan
penubuhan homestay tidak masuk akal dan mereka tidak dapat menerima idea
tersebut. Mereka merasakan demikian kerana Kundasang merupakan kawasan
pelancongan yang mempunyai banyak tarikan fizikal yang menarik banyak
pelancong, oleh itu penubuhan resort dan hotel pada masa tersebut sudah
meningkat dengan pesat di kawasan Kundasang. Selain itu, mereka juga
merasakan

konsep

homestay

tidak

akan

mendapat

sambutan

daripada

pelancong-pelancong yang melancong di Kundasang.


Akhirnya, 10 orang ahli bersetuju untuk mencuba menubuhkan homestay
di rumah masing-masing. Menurut responden, pada awalnya, hasil yang didapati
daripada homestay adalah kurang dan hampir tidak mendatangkan hasil

langsung,

tetapi

selepaskan

perusahaan

homestay

stabil,

hasil

semakin

meningkat dan pendapatan daripada homestay juga lumayan. Disebabkan oleh


pendapatan yang baik, homestay juga mula bertambah dibawah satu pengasas.
Bagi pendapat Puan Satina, konsep yang digunakan untuk menyatakan
homestay tersebut mempunyai kelebihan daripada homestay lain adalah
berasaskan nama persatuan mereka iaitu Walai Tokou, dimana Walai Tokou
berasal dari bahasa Dusun dan bermaksud rumah kita. Selain itu, tetamu yang
menginap di homestay juga diaggap dan dilayan seperti keluarga sediri. Antar
kelebihan antara homestay dan tempat penginapan lain seperti resort atau hotel
adalah, terdapat komunikasi antara host dan guest dimana ia boleh memupuk
keselesaan dan keharmonian antara tetamu dan tuan rumah.
Seterusnya, menurut Puan Satina, kriteria yang diambil kira dalam
memilih kawasan untuk menubuhkan homestay ialah mempunyai tapak yang
bersesuai bagi menubuhkan homestay yang strategik, dimana keluasan juga
diambil kira untuk menjamin keselesaan guest. Kriteria kedua adalah modal,
dimana modal dikatakan amat penting untuk menubuhkan homestay. Modal
diperlukan untuk membuat pengubahsuaian serta bagi membeli perabot-perabot
untuk kegunaan guest. Sokongan juga diperlukan bagi menubuhkan homestay,
contohnya sokongan daripada ahli keluarga dan bantuan seperti kursus
pendedahan

homestay

dan

juga

bantuan

kewangan

daripada

kerajaan.

Sokongan juga boleh berbentuk promosi untuk menarik minat pelancong untuk
menginap di homestay tersebut. Selain daripada itu, kesabaran dan kemesraan
juga perlu akan dalam diri pengasas homestay bagi menguruskan homestay.
Puan Satina menyatakan bahawa rumah pengasas homestay merupakan
tempat penginapan pelancong dalam konsep homestay. Oleh itu, kos bagi
menubuhkan homestay adalah rendah. Walaubagimana pun, bagi memenuhi
keselesaan dan keperluan peninap, homestay perlu menyediakan peralatanperalatan dan kemudahan seperti bilik mandi, dapur dan sebagainya untuk
penginap mereka. Bayaran homestay di Satina Homestay untuk satu malam
adalah sebanyak RM200 serumah dan mempunyai kemudahan yang lengkap.
Keluasan tanah yang diperlukan untuk menubuhkan homestay tidak diambil kira
dalam menubuhkan homestay kerana keluasan homestay terpulang kepada
keselesaan yang dapat diberikan kepada penginap homestay. Namun, bagi
kawasan Walai Tokou pula, kawasan untuk meletakkan kereta merupakan isu dan
pertelingkahan bagi penduduk di kawasan tersebut terutamanya pada waktu-

waktu cuti sekolah. Disebabkan oleh kawasan mereka yang kecil dan sempit,
kawasan untuk meletakkan kereta adalah terhad.
Menurut responden, kemudahan-kemudahan yang disediakan di homestay
Walai Tokou adalah dapur yang lengkap untuk memudahkan aktiviti memasak
contohnya homestay dilengkapkan dengan peti ais, gas, kuali dan sebagainya.
Bilik mandi juga dilengkapi dengan alat pemanas air disebabkan oleh suhu sejuk
di kawasan Kundasang. Homestay tersebut juga menyediakan televisyen untuk
memenuhi

keselesaan

penginap.

Selain

itu,

host

homestay

juga

akan

menyediakan makanan untuk guest mereka. Puan Satinah tidak mempunyai


pekerja atau kakitangan untuk mengendalikan homestay. Walau bagaimanapun,
pada musim cuti sekolah, beliau akan mengupah beberapa orang pekerja untuk
membantu

beliau

menguruskan

homestay.

Pekerja-pekerja

yang

diupah

merupakan penduduk kampung tersebut, dalam kira-kira dua orang dalam satu
masa. Mereka akan ditugaskan untuk membersihkan, mencuci peralatan dan
mengemas homestay.
Dengan mengupah penduduk kampung sebagai pembantu homestay, ia
juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung tersebut
dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan pekerja. Hal ini
dilihat dapat menaiktarafkan kehidupan penduduk kampung dan dalam masa
yang sama dapat membantu sesame sendiri untuk menguatkan lagi semangat
kejiranan. Menurut responden, sejak bencana yang berlaku di Ranau, berdekatan
dengan Kundasang, iaitu gempa bumi yang berlaku pada tahun lalu telah
mempengaruhi kemasukan pelancong di kawasan Kundasang. Oleh itu, cara
yang boleh menarik pelancong untuk melancong di Kundasang adalah memberi
layanan dan kemesraan kepada penginap bagi meningkatkan imej homestay di
Walai Tokou. Penginap yang pernah menginap dihomestay akan mempromosikan
atau memperkenalkan homestay tersebut kepada kenalan mereka dan dalam
masa yang sama dapat menjamin pendapatan homestay.
Kesimpulannya, konsep homestay di kawasan Walai Tokou adalah semakin
berubah dimana konsep tinggal bersama perlahan-lahan menjadi konsep inap
desa. Hal ini adalah disebabkan untuk memberi keselesaan kepada penginap
yang menginap di homestay mereka. Menurut Puan Satina, terdapat ramai
panginap yang terutamanya bukan orang tempatan, memilih untuk tidak tinggal
bersama

keluarga

homestay

kerana

keadaan

yang

janggal.

Walau

bagaimanapun, bagi program anak angkat yang selalunya terdiri daripada

pelajar akan tinggal bersama-sama dengan pemilik homestay. Pemilik homestay


akan menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam untuk anak
angkat mereka serta makan

bersama-sama mereka.

Beliau

menyatakan

komunikasi antara mereke dengan anak angkat berbanding dengan penginap


lain adalah lebih banyak dan hubungan lebih akrab kerana mereka menjalankan
aktiviti bersama-sama, contohnya gotong-royong, dan sebagainya.

2.0

Faktor faktor komuniti melibatkan diri dalam program homestay


Pelancongan

budaya

adalah

aktiviti

pelancong

yang

melibatkan

penerokaan, menghargai kebudayaan kumpulan etnik lain dan menikmati


keindahan sesuatu kebudayaan. Kebiasaannya, pelancong pergi ke sesuatu
tempat bertujuan untuk melihat dan merasai pengalaman cara hidup sesuatu
kumpulan etnik.

Faktor-faktor pendorong yang menggalakkan perkembangan

pelancongan budaya adalah keinginan untuk mengetahui dan mencari asal-usul


keturunan sejak zaman-berzaman selain daripada memahami, mendalami dan
mendapatkan pengalaman baru mengenai cara hidup dan adat resam sesuatu
masyarakat yang asing kepada mereka.

Kini, pasaran pelancongan budaya

semakin berkembang di mana pelancong semakin berminat untuk mengetahui


secara mendalam cara hidup masyarakat lain.

Program homestay semakin

meningkat di Malaysia terutama di kawasan luar bandar.

Pada Jun 2009,

terdapat kira-kira 140 Homestay di 227 buah kampung di seluruh negara,


dengan sejumlah 3,264 rumah yang mengambil bahagian dalam program ini
(Kementerian Pelancongan Malaysia,2009). Ini disebabkan oleh beberapa penarik
atau faktor yang telah menggalakkan masyarakat untuk melibatkan diri dalam
program tersebut. Bahagian ini akan menerangkan objektif kedua kajian iaitu
mengkaji faktor-faktor utama komuniti melibatkan diri dalam program homestay.
Penulisan Cole (1995) mencadangkan beberapa faktor motivasi dalaman yang
boleh diadaptasikan untuk menerangkan penglibatan ahli komuniti di dalam
program pembangunan. Faktor-faktor ini termasuklah kesedaran tentang faedah
program yang akan mereka dan komuniti kecapi, keperluan sosial mereka,
seperti menjadi sebahagian daripada masyarakat, dan personaliti setiap ahli.
Bagi

menjawab

homestay Walai Tokou,

objektif

yang

pertama

mengenai

latar

belakang

kami telah menemuh ramah seorang pengusaha

homestay yang merupakan isteri kepada timbalan penyelaras homestay Walai


Tokou. Respoden bernama Rose berumur 48 tahun dan merupakan penduduk
asal Kundasang.

Menurut beliau, pada permulaanya homestay Walai Tokou

hanya disertai seramai 10 orang dan kurang mendapat sambutan dari penduduk
kampung tersebut. Ini disebabkan program homestay dianggap sebuah perkara
yang baru dan belum dapat diterima oleh penduduk kampung.

Kejayaan

homestay diukur melalui penglibatan komuniti, sesebuah homestay tidak akan


berkembang maju apabila kurangnya penglibatan komuniti.

Penyertaan

masyarakat adalah satu bahagian penting dalam pembangunan masyarakat dan


salah satu faktor yang paling penting dalam proses pembangunan pelancongan

berasaskan komuniti , yang membolehkan penglibatan orang dalam yang


berbeza peringkat membuat keputusan ( Aref & Ma'rof , 2008; Bozlul , 1994).
Menurut

Kayat

(2009)

Homestay

Programs

gagal

kerana

kekurangan

penyertaan tempatan , tempatan kepimpinan , pengetahuan dan kemahiran ,


perancangan yang lemah , struktur masyarakat, dan lain-lain.

Menurut Hall,

Kirkpatrick, dan Mitchell ( 2005) pula, kemahiran dan pengetahuan pelancongan


terhad boleh menyumbang kepada harapan palsu tentang manfaat pelancongan
dan

kurangnya

persediaan

untuk

pelancongan, dan peluang had.

perubahan

yang

berkaitan

dengan

Namun penduduk kampung mula berminat

apabila tiba musim cuti umum atau cuti sekolah kerana permintaan homestay di
Kundasang yang banyak dan ini telah membuka peluang kepada komuniti
homestay Walai Tokou Kg Sininsian untuk membuka perniagaan homestay.
Penduduk kampung mendapati program

homestay mampu meningkatkan

ekonomi serta pendapatan tidak kira musim cuti persekolahan mahupun hari
biasa.

Menurut Puan Rose pada hari biasa atau bukan pada musim cuti

persekolahan, pelancong yang sering menginap di homestay berasal dari


Singapura terutama dari golongan masyarakat Cina. Selain itu, pelancong dari
Semenanjung Malaysia turut datang homestay Walai Tokou dan menginap di
homestay yang terdapat di Walai Tokou. Sejak itu, semakin banyak penduduk
kampung terlibat dengan program homestay dan pada masa sekarang hampir
90% dari penduduk telah mempunyai homestay masing masing menurut Puan
Rose.
Selain itu, penduduk tertarik untuk melibatkan dalam program homestay kerana
penduduk mempunyai peluang untuk memperkenalkan budaya dan cara hidup di
Kg Sininsian kepada orang luar.

Program ini juga membantu membangunkan

keyakinan diri ahli-ahli komuniti melalui pengiktirafan yang diberikan oleh orang
luar

tentang

keunikan

pengetahuan tradisi.

nilai

budaya

mereka,

sumber

alam

sekitar

dan

Menurut responden, satu program malam kebudayaan

akan dijalankan khas untuk pelancong yang menginap di homestay Walai Tokou.
Penduduk kampung akan membuat persembahan tradisional melalui tarian
mahupun permainan alat muzik trardisional di Kg Sininsian untuk ditunjukkan
kepada pelancong.

Melalui cara ini, budaya sesebuah masyarakat dapat

diperkenalkan kepada masyarakat lain dan secara langsung masyarakat dapat


mengekalkan budaya tradisi untuk kepentingan generasi muda pada masa akan
datang dan mengelak dari budaya kampung tersebut dari terhakis.

Di

kebanyakan negara-negara membangun, sektor pelancongan dijadikan sebagai

pemangkin kepada pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar (Hall,


1995 dalam Johan Afendi Ibrahim, 2001). Ia bertujuan bagi meningkatkan taraf
sosioekonomi penduduk yang kebanyakannya bekerja di sektor pertanian yang
dibelenggu kemiskinan dan taraf pendidikan yang rendah. Menurut salah dari
responden iaitu Amisdah,31 tahun bahawa program homestay Walai Tokou telah
memberi peluang pekerjaan kepada para pemuda yang menganggur di kampung
itu.

Ini dapat mengelakkan para pemuda dari melakukan perkara yang tidak

berfaedah dan menggunakkan masa yang terluang dengan berkerja di homestay


penduduk kampung.

Secara umumnya, Inap Desa mempunyai potensi yang

besar untuk dibangunkan berdasarkan reputasinya yang mampu memberi impak


positif kepada komuniti setempat terutamanya dari segi ekonomi. Pembukaan
inap desa di kawasan luar bandar mampu menawarkan peluang kepada
penduduk tempatan untuk menjana pendapatan sekaligus dapat meningkatkan
pendapatan isi rumah penduduk. Program Inap Desa merupakan Pelancongan
Berasaskan Komuniti atau Community-Based Tourism (CBT). Program Inap Desa
di Malaysia yang berasaskan komuniti adalah antara program pelancongan yang
berpotensi untuk mencapai objektif pembangunan lestari sekiranya dirancang
dengan baik (Kalsom Kayat & Nor Ashikin, 2006).

Melalui penglibatan ini juga,

kawasan luar bandar dapat dibangunkan dan dimajukan terutamanya dalam


meningkatkan kualiti kemudahan asas serta penyediaan dan pembinaan baru.
Puan

Rose

turut

menegaskan

melalui

program

homestay,

kemudahan

infrastruktur terutamanya seperti jalan raya mudah mendapat bantuan untuk


kegunaan penduduk kampung untuk memudahkan menjalankan perkhidmatan
homestay daripada pihak kerajaan kerana pihak telah membina jalan raya simen
di sekitar Kg Sininsian. Penduduk tempatan memainkan peranan penting dalam
memastikan
kemampanan pelancongan homestay, ini kerana produk utama pelancongan ho
mestay ialah cara hidup penduduk tempatan yang unik. Bermaksud aktiviti pend
uduk tempatan merupakan tarikan pelancong untuk ke destinasi tersebut, ia me
nunjukkan secara langsung penduduk tempatantidak boleh diketepikan dalam
perancangan pembangunan.

Menurut Puan Rose faktor utama yang menarik

minat penduduk untuk melibatkan diri ialah program homestay mampu


menambah menjana pendapatan. Menurut Puan Rose sebelum wujud program
homestay ini, beliau hanya seorang suri rumah sepenuh masa dan tidak
mempunyai apa apa pendapatan dan hanya bergantung kepada suami.
Namun setelah mempunyai homestay sendiri, Puan Rose dapat menambah

pendapatan keluarga. Puan Rose turut mempunyai restoran sendiri terletak 200
meter dari kediaman beliau.

Kawasan homestay yang strategik kerana

homestay Walai Tokou terletak di kawasan berbukit, berdekatan dengan pekan


serta mampu melihat seluruh pekan Kundasang telah menjadikkan homestay
Walai Tokou menjadi pilihan pelancong.

Dari segi letakan relatif, Kundasang

boleh dianggap antara singgahan penting di sepanjang jalanraya utama yang


menghubungkan Kota Kinabalu dan Sandakan. Perjalanan darat dari Kota
Kinabalu ke Kundasang mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam, manakala
perjalanan dari Sandakan memakan masa selama lima hingga enam jam.
Dengan kedudukannya hampir di tengah-tengah laluan, Kundasang boleh
dianggap sebagai titik komplimentari bagi wilayah pantai barat dan pantai timur
negeri Sabah. Ketibaan pelancong antarabangsa merupakan satu peningkatan
pesat dalam pasaran baru terutama pasaran Asia dan Pasifik yang disebabkan
oleh minat pelancong untuk meneroka destinasi baru berasaskan alam sekitar
dan warisan sejarah (Othman dan Mohd Salleh, 2010).

Dengan wujudnya

program homestay di Kg Sininsian, penduduk kampung telah membuka


perniagaan kecil kecilan di sekitar kampung.

Menurut responden iaitu Puan

Amisdah, sesetengah penduduk mempunyai perniagaan kecil seperti menjual


kuih muih dan ini menarik para pengunjung untuk membelinya.

Selain itu,

kedai runcit turut ada di kampung tersebut untuk memudahkan para pengunjung
mahupun penduduk kampung membeli barang keperluan tanpa bersusah payah
pergi ke pekan Kundasang atau pekan Ranau.
sahaja

meningkatkan

hasil

pendapatan

Industri pelancongan bukan

tetapi

juga

membantu

dalam

meningkatkan ekonomi negara.


Dalam kajian ini, kami turut mengkaji apakah pekerjaan utama
penduduk sebelum lahirnya program homestay di Kg Sinisian.

Segelintir dari

penduduk bekerja dengan kerajaan seperti guru,jururawat dan pegawai kerajaan.


