Bimbingan Dan Kaunseling

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.....................................................................................2
Definisi bimbingan...............................................................................2
Definisi Kaunseling Individu.................................................................2
Definisi Kaunseling kelompok..............................................................3
2.0 BENGKEL SIMULASI KAUNSELING...................................................4
3.0 PENULISAN KRITIS............................................................................5
3.1 Teori-teori kaunseling.....................................................................5
3.1.1 Teori kaunseling behaviorisme............................................5
3.1.2 Teori REBT...........................................................................7
3.2 Kemahiran asas kaunseling...........................................................9
3.2.1 Kemahiran melayan dan mendengar................................10
3.2.2 Kemahiran memberi tindak balas (lisan & bukan lisan)....10
3.2.3 Kemahiran menyoal...........................................................11
3.2.4 Terapi seni.........................................................................12
3.3 Etika kaunseling...........................................................................14
4.0 RUJUKAN...........................................................................................15
5.0 LAMPIRAN.........................................................................................16

1.0 PENGENALAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073


Semua manusia menghadapi masalah tanpa batasan usia, bangsa, agama dan
kedudukan. Yang membezakan masalah mereka ialah jenis masalah yang dihadapi. Justeru
itu jalan penyelesaikan juga berbeza. Lumrahnya orang dewasa yang telah matang akan
lebih mudah utnuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Kanak-kanak pula
menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah dan mereka perlu dibantu dengan
bimbingan yang wajar untuk menyelesaikannya.
Guru harus membantu kanak-kanak untuk mendedahkan kemahiran bagaimana kanakkanak tersebut melihat masalahnya. Sekiranya ini mampu dilakukan oleh guru, kanak-kanak
akan memperolehi celik akal untuk menyelesaikan masalah mereka. Masalah-masalah yang
biasa dihadapi oleh kanak-kanak ialah seperti masalah akademik, komunikasi, rokok dan
dadah, konsep kendiri yang rendah, pengaruh rakan sebaya, disiplin, emosi dan sosial.
Martabat guru telah diangkat oleh masyarakat sebagai sesuatu profesion yang mulia.
Peranan guru di sekolah adalah bukan terhad kepada mengajar sahaja malah lebih
daripada itu. Guru berperanan sebagai ibu bapa yang perlu membimbing, menasihat dan
memperkembangkan potensi murid.

Definisi bimbingan
Sebagai seorang guru, seseorang itu haruslah mempunyai ilmu dan kemahiran untuk
membuat bimbingan kepada murid. Peranan guru sebagai pembimbing guru menjadi
penghubung di antara murid dengan murid, murid dengan ibu bapa, dan juga masyarakat.
Bimbingan merupakan satu tugasan yang penting dalam pendidikan. Guru memainkan
peranan yang penting dalam membimbing semua murid di bawah jagaan mereka secara
efektif. Tujuan utama bimbingan dalam pendidikan adalah untuk membantu murid-murid
yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran.
Menurut Suradi Salim, 1996 bimbingan merupakan suatu proses untuk membantu
individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan
kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. Secara ringkas, bimbingan
merupakan suatu proses yang melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan
mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai.

Definisi Kaunseling Individu


Kaunseling pula didefinisikan sebagai satu proses pertolongan yang bertujuan untuk
membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Kaunseling terdiri daripada
dua iaitu kaunseling secara individu dan juga kaaunseling secara kelompok. Kaunseling
individu ialah suatu proses perkhidmatan professional yang melibatkan dua orang iaitu

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073


kaunselor dan klien. Proses ini melibatkan seseorang akan membantu seseorang yang lain
melalui perbualan yang struktur dan bematlamat.
Menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974) kaunseling ialah satu proses interaksi yang
menggerakkan

pemahaman

yang

bermakna

terhadap

diri

dan

persekitaran

dan

menghasilkan pembentukan dan penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa
depan.

