Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

UNSUR REKABENTUK DAN REKA CORAK WAU

Rekabentuk setiap wau adalah bergantung kepada nama wau tersebut seperti Wau Bulan
seakan akan bulat iaitu kerana bulan adalah berbentuk bulat atau sfera. Kajian menfokuskan
kepada Wau Bulan kerana wau ini lebih banyak permintaan berbanding wau lain seperti Wau
Kucing, Wau Bayang, Wau Puyuh dan Wau Burung mengikut apa yang kami perolehi maklumat
dari Encik Shafie Bin Jusoh (Pak Sapie) di Kelantan. Reka corak wau pula adalah terdiri
daripada unsur unsur tumbuhan agar kelihatan lebih menarik.
Di Kelantan, wau bulan merupakan wau yang paling popular kerana rekabentuknya yang
dicipta oleh orang Kelantan sendiri dan dipelihara keasliannya. Rekabentuk Wau Bulan pada
asalnya adalah bulat kerana asal dari bentuk bulan, tetapi apabila diubah untuk menjadi lebih
menarik, ia terus berubah menjadi tiga bahagian iaitu kepala, badan dan ekor.
Namun begitu, masih ada satu bentuk lagi di dalam Wau Bulan iaitu yang terletak
ditengah tengah antara badan dan ekor wau. Ianya berbentuk sfera solid yang menggambarkan
bulan penuh. Walaupun, saiznya kecil tetapi cukup untuk membezakan Wau Bulan dengan wau
lain yang terdapat di Galeri Pak Sapie. Bahagian ini juga di tampal kertas dan corak yang cantik
seperti dibahagian badan dan ekor.

Bahagian kepalanya berbentuk tiga segi iaitu mempunyai fungsi untuk sangkut wau tersebut di
tempat yang lebih tinggi apabila selesai digunakan. Di bahagian kepala juga akan diletakkan
rambu dengan pelbagai warna supaya kelihatan lebih cantik apabila berada di awan. Di kiri dan
kanan badan juga akam dihias dengan rambu seperti di bahagian kepala bagi menunjukkan wau

itu mempunyai tangan. Apabila berada di awan, rambu itu akan kelihatan berterbangan seperti
sedang terbang tanpa tali.

(Rambu)
Bahagian badan akan ditampal kertas wau yang nipis dan diikuti pula oleh corak yang
pelbagai sebagai hiasan pada wau tersebut agar kelihatan cantik pada pandangan umum.
Manakala bahagian ekor pula, adalah berbentuk sabit tajam ke atas dan bahagian hujung sabit itu
adalah bersambung dengan hujung bahagian kiri dan kanan wau iaitu tempat rambu di letakkan
atau dengan nama lain tangan wau. Bahagian ekor ini juga ditampal kertas dibahagian dalam
sabitnya sebelum ditampal corak yang diinginkan.

Reka corak yang terdapat pada Wau Bulan pula ialah bergantung kepada permintaan
pelanggan mengikut kata Pak Sapie. Kebanyakan tempahan yang dibuat di Galeri Pak Sapie
ialah yang bercorakkan awan larat, pucuk rebung dan bunga sireh iaitu bermotifkan corak seni
halus agar kelihatan lebih menarik. Walau bagimanapun, daya tarikan dari corak juga adalah

bergantung kepada warna kertas yang digunakan untuk membuat corak dan juga warna kertas
untuk latar belakang wau tersebut.

(Pucuk Rebung)

(Bunga Sireh)
Rekabentuk corak kebiasaannya terdapat pada bahagian badan dan ekor Wau Bulan
kerana hanya dua bahagian ini yang terdapat ruang yang besar untuk di hias dengan pelbahgai
corak agar kelihatan menarik dan cantik apabila dilepaskan keudara terutama bagi yang
pelanggan yang menyertai pertandingan wau yang selalu diadakan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat,
Kelantan.
Unsur reka corak jika diperhatikan pada bahagian badan dan ekor ialah banyak
bermotifkan awan larat dan bunga-bungaan dari pohon yang bersifat lemah lembut seperti peria,
ketumbit dan timun. Pohon-pohon yang dimotifkan pada hiasan wau juga biasanya dari pohon
yang jenis melata dan menjalar seperti daun sireh dan daun tembikai kerana ia ditumpukan pada

susun semukur tampak yang penuh seimbang pada bahagian dahan yang meliuk dan menjalar
serta mudah untuk dihasilkan dalam seni ukiran pada wau.
Di bahagian badan, selain dari corak yang bermotifkan pohon yang menjalar, terdapat
juga corak bunga-bungaan yang diletakkan di tenga-tengah tulang belakang Wau Bulan ciptaan
Pak Sapie. Bunga ini kebiasaannya kelihatan tunggal dan lebih besar dari corak lain dan
warnanya juga akan lebih terserlah jika dibandingkan dengan warna corak yang lain. Di tepi
bunga tunggal ini, diletak pula corak yang bermotifkan pohon tajam atau pucuk pohon seperti
pucuk rebung. Corak ini diletakkan di kiri dan kanan bunga tunggal ini. Pucuknya akan
menghala pada tangan wau yang terletak di hujung kiri dan kanan badan wau.

Di bahagian ekor pula terdapat tapak atau pasu yang mana seluruh corak yang terdapat
pada wau yang bermotifkan pohon menjalar itu adalah berpusat padanya. Pasu ini terletak di
bahagian bawah ekor dan warnanya juga berbeza dengan warna corak yang lain supaya tidak
menjadi tanda tanya kepada sesiapa yang melihatnya.

(Pasu)

You might also like