Selain itu, pekerjaan utama di Kg Sininsian ialah petani. Persekitaran Kundasang
dilingkungi hutan malar hijau khatulistiwa yang padat dengan khazanah alam
semulajadi. Empat kilometer dari pusat urban Kundasang terletaknya Taman
Kinabalu yang mempunyai hutan simpan tropika (antara yang tertua di dunia).
dan paling kaya dengan biodiversiti. Kundasang terkenal dengan suhu dinginnya
dan ini telah mengakibatkan kawasan sekitar Kundasang menjadi kawasan
pertanian. Penduduk kampung akan menanam tanam tanaman yang sesuai di
kawasan sejuk seperti tomato, kubis dan sayur berdaun yang lain.

Menurut

Burgess (1925), semua ekonomi dinilai berasaskan kepada perletakan tanah dari

pusat pasaran yang menjadi tempat tumpuan pasaran pertanian.

Pemborong

sayur-sayuran dari Sandakan (pantai timur) dan Kota Kinabalu (pantai barat)
lazimnya akan terus ke Kundasang tanpa bergantung kepada mana-mana bandar
perantaraan. Justeru, Kundasang boleh dianggap mempunyai lokasi geografi
yang strategik dan darjah aksesibiliti yang memuaskan. Jalanraya yang
menghubungkan Kota Kinabalu, Kundasang dan Sandakan adalah antara
kemudahan jalan darat berturap yang pertama dibina di negeri Sabah dan siap
pada tahun 1972

(Sulong, 1983:36).

Hampir seluruh kawasan di Kundasang

mempunyai chalets,homestay, serta hotel hotel yang menjadi tumpuan utama


para

pelancong.

Di

samping

menjadi

pengusaha

homestay,

penduduk

Kundasang turut menjalankan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian secara


tidak lansung turut menjadi tumpuan pelancong untuk melihat kegiatan
pertanian di Kundasang. Selain dari sayur sayuran, pertanian turut terkenal
dengan replika kubis yang menjadi pusingan bulatan di jalan raya besar kawasan
tersebut. Sehubungan itu, Walai Tokou menjadi pilihan ramai pelancong kerana
kampung tersebut terkenal dengan alat alat muzik tradisional. Penduduk Kg
Sininsian berkerjasama bagi meningkatkan nama alat muzik tradisional etnik
Dusun khasnya di Kundasang. Menurut salah seorang responden, mereka telah
mewakili Malaysia ke Hollywood bagi alat muzik tradisional. Ini menambahkan
lagi penglibatan penduduk kampung dalam memperkasakan budaya seni
tradisional

dan

secara

langsung

menggunakkan

kesempatan

ini

untuk

mempromosikan homestaya Walai Tokou kepada para pelancong. Tambahan lagi


dengan kedudukan geografi Kg Sininsian yang terletak di kawasan yang berbukit
bukau menambahkan lagi minat para pelancong untuk menghinap di sana.
Tarikan yang terdapat di Homestay Walai Tokou ini adalah kebanyakkan para
pemilik homestay mempunyai keistimewaan masing masing. Antaranya dari
segi pertanian, di mana seorang pemilik homestay mempunya kebun sayursayurang di belakang rumahnya.

Selain itu, aktiviti hiking

turut ada di

Homestay Walai Tokou, di mana seorang guide yang merupakan penduduk


kampung tersebut akan membawa para penghinap homestay yang berminat
untuk mendaki di kawasan pergunungan pada waktu subuh dan mereka akan
menyaksikan matahari terbit dan boleh melihat pemandangan Gunung Kinabalu
dari puncak bukit tersebut. Ini merupakan antara faktor yang mengakibatkan
penglibatan penduduk kampung untuk terlibat dengan program homestay
kerana persekitaran kawasan kampung yang dinamik dan mampu menarik lebih

banyak pengunjung. Sekaligus lebih ramai pengunjung, ini akan meningkatkan


lagi pendapatan para pemilik homestay.
Sehubungan

dengan

itu,

kami

turut

mengkaji

apakah

kesan

pengusahaan homestay Walai Takou kepada Kg Sininsian. Menurut responden


iaitu Puan Rose, sebelum adanya program homestay di kampung tersebut,
peruntukkan untuk menambahbaikpulih kawasan perkampungan sukar dapat
dari pihak kerajaan. Namun setelah wujudnya homestay , sebuah dewan telah
didirikan untuk kegunaan penduduk kampung bagi memudahkan lagi aktiviti
aktiviti yang dijalankan serta memudahkan para pelancong untuk berkumpul di
satu tempat untuk menyaksikkan apa apa persembahan berasasakan budaya
kampung tersebut. Tambahan responden, jalan raya yang dahulunya berlubang
dan menyukarkan penduduk kampung menggunakkan jalan raya tersebut
tambahan lagi dengan saiz jalan raya di Kg Sininsian sangat sempit tetapi
setelah program homestay di kampung tersebut semakin pesat, jalan raya baru
telah dibina bagi memudahkan para penduduk menguruskan perusahaan
mereka.

Menurut Juraimi (2006), program homestay juga satu strategi yang

diambil kerajaan untuk meningkat dan membangunkan taraf hidup penduduk


luar bandar melalui penglibatan mereka dalam perancangan dan pembanguna
pelancongan.

Menurut salah seorang responden, program homestay telah

memberi perubahan kepada kampung di mana sistem perparitan semakin baik


berbanding dengan yang dahulunya.

Kawasan atau landskap semakin cantik

dan terjaga kerana wujudnya homestay di kampung tersebut.

Ini membawa

kepada peningkatan taraf hidup penduduk di mana mereka mendapat input


pengetahuna secara lansung daripada penjagaan homestay untuk mengalakkan
lagi pelancong untuk datang ke kampung dan menginap di Homestay Walai
Tokou di Kg Sininsian. Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Kayat dan Mohd
Nor (2010), Abdul Razzaq et.al (2012) mendapati kesediaan masyarakat sangat
penting untuk membolehkan mereka bergerak sendiri dan memajukan program
homestya dalam acuan mereka sendiri untuk manfaat mereka.
Menurut responden Amisdah yang berumur 31, program homestay yang
dijalankan mereka iaitu Homestay Asmidah telah mendapat bantuan daripada
pihak pelancongan tetapi untuk mendirikan homestay, mereka memerlukan
tapak sendiri yang sah serta menggunakan wang sendiri sebagai modal
pembinaan rumah-rumah homestay mereka. Mereka juga boleh melakukan
pinjaman sekiranya mengalami kesulitan yang berkaitan dengan wang modal.
Sebelum

memulakan

program

homestay

ini,

pihak

pelancongan

telah

menawarkan pinjaman kepada pengusaha-pengusaha homestay yang ada di


Kampung Sinisian tetapi mereka akan membayar balik selepas perniagaan
homestay ini berkembang dan maju. Khidmat pinjaman ini tidak mewajibkan
atau memaksa pemilik homestay yang ingin memulakan perniagaan mereka.
Menurut beliau lagi pihak pelancongan membuat syarat-syarat tertentu dengan
bantuan agar dapat menggalakkan penglibatan mereka dalam perancangan dan
pembangunan pelancongan. Homestay juga merupakan salah satu strategi
kerajaan untuk mempelbagaikan punca pendapatan kepada penduduk tempatan.
Menurut responden yang bernama Rose yang berumur 48 tahun iaitu
seorang lagi pengusaha homestay, mengatakan homestay yang mereka jalankan
juga telah menggunakan modal sendiri pada permulaannya untuk menjalankan
program homestay di Walai Tokou Homestay ini. Sekiranya ingin mendapatkan
bantuan luar, mereka perlu membuat permohonan dan mengikuti beberapa
prosedur yang ditetapkan. Mereka diberi pilihan untuk melakukan pinjaman
ataupun mengeluarkan modal sendiri.
Setelah program ini memperlihatkan kejayaannya daripada aspek pulangan
yang

diperolehi

oleh

penduduk

tempatan

melalui

peningkatan

taraf

sosioekonomi, perubahan pemikiran dan penyediaan kemudahan asas yang


berkualiti, mendorong beberapa petempatan lain untuk terlibat secara serius
dalam homestay. Menurut laporan Kementerian Pelancongan, kini sebanyak 141
buah petempatan di seluruh negara yang berdaftar dengan Kementerian
Pelancongan menjalankan program homestay. Walai Tokou adalah salah satu
program homestay yang telah tersenarai dalam homestay yang ditawarkan
sebagai program komuniti, khususnya di kawasan luar bandar (Ministry of
Tourism Malaysia, 2008).
Selain itu, kementerian juga memberikan bantuan daripada aspek kewangan
dan pembangunan infrastruktur kepada kampung-kampung yang berdaftar
dalam program homestay. Institut Latihan Luar Bandar (INFRA) yang merupakan
salah satu agensi di bawah kementerian diberi tanggungjawab mengadakan
Kursus Asas Pelancongan Desa (Homestay) bagi melatih peserta homestay yang
berdaftar tentang cara-cara layanan, sambutan, pengendalian dan penyusunan
aktiviti yang patut dilaksanakan bagi pelancong yang tinggal bersama penduduk
tempatan. Kementerian juga menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi

oleh semua peserta program homestay ini daripada aspek kualiti kemudahan
dan perkhidmatan serta menyediakan peruntukan kepada peserta homestay
bagi menaiktaraf kemudahan dalam rumah dan juga kos penyelenggaraan
seperti tandas dan bilik-bilik penginapan. Menurut pengusaha homestay,
beberapa agensi lain juga terlibat secara tidak langsung dalam program
homestay seperti Jabatan Kesihatan yang berperanan dalam memastikan tahap
kebersihan di dalam dan di luar rumah-rumah peserta serta persekitaran
kampung.
Bagi mengelakkan masalah atau kesulitan yang timbul semasa menjalankan
program homestay ini, penduduk kampung juga telah menubuhkan organisasi
sendiri untuk membantu para pengusaha homestay yang ada di kampung ini.
Mereka telah dibahagikan beberapa tugas dan tanggungjawab untuk mengawal
serta

mengatur

program

homestay

yang

ada

agar

lebih

lancar.

Pihak

jawatankuasa kampung merupakan tulang belakang di dalam menggerakkan


aktiviti-aktiviti sepanjang lawatan pelancong ke tempat mereka. Jawatankuasajawatankuasa yang ditubuhkan meliputi menyambut tetamu, lawatan ke
perusahaan Industri Kecil dan Sederhana, makanan, kebudayaan dan pemandu
pelancong. Ini dapat melancarkan urusan pengurusan homestay dan membantu
pemilik

homestay

melayan

pengunjung

yang

datang.

Pengunjung

atau

pelancong yang datang akan dilayan dengan baik dan ini dapat memastikan
keselesaan mereka sepanjang menginap di homestay yang ada di Kampung
Sinisian

ini.

Selain

itu,

perkembangan

pelancongan

juga

menggalakkan

penduduk tempatan bersama organisasi mereka membangunkan sendiri produk


pelancongan di tempat mereka. Organisasi komuniti menjalankan hal-hal
pentadbiran, pelaburan dan latihan kepada penduduk seperti merancang sendiri
program pelancongan, mengurus kewangan dan memberi latihan kepada
penduduk. Persatuan Walai Tokou Homestay telah menubuhkan satu pejabat
yang dipanggil koperasi yang akan menyalaraskan hal kedatangan pelancong
dan penempatan pengunjung. Mereka akan aturkan penginapan pengunjung
agar tidak berlaku konflik diantara pemilik-pemilik homestay yang ada di
Kampung

Sinisian.

Mereka

akan

cuba

membahagikan

penempatan

dan

mengutamakan keselesaan dan juga permintaan pengunjung yang datang.


Persatuan ini juga bertindak dibawah pihak pelancongan dan menurut syaratsyarat yang telah ditetapkan sebelum membuat sebarang keputusan atau
tindakan yang boleh mendatangkan masalah kepada pemilik-pemilik homestay

yang ada. Sebarang pendaftaran masuk dan keluar pengunjung, mereka akan
uruskan. Ini dapat meringankan kerja pengusaha-pengusaha homestay di
kampung tersebut. Organisasi dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan telah
merancang beberapa program dan projek seperti bantuan kewangan, promosi
dan latihan bagi memastikan program homestay dapat berjalan dengan lancar
dan memberikan kepuasan kepada pelancong. Beberapa jawatankuasa kecil
ditubuhkan yang berperanan sepanjang program berlangsung. Kedatangan
pelancong telah memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada
penduduk kampung melalui pakej lawatan yang ditawarkan disamping kerjasama
dengan beberapa agensi pelancongan di dalam membawa pelancong. Pihak
organisasi juga mengadakan perbincangan secara kerap dengan penduduk
tentang kaedah-kaedah yang sesuai diterapkan bagi memastikan kejayaan
program.
Sebagai tambahan, perkara sebegini penting dilakukan dan kebanyakkan
homestay di kawasan lain juga telah melakukan perkara yang sama. Contohnya,
bagi menggalakkan pembangunan pelancongan di Lembangan Kinabatangan,
organisasi komuniti menubuhkan empat persatuan seperti Homestay Miso Walai,
Perkhidmatan Bot Maya Talud, Kraftangan Tulun Tukou dan Persatuan Pemandu
Wayon (Martin Paul Vogel & Mohd Hasim Abd Hamid, 2005).
Bentuk penglibatan dan peluang yang boleh didapati melalui program Walai
Tokou Homestay yang dijalankan di Kampung Sinisian telah memberi kesan
positif kepada komuniti setempat. Penduduk yang ada di kampung tersebut
boleh menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti kedai runcit dan kedai
makan. Terdapat beberapa buah kedai runcit yang boleh didapati di kawasan
kampung tersebut, ini dapat memudahkan lagi pengunjung atau penginap untuk
membeli barang-barang keperluan. Kebanyakan daripada penduduk yang masih
tidak mampu untuk membangunkan sendiri perniagaan disebabkan kekurangan
modal dan pengetahuan bagi menjalankan perniagaan. Perkara ini dapat
membantu serta memudahkan pelancong dan pengunjung lagi selain dapat
menambah pendapatan penduduk di kampung ini.
Selain

itu,

perkembangan

sektor

pelancongan

telah

menggalakkan

penglibatan penduduk dalam bidang keusahawanan. Pelbagai produk yang boleh


didapati dan dijual oleh penduduk kampung kepada pengunjung yang datang

menginap di homestay. Seperti perniagaan makanan ringan atau kerepek dan


juga kraftangan. Melalui perniagaan kecil-kecilan seperti ini dapat membantu
mereka untuk mengumpulkan modal agar dapat memperkembangankan lagi
perniagaan mereka selain membantu memajukan program homestay yang ada
di kawasan tersebut. Menurut responden yang ditemubual iaitu Asmidah, Walai
Tokou juga telah mengeluarkan dan menjual produk rasmi bagi seluruh homestay
yang ada di Kampung Sinisian. Mereka telah menjual produk minuman kepada
pengunjung dan wang hasilnya akan disimpan untuk tujuan membantu
meningkatkan lagi kualiti homestay mereka. Setiap pemilik homestay akan
digalakkan untuk menjual produk ini. Produk yang dijual adalah sejenis minuman
yang dinamakan sebagai Paku Dita. Walaupun mereka mengusahakan homestay
namun pada masa yang sama mereka mampu untuk menjual sesuatu produk
yang dihasilkan untuk tujuan menambahkan sedikit pendapatan. Manakala
perniagaan kraftangan juga ditawarkan oleh komuniti setempat. Terutamanya
suri

rumah

yang

menggunakan

tidak

kepakaran

melakukan
dan

sebarang

kemahiran

pekerjaan,

mereka

dalam

mereka

dapat

menghasilkan

kraftangan yang kreatif dan menarik untuk menambahkan pendapatan dalam


keluarga. Hasil-hasil yang mereka lakukan akan dijual di kawasan tersebut
ataupun digantung untuk dipamerkan di homestay-homestay yang ada. Selain
itu, menurut beberapa responden yang telah ditemubual, kraftangan yang
dihasilkan mampu dijual sehingga luar kawasan mereka atau kampung.
Kraftangan seperti bakul,beg, barang-barang perhiasan dan sebagainya telah
berjaya dijual dan mendapat sambutan daripada pihak luar. Walaupun golongan
suri rumah ini hanya mengurus hal ehwal keluarga mereka, namun mereka
mampu membantu dalam menambahkan pendapatan keluarga mereka dan
secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi imej serta kemajuan homestay di
kawasan tersebut.
Selain melibatkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan, orang kampung yang
telah lama menganggur atau tidak mempunyai pekerjaan dapat bekerja bersama
dengan pengusaha homestay di Walai Tokou Homestay ini. Mereka boleh mengisi
peluang pekerjaan yang ada seperti membersihkan bilik, menjadi pengawal,
tukang

kebun,

pelayan

di

kedai

makan

dan

sebagainya.

