Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH

DALAM NEGERI PERAK, MALAYSIA


GUAMAN SIVIL NO:___________________________

2015

ANTARA
1.Nama
Alamat
PLAINTIF-PLAINTIF
DAN
1. Nama
Alamat

DEFENDAN

WRIT SAMAN
Kepada:1.
Nama Defendan
Alamat Defendan

Kami perintahkan kamu bahawa dalam empat belas(14)hari selepas


penyampaian writ ini kepada kamu, termasuklah hari penyampaian itu, kamu
hendaklah menyebabkan suatu kehadiran dimasukkan untuk diri kamu dalam suatu
kausa atas guaman Plaintif dan ambil perhatian bahawa dalam keingkaran kamu
berbuat demikian, Plaintif boleh meneruskan untuk mendapatkan penghakiman dan
pelaksanaan.

DISAKSIKAN oleh :
Pendaftar Mahkamah Sesyen Ipoh
Pada

haribulan
1

2015.

......................................
Peguamcara Plaintif-Plaintif
(E/S/2139/14/S)

............................................
Pendaftar,
Mahkamah Sesyen
Ipoh

Memorandum yang hendak diturunkan pada Writ


Writ ini tidak boleh disampaikan lebih daripada enam(6) bulan kalendar selepas tarikh
di atas melainkan jika diperbaharuhi melalui perintah Mahkamah.
Defendan (atau defendan-defendan) boleh hadir bersama dengan mencatatkan
kehadiran sama ada sendiri atau melalui peguamcara di Pejabat Pendaftaran
Mahkamah .
Seseorang defendan yang hadir sendiri boleh, jika dikehendakinya, memasukkan
kehadirannya melalui pos, dan borang-borang yang tertentu bolehlah didapati dengan
menghantar Kiriman Pos berharga RM 8.00 berserta sampul surat beralamat sendiri
kepada Pendaftar, Mahkamah Sesyen di Ipoh.
Pengendorsan hendaklah dbuat pada writ sebelum pengeluaran
Pengendorsan tuntutan
Tuntutan Plaintif adalah untuk..(sekiranya tuntutan Plaintif adalah hanya
untuk suatu hutang ataupun tuntutan jumlah yang tertentu sahaja, pengindorsan yang
berikut mestilah ditambah di kaki tuntutan itu).
Dan RM..(atau sekian banyak wang sebagaimana yang dibenarkan setelah
ditetapkan) untuk kos, dan juga, jika Plainitf memperolehi perintah untuk
penyampaian ganti, jumlah wang selanjutnya sebanyak RM(atau sekian
banyak wang sebagaimana yang dibenarkan setelah ditetapkan). Sekiranya amaun
yang dituntut dan kos dibayar kepada Plaintif atau Peguamcaranya dalam tempoh 8
hari selepas penyampaian writ ini (termasuklah hari penyampaian), prosiding
seterusnya akan ditangguhkan, tetapi sekiranya ternyata daripada pengindorsan pada
writ ini bahawa Plaintif bermastautin di luar wilayah terjadual, sebagaimana yang
ditakrifkan dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, atau bertindak mengikut
perintah atau bagi pihak seorang yang bermastautin sedemikian, prosiding akan
hanya ditangguhkan sekiranya amaun yang dituntut dan kos dibayar ka dalam
2

Mahkamah dalam masa yang tersebut itu dan notis pembayaran tersebut diberikan
kepada plaintif atau peguamnya.
(Sekiranya Plaintif membawa guaman atau Defendan dibawa guaman atas wakil, hal
ini mestilah dinyatakan dalam pengindorsan tuntutan itu).

PENGINDORSAN TENTANG PEGUAMCARA DAN ALAMAT


Writ Saman ini dikeluarkan oleh Tetuan Ellan & Co, Peguambela dan Peguamcara
bagi pihak Plaintif yang beralamat ialah di No.210, 2 nd Floor, Tokio Marine Life
Building, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak (Ruj Kami: E/S/2139/14/S).
PENGINDORSAN TENTANG PENYAMPAIAN
Writ

ini

telah

disampaikan

olehdengan

cara

penyampaian

kediri(atau sebagaimana yang berkenaan)(nyatakan cara penyampaian atau


mengikut

terma-terma

defendan(yang

saya

suatu

perintah

kenali)(atau

yang

untuk

penyampaian

telah

ditunjukkan

ganti)

kepada

kepada

saya

oleh)(atau yang telah mengaku kepada saya pada bahawa dia


ialah..)dipada haribulan2015.

