Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SULIT

SKDM
BAHASA MELAYU
011
MEI
2016
1 JAM 15 MINIT

PENTAKSIRAN PENGESANAN PECUTAN PRESTASI


BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
TAHUN 6
Satu jam lima belas minit

NAMA :__________________________________TAHUN:_________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2.

Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3.

Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawaban,


iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawaban sahaja.
Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan.
Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawaban yang baharu.

4.

Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini

____________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak.

BAHAGIAN A (20 markah)


1

Jawab semua soalan


1

____________ berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500.00 sekiranya


dapat meneka soalan kuiz ini, kata juruhebah radio itu.
A Kalian
B Anda
C Awak
D Engkau

2. Datuk Ferhad tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana _____________sedang


menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.
A. kami
B. kalian
C. dia
D. beliau
Soalan 3 berpandukan gambar di bawah

3.

Ming Yi __________ warna pada kertas lukisannya.


A mencakar
B mencelup
C mencalit
D menggarisi

4.

Durian itu tidak boleh dimakan lagi kerana masih _______, kata ayah kepada ibu.
A
lemau
B
lidas
2

C
D
5.

mengkal
masam

Nancy ____________________menceritakan masalah yang menyebabkan dia stress kepada


guru kaunseling.
A
telah
B
masih
C
harus
D
sedang

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Aktiviti gotong royong bukan sahaja meringankan beban kerja malah ________________
perpaduan masyarakat.
A.
B.
C.
D.

pengerat
dieratkan
keeratan
mengeratkan.

7. Nabil ________________tunangnya seutas rantai emas semasa hari pertunangan


mereka.
A hadiahkan
B dihadiahkan
C menghadiahi
D menghadiahkan
8. Suara Muhammad Amsyar _______________ sungguh sehingga mengganggu adiknya
yang sedang tidur.
A.
B.
C.
D.

lunak
garau
manja
nyaring

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.


3

9. Puan Salimah memilih ____________________yang hendak dibelinya di pusat kraf tangan.


A kisi-kisi
B labu-labu
C epok-epok
D buli-buli
10.Pasukan bola jaring sekolahnya gigih menjalani latihan. ______________, mereka gagal
menjuarai pertandingan itu.
A. Setelah itu
B. Kalau begitu
C. Tambahan pula
D. Namun demikian
11. Jagalah ____________________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua
daripada kamu,pesan Puan Norizah kepada anak gadisnya.
A. tutur kata
B. tutur nista
C. tutur bicara
D. tutur bahasa
12. ____________________kenaikan harga tol yang diumumkan oleh pihak kerajaan?
A Mengapakah
B Di manakah
C Berapakah
D. Siapakah
13. Pak Leman membawa beberapa ____________ pokok padi untuk ditanam di ________ sawah.
4

A cekak ... sebiji


B

batang ... sebuah

gemal ... sebidang

batang ... sebidang

14. Bot nelayan _______________di tengah laut itu akibat dipukul ombak.
A bersimpang-siur
B terumbang-ambing
C compang-camping
D berlintang- pukang
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
15. Murid-murid tidak melepaskan peluang mencanting batik ketika melawat kilang itu.
A Ketika berpeluang melawat kilang batik,murid-murid telah mencanting batik.
B Murid-murid melawat kilang itu supaya tidak terlepas peluang mencanting batik.
C Murid-murid tidak melepaskan peluang melawat kilang batik untuk mencanting batik.
D Ketika melawat kilang batik,murid-murid tidak melepaskan peluang untuk mencanting batik.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


16. I

Pak Cik Shahmin mengukir corak bunga raya pada jenang pintu rumahnya.

II Syazliyana tidak putus-putus mengukir senyuman semasa ditemu ramah.


III Pengusaha Restoran Mesra itu mengukir pendapatan lumayan setiap bulan.
IV Pelukis itu sangat gemar mengukir gambar pemandangan pada sehelai kanvas.
A. I dan II
B. II dan III
5

C. III dan IV
D. I dan IV
Soalan 17 hingga soalan 20
Baca petikan surat di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Wawa mengelek buku yang dipinjamnya dari perpustakaan sambil bergegas menuruni anak
tangga rumah. Di hadapan pintu dia terserempak dengan kakaknya yang baru pulang dari pasar.
Eh, mana adik dan emak? Sejak tadi kakak tidak mendengar suara mereka.
Emak dan adik pergi ke hujung kampung. Pada hari minggu ini, pak ngah mengadakan
kenduri, terang Wawa bersahaja.
Kamu hendak ke mana ? tanya kakaknya sambil meletakkan bakul yang penuh dengan barangbarang keperluan dapur.
Hari ini di sekolah saya ada jualan Hari Kantin. Sempena Hari Kantin, banyak gerai didirikan.
Gerai-gerai ini terletak di padang sekolah berhampiran dengan makmal komputer. Semua warga sekolah
mengambil bahagian. Ada yang menjual makanan,minuman,permainan,sukaneka dan pameran kraf
tangan. Saya ditugaskan menjaga gerai makanan. Nampaknya dapat makan percumalah hari ini, jelas
Wawa sambil mencapai basikalnya yang tersandar pada tiang.
Wawa terus mengayuh basikalnya. Di pertengahan jalan, dia bertembung dengan rakan
sekelasnya, Fadly yang sedang menunggu bas sekolah. Fadly,awak masih di sini? Sekarang sudah
pukul 8.40 pagi,ujar Wawa kepada rakannya itu.
Setahu saya bas sekolah selalunya datang tepat pada masanya, ujar Wawa lagi.
Hari ini saya tidak bernasib baik. Saya menunggu bas sejak pukul 8.00 pagi tadi. Mungkin bas
itu rosak,sebab
itulahBbas
muncul-muncul sehingga sekarang,balas Fadly
BAHAGIAN
( 30tidak
markah)
Kalau begitu, eloklah awak ikut saya. Kalau awak tunggu juga, alamat awak tidak akan dapat
mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan, pelawa Wawa kepada rakannya. Baiklah, kata
Fadly. Mereka pun meneruskan perjalanan ke sekolah.