Kebanyakkan

pengusaha-pengusaha homestay yang ada memerlukan tenaga kerja yang lebih


dan mereka juga membuka peluang kepada komuniti yang ingin melibatkan diri
dalam program homestay ini, mereka cuba untuk memberikan peluang

pekerjaan kepada mereka yang memerlukannya. Mereka juga cuba untuk


memberikan pendedahan dan pengaruh positif berkenaan tentang mengusaha
homestay ini kepada generasi muda yang ada di Kampung Sinisian agar dapat
menarik minat mereka untuk mengusahakan perniagaan yang ada dan mewarisi
program homestay ini.
Apabila melihat dari segi sebab atau faktor mengapakah komuniti ini ingin
melibatkan diri dalam program homestay ini, perkara ini disebabkan keinginan
penduduk untuk menambahkan pendapatan dan ingin meningkatkan taraf hidup
mereka, dalam masa yang sama suri rumah yang mengusahakan homestay yang
ada juga boleh meringankan beban keluarga dan pendapatan yang mereka
perolehi dapat membiayai kehidupan mereka serta keperluan anak-anak mereka.
Selain itu, pelaksanaan program homestay telah menjanakan beberapa peluang
pekerjaan baru kepada penduduk tempatan. Ramai dikalangan penduduk
kampung berminat untuk menceburkan diri dalam program homestay sebagai
salah satu peluang pekerjaan separuh masa (part time) untuk mengisi masa
lapang, memperolehi pendapatan sampingan dan mendapat pendedahan untuk
merancang dan menguruskan aktiviti pelancong dalam program homestay.
Peluang-peluang pekerjaan baru yang wujud adalah sebagai tukang masak,
pemandu pelancong, melakukan tugas-tugas perancangan dan pengurusan
acara serta menyediakan perkhidmatan pembersihan (cleaner).
Pendapatan program homestay berpunca daripada penjualan pakej-pakej
lawatan, penyediaan makanan, minuman dan pengangkutan, persembahan
acara kebudayaan serta penjualan produk-produk desa seperti kraftangan dan
makanan ringan. Pihak kerajaan hanya membantu daripada aspek memberi
peruntukan untuk menaiktaraf rumah-rumah peserta dan infrastruktur kampung.
Pendapatan yang diperolehi daripada program homestay diagihkan sama ada
dimasukkan

ke

dalam

tabung

bagi

tujuan

aktiviti-aktiviti

kampung

dan

dimasukkan ke dalam akaun koperasi homestay bagi tujuan aktiviti-aktiviti


koperasi atau diberi terus kepada peserta-peserta homestay.
Kadar pendapatan yang diperolehi oleh peserta homestay bergantung
kepada jumlah kedatangan pelancong. Purata pendapatan yang diperolehi
peserta adalah sekitar RM 3,000.00 sehingga RM 4,000.00 sebulan pada musimmusim tertentu. Namun beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh komuniti

yang ingin menjalankan program homestay ini, seperti kekurangan tempat letak
kereta disebabkan

kawasan

yang berbukit dan

luas yang

agak

terhad

menyebabkan kawasan letak kereta menjadi terhad. Komuniti di Kampung


Sinisian terpaksa menghadapi cabaran ini sehinggalah hari ini. Namun cabaran
ini tidak melemahkan semangat pemilik-pemilik homestay untuk menjalankan
perniagaan homestay mereka. Pemasaran dan promosi merupakan salah satu
faktor terpenting dalam industri pelancongan. Cabaran kepada semua homestay
adalah merancang pendekatan yang sesuai bagi menarik kedatangan pelancong.
Sebahagian besar, Walai Tokou Homestay juga menjalankan promosi melalui
laman web bagi membolehkan pelancong mendapatkan maklumat tentang
tarikan sedia ada, pakej lawatan dan melakukan tempahan terus untuk
mengunjungi homestay. Laman yang sering digunakan adalah laman sosial
seperti Facebook. Namun belum cukup untuk mempromosikan sepenuhnya
mengenai program homestay yang ada di Kampung Sinisian ini.
Faktor persekitaran dan kawasan yang menarik yang terdapat di kawasan
Kundasang juga telah berjaya mempengaruhi kejayaan program homestay ini.
Kawasan yang menarik yang boleh didapati di Kundasang adalah seperi Gunung
Kinabalu, Diary Farm dan Kinabalu Park. Kawasan-kawasan dan keindahan yang
ada di Kundasang telah dapat menarik pelancong luar untuk melancong di
kawasan Kundasang. Dengan adanya pakej semulajadi yang ada di Kundasang,
komuniti yang menjalankan homestay dapat kelebihan daripada keindahan
semulajadi yang telah menarik perhatian ramai pelancong untuk menginap di
kawasan Kundasang, ditambahkan lagi keadaan cuaca yang segar serta nyaman.
Program homestay di Kampung Sinisian bergantung pada keindahan semulajadi
dan

kawasan-kawasan

mendapatkan
melawat

ke

pelanggan.
beberapa

pelancongan

untuk

Penduduk

kampung

juga

membawa

pelancongan

yang

berhampiran

destinasi

membantu

mereka

untuk

pelancong
dengan

homestay seperti berkelah di kawasan air terjun, jungle trekking, melihat


Gunung Kinabalu, melihat flora dan fauna, membeli-belah di Kundasang,
melawat tapak bersejarah, mendaki gunung dan sebagainya. Semua aktiviti ini
akan dimasukkan dalam pakej setiap homestay yang ditawarkan oleh pemilikpemilik homestay kepada pengunjung atau pelancong yang datang.

2.3

Bentuk bentuk penglibatan komuniti dalam Program Homestay

Walai

Tokou
Responden yang kelima juga sebagai responden yang terakhir dalam

kajian kami iaitu Puan Hasmah binti Marhassan. Puan Hasmah berumur 59 tahun.
Beliau berasal dari Kundasang, Ranau Sabah dan telah menetap di sini hingga
sekarang dan mempunyai keluarga di sini. Puan Hasmah mempunyai beberapa
pekerjaan juga sebagai sumber ekonomi keluarga iaitu dari segi penyewaan
rumah homestay di homestay Walai Tokou Kundasang Ranau Sabah. Selain itu ,
Puan Hasmah juga mempunyai sebuah kedai kecil bagi penyewaaan penggunaan
komputer internet kepada pelanggan yang dating dan tinggal di homestay di
sekitar kawasan Walai Tokou yang berfungsi menjadi sumber pendapatan
sampingan bagi keluarga Puan Hasmah.
Dalam menggunakan kaedah temu bual yang kami lakukan , terdapat beberapa
soalan yang kami telah kemukakan kepada responden. Soalan pertama yang
telah kami telah pertanyakan kepada Puan Hasmah iaitu adakah masyarakat di
sini melibatkan diri dalam perusahaan homestay. Bagi apa yang kami dapat dari
pandangan Puan Hasmah bagi soalan pertama ialah Puan Hasmah mengatakan
bahawa memang masyarakat di sini melibatkan diri dalam perusahaan homestay
di kawasan tersebut kerana perusahaan homestay telah mendatangkan banyak
kebaikan kepada mereka khususnya dari segi ekonomi dan sosial. Apa yang kami
dapat lihat terdapat masyarakat yang banyak melibat diri dalam perusahaan
homestay , dan bilangan perusahaan homestay di kawasan sekitar Walai Tokou
tersebut makin meningkat. Akibat daripada perindustrian yang pesat juga
terdapat tempat tempat yang menarik berasaskan pelancongan di kundasang
telah menjadi tumpuan kepada para pelancong dari berbeza daerah , negeri
mahupun negara yang datang menyebabkan homestay di walai tokou menjadi
pusat rehat di kundasang kerana kawasan walai tokou yang strategik berdekatan
dengan pekan kundasang. Walaupun pada mula awal penubuhan homestay ini,
masyarakat di kawasan tersebut sedikit menentang penubuhannya, namun
demikian, disebabkan oleh peningkatan hasil daripada perusahaan tersebut telah
membuka mata para penduduk di kawasan tersebut untuk menerima program
homestay tersebut dijalankan di kawasan mereka. Bahkan mereka ini juga mula
melibatkan diri dengan perusahaan homestay ini. Ini menunjukkan bahawa,
peningkatan pendapatan ekonomi ini telah menarik minat pendududuk di
kawasan tersebut untuk melibatkan diri mereka dalam program homestay.

Soalan 2 yang telah kami kemukakan terhadap Puan Hasmah iaitu adakah
penubuhan homestay ini mendatangkan fedah kepada masyarakat di kawasan
ini. Berdasarkan jawapan atau pandangan daripada Puan Hasmah , beliau
menyatakan bahawa penubuhan homestay di kawasan walai tokou ini sangat
membawa atau menghasilkan banyak faedah kepada masyarakat , keluarga ,
mahupun Negara kita sendiri. Antara faedah yang dinyatakan oleh Puan Hasmah
iaitu faedah kepada isi rumah di mana peningkatan dari segi pendapatan dan
meringankan beban yang ditanggung terhadap isi rumah. Para pengusaha
homestay telah menjadikan perusahaan homestay ini sebagai side income
mereka. Sebagai contoh, seorang surirumah, yang menjalankan perusahaan
homestay ini dapat membantu suaminya untuk menambah pendapatan mereka
meskipun suaminya sudah mempunyai kerja sendiri. Pendapatan ini bolehlah
digunakan untuk membiayai perbelanjaan keluarga mereka, dan sepertimana
kita tahu kos hidup pada masa sekarang sudah semakin meningkat. Selain itu ,
juga dapat meningkat pendapatan Negara dari segi pertukaran mata wang hasil
daripada kunjungan pelancong dari luar Negara. Di samping itu, perusahaan
homestay ini juga dapat mempromosikan cara kehidupan masyarakat setempat
terhadap para pelancong luar melalui aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di dalam
pakej penginapan tersebut.
Soalan ke 3 yang kami nyatakan kepada Puan Hasmah iaitu bagaimana
masyarakat di sini menawarkan budaya mereka kepada pelancong luar. Menurut
Puan Hasmah beliau menyatakan bahawa perkara tersebut akan berlaku
sekiranya ada pelancong luar yang penginap di homestay mereka dan kaedah
tinggal bersama akan wujud dan ini secara tidak langsung akan dapat
mepromosikan serba sedikit budaya kita kepada pelancong luar seperti
mempromosikan kraftangan tradisional dan moden , mainan musik bamboo ,
penyulaman baju tradisi ,dan masakan tradisional yang disediakan oleh tuan
homestay kepada para pelancong yang menginap ke homestay mereka. Mainan
musik bamboo merupakan tarian tradisional masyarakat di kawansan sekitar
kundasang bagi menyambut atau mempersembahkan kepada pelanggan yang
datang ke tempat mereka.
Soalan ke 4 iaitu apakah faktor lain selain budaya masyarakat di sini untuk
menarik pelancong luar. Puan Hasmah menyatakan bahawa terdapat beberapa
yang menarik perhatian pelancong yang dating ke homestay walai tokou
kundasang. Antara faktor lain ialah seperti suhu yang bersuhu rendah , keadaan

yang sejuk di sekitar homestay membuatkan ramai yang berkunjung datang


menginap di homestay tersebut. Selain terdapat beberapa tempat yang menarik
sekitar homestay walai tokou seperti Desa Cattle Dairy Farm dan Kundasang War
Memorial. Faktor seterusnya merupakan terdapat Gunung Kinabalu di kudasang
dan kita dapat lihat Gunung Kinabalu tersebut dari kawasan homestay walai
tokou. Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi ke 3 di dunia. Selain
itu, antara tarikan yang trdapat di Walai Tokou homestay ini adalah tarikan
dengan mengadakan aktiviti luar. Aktiviti luar ini adalah seperti Jungle Tracking
dan Mini Mount Climbing. Semua aktiviti ini diadakan di dalam sekitar kawasan
kampung tersebut. Aktiviti-aktiviti sebegini menarik minat pengunjung yang
meminati aktiviti luar terutama aktiviti lasaka seperti ini.
Soalan ke 5 (i) iaitu adakah masyarakat disni diberikan peluang yang sama
sekiranya ingin melibatkan diri dalam program homestay ini.Puan Hasmah
mengatakan bahawa masyarakat di sini akan diberikan peluang yang sama
dengan para peloncong yang dating mahupun menginap di homestay walai
tokou tersebut. Beliau juga mengatakan terdapat beberapa rombongan yang
telah datang dari berbagai bagai tempat dengan tujuan tersendiri. Mereka
sangat dialu alukan kedatangan juga penyertaan mereka bagi memeriahkan lagi
program yang ada di homestay walai tokou tersebut. Selain itu terdapat juga
beberapa orang luar yang ingin tahu beberapa bentuk program tradisi di
kawasan masyarakat kundasang yang di sembahkan melalui program homestay
di walai tokou kundasang tersebut.
Soalan ke 5 (ii) iaitu apakah peranan utama yang dimainkan oleh
penduduk di kawasan ini untuk memajukan sektor pelancongan terutamanya
menarik minat datang menginap di homestay yang terdapat di kawasan walai
tokout ini. Puan Hasmah menjawab bahawa mereka telah berusaha memajukan
homestay mereka dengan menambah baik perkhidmatan di sebuah homestay
bagi kelesaan pengunjung yang datang. Selain itu , mereka telah berusaha
mempromosikan

homestay

mereka

di

dalam

dan

luar

Negara

bagi

mempertingkatkan lagi tarik dan minat kepada para pelancong yang luar dengan
menampilkan cara atau budaya di Malaysia khususnya di kundasang. Mereka
juga mempunyai official page bagi para pelancong yang ingin tahu secare lebih
lanjut mengenai homestay walai tokou di kundasang melalui media massa yang
lebih mudah di akses.

Seterusnya, menurut salah satu responden kami yang bernama Niah Etty
Watiman, berumur 49 tahun yang empunya milik Homestay Niah, beliau
menyatakan bahawa kebanyakkan masyarakat dan penduduk kampung di
Kampung Sinisian Kundasang menganggap program homestay dan anak angkat
ini merupakan sebagai salah satu pekerjaan. Masyarakat dan penduduk
menganggap program homestay tersebut sebagai salah satu pekerjaan kerana
mampu menjana dalam pendapatan untuk diri mereka dan juga untuk ahli ahli
keluarga mereka secukupnya. Oleh itu, program ini amatlah membantu dalam
kehidupan mereka dari segi kewangan dan pendapatan. Sebelum mereka
menceburi dalam bidang program homestay dan anak angkat ini, responden
responden kami ada menyatakan bahawa pendapatan kewangan mereka pada
sebelum ini jika dibandingkan dengan yang kini dimana mereke melaksanakan
program homestay adalah amat berbeza. Dan mereka amat bersyukur kerana
mereka mendapat peluang untuk menceburi dalam bidang ini kerana program ini
sememangnya amat membantu dalam menjana pendapatan mereka.
Selanjutnya, menurut daripada salah satu responden kami yang bernama
makcik Niah, program homestay atau anak angkat ini juga dianggap sebagai
salah satu pekerjaan yang utama bagi penduduk kampung di kawasan tersebut.
Selain daripada program homestay atau anak angkat, pekerjaan utama yang lain
yang dilakukan oleh penduduk kampung adalah seperti petani, guru, jururawat,
kerani atau perakaunan. Sebagai tambahan, majority penduduk kampung
adalah bekerja sebagai guru, jururawat ataupu kerani. Bukan itu sahaja,
walaupun mereka sudah mempunyai pekerjaan yang utama, terdapat juga
segelintir yang melakukan program homestay dan anak angkat ini sebagai
pekerjaan kedua mereka. Dengan ini, pendapatan mereka dalam sebelum
semakin bertambah dari yang biasa. Oleh itu program homestay dan anak
anagkat ini amat membantu mereka dari segi pendapatan dan kewangan
mereka.
Selain itu, program homestay dan anak angkat ini dianggap sebagai salah
pekerjaan

yang

utama

disebabkan

pendapatan

serta

keuntungan

yang

mencukupi untuk mereka. Hal ini disebabkan kebanyakkan pelancong


pelancong tidak kira orang tempatan atau pun luar negeri dan luar Negara
menginginkan tempat tinggal yang harganya berbaloi dan selesa. Oleh itu, jika
disbanding antara rumah rumah homestay dengan hotel hotel, sememangnya
hotel adalah lebih mahal. Bukan itu sahaja, menurut responden juga, kelebihan

tinggal di rumah homestay ini adalah pelancong pelancong luar dapat


melakukan aktiviti yang berbagai bagai dan pengalaman untuk mempelajari
budaya masyarakat jika dibandingkan dengan tempat tinggal di hotel. Dengan
ini, kelebihan tersebut mampu menarik pelancong dari luar untuk tinggal di
rumah rumah homestay.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan apabila pelancong pelancong luar
menetap di rumah rumah homestay atau rumah anak angkat ini adalah Jungle
Trecking, cara menanam buah strawberi di Starawberry Farm dan banyak lagi.
Tambahan pula, pelancong pelancong luar mampu mempelajari kebudayaan
dan cara - cara masyarakat kampung dengan lebih mendalam lagi. Misalnya dari
aktiviti Malam Kebudayaan yang biasanya akan dilakukan oleh pihak pihak
rumah

homestay

kepada

pelancong

mampu

memperagakan

serta

mempersembahkan budaya budaya. Contohnya dari segi tarian, muzik,


makanan dan juga pemakaian yang boleh diikut serta oleh pelancong
pelancong untuk pengalaman yang lebih seronok. Oleh sebab itu, program
homestay dan anak angkat ini disambut hangat dan amat laku bagi pelancong
pelancong luar kerana keistimewaan dan keunnikan yang mampu memberi
kepuasan serta perkhidmatan yang amat baik kepada pelancong pelancong
luar.
Menurut salah satu responden kami iaitu makcik Niah, kami menanyakan
jika beliau menganggap program homestay dan anak angkat ini sebagai salah
satu

pekerjaan

utama

beliau.

Dan

beliau

mengatakan

bahawa

beliau

sememangnya menganggap pekerjaan dalam urusan program homestay dan


anak angkat ini sebagai pekerjaan utamanya. Hal ini kerana keuntungan yang
boleh didapati hanya daripada program ini sudah mampu membantu dirinya dan
juga ahli ahli keluarganya untuk menampung kehidupan seharian mereka.
Menurutnya juga, pada awalnya memang susah untuk menjayakan program
homestay dan anak angkat ini kerana tidak dipromosikan atau disebarkan secara
meluas. Namun pada masa kini amat banyak tempahan tempahan yang
dilakukan untuk menginap di rumah rumah homestay terutamanya pada waktu
cuti pada pertengahan tahun dan di hujung tahun. Kebanyakkan penginap
adalah daripada orang tempatan, negara China, Jepun, Korea, Amerika Syarikat,
London dan banyak lagi.
Seterusnya, kami juga menanyakan kepadan responden kami iaitu makcik
Niah, jikalau dengan adanya program homestay ini, adakah beliau mempunyai

cita cita ataupu hasrat untuk mengembangkan lagi program homestay dan
anak angkat ini ke tempat lain. Dan responden kami mengatakan bahawa beliau
sememangnya berhasrat untuk memperkembangkan lagi program homestay dan
anak

angkat

ini

dengan

lebih

meluas.