Diendorskan pada

haribulan

2015.

Penghantar Saman

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH


DALAM NEGERI PERAK, MALAYSIA
GUAMAN SIVIL NO:___________________________

2015

ANTARA
1.

PLAINTIF-PLAINTIF
DAN

1.

DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN
1. Plaintif Pertama adalah seorang individu dan pada masa material mempunyai
alamat di Alamat Plaintif
2. Plaintif Kedua adalah isteri kepada Plaintif Pertama adalah seorang individu
dan pada masa material mempunyai alamat di Alamat Plaintif.

3. Defendan adalah seorang individu yang mempunyai alamat penyampaian di


alamat Defendan.
4. Defendan telah secara sengaja dan niat buruk membuat tohmahan-tohmahan
palsu, hasutan dan innuendo palsu terhadap Plaintif-Plaintif dalam bentuk lisan
dan bertulis.
5. Defendan juga telah dengan sengaja mereka-reka cerita tentang kelakuan
buruk

Plaintif-Plaintif

untuk

menjatuhkan

maruah

Plaintif-Plaintif

serta

keluarganya.
6. Defendan dan agen Defendan secara niat buruk telah memuat naik
tohmahan-tohmahan palsu, hasutan dan innuendo terhadap Plaintif-Plaintif di
4

laman social Facebook dan telah dipaparkan pada 9 Februari 2014, 19 Mac
2014, 22 Mac 2014, 27 Mac 2014 dan 30 Mac 2014 serta membuat tohmahantohmahan palsu, hasutan dan innuendo palsu di kawasan Kampong Manjoi
serta kawasan Ipoh sekitarnya.
7. Defendan juga dengan sengaja memburuk-burukkan dan mencemarkan nama
baik Plaintif-Plaintif dengan mengutuk tingkah laku Plaintif-Plaintif sehingga
Plaintif-Plaintif menanggung kerugian yang besar.
8. Antara tohmahan-tohmahan palsu, hasutan dan innuendo palsu yang di muat
naik di laman Facebook oleh Defendan adalah seperti berikut:a) Pada 9 Februari 2014
Air di cincang x kan putus.perumpamaan ini x boleh di pakai dh. x
payah nk cincang air cincang org tu habis cite. tutup buku
b) Pada 19 Mac 2014
x pernah aku jumpa manusia skejam ini. nk kata binatang manusia.
Hati penuh dgn dengki sampai sanggup ratah daging abg ipar sendiri.
c) Pada 22 Mac 2014
Mekanik btahu gear box rosak sebab bawa barang berat. yele dulu yg
bawa lori besar mcm anak gajah. Dh le ais cube berat.yg bawanya pun
berat. Mana le x rosak. Nk kata aku berat rasa nya x
d) Pada 27 Mac 2014
Kenapa le suami aku baik sangat.dh tahu adik ipar dia tipu dia, dia
boleh tolong bayar hutang ais kt coomils. banyaktu dlm 2 ribu beb.
orglain yg bhutang suami aku yg kene tanggung.dh le selama 2thn ni
rembad duit. pas tu bhutang pulak kt coomils.kenapa le manusia ni
boleh wujud dlm keluarga dan hidup aku. betul2 myusah hidup org lain.
klu dh rasa tamak sangat nk makan harta pusaka kamu ambil lah.itu
harta bapak hang.aku x heran.harta mak bapak aku lg banyak beb.7
5

keturunan x habis makan.slama ni pun klu aku susah, mak bapak aku
yg tolong. Korang bg susah lg adalah.
X de rasa perikemanusiaan. Semua org dh tahu perangai kamu. sikap
buruk kamu semakin hari semakin tserlah dan nampak. kamu rasa mcm
mana aku rasa.aku akan ingat apa yg kamu dan laki kamu buat pd aku
sampai mati.
Skrg 1 manjoi dh tahu perangai kamu.x payah kamu nk tunjuk baik beb.
aku akan tunggu kamu dtg melutut minta maaf pd aku dan suami aku.
Kamu yg buat hidup aku susah. nama suami aku busuk, lori ais rosak,
kene saman, makan duit haram, menipu sana sini. Nk ketegeri kamu ni
manusia jenis apa ye?
Kekayaan yg kamu miliki adalah kekayaan org lain.yg sanggup
meratah daging abg kamu sendiri.x payah lah nk madah dgn kata
menyindir aku.klu nk ckap add je aku.sikit lg allah akan tarik rexeki
kamu seperti mana kamu dan laki kamu buat pd keluarga aku.aku
sentiasa mdoakan nya. Amin
e) Pada 30 Mac 2014
Harap kan muka cantik badan pun kemain solit nya tp hati busuk mulut
celupar kurang ajar belagak pandai buat apa.sblum mngata org cermin
diri dulu.klu awak tu sempurna x pe. t.kasih pd m.anjang, ina yang
banyak bg aku kkuatan semangat supaya aku kuat melawan musuh yg
ingin mjahamkan syarikat ais cube suami aku. terima kasih allah.
Apalah guna lebai dikepala, apakah guna solat 5 waktu klu kita sendiri
mduakan tuhan Berkat ke rezeki kita??Apa hukumnya mduakan
tuhan?? Tuhan laknat org yg syirik..carilah rezeki yg halal jgn amik hak