17.

Apakah tujuan Wawa pergi ke sekolah pada pagi itu?

A. Untuk menjaga gerai makanan


B. Untuk menyertai acara sukaneka
C. Untuk membantu rakannya,Fadly
D. Untuk memulangkan buku di perpustakaan
6

UJIAN PPPP
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
011

18.
Wawa

Bahagian B

dapat
makan
percuma kerana
A. dia mengikut ibu dan ayahnya ke rumah pak ngah
B. sempena hari kantin semua murid dapat makan secara percuma
C. kakaknya membekalkan makanan sewaktu dia hendak ke sekolah
D. dia menjaga gerai menjual makanan sempena Hari Kantin sekolahnya
19.

Berapa lamakah Fadly menunggu bas?

A. 10 minit
B. 20 minit
C. 30 minit
D. 40 minit
20.

Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.

A. Bas sekolah selalu lewat kerana rosak

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Kod Pemeriksa:

B. Aktiviti di sekolah bermula pada pukul 8:40 pagi.


C. Emak dan kakak Wawa pergi ke rumah pak ngah.

No.Soalan

Markah

D. Wawa dan Fadly pergi ke sekolah kerana terlibat dalam aktiviti Hari Kantin
21
22
23
24
25

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI

Jumlah
30

SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Tulis nombor kad pengenalan atau


nombor sijil kelahirandan angka giliran
kamu pada petak yang disediakan.

2.

Jawaban kamu hendaklah ditulis pada ruang


jawaban yang disediakan dalam kertas soalan
ini.

3.

Serahkan Bahagian B ini bersama-sama


borang jawaban objektif kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

____________________________________________________________________________________
[Lihat halaman sebelah]
SULIT

BAHAGIAN B (30 markah)


Jawab semua soalan
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosng dalam petikan yang diberi.

mengemop
membaling

mengelap
menyapu

menarik
menampal

menyusun
menyidai

Pada hari Sabtu yang lepas, Murid-murid Tahun 6 Intan bekerjasama mengemaskan kelas mereka
supaya lebih bersih dan ceria.Hanis ditugaskan ______________________tingkap kelas mereka
8

supaya lebih bersih manakala Puteri dan Syasya pula_______________________meja supaya lebih
kemas dan rapi. Nizam pula ________________________sampah menggunakan sebatang penyapu.
Saiful ____________________ carta di bahagian belakang kelas mereka.
( 4 markah )

Soalan 22
a.Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
Ayat aktif
Wahida membalut hadiah hari lahir itu.
Ayat pasif
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
( 2 markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.


Selamat tinggal,Syahmi.
Saya balik dulu.Kita
jumpa petang nanti.

( 2 markah)
C. Soalan berikut berdasarkan pernyataan di bawah.
9

Hubungan kedua-dua orang saudara kembar itu sangat erat dan


sukar dipisahkan walaupun mereka selalu berselisih pendapat.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan di atas.


_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
( 2 markah)
Soalan 23
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pelbagai jenis tepung digunakan dalam penyediaan kuih-muih tradisional Melayu,antaranya
tepung beras,tepung pulut,tepung ubi,tepung sagu,tepung jagung,tepung kastard,tepung kacang
hijau,tepung kentang dan juga tepung gandum. Tepung beras adalah tepung yang paling banyak
digunakan dalam menyediakan kuih-muih tradisional Melayu terutama dalam membuat kuih
lapis,apam,tepung talam,laksa,juadah,bancuhan gorengan untuk pisang,keledek,sukun dan sebagainya.
Dalam penyediaan kuih moden pula, tepung beras diadun dengan tepung pilihan yang
bersesuaian dengan menu untuk mendapatkan tekstur kuih yang lebih lembut atau kenyal serta warna
dan rasa. Sebagai contoh,kita ambil cara-cara bagi penyediaan adunan kuih tepung pelita. Kuih tepung
pelita merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang sedap serta enak rasanya. Tepung pelita
merupakan sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama.
Bahan asas kuih tepung pelita terdiri daripada santan dan tepung beras. Adunan ini dimasak
dalam bekas yang diperbuat daripada daun pisang. Di tengah- tengahnya pula diisi dengan air gula
yang menjadikan kuih ini lemak manis. Kuih tepung pelita boleh disimpan dalam peti sejuk.
Pada asasnya, kuih tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas yang
dikenali sebagai kepala kuih. Bahagian kepala kuih tepung pelita ini amat lembut kerana bahan
utamanya berasaskan santan kelapa dan warnanya putih. Bahagian bawahnya pula diperbuat daripada
tepung beras dan biasanya berwarna kehijauan. Bahagian bawah ini agak keras sedikit berbanding
dengan bahgian kepala kuih. Daun pandan digunakan sebagai pewarna asli sekaligus menjadikan
aroma kuih tepung pelita ini wangi dan segar.
a. Kebanyakan kuih-muih tradisional Melayu berasaskan _______________________________
( 1 markah)
10