Ini

bermaksud

beliau

ingin

memperkembangkan program homestay ini bukan sekadar meluaskan di


kawasan yang sama tetapi juga ke kawasan yang lain. Selain itu, responden kami
juga menyatakan bahawa kesemua pihak yang terlibat dan mengurus program
homestay dan anak angkat di Walai Tokou di Kundasang telah bekerjasama untuk
melakukan program homstay di tempat lain. Dimana, suatu homestay yang
bernama Atamis di Mesilau adalah hasil daripada kerjasama yang dilakukan oleh
pihak pihak di Walai Tokou Kundasang. Selain daripada itu, mereka juga telah
membuat rumah rumah homestay yang lain di Kota Belud iaitu Tau Gusi dan
Arabela. Dengan ini, sememangnya usaha mereka dalam memperkembangkan
pengurusan rumah rumah homestay ini adalah amat ketara sekali.
Seterusnya, ahli kumpulan kami juga ada menanyakan kepada responden
jikalau program homestay dan anak angkat ini mampu mendorong mereka
dalam menceburi bidang yang lain yang lebih mencabar. Responden kami
menyatakan bahawa mereka juga berfikir dan mempunyai rancangan untuk
membina suatu resort dan rancangan tersebut sememangnya adalah salah satu
impian dan juga wawasan mereka untuk dicapai. Menurut responden juga,
walaupun resort yang mungkin akan didirikan oleh mereka mungkin akan
tercapai suatu hari nanti, mereka masih tidak mahu lari daripada konsep mereka
yang paling utama sekali dalam program ini. Konsep utama mereka adalah
konsep tempat tinggal yang berasaskan homestay dan bukannya konsep tempat
tinggal yang berasaskan inap desa dimana mereka mahu pelancong pelancong
luar yang datang bukan hanya sekadar tinggal di tempat tersebut tapi dapat
juga tinggal bersama masyarakat dan penduduk tempatan untuk pengalaman
yang lebih serta mampu mempelajari cara - cara hidup dan juga budaya
penduduk kampung. Hal ini juga kerana supaya kebudayaan yang dipelajari oleh
pelancong luar adalah lebih terdedah secara meluas. Selain itu, sememangnya
terdapat juga pelancong pelancong luar yang ingin tahu budaya budaya,
tempat tempat, sejarah atau lain lain yang berkaitan dengan penduduk
masyarakat kampung di suatu kawasan.
Dengan ini, pelancong pelancong luar mampu bertanya dengan secara
terus kepada keluarga angkat mereka untuk menjawab persoalan mereka

tentang budaya atau cara hidup masyarakat dan lain lain. Bukan itu sahaja,
pelancong juga dapat merasakan pengalaman cara hidup orang kampung. Oleh
sebab itu juga ramai pelancong pelancong luar yang sudah biasa hidup di
kawasan bandar dengan adanya peralatan atau infrastruktur yang lebih canggih
serta

moden

ingin

mempelajari

kehidupan

yang

lebih

sederhana

atau

mempelajari sesuatau budaya yang berlainan daripada budaya mereka.


Selanjutnya, walaupun terdapat banyak kelebihan dan manfaat yang
boleh didapati dalam melaksanakan program homestay ini, ianya memerlukan
kerjasama, kesabaran serta perlu memikul tanggungjawab yang penting dalam
menjayakan program ini. Hal ini kerana sememangnya terdapat juga masalah
masalah dan juga cabaran cabaran yang mmenjadi penghalang yang dialami
demi menjayakan program ini. Menurut responden, antara masalah besar yang
dihadapi adalah persaingan antara homestay dan juga resort. Walaupun program
homestay ini mempunyai harga yang murah berbanding resort, tetapi tempat
tinggal di resort adalah jauh lebih baik kemudahannya. Sebagai contoh,
kemudahan - kemudahan seperti perkhidmatan servis, penghawa dingin, tempat
tidur yang selesa, makanan buffet dan banyak lagi. Manakala bagi tempat
tinggal secara homestay pula adalah biasa sahaja. Ini bermaksud apa apa
kemudahan yang ada, itulah yang hanya perkhidmatan diberikan. Sebagai
contoh, tidak ada kemudahan seperti perkhidmatan servis seperti di hotel, tidak
ada penghawa dingin dan jika tempat tidur hanya tilam dan bukan katil dan
sebagainya. Disebabkan oleh itu, caj untuk GST tidak ada dalam homestay.
Tambahan pula, pelancong - pelancong luar yang suka kepada suasana
dan persekitaran yang moden akan memilih resort atau cabin sebagai pilihan
tempat tinggal mereka. Hal ini kerana bukan semua pelancong dari luar
mementingkan atau menginginkan pengalaman dalam mempelajari budaya
secara mendalam. Hal ini kerana, kemudahan internet pada masa kini sudah
banyak mempamerkan dan mempromosikan pelbagai jenis jenis budaya setiap
masyarakat yang berlainan di seluruh dunia dimana telah menyebabkan
pelancong

pelancong

luar

menganggap

bahawa

sudah

memadai

dan

mencukupi dalam mempelajari sesuatu budaya atau cara hidup dengan hanya
mendapatkan informasi di laman - laman web.
Selain itu, masalah lain yang dihadapi oleh pihak pengurus dan pemilik
homestay adalah dari segi modal. Sememangnya ianya amat susah untuk
mengurus program homestay dan anak angkat ini jika tidak ada kewangan

modal yang mencukupi sebagai modal permulaan mereka. Oleh itu, pinjaman
perlu dilakukan untuk memulakan sesuatu pengurusan homestay ini. Bukan itu
sahaja, walaupun pendapatan yang masuk ada mencukupi untuk kehidupan
seharian, namun kos kos perbelanjaan untuk penambahbaikan adalah
memerlukan jumlah wang yang banyak. Menurut daripada responden kami iaitu
makcik Niah, masalah kewangan modal untuk homestay ini boleh diatasi.
Misalnya mereka boleh mendapat sokongan daripada pelancongan untuk
mendapatkan apa apa nasihat, pertolongan dan juga pinjaman untuk apa apa
kos seperti modal ataupun kos penambahbaikan. Selain itu, pinjaman juga boleh
dilakukan daripada meminjam daripada Bank Rakyat atau MARA. Duit yang
dipinjam contohnya sebanyak RM 10,000 untuk kos penambahbaikan perlu
dibayar balik kelak dengan pendapatan yang didapati dalam program homestay
dan anak angkat. Oleh itu, dengan adanya sokongan dan pertolongan daripada
pihak pelancongan dan bank bank, maka program homestay ini mampu
diteruskan dengan jayanya.
Dengan ini kita boleh melihat bahawa tahap penglibatan diri komuniti
dalam program homestay dan anak angkat ini adalah amat memuaskan. Hal ini
kerana semua masyarakat adalah diberi peluang yang sama dalam penglibatan
program ini. Walaupun terdapat segelintir penduduk masyarakat kampung yang
tidak dapat membuat rumah homestay disebabkan faktor tanah atau tempat
yang tidak mencukupi syarat, penduduk kampung tetap menyokong terhadap
segala aktiviti aktiviti yang dianjurkan dalam program homestay ini demi
pelancong pelancong yang datang dari luar. Masyarakat dan penduduk di
kampung melibatkan diri aktiviti aktiviti seperti Malam Kebudayaan yang
biasanya penduduk kampung dan pelancong pelancong luar membuat aktiviti
bersama sama.Selain itu, daripada penglibatan komuniti penduduk kampung
terhadap program homestay dan anak angkat ini sememangnya memberi
manfaat kepada mereka. Misalnya, dapat menjana pendapat kehiddupan
seharian, mampu mempromosikan atau mempersembahkan keunikan budaya
dan cara hidup masyarakat kampung dengan lebih meluas dan juga penduduk
kampung turut dapat mempelajari bahasa lain dan juga budaya budaya yang
lain seperti pelancong pelancong dari luar juga turut berkongsi dalam
memperkenalkan budaya mereka.

Namun begitu, terdapat juga cabaran

cabaran yang menjadi penghalang dalam menjayakan program homestay dan


anak angkat ini seperti persaingan daripada tempat tinggal seperti resort atau

cabin yang lebih mewah dan selesa, dan juga masalah masalah seperti kos
penambahbaikan dan kos modal kewangan.

3.o

Bagaimanakah kita boleh mamajukan program homestay serta

pelancongan di Malaysia?

Sebagai tambahan untuk membantu bagaimana untuk memajukan dan


memahami program homestay ini adalah pihak pengurusan homestay perlu
menyediakan pelbagai aktivit rekreasi sebagai satu minhaj untuk memajukan
industri

pelancongan

desa

di

negara

kita.

Aktiviti-altiviti

rekreasi

perlu

dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya


tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan untuk
menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan
desa. Pihak pengurusan homestay boleh menyediakan pelbagai aktiviti
rekreasi. Sebagai contoh,mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional
masyarakat Melayu seperti gasing,congkak,wau,dan sebagainya. Mereka juga
boleh mengadakan pertandingan tarian,aktiviti menuai padi, dan pertandingan
membuat kraftangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan
kepada

pelancing

asing,

aktiviti

ini

juga

dapat

mengeratkan

hubungan

silaturrahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat
diserap dalam jiwa pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti
tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan
dengan penuh komitmen,sudah pasti industry pelancongan desa akan terus
mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya,pihak pengurusan homestay perlu
menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk memajukan
industri pelancongan desa di negara kita.

Sebagai

intihanya,

semua

pihak

haruslah

memainkan

peranan

dan

bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merealisasikan modus operandi untuk
memajukan pelancongan domestik di negara kita. Pelancongan merupakan suatu
bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri lain
yang berkaitan. seperti industri kraftangan, "homestay" dan industri makanan
ringan. Dari sudut komersial pelancongan, sudah tentu para pelancong yang
datang ke destinasi tersebut akan membeli ole-ole sebagai buah tangan sebagai
kenangan atau untuk dihadiahkan kepada orang yang istimewa. secara tidak
langsung

kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya dapat

memakmurkan pendapatan perkapita penduduk Malaysia.

Senario ini secara

tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara barat yang


suatu ketika dahulu pernah mengatakan bahawa penduduk negara kita 'masih
tinggal di atas pokok dan bercawat.

Tegasnya, industri pelancongan secara

tidak langsung dapat menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara
kita merupakan satu titik kecil di atas peta.

Program homestay ini sememangnya mampu membantu komuniti tempatan


dan juga pertumbuhan pelancongan. Ditambahkan lagi keindahan semulajadi
yang ada di Malaysia serta cuaca yang sesuai untuk menarik para pelancong dari
luar. Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai
alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu,
negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama
pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Buktinya,
sepanjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang pelancong
yang menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara.
Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha
negara menggamit kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan, Dato Sri Dr. Ng Yen Yen menyarankan agar tugas menarik
kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak
terletak di bahu kerajaan sahaja supaya industri pelancongan dapat dimajukan.
Setiap anak watan perlu merancang usaha-usaha yang istiqamah, pragmatik dan
efektif perlu diambil untuk melihat industri ini merentasi benua dan dunia.

Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan


Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu
destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat-tempat
baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal
ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster,
majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain
itu, dengan kewujudan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan
cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar
dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan
mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada suatu
ketika dahulu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam menarik lebih
banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke

pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita


pada suatu hari kelak. Pendek kata, komitmen kerajaan dengan badan-badan
tertentu dalam menyebarkan keunikan negara kita ke peringkat global turut
merancakkan perkembangan industri ini.

Seperkara lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh pihak
kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah
seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim
dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan
Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu
dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi
yang lengkap dan meluas. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat
memperkenalkan negara kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara
seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan
membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari
segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi juga terbilang dalam
bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan
berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita
dapat meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh
daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Hal ini dapat diibaratkan sambil
menyelam minum air. Jelaslah bahawa industri pelancongan dapat dimajukan
dengan mengadakan pelbagai aktiviti negara yang menarik.

3.0

Kesimpulan
Perusahaan Walai Tokou Homestay telah membuka mata komuniti di

kawasan tersebut untuk turut serta untuk melibatkan diri dalam program
homestay. Hal ini demikian kerana, program homestay

yang telah diadakan

membuka peluang kepada mereka untuk meningkatkan ekonomi mereka. Melalui


program homestay, penduduk di kawasan tersebut berpeluang untuk menjana
pendapatan mereka dengan menguruskan homestay di kawasan masing-masing.
Bukan setakat perusahaan homestay sahaja mereka, juga mampu melibatkan
diri mereka secara tidak langsung dengan mengeluarkan produk seperti
kraftangan

mahupun

membuka

gerai-gerai

makanan

yang

menyasarkan

penginap homestay sebagai sasaran pelanggan mereka. Ini juga secara tidak
langsung telah meberikan peluang pekerjaan kepada mereka. Selain itu, peluang
pekerjaan lain yang ada adalah kepada golongan muda. Golongan ini terutama
yang baru sahaja habis belajar boleh bekerja sambilan di kawasan homestay ini.
Selain daripada peningkatan ekonomi, program homestay ini juga menjadi
satu langkah dalam mengekalkan kebudayaan komuniti setempat. Antara pakej
yang tedapat dalam perusahaan homestay adalah menawarkan kebudayaan
penduduk. Ini menjadi tarikan kepada pelancong melalui konsep yang dibuat.
Pelancong boleh mengenali budaya komuniti kawasan tersebut di samping
penduduk kawasan tersebut berusaha untuk mengekalkan budaya mereka agar
ia kekal menjadi tarikan kepada pelancong. Selain itu, budaya yang ditawarkan
boleh diperkenalkan kepada orang luar melalui peranan-peranan media masa
kini yang digerakkan secara tidak langsung oleh pelancong yang ingin
berkongsikan pengalaman mereka. Selain itu, keyakinan diri untuk melibatkan
diri dalam program keusahawanan di kalangang masyarakat tempatan akan
terus lebih tinggi dengan adanya program homestay.

Antara perkara yang

menjadi motivasi mereka ialah keinginan untuk membangunkan diri dalam aspek
ekonomi, rohani dan sosial, keinginan untuk melihat pembangunan komuniti,
keinginan untuk diterima sebagai sebahagian daripada kumpulan, keinginan
untuk diperlukan dan keinginan untuk kepuasan diri. Selain itu, faktor kemahiran
dalam keusahawanan juga dilihat sebagai faktor kejayaan program. Kemahiran
dalam keusahawanan di dapati ada pada pengasas dan pengusaha program ini
yang merupakan pengusaha kepada sebuah agensi perjalanan. Pengusahawan
homestay harus sentiasa mempunyai nilai daya saing dan mempunyai usaha
untuk sentiasa mempertingkatkan perkhidmatan dan produk untuk pelanggan.

Program homestay dilihat sebagai pemangkin dalam meningkatkan taraf


sosioekonomi penduduk luar bandar melalui pelancongan. Ia merupakan satu
pelaburan yang menguntungkan, berpotensi besar dan berdaya maju. Homestay
seharusnya

tidak

dilihat

sebagai

produk

kekampungan,

mengubah taraf hidup masyarakat luar bandar.

tetapi

berupaya

Kejayaan dan kegagalan

pengendalian program homestay bergantung kepada kesepakatan penduduk


kampung dan kerjasama agensi-agensi luar dalam program ini. Mereka
merupakan tulang belakang dalam memastikan setiap aktiviti dapat dilakukan
secara berkesan dan memberikan kepuasan kepada pelancong. Walaupun
begitu, homestay adalah sama dengan konsep-konsep pelanconggan lain yang
tidak terlepas daripada isu kemapanan. Justeru itu, kesemua pihak yang
berkaitan dengan program homestay perlu peka dengan perubahan industri
pelancongan semasa dengan melakukan beberapa tindakan dan pendekatan
yang sesuai bagi memastikan penduduk tempatan tidak menderita akibat
pelancongan dan masih menyumbangkan kesan-kesan positif selamanya.
Semua pihak perlu berganding bahu dalam memajukan industri inap desa agar
ianya terus berkembang dan menjadi salah satu sektor yang menyumbang
kepada pendapatan negara kita. Program Homestay dilihat sebagai satu produk
pelancongan

alternatif

yang

berpotensi

untuk

mendapat

sambutan

memandangkan terdapat peningkatan dalam permintaan yang tinggi di kalangan


pelancong

antarabangsa

terhadap

pelancongan

yang

mempunyai

ciri-ciri

peningkatan pengetahuan, termasuk memerhati, mengalami dan mempelajari


cara hidup penduduk tempatan di destinasi yang ditujui. Di samping menjadi
satu produk pelancongan alternatif yang menawarkan percutian dengan harga
yang rendah kepada pelancong, Program Homestay juga merupakan satu
strategi yang diambil kerajaan untuk meningkat dan membangunkan taraf hidup
penduduk luar bandar melalui penglibatan mereka dalam perancangan dan
pembangunan pelancongan. Justeru itu, Program Homestay juga boleh dilihat
sebagai projek komuniti yang dapat memupuk perpaduan dan dalam masa yang
sama dapat mendorong kearah kemajuan komuniti. Oleh itu, penglibatan
penduduk di program homestay merupakan kayu ukur kejayaan sesebuah
homestay dan dengan bantuan pihak- pihak lain homestay akan sentiasa
menjadi produk pelancongan yang mendapat permintaan yang tinggi.

Rujukan
Bozlul, K. (1994). Participation, development, and soc
Cole, G.A. 1995. Organizational Behavior. London: DP Publications Ltd
Hall DR, Kirkpatrick I, Mitchell M (2005) Rural tourism and sustainable business.
Channel View

Publications, UK.

Kayat, K. (2009). Community based tourism in developing countries. Proceedings


from: The

International

Seminar

on

Community

Based

Tourism.