org yg bkn kepunyaan kita.Idop xkn berkat, rezeki xkn masok, allah xkn
bkk pintu syurga tuk org2 yg meanaya org
9. Sahabat handai, ahli keluarga serta masyarakat di sekitar Kampung Manjoi
umum mengetahui Plaintif Pertama adalah adik Ipar kepada suami Defendan
dan mempunyai badan yang besar serta bekerja memandu lori ais seperti
dipaparkan dalam laman facebook yang dimikili oleh abang iparnya.
10. Pada 22 Mac 2014 Kata-kata fitnah beserta gambar lori ais jenama HICOM
berwarna merah yang dipandu oleh Plaintif Pertama iaitu no pendaftaran: ........
dipaparkan dalam laman facebook.
11. Sahabat handai, ahli keluarga serta masyarakat di sekitar Kampung Manjoi
umum mengetahui Plaintif Kedua adalah isteri kepada Plaintif Pertama dan
merupakan adik kepada Suami Defendan dan kata-kata yang dipaparkan
dalam laman facebook tersebut adalah merujuk kepadanya.
12. Plaintif-Plaintif menyatakan tohmahan-tohmahan palsu, hasutan dan innuendo
palsu secara lisan dan bertulis tersebut adalah berunsur fitnah dan merujuk
dan difahami merujuk kepada Plaintif-Plaintif dan ia telah tersiar dan telah
dibaca oleh orang ramai.
13. Laman social Facebookboleh diakses oleh pemilik akaun Facebook itu
sendiri serta semua orang.Facebookjuga adalah satu media sosial yang
bertindak sebagai bahan penyiaran yang berkesan.
14. Plaintif-Plaintif adalah orang yang berperwatakan baik serta berakhlak mulia
dan tidak pernah berkelakuan tidak bermoral dan tidak berakhlak.
15. Pernyataan tohmahan-tohmahan palsu, hasutan dan innuendo palsu secara
lisan dan bertulis tersebut bila dilihat secara keseluruhannya difahami oleh

mereka-mereka yang telah mendengarnya dan membacanya membawa erti


dan merujuk kepada Plaintif-Plaintif sebagai :a) Seorang penipu;
b) Seorang pencuri;
c) Seorang yang bermoral rendah;
d) Seorang yang mempunyai akhlak yang buruk;
e) Seorang yang busuk hati;
f) Seorang yang suka melakukan perkara-perkara syirik;
g) Seorang yang perlu dijauhi.
16. Selanjutnya tohmahan-tohmahan tersebut adalah secara langsung dan/atau
tidak langsung adalah berunsur fitnah (defamatory statement) kerana ianya
adalah palsu dan dibuat dengan niat jahat.
17. Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa tohmahan-tohmahan fitnah, hasutan dan
innuendo palsu secara lisan dan bertulis tersebut telah mengakibatkan
sahabat-handai, dan masyarakat keseluruhannya menjauhkan/mengelakkan
diri darinya dan Plaintif-Plaintif dipandang jijik serta menjerumuskan PlaintifPlaintif dalam satu skandal.

18. Plaintif-Plaintif selanjutnya menegaskan bahawa akibat dari tohmahantohmahan palsu, hasutan dan innuendo palsu secara lisan dan bertulis
tersebut telah mengakibatkan maruah dan reputasi Plaintif-Plaintif terjejas dan
Plaintif-Plaintif telah mengalami tekanan perasaan yang teruk. Plaintif-Plaintif
juga telah mengalami kesusahan dan kerugian apabila tiada sesiapa yang
ingin mengambil dia bekerja selepas daripada tohmahan-tohmahan ini
disebarkan.