Definisi Kaunseling kelompok


Kaunseling kelompok pula merupakan satu pendekatan yang dinamik dan berkesan
dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan masalah. Pendekatan ini dikhususkan
bagi golongan individu biasa yang mengahadapi masalah yang sama dalam satu masa, dan
isu permasalahan yang dihadapi berbentuk permasalahan yang normal.
Gibson dan Mitchell (1981) mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai satu proses
membantu seseorang klien menyesuaikan diri dengan hal sehariannya dari aspek tingkah
laku, perhubungan peribadi, nilai diri, sikap serta pemilihan kerjaya yang bersesuaian
dengan kemahiran yang dimiliki oleh individu berkenaan. Dalam hal ini, pelaksanaan
kaunseling kelompok dilihat sebagai satu platform yang amat berkesan dalam membantu
ahli-ahlinya dalam menyelesaikan masalah di persekitarannya dan isu yang dibangkitkan
oleh mereka secara diskusi, perkongsian pendapat dan informasi dalam menemui solusi
yang paling sesuai dan tepat.
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa kaunseling individu ialah merupakan
pekhidmatan profesional melibatkan dua orang iaitu kaunselor dan klien dalam satu proses
yang berstruktur dan beretika untuk membantu klien memahami diri dan persekitarannya
dan menentukan cara klien bertindak di masa depan.

2.0 BENGKEL SIMULASI KAUNSELING

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073


Satu sesi kaunseling individu telah dijalankan dalam tempoh 30-40 minit. Murid hadir
untuk sesi kaunseling atas arahan guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris. Guru
melaporkan bahawa murid telah menunjukkan tingkah laku yang bermasalah di dalam kelas,
selain murid tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Selain itu, murid turut mempunyai
masalah dalam pembelajaran dan prestasi akademik yang memerlukan bimbingan dan
dorongan moral melalui sesi kaunseling. Melalui sesi kaunseling yang telah dijalankan, saya
mendapati bahawa terdapat beberapa faktor dan punca kepada permasalahan di atas.
Bimbingan kaunseling secara individu telah dibuat dengan tujuan untuk membantu murid
berkenaan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dan seterusnya membuat
pemilihan-pemilihan alternatif yang disarankan dengan harapan ianya dapat membantu
murid menyelesaikan masalah sendiri. Sesi kaunseling telah direkodkan dalam bentuk audio
dan didokumentasikan dalam bentuk cakera padat.

3.0 PENULISAN KRITIS

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073

3.1 Teori-teori kaunseling


Terdapat pelbagai jenis teori dalam kaunseling dan pelbagai aplikasi yang boleh
digunakan sewaktu proses bimbingan dan kaunseling. Kaunselor akan memilih teori yang
dapat disesuaikan dengan permasalahan yang dihadapi oleh klien agar bidang masalah
yang dihadapi oleh klien dapat diatasi dengan berkesan. Berdasarkan sesi kaunseling yang
telah dijalankan, saya telah mengaplikasikan beberapa teori sewaktu menjalankan sesi
kaunseling tersebut. Berikut merupakan jenis-jenis teori yang telah diaplikasikan:

3.1.1 Teori kaunseling behaviorisme


Teori Behaviorisme atau teori tingkah laku diasaskan pada tahun 1950-an B.F
Skinner merupakan tokoh terkemuka yang menggunakan Teori Kaunseling Behaviorisme.
Dalam bidang kaunseling, teori tingkah laku mendapat pelbagai pandangan dan prosedur,
namun kesemua pengamalnya masih tetap melihat pada tingkah laku yang dapat dilihat,
penentu tingkah laku semasa, pengalaman pembelajaran yang membawa kepada
perubahan dan penilaian serta petaksiran yang ketat.
Tingkah laku dipengaruhi oleh perkara yang menjadi rangsangan dan proses
penghantaran kognitif seperti proses berfikir, ataupun nilai atau sikap seseorang. Menurut
terapi tingkah laku, pandangan terhadap manusia adalah seseorang itu merupakan
penyebab dan hasil daripada persekitarannya sendiri. Terapi menggunakan teori tingkah
laku mempunyai matlamat bagi meningkatkan kemahiran seseorang itu untuk sedar bahawa
setiap individu mempunyai banyak pilihan dalam membuat respons. Dan matlamat utama
penggunaan teori ini adalah bertujuan untuk individu mengatasi kekurangan yang terdapat
dalam tingkah laku.
Melalui sesi kaunseling yang telah dijalankan, saya mengaplikasi teori tingkah laku
memulakan perbincangan mengenai kelakuan murid di dalam kelas. Langkah ini adalah
untuk mengumpul data mengenai perkembangan murid di dalam kelas mengenai tingkah
laku yang dapat dikaitkan dengan tingkah laku yang bermasalah. Murid atau klien ini tidak
tahu matlamat asal atau dalam erti kata lain, murid ini tidak menyedari atau mengetahui
bahawa tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah merupakan tingkah laku yang
negatif. Maklumbalas daripada persekitaran serta pemerhatian oleh guru lain yang
membuktikan tingkah laku murid tersebut di dalam kelas. Contoh soalan yang diajukan
adalah seperti,
Apakah subjek kesukaan awak?
Apa yang menarik mengenai subjek tersebut?
5

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073


Apakah yang menyebabkan awak tidak suka akan matapelajaran tersebut?
Apakah yang awak sering lakukan di dalam kelas sewaktu guru mengajar?
Adakah awak faham dengan ajaran guru tersebut?
Apakah kesan daripada tingkah laku yang telah awak nyatakan tadi?
Apakah perasaan awak?
Melalui soalan-soalan yang diajukan kepada murid, pernyataan masalah tingkah laku
murid dapat dikesan dan seterusnya punca masalah tingkah laku dapat diambil. Murid dapat
mengesan tingkah laku yang bermasalah dan sedar mengenai kesan daripada tingkah laku
tersebut. Dengan menggunakan maklumat yang telah dikumpul dan dianalisis, kaunselor
dan murid masing-masing menetapkan matlamat kaunseling secara bersama-sama.
Dengan ini, murid akan dapat menentukan hasil rawatan yang dikehendaki. Sebagai contoh,
murid ini telah memberi strategi untuk mengubah tingkah laku beliau sendiri iaitu dengan
memilih untuk lebih fokus di dalam kelas, mendengar arahan daripada guru, dan selalu
bertanya guru jika tidak memahami perkara yang diajar.
Melalui teori tingkah laku ini juga, murid cakna bahawa perubahan tingkah laku yang
sepatutnya dilakukan untuk mendapat kesan yang positif. Apabila murid tahu untuk
membuat pilihan dan bersedia untuk mengambil tindakan atas pilihannya sendiri, murid
telah bersedia untuk menamatkan sesi kaunseling. Walaubagaimanapun, setelah sesi
kaunseling dijalankan, saya telah mendapati bahawa masalah pembelajaran serta masalah
tingkah laku negatif murid ini adalah disebabkan murid tidak mahu datang ke sekolah dan
menyebabkan murid ketinggalan dalam pelajaran. Untuk mendapatkan data yang lebih
mendalam mengenai punca murid tidak mahu ke sekolah, saya telah mengaplikasikan teori
yang lain kepada murid.

3.1.2 Teori REBT


6

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073


Teori yang telah diaplikasikan sewaktu sesi kaunseling ialah teori REBT. Terapi
tingkah laku Rasional Emotif (Rational Emotive Behavior Therapy / REBT) merupakan satu
sistem dan amalan psikoteraputik serta satu bentuk fahaman yang dikemukakan oleh Albert
Ellis. Dalam penulisan Ellis, beliau telah menyatakan bahawa manusia jarang dipengaruhi
secara emosi dari luar individu tetapi oleh persepsi, sikap dan pandangannya sediri
terhadap peristiwa dan perkara yang berada di luar dirinya.
Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin (2015) melalui buku Bimbingan dan
Kaunseling kanak-kanak, teori REBT mengemukakan pandangan bahawa manusia menjadi
tewas atau dirinya terganggu dengan dua cara iaitu dengan berpegang kepada kepercayaan
tidak rasional mengenai kendiri (gangguan ego) atau dengan berpegang kepada
kepercayaan