UiTM,

Malaysia.
Kalsom K., Nor Ashikin MN & Mohmad Amin MI. 2003. Community Participation In
Kedah

Homestay

Programs, Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti

Dan Alam S ekitar, Universiti Utara

Malaysia

Kalsom Kayat, Nor Ashikin Mohd Nor, & Mohmad Amin Mad Idris. (2006).
Kemahiran

keusahawanan

dan

keperluannya

dalam

pembangunan

homestay:
Ministry of Tourism Malaysia. 2008. Directory Homestay Malaysia. Diakses pada
29

Mei

2016 daripada http://www.homestay.uum.edu.my

Vogel M.P. & Abdul Hamid M.H. 2005. Developing Community Based Tourism At
The

Kinabatangan Basin: A Review Of The Mescot Project : Paper Presented At

Seminar

On Pro Poor Tourism : Mechanism &Mainstreaming, Universiti

Teknologi Malaysia, 4

6 May 2005.

Lampiran
i.

Gambar

Pengkaji ( Azrul Sufian) sedang menemubual reseponden iaitu pemilik


homestay di Walai Tokou.

(ii) Trasnkrip

Amisdah
Pengkaji : Saya mau tanya nama dulu ah.
Responden : Owh. Amisdah.
Pengkaji : Err Umur?
Responden : 31
Pengkaji : Asal?
Responden : Kundasang.
Pengkaji : Pekerjaan?
Responden : Err. Suri rumah. Lepas tu ini homestay.
Pengkaji : Err. Okay. Bagaimanakah sambutan masyarakat tentang saranan untuk
mendirikan homestay di kawasan ini? Dorang punya sambutan. Masyarakat sini.
Responden : Setakat ni okay. Tiada masalah lah, tiada bantahan. Semua okay.

Pengkaji : Semasa dorang dengar ini cadangan mau buat homestay,semua


setuju atau ada segelintir yang tidak setuju?
Responden : Mula-mula tu sebab dorang belum nampak aaa belumnampak lagi
dia punya macam income macamana. Mula-mula tu ada separuh yang tidak
mau. Ada yang tidak mau serta, ada yang ikut serta.
Pengkaji : Owh. Yang pertama dia tu kurang sambutanlah? Sekarang ni banyak
sudah oww.
Responden : Iya. Sekarang ni dari bawah sampai atas sudah.
Pengkaji : Iya. Okay. Soalan kedua la kan. Apa kelebihan program ini homestay
kepada masyarakat masyarakat sini? Kelebihan ini homestay lah.
Responden : ErmmKelebihan ini homestay?
Pengkaji : Iya. Sama masyarakat orang-orang sini.
Responden : Kalau macam yang muda mudi tu kan, sebabtau lah kadangkadang kalau macam pengusaha homestay ini, macam saya lah, suri rumah.
Sekarang ni saya urus dua unit homestay.
Pengkaji : Owh.
Responden : Iya. Jadi kalau macam ada yangerrpelajar ataupun yang tiada
kerja, kami boleh ambil dorang untuk kerja sambilan lah.
Pengkaji : Owh.
Responden : Iya. Jadi bukan kami saja yang untung
Pengkaji : Dorang juga la? Sebagai kakitangan staf-staf begitulah.
Responden : Iya.
Pengkaji : Okay. Err Faktor utama yang menarik penglibatan penduduk untuk
menceburi ni homestay ni? Macam faktor dia la kenapa dorang mau libatkan diri
dengan ini homestay.
Responden : Salah satu mungkin, menjana income. Itu salah satu. Dua, memang
errbanyaklah kelebihan dia macam, bukan setakat homestay saja kita punya
produk lah. Macam , kalau orang luar yang macam jiran-jiran yang tiada
homestay itu dorang boleh bejualan macam kuih-kuih. Penginap boleh beli.
Pengkaji : Di sini ada kedai runcit juga?
Responden : Ada. Kedai runcit. Biasanya ppengusaha juga la yang buat kedai
runcit tu.
Pengkaji : Untuk tujuan supaya senanglah?
Responden : Iya. Supaya senang. Sebab ada juga penginap yang lewat malam
sampai.
Pengkaji : Ahh. Yang seterusnya,apakah pekerjaan utama masyarakat di kawasan
ini? Sebelum homestay ini kan, apa lagi pekerjaan utama dorang?
Responden : AaaBiasalah, petani.

Pengkaji : Hahaha. Petani. Tiada yang macam dari kerajaan punya?


Responden : Ya, ada. Petani, kerja kerajaan.
Pengkaji : Contoh yang kerja kerajaan itu apa?
Responden : Errkalau yang di sini ini yang kampung ni saja lah, kalau di sini ni
dia macam nurse,guru
Pengkaji : Ramai juga la?
Responden : Iya. Samaerrkalau bahagian bawah-bawah ni, kontraktor.
Pengkaji : Owh. Tapi yang untuk kalau suri rumah begitu utama dorang
Responden : ErrKalau suri rumah tu dulu-dulu, sebelum yang homestay ni
macam berkembang la. Tapi homestay ini dia lama sudah kena tubuh. Tapi bukan
semua dapat, sebab mau buatbanyak kos ba itu buat homestay.
Pengkaji : Owh.
Responden : Iya. Errsebelum itu kalau macam yang ibu-ibu tu, kami ada satu
group. Errmacam, misal katalah kamu tukang kebun begitu kan, kami datang
sana tolonglah. Jadi kamu, memmungkin dalam 50 ringgit 100 begitu.
Pengkaji : Bayar la?
Responden : Iya bayar. Lepas tu bila sampai masa, agih-agih la itu pendapatan.
Pengkaji : Macam kira berkongsi?
Responden : Iya kongsi. Buat satu group. Begitulah.
Pengkaji : Err Adakah perusahaan homestay ini dapat memajukan kawasan di
sini? Adakah dia maju disebabkan homestay ini? Macam, ada perubahan ka dulu
dengan sekarang?
Responden : Iya, memang banyak perubahan lah.
Pengkaji : Sebab dulu tiada homestay kan? Jadi, sekarang ada homestay. Jadi,
perubahan dia dari segi apa ya?
Responden : Ermkalau macam pendapatanpendapatan yang,err rumah lah.
Itu satu. Dua tu, macam kami punya perparitan biarpun belum okay tapi nampak
sudah lah. Ada okay sikitlah.
Pengkaji : Dia lebih teratur lagi tu, atau
Responden : Belum perfect.
Pengkaji : Owh.
Responden : Iya. Tapi macam kalau dulu tu, kita bilang kurang bunga tapi
sekarang macam cantik sudah sikit.
Pengkaji : Owh. Alam sekitar dia lah?
Responden : Iya.

Pengkaji : Adakah program homestay ini mendapat bantuan daripada manamana pihak? Yang luar ka?
Responden : Ya, ada.
Pengkaji : Contohnya apa itu?
Responden : Aaa. Pelancongan.
Pengkaji : Owh. Pihak pelancongan la? Selain pelancongan?
Responden : Err. Pelanconganlepas tu kami di bawah koperasi.
Pengkaji : Koperasi?
Responden : Iya koperasi. Kami masuk dalam koperasi, penubuhan koperasi yang
di Malaysia lah.
Pengkaji : Dia di bawah kerajaan atau NGO?
Responden : Tidak.
Pengkaji : Tidak?
Responden : Kami di bawah pelancongan,jadi kerajaan lah.
Pengkaji : Owh. Jadi koperasi ni salah satupelancongan tu juga?
Responden : Iya.
Pengkaji : Owh. Koperasi apa tu tadi?
Responden : Walai Tokou. KoperasikoperasiErrLetak saja la koperasi Walai
Tokou.
Pengkaji : Apa dia punya inifungsi koperasi ni macam
Responden : Fungsi koperasi ni satu, macam kami punya kerja senag sikit lah.
Kalau yang macam di bawah tubiasanya kalau datang pelancong ramai-ramai
tu kan, bawa kereta banyak-banyak, nah, ada orang sana la yang tolong kami
handle.
Pengkaji : Owh. Tolongmacam kira kaunter begitu ka tu?
Responden : Iya. Macam ada kaunter di bawah sana tu, itu satu. Lepas tu,dua,
macam dapat membantu kami sikit lahyang kadang-kadang macam
pembersihan begitu kan. Susah juga buat satu orang. Jadi kalau macam yang
koperasiada simpanansetiap bulan kami menabung di sanalah. Jadi ada
tabung sana, kami boleh guna untukmacam pembikinan jalan. Suruh orang
racun-racun kawasan-kawasan.
Pengkaji : Jadi, itu yang kos tu sendiri punya ka? Bukan yang dari pihak luar? Kan
yang mau kumpul-kumpul dana tu
Responden : Iya. Eyh, ndak. Itu yang separuh tu dari kami. Sebab setiap bulan
kami ada perlu bayar jugalah, yang dari homestay la, pengusaha. Jadi yang
separuh tu kami dapat daripadamacam kira bantuan ba itu. Macam kira
sponsereh,eiibukan juga sponser. Macamana tu ahsumbanganmacam
sumbanganlah begitu.

Pengkaji : Itu dari pelancongan la itu?


Responden : Iya dari, pelaataupun dari yang ni koperasi.
Pengkaji : Owhkoperasi. Sebab koperasi ni under pelancongan tu la juga la
kan? Atau
Responden : Iya.
Pengkaji : Owh Okay seterusnya
Responden : Peancongan ni dia bagi.
Pengkaji : Tidak apa,tidak apa. Teruskan. Hahaha.
Responden : Pelancongan ni pun dia bagi anu jugadia bagi dana. Tapi kita kena
bayar balik.
Pengkaji : Maksud dia
Responden : Dia bagi kita pinjaman, yang buat homestay
Pengkaji : Owh. Pinjaman la, kira begitu?
Responden : Renovatio. Lepas tu setiap bulan kita bayar balik la.
Pengkaji : Kira-kira berapa tu ah?
Responden : Mmm Ikut kelulusan kita juga.
Pengkaji : Begitu.
Responden : Sama ada mau 30 ribu.
Pengkaji : Banyak jugahaha
Responden : Iya,banyak juga.Setakat ni, kawan Saya tidak pernah cuba la. Tapi
kawa-kawan saya, lebih kurang sampai 40 lebih ribu begitu la. Ada yang sampai
70.
Pengkaji : Mau apply juga la kalau mau buat pinjaman tu?
Responden : Iya, apply.
Pengkaji : Owh. Saya ingat dorang kasi wajibkan.
Responden : Owh, tidak. Diadia apply tu. Ikut kelulusan juga lah.
Pengkaji : Owh, begitu la. Jadi, memang under itu pelanconganlah la dorang kasi
pinjam?
Responden : Iya.
Pengkaji : Mmm. Okay ah. Seterusnya, apakah bentuk penglibatan atau peluang
yang boleh dijalankan di kawasan ini? Sebab ada homestay kan.
Responden : Kalau di sini ni dia punya peluang banyak. Satu, kami sudah buat
yang kami sudah buat la. Kedai runcit sudah ada.
Pengkaji : Okay.

Responden : Dua, macam yang restoran di simpang sana tu. Itu, koperasi punya
tu.
Pengkaji : Owh. Koperasi. Tapi yang bekerja di sana orang sini la?
Responden : Iya. Orang-orang sini juga tu. Jadi dia kira satumacam menolong
juga la kan?
Pengkaji : Iya.
Responden : Bagi peluang pekerjaan sama penduduk sini lah. Dua. Ketiga tu,
yang macam kalau tiada homestay, saya cakap tadi tu, dorang boleh buat
makanan ringan. Lepas tu jual yang di tepi-tepi jalan sini.
Pengkaji : Owh. Macam yang kerepek-kerepek tu la?
Responden : Iya. Nasi lemak, kuih-kuih. Itu saja la.
Pengkaji : Ramai juga la kan orang beli begitu?
Responden : Iya. Sama satu lagi, sebenarnya homestay ni kami ada produk.
Pengkaji : Owh.
Responden : Paku titah.
Pengkaji : Apa itu?
Responden : Satu jenis minuman lah.
Pengkaji : Owh. Pakpaku titah.
Responden : Paku titah.
Pengkaji : Setiap homestay ka tu ada produk yang sama?
Responden : Di sini memang, Walai Tokou tu memang la itu produk dia.
Pengkaji : Rasmi la? Produk rasmi untuk semua homestay ni?
Responden : Iya.
Pengkaji : Itudorang jual kaatau..
Responden : Jual. Salah satuerr produk utama di sini ni, homestay la. Produk
kedua, paku titah. Yang produk ketiga, yang pengusaha sendiri bikin tu,
kraftangan.
Pengkaji : Oww. Kraftangan.
Responden : Nampak juga, yang jualdi mana ni? Yang di simpangan kami
bilangehh
Pengkaji : Apa tu?
Responden : Yang ada macam gelang-gelang begitu
Pengkaji :Yang manik-manik la?
Responden : Iya.

Pengkaji : Dorang jual tusini atau di luar


Responden : Sana. Ada simpang sana.
Pengkaji : Owh. Ada simpang sana. Saya tidak nampakhahaha.
Responden : Di sana ada, di gerai-gerai sini pun ada la.
Pengkaji : Oww.Tu tujuan untuk meningkatkan lagi pendapatan la?
Responden : Aah.
Pengkaji : Okay. Soalan seterusnya, apakah cabaran utama yang macam
cabaran la, untuk mendirikan ini homestay ni? Pada mulanya la. Cabaran dia.
Responden : Cabaran dia, mesti, satu tu dalam segi kewangan, kos. Yang dua tu,
tapak.
Pengkaji : Owh, tapak.
Responden : Ya, tapak. Sebab, mula-mula kami bikin sini ni kan, memang dia
boleh muat satu rumah.Tapi parking tu
Pengkaji : Owh. Iya.
Responden : Masalah utama kami sini ni parking la. Parking lot.
Pengkaji : Yangjalan raya
Responden : Iya. Yang kami punya jalan raya ni selalu kena complaint.
Pengkaji : Owh.
Responden : Penduduk kampung complaint. Tapi mau buat macamana kan,
sudah kita punya kawasan sempadan lot, lepas tu jalan raya dia sudahlah kecil,
one way saja, eh bukan one way la. Tapi kalau tengok betul memang tidak
boleh muat dua kereta.
Pengkaji : Apa lagi kalau bas.
Responden : Iya.
Pengkaji : Mungkin bas pun kasi turun barang di bawah saja.
Responden : Ndak. Bas pun boleh naik sini ni.
Pengkaji : Owh,bulih juga?
Responden : Boleh. Tapi biasanya kalau macam kita bertembung kereta tu kan,
kalau macam bas di bawah dia terpaksa reverse.
Pengkaji : Umm
Responden : Kalau kawasan kami sini, sini la paling susah mau naik.
Pengkaji : Owh. Kami pun susah mau naik tadi. Okay, soalan seterusnya. Apakah
faktor utama yang membuat masyarakat di sini tidak melepaskan peluang dalam
program homestay ini? Faktor utama dia la. Macam yang dorang nampak kan ,
kami tidak boleh lepaskan ini peluang, ini homestay.
Responden : Iya. Sebab, homestay ni memangmenjana pendapatan la.

Pengkaji : Paling utama dia la?


Responden : Iya, paling utama. Macam, biarpun macam saya, husband bekerja,
tapi, kalau macam satu orang kerja, biarpun dia kerja kerajaan kan, masih belum
dapat menampung sebab anak kami sudah 5 orang. Kalau harap gaji dia saja
memang tidak dapat menampung la. Tapi kalau macam ada homestay,
pendapatan di sini ni membantu ringan sikit lah.
Pengkaji : Errini homestay ni under nama
Responden : Iya. Nama saya.
Pengkaji : Jadi suami ni cuma
Responden : Suami diakerja sendiriehkerja kerajaan. Dia guru.
Pengkaji : Jadi homestay ni dapattolong-tolong la juga kan? Pendapatan
Responden : Iya. Memang betul-betul dapat membantu.
Pengkaji : SelaluErrdapat pengunjung macam selalu ka atau ikut musim?
Responden : Kalau macam tahun ni memang susah dapat la. Sejak yang gempa
tu memang terjejas sikit kami punya pendapatan.
Pengkaji : Owh.
Responden : Iya. Tapi kalau yang sebelum gempa tu, dalam satu bulan tu kami
tidak miss la. Paling banyak dalam 4 ribu.
Pengkaji : Oww. Satu bulan, 4ribu?. Waa, boleh tahan juga oww.
Responden : Kalau macam bulan 11,12, full book kami boleh kumpul dalam lebih
kurang dalam 10 ribu.
Pengkaji : Owh. Musim cuti. Itu campur orang luar atau local yang banyak?
Responden : Ermmlocal lah.
Pengkaji : Local.
Responden : Dalam Malaysia. Luar tukalau macam saya sendiri, saya kurang
menerima yang luar la.
Pengkaji : Kenapa?
Responden : Sebab saya mengutamakan penginap Muslim.
Pengkaji : Jadi kalau yang local
Responden : Local yang non-Muslim saya boleh kasi masuk juga la cuma saya
tidak bagi peralatan dapur. Itu persetujuan kami juga lah.
Pengkaji : Terus sebab dia, sebab takut
Responden : Iya. Sebab saya pun macam bukan juga geli ba, tapi susah mau
samak.
Pengkaji : Iya,iya. Okay. Soalan last ni ah. Apakah faktor persekitaran yang
terdapat di kawasan ni yang dapat mempengaruhi kejayaan homestay ni?

Responden : Memang kita sudah tau Gunung Kinabalu la.