19. Plaintif Pertama telah menerusi peguamcaranya menghantar suatu surat


tuntutan bertarikh .............. kepada Defendan menuntut maaf dan gantirugi
tetapi sehingga kini Defendan gagal untuk berbuat demikian.

20. Oleh sebab itu, Plaintif-Plaintif telah mengalami kerugian, penghinaan, tekanan
jiwa dan menuntut daripada Defendan:i. Gantirugi Khas;
ii. Gantirugi Am sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

(RM500,000.00)
Gantirugi Teladan;
Gantirugi Teruk;
Faedah;
Kos;
Lain-lain relif yang dianggap sebagai suai manfaat oleh Mahkamah
yang mulia ini.
Bertarikh 29 haribulan Mei, 2015.

.
Peguam bagi pihak PlaintifPlaintif

PERNYATAAN TUNTUTAN ini difailkan oleh Tetuan Ellan & Co, Peguambela dan
Peguamcara, bagi pihak Plaintif yang beralamat di No.210, 2 nd Floor, Tokio Marine Life
Building, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak (Ruj Kami: E/S/2139/14/S).

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH


DALAM NEGERIPERAK, MALAYSIA
GUAMAN SIVIL NO:___________________________

2015

ANTARA
1.

PLAINTIF-PLAINTIF
DAN

1.

DEFENDAN
MEMORANDUM KEHADIRAN

Kepada Pendaftar,
9

Masukkan kehadiran untuk dalam


tindakan ini.
Bertarikh pada

haribulan

2015
..
Peguam bagi Defendan

Tempat perniagaan..ialah.

Alamat untuk penyampaian kepadanya ialah


..
(atau defendan/defendan-defendan)
Alamat defendan/defendan-defendan ialah..
..
Alamat untuk penyampaian kepadanya ialah

Defendan/Defendan-Defendan tersebut (menghendaki atau tidak menghendaki) suatu


pernyataan tuntutan difailkan diserahkan.

ARAHAN-ARAHAN
Kepada Defendan:1. Potong mana-mana perenggan yang tidak berkenaan.
2. Jika kami mengakui tuntutan itu dan menghendaki masa untuk membayar atau
membayar secara ansuran bekalkan butir-butir yang dikehendaki dalam
perenggan 1.
3. Nyatakan alamat dimana
disampaikan kepada kamu.

notis-notis

dan

dokumen-dokumen

lain

boleh

4. Lengkapkan dan ditandatangani notis dalam dua salinan. Sertakan preacipe


berharga RM8.00 dan poskan atau hantarserahkannya kepada Pendaftar,
Mahkamah Sesyen di Ipoh. Salinan yang satu lagi hendaklah diposkan atau
dihantarserahkan kepada Plaintif yang alamatnya untuk penyampain adalah
10

seperti pada saman itu. Notis-notis itu hendaklah sampai kepada Pendaftar dan
Plaintif tidak lewat daripada 7 hari selepas penyampaian saman ini, termasuklah
hari penyampaian.
5. Kelengahan membayar atau mengembalikan notis boleh menambahkan kos.
6. Kiriman kepada Mahkamah melalui pos mestilah melalui KIRIMAN POS ATAU
KIRIMAN WANG SAHAJA, yang kena dibayar kepada Pendaftar dan dipalang &
CO, BAYARAN POS MESTILAH DIBAYAR DAHULU.
7. Melainkan jika kamu bayar atau buat pengakuan dan cadangan pembayaran itu
disetujuterima, kamu mestilah hadir di Mahkamah pada hari kembalian bagi
saman.
Kepada Plaintif
8. Jika kamu memilih untuk menyetujuterima amaun yang diakui oleh Defendan dan
cadangan tentang pembayaran itu, maka kamu mestilah dalam masa 2 hari
selepas penerimaan notis ini, menghantarkan notis kepada Pendaftar dan kepada
Defendan dalam Borang 36 dan kamu kemudiannya tidaklah perlu hadir di
pendengaran dan penghakiman akan dicatatkan mengikut pengakuan dan
cadangan Defendan.
9. Jika kamu tidak memilih untuk menyetujuterima amaun yang diakui oleh Defendan
atau cadangan tentang pembayaran itu, maka kamu mestilah, dalam masa 2 hari
selepas penerimaan notis ini, menghantarkan notis kepada Pendaftar dan kepada
Defendan dalam Borang 36 dan hadir di Mahkamah pada hari pendengaran.

11

You might also like