b. Apakah tiga bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih tepung pelita?
_________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
( 2 markah )
c. Garisi kata adjektif yang terdapat dalam ayat atau petikan yang disediakan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan seperti di bawah.
Tepung beras diadun dengan tepung pilihan yang sesuai dengan menu untuk mendapatkan
tekstur kuih yang lebih lembut.
Kuih tepung pelita merupakan antara puluhan jenis kuih tradisional masyarakat Melayu yang
sedap rasanya.
Bahagian bawah kuih tepung pelita ini keras sedikit jika dibandingkan dengan bahagian kepala
kuih tersebut.
Bahagian kepala kuih tepung pelita ini sangat lembut kerana bahan utamanya berasaskan adunan
santan kelapa.

( 2 markah )
( 2 markah)

Soalan 24
Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kepada

liana@yahoo.com

Daripada :

shihan@yahoo.com

Subjek

Pengalaman Berkhemah di Hutan Lipur Ulu Yam

11

Hai, Liana! Tujuan saya menghantar e-mel kali ini adalah untuk bercerita tentang pengalaman
saya bersama 34 orang ahli pengakap yang lain berkhemah di Hutan Lipur Ulu Yam pada
minggu lepas.
Sebelum bertolak ke tapak perkhemahan, kami berkumpul di kantin untuk mendengar
taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Hassan, selaku guru pengiring. Setelah itu, barulah kami
bertolak dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Kami beratur dengan tertib dan tidak
bertolak-tolakan sewaktu menaiki bas bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Kami tiba di sana pada pukul 10.00 pagi. Kami terus menjalankan tugas masing-masing
dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Ada yang memasang khemah, mencari kayu api,
mengambil air dan memasak makanan.
Pada sebelah petang pula, kami berkawad dan meredah hutan. Menjelang malam, kami
membuat unggun api dan menyaksikan persembahan yang disampaikan oleh setiap kumpulan.
Pada hari terakhir perkhemahan, kami mengemas tapak perkhemahan sebelum pulang.
Kami mengutip sampah sarap yang ada di sekitarnya. Selepas itu, barulah kami pulang. Kami
sangat berpuas hati kerana perkhemahan ini berjalan lancar.
Rasanya, setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam emel yang akan datang. Terima kasih.

a. Perkataan taklimat dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


________________________________________________________________________________
(1 markah)

b. Mengapakah peserta perkhemahan tidak bertolak-tolakan sewaktu menaiki bas?


_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(2 markah)
12

c. Apakah yang dilakukan oleh peserta perkhemahan pada sebelah petang hingga malam?
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(2 markah)
d.Adakah wajar mereka mengutip sampah di kawasan perkhemahan sebelum pulang? Mengapa?
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(3 markah)

Soalan

25

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Awasi Keselamatanmu
Sahabatku
13

Nasihatku jangan dilupa


Kata-kata ini amat bermakna
Walau di mana-mana kauberada
Keselamatan diri tetap diutama.
Sahabatku
Awasi dompetmu
Pastikan di sisimu
Biarlah bersama-sama
Takut nanti hilang entah ke mana
Kelak pasti jiwa merana.

Sahabatku
Bersendirian tanpa tuju
Mungkin bahaya sedang menunggu
Nanti diculik tak siapa yang tahu.
Sahabatku
Jika kamu hadapi masalah
Usah kamu berasa gundah
Pantang alah jangan pasrah
Tenangkan diri elak amarah.
Sahabatku
Awasi keselamatanmu
Usah leka akan nasihatku
Demi kasih sayangku yang jitu.

a. Apakah maksud rangkap pertama puisi di atas?


_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
(2markah)
b. Apakah yang perlu kita lakukan jika kita menghadapi masalah?
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
(2 markah)
14

c.Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan (x) bagi pernyataan yang salah berdasarkan pantun
tersebut.
Utamakan keselamatan diri walau di mana jua kita berada

Kita hendaklah jalan bersendirian


(1 markah)

Pantang alah jangan pasrah


Tenangkan diri elak amarah

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.


__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
( 2 markah)

15

Disediakan oleh

Disemak oleh

Disahkan oleh

(ROSNANI ABU SEMAN)


Guru Bahasa Melayu
SKDM

(NURHASMIZA BT MD NOR)
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SKDM

(NAZRI BIN KHALID)


PK Pentadbiran
SKDM

16

You might also like