Pengkaji : Iya. Haha.
Responden : Satu, Mount Kinabalu. Dua, mmm, Memorial Park. Tiga tu, kalau
yang Kundasang ni saja la. Kinabalu Park, dengan Dairy Farm.
Pengkaji : Owh.
Responden : Biasanya yang semenanjung tu kan dorang mesti tanya, homestay
tu nampak Mount Kinabalu ka? Ataupun dekat dari Dairy Farm?
Pengkaji : Dorang selalu tanya juga ka macam minta pilihan homestay yang
ada pemandangan atau dorang okay saja?
Responden : Biasanya dorang ada juga yang cerewet ni.
Pengkaji : Owhh.
Responden : Dorang mesti tanya homestay ni nampak Gunung Kinabalu ka. Aaa,
begitu. Kalau macam orang yang utamakan macam pemandangan, biasanya
dorang tidak pilih homestay yang 3 bilik ni. Sebab dia di sisi kan, memang boleh
nampak, tapi sisi. Dorang pilih homestay yang 4 bilik yang depan tu.
Pengkaji : Owh. Ada dua.
Responden : Iya. Tapi yang itu sebenarnya saya tolong uruslah. Yang it tu rumah
ipar, tapi dia bekerja di Pitas.
Pengkaji : Owh. Jadi tolong tinguk-tinguk saja?
Responden : Iya.
Pengkaji : Jadi kalau homestay sini,berapa la rasanya, macam berapa buah
homestay yang dibina
Responden : Kalau yang di sini, di kampung ni saja lebih kurang dalam dekat 40
oww. Tapi kalau kamu mau tau lagi, yang di bawah under Walai Tokou tu, dia
boleh mencecah sampai ratus.
Pengkaji : Oww. Semua niyang Homestay tu orang kampung punya sendiri ka?
Atau ada yang luar lagi datang buat homestay lagi?
Responden : Sebenarnya kalau procedure Homestay ni kan, dia tidak boleh apa
ini, kami punya penyelaras ni tidak boleh ambil orang luar.
Pengkaji : Mesti yang orang sini juga la?
Responden : Iya. Mesti orang sini. Sebab itulah syarat utama dia tu. Kita
tubuhkan satu persatuan, tapi syarat utama dia orang kampung. Sebab untuk
penubuhan iniuntuk orang kampung la. Tidak boleh orang luar.
Pengkaji : Salah satu itulah syarat dia?
Responden : Iya. Salah satu syarat dia mesti orang kampung, warganegara
Malaysia
Pengkaji : Menetap berapa tahun lamaitu ada juga ka?

Responden : Itu tidaklah. Yang penting dia ada tapak sendiri.


Pengkaji : Tapak? Paling penting sini tapak la?
Responden : Iya. Paling penting tapak. Kalau tiada tapak biarpun dia orang sini
macamana juga buat homestay kan?
Pengkaji : Tidak boleh. Hahaha
Responden : Tapi dulu, sebelum kami bikin homestay ni yang sebelum ada duit
sendiri bikin rumah sendiri la. Kami guna rumah mentua, kami kasi kosong satu
bilik. Itu sebenarnya barulah Homestay. Kalau yang ini ni sebenarnya bukan
dicakapkan Homestay sudah ba.
Pengkaji : Oww.
Responden : Kalau homestay, dia tinggal sama keluarga.
Pengkaji : Sama-sama la?
Responden : Iya. Makan sama-sama, tengok TV sama-sama. Kalau Homestay kira
anak angkat la. Tapi kalu macam sekarang ni dia lebih kepada inap desa.
Pengkaji : Oww.
Responden : Iya. Yang kami punya sekarang ni, sebenarnya dia macam inap desa
sudah la. Bukan Homestay. Kalau Homestay tu dia tinggal bersama keluarga.
Pengkaji : Serumah?
Responden : Iya. Tapi kalau macam saya susah la kan,sebab budak masih kecilkecil.
Pengkaji : Saya rasa itu saja la.
Responden : Okay.

Amsah
PENGKAJI : First nama kita la
RESPONDEN : puan amsah binti marhasan
PENGKAJI : Umur kita?
RESPONDEN : Tahun 59, berapa tu? 60 sudah ka?
Pengkaji : pekerjaan kita? yanghomestay la?
Responden : ya ini la.
Pengkaji : tiada kerja lain la? Asal kita?
Responden : tiada. Sini kundasang la.
Pengkaji : Ok. Kita teruskan soalah la makcik ah. Adakah penubuhan homestay
ini mendatangkan kebaikan kepada masyarakat di kawasan ini.
Responden : Iya.
Pengkaji : Iya?
Responden : Iya. Hahaha
Pengkaji : Apa contoh faedah dia ah?
Responden : Faedah dia la kanyang paling baik la kan macam ini pendapatan la
kan.
Pengkaji : Meningkatkan pendapatan?
Responden : Iya meningkatkan pendapatan.
Pengkaji : bagaimanakah masyarakat sini mengamalkan budaya mereka kepada
pelancong luar? Cara kamu la untuk budaya kamu.
Responden : Macam kalau kami punya pelancong datang kami layan bagusbagus. Biar pun kira bukan anak angkat,habis ini homestay kan. Kadang-kadang
ada yang kategori macam anak angkat dengan penginap biasa. Jadi yang macam
anak angkat lain cara dia, kalau yang ini pelancong lain cara dia.
Pengkaji : Okay.
Responden : lain budaya dia. Sebab kalau macam anak angkat kan, macam kira
bila kita makan sama-sama makan. Cuma bukan sama-sama tidur la. Ah macam
begitu. Tapi kalau macam pelancong biasa, kita layan juga baik-baik dan dorang
sendiri cari makan. Tapi layanan dia memang bagus la. Macam juga anak angkat
la. Layanan kita.
Pengkaji : okay. Budaya macam mana ni ah?
Responden : Mmm budaya tu macam
Pengkaji : Menawarkan kebudayaan mereka kepada pelancong? Macam kamu di
sini la kan. Lepastu apa aktiviti yang biasa kamu buat?
Responden : Owhmacam kebudayaan kan?

Pengkaji : Iya.
Responden : Kraftangan. Macam tu.
Pengkaji : Selain kraftangan ada lagi ka?
Responden : Ada. Ini yang macam yang main bamboo. Muzik bamboo. Jadi
kraftangan tu,sepertinya menyulam baju, macam yang baju tradisi punya kan.
Pengkaji : Orang yang tinggal homestay tu dorang pun dapat buat la?
Responden : Iya. Macam yang mau masak. Ada juga yang memasak kan. Macam
yang memasak tradisi. Tradisional lah. Kita tau ka? Kita macam memasak tradisi
punya,macam ini pokok pisang kan. Ini pokok pisang kita tebang yang di bawah
sekali tu. Kita potong dengan rendah,kulit di tengah kita kasi di atas tu api kan.
Macam kasi mendidih tu air di sana lah. Macam kira sup lah. Tambah apa saja,
macam kira ikan ka apa kah. Tapi dia memang sedap. Tapi lama mau masak la.
Pengkaji : Owh..okay. Apakah faktor lain selain budaya masyarakat sini untuk
menarik pelancong luar. Selain budaya yang tadi tu apa lagi tarikan dorang?
Responden : Macam mau pergi naik gunung.
Pengkaji : Okay.
Responden : Naik gunungseperti macam pergi jungle tracking.
Pengkaji : Aktiviti persekitaran la? Aktiviti dia.
Responden : Pergi desa farm. Pergiapa
Pengkaji : Tempat-tempat menarik la?
Responden : Pergi diapa itu sabah tea.
Pengkaji : Owh
Responden : Hotspring.
Pengkaji : Okay. Adakah masyarakat di sini diberi peluang yang sama sekiranya
ingin melibatkan diri dalam program homestay? Maksud dia semua masyarakat
di sini tu semua boleh join itu program la?
Responden : Boleh.
Pengkaji : Memang boleh?
Responden : Boleh. Boleh join.
Pengkaji : Okay seterusnya. Bagaimanakah masyarakat di sini menganggap
program homestay sebagai pekerjaan kepada diri mereka dan keluarga? Adakah
pekerjaan ini untuk diri sendiri atau keluarga?
Responden : Keluarga lah. Semua keluarga lah.
Pengkaji : okay seterusnya. Adakah anda menganggap ini sebagai Makcik rasa
pekerjaan homestay ini pekerjaan yang utama ka di sini?
Responden : Err Tidak juga lah. Ada juga yang macam selain daripada ini.

Pengkaji : Jadi yang bagi pendapat makcik pekerjaan utam apa sini?
Responden : Tapi kalau bagi saya ini lah. Sekarang lah. Kalau saya saja lah.
Sebab saya tiada pekerjaan lain kan. Tapi kalau macam dalam satu keluarga ini,
bila kami bersuami isteri,tidak juga lah. Sebab dia kerja di luar kan.Macam
menghantar orang. Dari ranau ke kundasang.
Pengkaji : Jadi kalau orang macam yang ada kerja la, konon la dorang kerani kan,
terus dorang menjadikan program homestay ni sebagai dorang punya side
income begitu la?
Responden : Ya la.
Pengkaji : Okay. Dengan adanya program homestay ini, adakah mempunyai citacita strategic bagi mengembangkan homestay ini ke tempat lain?
Responden : Iya. Boleh mengembangkan.
Pengkaji : Makcik ada rasa mau menceburi bidang yang lebih mencabar ka?
Contohnya mau buat resort atau perhotelan di sini? Kasi besar lagi la? Ada ka?
Responden : kalau soal macam tu kan. Dalam fikiran itu, angan-angan kita tu
memang ada. Tapi mengikut kita punya kemampuan. Tapi kami punya ni, bukan
kategori taraf hotel, homestay saja. Ala-ala kampung.
Pengkaji : Owhhtidak boleh lari tu daripada syarat tu?
Responden : Tidak boleh.
Pengkaji : ada juga tapi tak boleh.
Responden : ada. Kalua ikut dari angan-angan fikiran memang ada. Tapi
mengikut undang-undang kan, tidak boleh. Tidak boleh keluarkan daripada nama
begitu. Habis kami ni, macam di bawah kerajaan juga la.
Pengkaji : Tourism?
Responden : Aah, tourism. Jadi apa-apa yang dorang bagi kami maklumat yang
undang-undang kami ikut. Kalau macam slah daripad itu, lari daripada itu salah
sudah. Macam begitu lah.
Pengkaji : Tapi kamu boleh kasi besar la tempat ni kan?
Responden : Boleh. Boleh kasi besar Cuma dia punya nama tidak boleh.
Pengkaji : Konsep dia?
Responden : Iya konsep dia. Tidak boleh. Itu yang macma yang homestay,
homestay saja. Itu yang macam resort tu lain sudah.
Pengkaji : okay next. Apakah masalah utama yang mungkin menjadi cabaran
untuk menghalang kepada komuniti melibatkan diri dalam program homestay
ini. Contohnya macam kurang modal ka? Masalah utama la.
Responden : Owh... itu la itu. Masalah modal la. Sekiranya macam yang ini
homestay kan kita mula mau buat, jadi macam dalam dua tiga tahun memang
ada yang untuk renovate kan. Jadi sekiranya, kalau macam kita tidak cukup bajet
kita untuk itu la yang terutama yang mencabar la.

Pengkaji : Makcik, macam penduduk-penduduk tak marah ka?


Responden : Tidak.
Pengkaji : Jelous ka? Persaingan?
Responden : memang la ada persaingan. Sebab yang saya punya pengalaman
kami mula buat kan. Kami lima orang saja. Adik beradik saja. Apa lagi ni orang
kampung ni dia punya apa, cakap,cakap,cakap macam mengumpat sama kami
kan, tapi kami tidak peduli. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Macammacam.
Pengkaji : Kenapa dorang mengumpat?
Responden : Tau la ini pendapat orang kampungan kan, macam yang
Pengkaji : dorang marah?
Responden : Itu lah, Jadi mungkin dorang sakit hati. Jadi kami biar saja lah. Kami
biar saja apa yang dorang cakap-cakap begitu. Nah sekarang macam mana?
Pengkaji : Ramai sudah.
Responden : ramai sudah. Orang yang mengumpat kami yang cakap-cakap
sekarang ikut sudah. Tapi kami tidak balas juga cakap. Simpan saja.
Pengkaji : dia lessen ni main kotrak ka?
Responden : Iya main kontrak.
Pengkaji : Kalau macam anu,cuaca begitu, bencana alam. Dorang tidak takut ka?
Pasal ada kan yang gegaran tu ari. Terus tiada customer?
Responden : Uish lama tu. Tiga bulan tiada customer tu.
Pengkaji : terus kalau ada bencana alam begitu semua customer takut? Semua
lari.
Responden : Ermm Lari. Tapi kalau macam begitu-begitu saja tu orang tidak
kisah sudah tu. Tiada sudah apa-apa.

Niah
Pengkaji : sapa nama makcik ah?
Responden : Nia.
Pengkaji : Nia?
Responden: Marilah saya tulis sana. Habis yang betul kami mau jalan bah ini.
Pengkaji : owh.
Responden : Kami mau pergi hantar
Pengkaji : Sekejap saja ni makcik.
Responden : Kami anu sudah initinggalada sudah kereta kami tunggu tu
nah.
Pengkaji : Aaa Lahir sini?
Responden :
Pengkaji : OkaySaya tanya soalan la, homestay ni kan dia bagi faedah sama
masyarakat di sini ka? Apa faedah
Responden : Memang bagi faedah la
Pengkaji : Contohnya? Apa faedah dia?
Responden : Kalau faedah dia satuboleh menambahkan ekonomi lahboleh
menambahkan ekonomi penduduk di sini.
Pengkaji : Okay.
Responden : Cukup la satu kan?
Pengkaji : Hahaha. Kalau ada yang lain pun boleh juga lah.
Responden : Boleh juga la. Ni untuk, mengutarakan kita punya kebudayaan
terutama masyarakat Dusun di sini lah. Kebudayaan dia, makanan tradisional,
mmmapa ini, sukan rakyat.
Pengkaji : Sukan rakyat? Owh,sukan tradisional. Apa contoh sukan tradisional di
sini?
Responden : Kalau di sini, kawasan sini salah satu dia punya sukan kan, itu
menyumpit.
Pengkaji : Menyumpit?
Responden : Aah. Itu pun salah satu la permainan dan juga sukan. Macam juga
ini sukan, macam itugolf bambu.
Pengkaji : Golf bamboo?
Responden : Iya.
Pengkaji : Errmacamana kamu menawarkan budaya kamu sama pelancong
yang tinggal di homestay sini?

Responden : Mmmcara dia kalau durangkami kasi masuk dalam pakej la.
Pengkaji : Contohnya err
Responden : Masuk dalam pakej penginapan. Masuk dalam tu pakej, sama bila
durang datang sini memang ada brochure apa semua, jadi durang apalahKami
akan pelawa dorang.
Pengkaji : Oww.
Responden : Biasanya, yang melibatkan ini adalah yang ambil pakej lah. Durang
ambil pakej kan, jadi dalam pakej itu sudah masuk semua-semua ini jadi durang
pun kami tawarkan lah yang ini jadi
Pengkaji : Owh jadi kalau dorang mau tinggal sini memang dalam pakej tu ada
aktiviti yang disediakan sudah la?
Responden : Iya. Kami memang ada pakej buat itu jadi terpulanglah sama yang
mau tinggal sini mau ambil itu pakej atau tidak atau mau tinggal saja. Tapi
biasanya kalau group kan buat tu.
Pengkaji : Err Selain kamu punya tarikan budaya apa lagi tarikan untuk kamu
punya pelancong?
Responden : Kami juga adaapa ituKami juga mempunyai tempat-tempat
menarik untuk dilawati. Sepertinya macam, kebun sayur, kami ada jungle
tracking, mini climb mountain
Pengkaji : Yang itu semua aktiviti tu di tempat mana ah?
Responden : Di kawasan setempat saja.
Pengkaji : Owh di sini juga. Aaa, apa nama tu tempat ah?
Responden : Iya lah, nama tu tempat di sini laItuWalai Tokou Homestay.
Pengkaji : owhSini jugaowh. Aktiviti apa itu makcik cakap tadi?
Responden : Salah satu dia kami ada jungle tracking.
Pengkaji : Owh jungle tracking.
Responden : Kami juga bole bawa untukuntuk apa inipertanian lah. Kebun
sayur, strawberry, aaa cara-cara semua lah penanaman dia macamana, dan
kawasan-kawasan dia dan di samping itu,aaa berlatar belakangkan kawasan
yang menarik lah yang kita nampak Gunung Kinabalu. Kalau yang kami punya
Jungle Tracking sama Mini Climb ni kan boleh nampak ni satu kampung Sinisian.
Dia ada satu macam bukit bah.
Pengkaji : Ahh.
Responden : Jadi dari sana boleh nampak kampung ini dengan Kundasang lah.
Boleh nampak. Kana panggil, Bukit Sinisian. Bukit Garden Sinisian.
Pengkaji : Yang seterusnya, masyarakat di sini diberi peluang yang sama ka
kalau dorang mau melibatkan program homestay ini?
Responden : Iya.

Pengkaji : Semua diberi peluang la?


Responden : Iya. Semua diberi peluang untuk sama-sama menjayakan ini
program. Habis yang konsep homestay ini dia memang dipisah kan, jadi bila dia
macam dipisah dia memang macam lebih kepada perpaduan masyarakat lah.
Pengkaji : Owh. Perpaduan masyarakat. Selain itu ada lagi makcik?
Responden : Saya rasa itu saja la.
Pengkaji : Owh itu saja. Seterusnyammmyang ini program homestay ni kamu
anggap sebagai kamu punya pendapatan utama ka? Pekerjaan utama?
Responden : AaaApa itu, dia macam satu pendapatan pelbagai la. Kebanyakan
penduduk di sini yang mengusahakan homestay ada juga mempunyai pekerjaan
macammacam petani apa semua. Tapi ini homestay juga, dia dikira macam
utama juga sebab dia memang memberi ini juga apalah. Ada juga pekerjaan lain
tapi ini pun dikira utama juga. Sebab salah satu juga yang diberi perhatian.
Pengkaji : Kalau pekerjaan yang dengan kerajaan biasanya apa ah yang disini?
Responden : Contohnya macam guru, jururawat, kerja di bahagian apa itu,
macam ada perakaunan tapi kebanyakan dia guru dan jururawat lah.
Pengkaji. Owh itu yang paling banya la?
Responden : Iya. Sama kerani.
Pengkaji : Owhsama kerani?
Responden : Iya.
Pengkaji : Owhdengan kalau ada ni program homestay ni kan, makcik rasa
makcik mau memperkembangkan lagi ka ini macam mau menubuhkan
homestay lagi di tempat-tempat lain?
Responden : Iya. Memang kami
Pengkaji : Ada juga?
Responden : Memang kami mau memperkembangkanlah selain ini. Dan, kalau
dari Walai Tokou Homestay memang banyak yang tertubuh homestay di tempat
lain atas kerjasama dan atas kami punya apalah macam usaha kami seperti,
kalau di Kundasang ada satu, macam Hatamis Homestay kan.
Pengkaji : Katamis?
Responden : Hatamis Homestay Mesilou.
Pengkaji : Owh.
Responden : Hatamis Homestay Mesilou juga adalah lahir daripada Walai Tokou
Homestay.
Pengkaji : Kamu punya aaasama-sama kamu?
Responden : Iya. Kami yang kasi lahir. Begitu juga dengan Taungusi Homestay
Kota Belud.

Pengkaji : Apa tu?


Reponden : Taungusi Homestay.
Pengkaji : Taungusi?
Responden : Iya. Homestay Kota Belud. Samaada satu lagi, Arabillah Homestay.
Pengkaji : Itu di mana tu ah?
Responden : Kota Belud juga.
Pengkaji : Owh Kota Belud juga.
Responden : Jadi itu semua kan, kami yang kasi apalah
Pengkaji : Jadi itu, antara yang sudah kamu kembangkanlah di luar?
Responden : Iya.
Pengkaji : Jadi lepas buat program homestay ni makcik ada rasa, ada mendorong
masyarakat untuk menceburi bidang lain ka? Contoh macam perhotelan ka?
Macam mau kasi besar lagi.
Responden : Iya. Kami memang, dari ni homestay, banyak kami punya wawasan.
Sekarang pun kami punyakebanyakan kami sudah melebarkan homestay ini
kepada kampungstay dan akan datang resort homestay.
Pengkaji : Akan datang
Responden : Resort and Spa Homestay. Akan datang.
Pengkaji : Owh okay.
Responden : Dan apa lagi?
Pengkaji : ErrIni yang terakhir lah. Apa masalah yang utama yang mungkin
cabaran atau penghalang sama masyarakat di sinilah unutk melibatkan diri
dalam program homestay?
Responden : Mmmm. Dia punya cabaran ini, kita memang ada juga
persainganlah. Persaingan dengan resort-resort yangresort-resort besar la.
Pengkaji : Owh..persaingan dengan resort besar?
Responden : Iya. Resort. Sama shelapa ini, kabin apa semua yang memang
dikira yang lebihmacam yang resort-resort ni kan ada la yang macam tiga
bintang apa semuayang lebih memberi banyak kemudahan lah. Tapi
macamanapunsebab dia punya konsep ini memang tidak sama. Kalau yang
resort itu dia orang memang lebih kepada macam, perkhidmatan dorang ni lebih
kepada macam moden bah. Jadi macam yang homestay ini dia punya konsep
memang inap desa. Jadi ini homestay kami memang bawah ini Tourism kan. Dia
memang, kami tidak bulih macamkami mesti mengikuti konsep inap desa.
Kami tidak boleh yang melebih-lebih macam homestay tapi ala-ala resort begini
kan. Itu err, kami di bahagian macam yang Tourism yang memang khas untuk
inap desa. Durang tidak akan mengiktiraf ini sebagaihomestay kalau kita buat
begitu.
Pengkaji : Ooo.

Responden : Sebab rank yang datang pergi homestay ini, dia punya konsep
homestay ini, err macam keluarga. Tinggal bersama berlainan bilik. Jadi
macam,setiap orang menetap di homestay ini dia punya konsep terus macam
kita punya keluarga.
Pengkaji : Owh.
Responden : Asal saja masuk di kawasan homestay, sudah memasuki wilayah
keluarga homestay. Macam juga kamu ni kan, kamu sudah masuk sini automatik
kami punya keluarga sudah. Kami buat macam keluarga sudah macam ni.
Pengkaji : Ooo.
Responden : Jadi orang yang akan memilih homestay untuk dia ni kan jadi dia
macam, mesti mau tau ini konsep homestay ni lah bahawa apa yang seadanya
begitulah di homestay. Kita tidak bolehmacam kami tidak ada cas GST 6%,
kami tiada itu casservice charge 10 % kan. Jadi maksud dia apa yang ada di
sana itu saja. Tiada lagi yang lebih-lebih dia punya servis. Kalau yang macam di
hotel tu kan kamu macam kena cas 10% service jadi kadang-kadang kamu
bilang, ala, ini selimut tidak berapa tebal,saya mau yang begini. Kau boleh
minta habis kau sudah bayar servis ba.
Pengkaji : Iya.
Responden : 10% kan.
Pengkaji : Um,um.
Responden : Ini bantal macam tidak berapa bagus, tidak berapa empuk. Kau
boleh complain. Bilang,Saya mau bantal yang begini. Tapi di homestay tidak.
Kalau dia bagi kau bantal yang nipis, kau kena tidur begitu juga. Tapi macamana
pun kami di sini pun aaa kalau dikira, Walai Tokou Homestay ini adalah
merupakan satu homestay yang dikira homestay yang ada bintang lah. Sebab
kami juga tersenarai dalam 3 homestay terbaik di Malaysia.
Pengkaji : Ooo.
Responden : Kami baru juga tersenarai untuk anugerah pelancongan Malaysia,
dan homestay ini juga adalah salah satu homestay yang telah dipilih oleh
menteri pelancongan Malaysia untuk dia punya satu lawatan kerja baru-baru ini,
untuk lawatan kerja dia. Untuk lawatan kerja dia mau masuk ini homestay. Kami
juga merupakan di antara homestay yangkalau di Malaysia, kalau kau sebut
saja Walai Tokou Homestay,walau kau berada Kuala Lumpur ka kau berada di
mana, semua orang pasti kenal.
Pengkaji : Ooo.
Responden : Walai Tokou ini,terutama yang di Kampung Sinisian ini, ini adalah
pengasas homestay yang pertama di Ranau. Dan saya kira masa itu di Sabah,
dan mungkin Sabah kan? Di antara yang terawal.
Pengkaji : Di sini ni?
Responden : Iya. Walai Tokou ni adalahkan sebab kami punya penyelaras
homestay adalah juga merupakan timbalan presiden homestay Malaysia. Dia
punya, kami punya penyelaraslah di sini.

Pengkaji : Ooo.
Responden : Err, kalau yang macam dulu-dulu di sini tiada yang buat macam,
selain daripada Kinabalu Park, Pine Resort, Perkasa Hotel, err..TM Resort kan,
tiada orang lain buka resort apa-apa. Jadi, selepas saja kami buat ini
homestay,kami pun minta pusat pelancongan ka semua ditubuhkan. Mula-mula
homestay di sini hsnya tiga saja. Tiga buah saja permulaan.
Pengkaji : Aah.
Responden : Jadi bila sambutan baik, dia punya daripada pelancongan daripada
INFRA. Kau tau INFRA kan? Apa itu
Pengkaji : Owh INFRA.
Reponden : Kau tau kan? Dorang la semua yang dibawa semua ni pergi gambar.
Macam durang macam tinguk sini ada potensi jadi durang pun bagi ceramah,
hantar kami punya orang pergi lawatan sana sini, jadi sehingga sekarang kami
semua ada lebih kurangdi sini kami boleh menempatkan dua tiga ratus orang
lah untuk program.
Pengkaji : Um,um.
Responden : Dan kalau macam dari UMS selalu buat program di sini. Tapi kamu
berlainan kos kan?
Pengkaji : Ya. Ada berlainan kos.
Responden : Yang International Student pun dorang akan selalu ada di sini
dalambaru-baru ni pun. International Student, sisiapa dia punyaapa Yang
baru-baru pun ada yang buat la. Dorang ke sini, anak angkat kami dalam empat
hari. Baru juga.
Pengkaji : Ada lagi satu saya mau tanya. Tadi itu, masalah utama tu kan, salah
satu persaingan kan. Kalau dari segi modal ada ka masalah? Termasuk juga?
Responden : Iya. Kalau dari segi modal ini pun, kami anggap dia macam satu
masalah juga lah. Tapi macamanapundari apa ini, sedikit-sedikit dapat diatasi.
Bila mana kami banyak juga dapat sokongan daripada Tourism apa semua. Jadi
kadang-kadang mereka juga bagi peruntukan macam pembaikan tandas apa
semua kan.
Pengkaji : Um,um.
Responden : Jadi, bila..mmmkami pun macam sudah dorang ada keyakinan
dari segi pendapatan, sekarang banyak sudah bank lah yang menawarkan untuk
bagi modal lah. Maksud dia memberi kita pinjamanlah. Bank-bank.
Pengkaji : Owh. Bank-bank. Contohnya?
Responden : Banklah. Macam Bank Rakyat, macam bank,bank apa iniBank
Pertanian apa sudah itu?
Pengkaji : Agro Bank?
Responden : Iya, Agro Bank. MARA. Macam begitu.
Pengkaji : Dia bagi kamu bantuan la kan?

Responden : Iya. Dia bagi pinjaman la begitu.


Pengkaji : Aaa. Pinjaman la?
Responden : Iya. Dia bagi. Kena bagi balik la.
Pengkaji : Thank you makcik.
Responden : Iya,iya.

Rose
Pengkaji : Apa Bagaimanakah sambutan masyarakat tentang saranan untuk
mendirikan homestay di kawasan sini.
Responden : Owwhh Err Sambutan masyarakat macam makin lama makin
apa itu Dorang makin berminatlah Tu sebab Mula-mula kami buat ni
homestay, kami berapa orang saja itu 10 orang saja Bila dorang nampak kan
ni Apa ini macam permintaan terlalu banyak. Sebab kalau macam cuti sekolah
begitu comfirm saja kan sampai kami buat bilik baru, tambah-tambah bilik,
buat rumah lagi terus yang macam mau ikut bah Jadi Bererti sambutan dia
bagus la itu kalau begitu kan. Sebab dia menambahkan ekonomi bah. Makin
lama makin Err orang ramai pun makin lama makin banyak yang mau
datang.
Pengkaji : Setiap masa aka? Ada ja pelawat ke sini?
Responden : Iya Macam sekarang ini yang datang bukannya luar saja tapi
dalam pun banyak yang datang terutama yang
Pengkaji : Macam orang apa? Macam orang dari
Responden : Iya local sendiri
Pengkaji : Negara mana tu asalnya?
Responden : Selalunya orang putih dan orang Putih la yang banyak dan
Cina
Pengkaji : Owh
Responden : Tapi Singapore la yang banyak Kalau yang biasa-biasa tu yang
hari-hari biasa Ehh yang hujung minggu tu kebanyakan orang kita
bercuti
Pengkaji : Owh
Responden : Kalau cuti sekolah begitu Penuh la itu
Pengkaji : Owhh Full
Responden : Iya local saja Sama orang semenanjung
Pengkaji : Owh
Responden : Yang di sini, sebab paling ramailah.
Pengkaji : OK Yang nombor dua ni Apakah kelebihan program homestay ini
kepada masyarakat?
Responden : Err Ini program homestay saya rasa kelebihan dia kita Err
Macam kita senang mau kasi kenal kita punya budaya
Pengkaji : Owh
Responden : Terutama kita punya kebudayaan, cara hidup begitu
Pengkaji : Selain itu aunty?

Responden : Selain itu Emm Kitaerrkita senang mau.. macam kita boleh
kasi apa itu orang kata Senang-senang orang sini dan sekitar-sekitar sini
membantu
Pengkaji : Membantu dalam pendapatan la kasi tambah pendapatan
Responden : Bukan sendiri ja tapi negeri la juga sebab.. orang bila orang tau
kan yang tempat kita ni ada dekat di Gunung Kinabalu Lain kali dorang datang
terus naik sudah tu.
Pengkaji : Ahh Tunggu aunty. Ada lagi. Apakah faktor utama yang menarik
penglibatan penduduk menceburi dalam program ini?
Responden : Err Diorang tartarik sebab err ini Homestay menambahkan
pendapatankeluarga.
Pengkaji : Owh
Responden : Iya. Itu saja itu. Diaduluerrada yang sepenuh masa macam
apa ini, suri rumahtiada pendapatan apa-apatapi bila ada homestay kan
dorang duduk-duduk sambil kemas-kemas bilik petang tu ada sudah duit. Itu la
itu. Ahahahaha.
Pengkaji : Kalau boleh tanya, kalau inibayaran untuk satu Homestay ni berapa
la tu?
Responden : Satu bilik kami buat yang pakej lain dan dua bilik-bilik tu lain lagi.
Kalau bilik-bilik selalunya standard kami kasierruntuk dua orang itu..err 80
ringgit saja
Pengkaji : Satu hari?
Responden : Iya. Tapi ikut budi bicara. Kalau macam kalau macam student ka
apa yang murid sekolah la yang murid sekolah yang.. selalu ada group-group
kan?
Pengkaji : Ada.
Responden : Jadi, itu kamiada anu laa ada maksud dia boleh runding
harga Hahahaha
Pengkaji : Owh Kalau macam kami kategori mana ni, student ka? Hahahaha
Responden : Ya student la. Hahaha
Pengkaji : Owh student. Hahahaha
Responden : Ahhh. HahahahaUMS kan.
Pengkaji : Makanan termasuk ka tu aunty?
Responden : Kalau yang ada pakej yang untuk yang penyelaras kami buat
memang dia termasuk dengan makan minum.
Pengkaji : Owhh OKOKOK
Responden : Kalau saya tidak silap makin ramai makin kurang la itu. Tapi saya
kurang pasti. Cuma itu penyelaras dengan itu dia punya err bahagian reception
ini la yang buat

Pengkaji : Jadi, dia punya faktor ni untuk mendapatkanfaktor menambahkan


pendapatan ja la yang orang berminat mau buat ini homestay.
Responden : Iya.
Pengkaji : Lain-lain tiada la?
Responden : Tiada.
Pengkaji : Okay.
Responden : Tapi saya rasa memangkalau di sini sajasemua pun berminat ba
ini homestay oww ada yang tidak berdaftar pun buka sendiri suka-suka.
Pengkaji : Boleh juga la?
Responden : Jadi bila ada masalahsebenarnya ini homestay ini tidak boleh kita
sembarangan mau buat. Inikita buat rumah terus homestay, kita tulis
homestay di sana. Tidak boleh.
Pengkaji : Mesti ada lessen la?
Responden : Mesti ada lessen dari pelancongan. Sebabini homestay kena cek
sebelum kau ada perlesenan dan kau ada kursus homestay baru dia boleh.
Pengkaji : Mmm
Responden : Begitu.
Pengkaji : Perlu masuk kursus la tu?
REsponden : Iya. Jadi bila orang yang tiada kursustidak tau iniapa itu
peraturan-peraturan homestay sebenarnya. Dia bukadia tidak tau itu peraturan
macam mana. Jadi sembarangan orang masuk. Jadi complaint sana sini. Itu yang
mau tinggal sana dia complaint sama pelancongan. Terus kami yang kena di sini.
Pengkaji : Owh
Responden : Iya. Sebab kami punya persatuan homestay ni under pelancongan.
Pengkaji : Pernah kena complaint la sudah aunty?
Responden : Eee Pernah. Tapi tengok kan dia punya nama dia punya homestay
tu dan nama orang pemilik homestay tu tiada dalam senarai. Jadi itu la
pelancongan pergi pantau semua yang di sini, siapa yang berlesen dan siapa
yang tidak.
Pengkaji : Sekarang ni ada yang masih tiada lessen ka sini.
Responden : Sini tiada sudah. Yang tempat kami. Tapi yang sebelah kampungkampung niitu la yang baru-baru jabatan hasil pun pergi pantau semua.
Pengkaji : Apa pekerjaan utama masyarakat di kawasan sini?errada kerja lain
ka?
Responden : Sini err Pekerjaan utama diaseparuh dia kerja sepenuhnya
dengan kerajaan, separuh tanam sayur.
Pengkaji : Owhpetani.

Responden : Iya petani la.


Pengkaji : Contoh yang kerajaan tu yang macam apa tu?
Responden : Dia ada guru, ada apa tu
Pengkaji : Sektor kerajaan la?
Responden : Iya.
Pengkaji : Owh Okay.
Responden : 50-50 la.
Pengkaji : Dorang kerja sambil buka ini homestay juga la?
Responden : Iya.
Pengkaji : Owh. Sama masa la?
Responden : Iya.
Pengkaji : Yang ini homestay ni sebagai dorang punya side income la?
Responden : Iya. Jadi kalau macam dorang kerja di luar kawasan ranau. Dia
minta tolong anak saudara dia macam yang tengok-tengok, pantau-pantau
sebab ini homestay tidak boleh jauh dari rumah bah. Mesti kau dekat supaya kau
boleh pantau kau punya penginap ada masalah mesti kau tolong. Konsep dia
kalau macam duluini homestay kan dia tinggal dengan keluarga. Tapi,
memandangkan kami punya pengalaman dalam beberapa tahun kami buka ini
homestay,bila ada orang yang datang kan, dia tidak selesa ba sama kita.
Pengkaji : Dia mau kasi pisah la?
Responden : Iya. Kami kasi pisah tempat saja sebab kebanyakan orang
permintaan sekarang dia mau dia sendiri maudia sewa itu bilik saja. Tapi dalam
masa yang sama kita mesti pantau dorang punya masalah sana. Itu sebab nya
tidak boleh jauh daripada rumah kamu sendiri. Kalau dia sakit ka apa ka kita
mesti mau tulung begitu.
Pengkaji : Okay. Soalan seterusnya adakah program homestay ini dapat
memajukan kawasan kampung sini?
Responden : Iya. Betul juga itu sebab sebelum ini, sebelum kami ada homestay
kan, ini dia punya, anu susah mau dapat peruntukan dari mana-mana bah.
Maksud dia, macamdewan. Dewan kan, sudah tiada tapak,tiada lagi
peruntukan. Di mana mau letak? Sama jalan raya pun berlubang-lubang.
Sekarang, kalau macam kita minta kan dari kerajaan, macam kasi bagus ni
jalanan pergi rumah ke rumah, dorang bantu tau kalau ada homestay.
Pengkaji : Jadi sekarang kamu ada dapat pertolongan dari pihak kerajaan?
Reponden : Dari Pelancongan la. Tapi tidak la banyak. Macam ini tahun, dari
rumah siapa kena kasi buat, untuk tahun depan lagi. Lepas tu untuk jalanan
sentiasa macamapa itukalau macam mau minta itu JPP minta peruntukan
untuk membaiki itu jalan raya pun itu kerajaan boleh bantu. Dulu gruble habis ba
ni, susah mau naik. Ini pun baru lagi kami dapat. Itu la kebaikannya kalau ada
homestay. Sama kau mau minta peruntukan daripada mana-mana.

Pengkaji : Sekarang ada dewan juga la?


Responden : Ada dewan. Tapi itu pun dewan homestay. Itu pelancongan yang
bagi. Dulu tiada.
Pengkaji : Soalan nombor 6. Adakah ni program homestay ada dapat bantuan
dari mana-mana pihak?
Responden : Tidak. Sebelum kamiwaktu kami mula buat homestay. Tiada yang
tolong kami anu
Pengkaji : Model sendiri la?
Responden : Ya model sendiri la. Mula-mula kami buat dalam satu bilik saja.
Kadang-kadang itu,kalau macam anak-anak sekolah kan dia punya bilik kami kasi
kosong kami letak saja. Tapi untuk yang anak angkat saja la. Kalau yang macam,
itu apa itu, yang pelawat dari luar kami taruh di luar la. Tapi ada limit. Seba kita
mula-mula buat homestay cuma ada dua bilik. Sekarang baru-baru kena kasi
lulus tu kampungstay dia kena suruh tu macam buat satu buah rumah.
Pengkaji : Satu buah rumah.
Responden : Aah. Kampungstay.
Pengkaji : Kampungstay. Di sini di mana? Sini juga?
Responden : Sini punerr Sini ada juga la. Seluruh Malaysia bah tu. Cuma
kami yang sebetulnya lama sudah baa. Sebab kami buat sebab banyak
permintaan kan. Kalau cuti sekolah tidak cukup. Tidak menampung.
Pengkaji : Semua penuh?
Responden : Penuh. Resort pun penuh. Hotel pun penuh.
Pengkaji : Jadi mau booking la ni kan aunty, kalau mau stay sini?
Responden : Iya. Kalau cuti sekolah kan main booking ja. Kesian yang datang
tiada tempat tinggal. Resort pun penuh.
Pengkaji : Seterusnya, apakah bentuk penglibatan atau peluang yang boleh
dijalankan di kawasan ini dengan adanya program homestay. Contohnya ada
kedai runcit. Ada kedai runcit ka sini?
Responden : Ada juga. Yang macam orang kampung sendiri punya kedai runcit.
Sama peluang pekerjaan yang ada yang untuk orang-orang muda yang kalau
ada program homestay kan,dorang melibatkan diri dalam pengurusan dalam
ada yang melibatkan diri semua. Automatik dorang pun ada pendapatan, dan
bahagian yang reception begitu, urusetia semuakalau ada pelancong itupun
melibatkan belia-belia semua yang masih menganggur jadi senang la mau
dorang tidak la macam jalan-jalan begitu tiada apa-apa. Tiada tujuan.
Pengkaji : Okay. Yang seterusnya, apakah cabaran utama untuk mendorong
penduduk melibatkan diri dalam program homestay. Cabaran.
Responden : Cabaran?
Pengkaji : Ya. Apakah yang halangan-halangan yang ada.

Responden : Errkami buat homestay ni kan memang orang kampung tidak


boleh terima sebab, pertama, kita terima bemacam-macam pelancong.
Contohnya, macam orang putih, orang cina. Kalau orang putih ni kadang-kadang
dorang terbawa-bawa dorang punya budaya sendiri ba. Itu salah satu. Dan, err
macam kira kita ada pelancong dari luar, kadang-kadang ada yang apa-apa yang
tidak dinginkan, maksud dia mungkinmungkin pemikiran orang kampung dulu
lain ba,dia positif saja macam Ehhnegative saja pasal apa-apa orang mau
masuk di kampung. Bila yang mula-mula kami buat kan banyak tentangan. Yang
macam-macam la dorang cakap begini,begini,begini. Na, bila kami buat saja,
terus dorang nampak kami punya kemajuan. Jadi sekarang rata-rata di sini
mungkin dalam 80% tu jadi homestay. Mula-mula tu, uii kau punya telinga saja
la, hati dankau tutup telinga ja dan main tahan hati saja. Sebab dia nampak
kau punya kemajuan baru dia ikut. Mula-mula bukan alang-alang itu, yang
pengerusi, ketua kampung, pengerusi JKKK. Owwtentang habis.
Pengkaji : Apa dorang cakap makcik?
Responden : Alasan dia. Dia merusakkan orang-orang kampung. Hahaha
Pengkaji : Merusakkan orang kampung. Hahaha
Responden : Begitu la itu. Bila dia nampak kau punya kemajuan baru dia ikut.
Pengkaji : Tahun berapa mula-mula
Responden : Mula-mula kena buat ni homestay tahun 2001.
Pengkaji : Owhlama sudah.
Responden : Dia beroperasi tahun 2001. Kami kursus tahun 2000. Pertama kami
punya group dari Kinisian dan Keningau bayangan. Pertama itu kursus diadakan
di Kinabatangan. Jadi peserta pertama kami la.
Pengkaji : Owh di Kinabatangan.
Responden : Iya. Kinabatangan. Ini homestay sebenarnya lama sudah beroperasi
di Kinabatangan yang Batu Putih tu.
Pengkaji : OwhBatu Putih.
Responden : Tapi yang di sana, Header dia tu apaOrang Putih. Dia under
misscot. Australia punya. Jadi dia kawin orang penampang tu.
Pengkaji : Owhorang penampang. Saya ada dengar tu cerita dia.
Responden : Jadi di sana kami belajar macamana dia itu homestay dorang
buat. Sebenarnya ini homestay mula-mula dorang buat satu rumah tu tidak perlu
membazir, dia buat satu bilik saja ataupun tidak perlu bilik. Bila ada pelancong
orang putih datang kasi kosong ja tu bilik kasi bersih bagus-bagus lepastu kasi
tinggal. Tapi saya rasa yang begitu punya keaadaan macam tidak anu laa
sebab kita punya pelancong pun selesa juga kan. Jadi kami buat la bilik yang
khas untuk pelancong. Macam dua bilik begitu. Sana khas untuk pelancong saja.
Tidak boleh tempat tinggal di rumah. Tapi macam yang sini tu bilik bagus tinggal
di sini. Sebelum itu, sebelum ini homestay terkenalkan di sini kampung niyang
kami punya pelancong kami dapat dari student, pelajar dari universiti-universiti
seluruh Malaysia la,yang group begitu macam yang anak angkat begitu. Tapi

berbayar . Jadi kami pernah dapat dari Jepun,China Australia. Student university
dari Australia la. Banyak sudah kami punya anak angkat. Satu malam saja pun
orang putih pandai menangis pulang oww. Jepun, pelajar Jepun ada satu minggu
dorang stay sini, dia belajar cara hidup makan macamana orang sini. Dia lebih
suka dengan budak-budak kecil.
Pengkaji : Owh Dorang selesa juga?
Responden : Iya selesa. Sebab kami anggap dorang macam anak kami sendiri.
Apa dorang minta, walaupun dorang tidak pandai cakap Melayu, kami
Pengkaji : CubaSignal
Responden : Main signal-signal
Pengkaji : Isyarat-isyarat
Responden : Aah Kadang-kadang ada yang kami kawan tidur. Sebab dorang
punya umur baru macam 15 tahun becampur dengan yang sekolah rendah yang
baru 9 tahun. Dorang punya yang ikut sama dorang, dorang punya cikgu,dorang
punya doctor, ada, semua ada. Dorang punya anuyang pantau setiap jam 9.
Jam 9malam. Suruh tidur semua, satu-satu. Oii penat oww
Pengkaji : Terima kasih ah.
Responden : Okay.

Tinah
Pengkaji : Erm.. Nama?
Responden : Satina. Satina Sarin.
Pengkaji : Umur?
Responden : 51.
Pengkaji : 51. Asal?
Responden : Di sini la.
Pengkaji : Owh. Memang sini. Pekerjaan?
Responden : Ini saja la. Sepenuh masa dengan Homestay.
Pengkaji : Owh. Homestay sepenuh masa. Emm, soalan pertama, bilakah
Homestay ini ditubuhkan?
Responden : Ini , kami ni kira yang memulakan la di kampung ni.
Pengkaji : Kamu yang pertama?
Responden : Paling pertama. Kami ada sat utu, macam ketua bah, mungkin kamu
kenal, Kohadi.
Pengkaji : Owh. Kohadi.
Responden : Kohadi. Dia belajar pergi semenanjung. Lepastu dia bawa kami la,
buat mesyuarat lepas tu dia hantar pergi kursus. Ada 10 orang la yang pertama.
Dalam tahun 2000.
Pengkaji : Tahun 2000
Responden : Itu kursus la, baru mengenal. Lepas itu ditubuhkan pada 2001. Tapi,
ada sebahagian saja kami buat, yang betul-betul ada konsep Homestay yang
tinggal bersama.
Pengkaji : Owh, macam Homestay.
Responden : Dalam rumah tu ada satu bilik kami khaskan untuk pelancong.
Pengkaji : Oww. Begitu.
Responden : Tapi sekarang ada maju sikit la barangkali dia kami buat begini la.
Sambung-sambung,untuk keselesaan pelancong.
Pengkaji : Owh, begitu.
Responden : Tapi saya, saya bermula dari, 2005 la.
Pengkaji : 2005. Owh. Berapa sebenarnya Homestay yang makcik ada?
Responden : Sekarang dia 4 unit.
Pengkaji : Owh. 4 unit. Yang sekarang ni, Nina ni 2005?
Responden : Iya. Eyh, ini 2005 yan atas la.

Pengkaji : Yang paling pertama?


Responden : Iya. 3 bilik.
Pengkaji : Yang Nina ni?
Responden : Ini dalam, dalam 2010.
Pengkaji : Owh begitu. Erm, pengasas Homestay ni siapa?
Responden : Kohadi la.
Pengkaji : Kohadi? Erm, maksud saya yang kalau homestay yang Nina sini.
Responden : Yang
Pengkaji : Owh, yang paling pertama si Kohadi la?
Responden : Iya. Kohadi yang membawa kami, perkenalkan homestay la.
Pengkaji : Mmm. Okay.
Responden : Tapi yang, macam yang menjalankan Satina Homestay ni saya la.
Pengkaji : Erm. Soalan yang seterusnya, macamana idea untuk mendirikan
homestay ini tercetus? Darimana dapat idea untuk buat homestay ini?
Responden : Itu pertama dari Kohadi la. DFari Kohadi dia perkenalkan. Memang
pada mulanya, memang tidak masuk akal la, kami macam tidak dapat menerima
sebab kau tau la di sini kawasan pelancongan. Sana sini resort,hotel. Dia
perkenalkan konsep dia bilang tinggal bersama. Inap desa. Mula-mula memang,
macam tidak tidak nampak la dia punya hasil. Tapi lepas tu kan, sudah kami
memulakan dia agak okay. Jadi, ini la jadinya, tambah-tambah.
Pengkaji : Mmm, seterusnya, apa macamkonsep yang digunakan untuk jadikan
homestay makcik lain daripada homestay lain? Macam ada kelebihan.
Responden : Diakalau di hotel-hotel la kan, dia bilik-bilik, lepas tu pelanggan
masuk begitu saja. Macam tiada komunikasi dengan pemilik. Tapi kalau makcik
la, bersesuaia dengan kami punya nama persatuan.
Pengkaji : Apa nama persatuan?
Responden : Walai Tokou.
Pengkaji : Owh. Itu.
Responden : Walai Tokou itu maksud dia rumah kita. Jadi, kalau boleh setiap
pelanggan yang datang macam penilaian dia macam keluarga la.
Pengkaji : Owh. Yang maksud Walai Tokou ni dia dari bahasa apa?
Responden : Dusun.
Pengkaji : Owh, Dusun. Erm, seterusnya la. Apa kriteria yang membuat anda
memilih konsep ini? Macam untuk menubuhkan homestay apa ciri-ciri yang perlu
ada la?
Responden : Perlu sabar, perlu peramahbegitu la.

Pengkaji : Kalau macam , ermcontohlah kalau mau buat homestay ini apa yang
paling asas kita perlukan. Contonya, mesti ada satu tapak.
Responden : Iya. Mesti nombor satu tapak la. Lepas tu ada sedikit kemampuan la
untuk bikin
Pengkaji : Modal?
Responden : Aah. Modal.
Pengkaji : Owh. Okay. Ada lagi?
Responden : Modal sama sokonganlah.
Pengkaji : Sokongan. Sokongan maksud makcik ni macam
Responden : Dari suami, anak-anak
Pengkaji : Yang homestay ni tidak dapat bantuan dari pihak luar ka? Macam dari
pelancongan.
Responden : Setakat ni tiada.
Pengkaji : Jadi memang didirikan atas dana sendiri la?
Responden : Cuma kami dibagi kursus, macam kadang-kadang dorang buat
promosi, begitu la.
Pengkaji : Seterusnya, kos untuk mau buat homestay ni dalam anggaran la kalau
bagi makcik berapa?
Responden : Kalau ikut konsep homestay ini betul-betul kan, yang pernah kami
kursus, dia dalam satu rumah, saya rasa dalam, di satu-satu tempat masih
mengamalkan konsep yang begitu la. Misalnya, begini rumah kita kan, ada
beberapa bilik kosong lah. Jadi kita, khaskan bilik untuk pelancong. Kalau
konsep begitu saya rasa tidak berapa banyak modal la, sebab memang kita
punya rumah sendiri kan.
Pengkaji : Oww.
Responden : Tapi yang membanyakkannya saya rasa kalau kita tambah-tambah
begini la.
Pengkaji : Macam ini satu-satu, bukan rumah kita sendiri.Owh. Maksud dia kos
mau dirikan homestay ini tidak juga terlalu banyak sebab dia dari rumah sendiri
kan?
Responden : Um,um.
Pengkaji : Selain itu macam yang kemudahan, macam perabot, begitu?
Responden : Dari sendiri la.
Pengkaji : Modal sendiri juga semua?
Responden : Um,um.
Pengkaji : Oww. Seterusnya berapa keluasan tanah yang diperlukan kalau mau
dirikan homestay la? Paling minimum berapa? Luas dia.

Responden : Kalau satu rumah, saya pun tidak tau anggaran dia begitu la. Sebab
ikut dari keluasan berapa besar yang kita bikin. Tapi, asal dia beliuntuk
keselesaan la kan, satu rumah, ada kawasan parking.
Pengkaji : Ada kawasan parking. Tempat untuk
Responden : Sebab saya rasa parking ni pun
Pengkaji : Susah mau cari?
Responden : Susah mau cari. Kalau makcik punya ni kan, kalau sini ni memang
dia berapa buah saja. Tapi nasib baik la ada ruang yang sana tu, di atas tu.
Pengkaji : Owh.
Responden : Ada yang jalan raya masuk sikit disana.
Pengkaji : Iya.
Responden : Kadang-kadang di sini ni, jadi isu, jadi macam pertelingkahan sudah
pasal parking. Kalau musim hujung kan, musim cuti.
Pengkaji : Owh,ramai pengunjung.
Responden : Iya. Tapi nasib baik makcik tersendiri punya parking la. Bukan
mahakala yang di bawah la. Sebagai contoh saja la kan, yang di bawah tu rapatrapat rumah, jalan raya memang kadang-kadang tu di whatsapp bising. Ada
yang sudah masuk parking orang lain.
Pengkaji : Owh. Soalan seterusnya, apa kemudahan yang disediakan di homestay
ini? Apamacam yang
Responden : Kemudahan?
Pengkaji : Iya.
Responden : Macam dapur. Dapur lengkap la. Dengan peti ais, dengan segalagala kelengkapan la. TV, water heaterapa lagi? Hahaha
Pengkaji : Macam lengkap saya tengok sana. Hahaha. Seterusnya, kalau makcik
la, ada pekerja ka selain makcik yang urus ini homestay.
Responden : Erm, kalau musim cuti yang paling sibuk tu la, memang makcik
mengambil tenaga dari luar la.
Pengkaji : Tenaga luar ni yang dari kampung ni?
Responden : Dari, dekatdari kampung ni juga.
Pengkaji : Owh, begitu. Kalau begitu, biasanya berapa orang yang makcik perlu?
Responden : Kalau musim cuti, dalam 2dalam 2 boleh la. Sebab dia, kalau
penuh semua kan memang memerlukan tenaga juga.
Pengkaji : Owh. Yang kerja dorang ni sebagaibuat apa ya? Dorang bertugas?
Responden : Yang membersih, membersihsampah. Lepas tu, cuci
cadar,selimut, begitulah.

Pengkaji : Seterusnya, soalan paling akhir ni. Bagaimana anda menarik


pelancong luar untuk datang menginap di sini? Apa kelebihan yang boleh guna
untuk menarik pelancong ke sini?
Responden : Kalau saya la kan, memang kemesraan, layanan itu tidak lari la.
Semampu yang boleh. Jadi macamkalau dorang di sini bawa dorang beramah
mesra. Lepas tu, dari dorang tu kan, dia berkembang dari telefon yang dorang
ambil bagi dengankawan mereka, begitu.
Pengkaji : Owh. Kalau begitu, itu saja la.

You might also like