tidak

rasional

mengenai

emosi

atau

keselesaan

fizikal

(gangguan

ketidakselesaan).
Dengan berpandukan model ABC yang telah dibentuk oleh Albert Ellis, saya telah
mengaplikasikan teori tersebut sewaktu sesi kaunseling. Model ABC yang telah aplikasikan
telah dicatatkan secara ringkas seperti berikut:
Model ABC (Albert Ellis)
A=
Activating
Events
(permulaan
peristiwa)
Contoh soalan :
Adakah anda selalu merasa rendah diri?
Apakah yang menyebabkan anda rasa rendah diri?
Apakah andaian anda terhadap peristiwa tersebut?
Apakah kesan terhadap berfikiran negatif mengenai perkara tadi
Bermula daripada langkah A, merujuk kepada kelakuan murid yang degil dan nakal
di dalam kelas serta mempunyai masalah pembelajaran. Murid ini percaya bahawa rakanrakan dan guru tidak menyukainya kerana dia tidak pandai seperti rakan-rakannya yang lain.
Punca peristiwa ini adalah daripada perasaan rendah diri yang timbul dalam diri murid.
Murid turut mengadu mengenai rakan-rakan yang suka mengejek dan membulinya kerana
tidak pandai membaca. Akibatnya, murid ingin mengelak untuk datang ke sekolah, atau
terpaksa datang ke sekolah lalu menunjukkan tingkah laku bermasalah di dalam kelas.
Melalui teknik REBT, murid telah dibantu untuk memahami peranannya ketika
membuat pertimbangan yang tidak logik dan andaian yang mengecewakan (daripada B),
7

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073


lalu mencabar dan mempersoalkan kelakuannya sendiri, dan membantu dirinya sendiri
secara konstruktif (E).

D=
Disputing
(mempertik
Penilaian kendiri murid yang menghukum atau membuat generelisasi yang
keterlaluan menyebabkan murid sering berasa kecewa terhadap diri sendiri dan rendah diri
terhadap rakan-rakan dan guru. Daripada hasil kaunseling, murid telah difahamkan
mengenai tanggapan negatif yang dibuat oleh diri murid sendiri. Justeru itu murid mampu
mengubah persepsi dan tanggapan terhadap dirinya sendiri. Dengan menggunakan teknik
REBT, kaunselor membantu murid untuk mempertikai kepercayaan tidak rasionalnya,
kemudian murid akan cuba mengaplikasi teknik ini di dalam situasi-situasi lain dalam
kehidupan seharian.

3.2 Kemahiran asas kaunseling


8

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073


Untuk membantu klien menambah baik kualiti kehidupan mereka melalui
pengendalian masalah atau isu yang dihadapi serta membuat perubahan positif, kaunselor
perlu menunjukkan minat terhadap kehidupan klien. Ini melibatkan diri, masalah serta
kesukaran klien. Terdapat pelbagai teknik dan kemahiran asas dalam melakukan sesi
kaunseling Davidson (2009) telah mengemukakan model kaunseling dengan tiga fasa iaitu
membina hubungan, meneroka perkara yang ingin menjadi perhatian klien secara
mendalam dan meneroka jalan penyelesaian secara bersama klien.
Dalam fasa yang pertama iaitu membina hubungan dengan klien, saya telah
memperkenalkan diri sebagai kaunselor dan memberitahu mengenai peranan yang
dipegang oleh kedua-dua belah pihak. Untuk meyakinkan lagi murid, guru boleh mula
menstruktur hubungan dengan menayakan keadaan murid dalam membina rapo.
Contohnya seperti
Selamat datang, apa khabar?
Adakah awak berasa selesa?
Awak sudah makan?
Dalam fasa yang pertama juga, saya telah berusaha untuk menimbulkan keselesaan
dalam diri murid supaya murid lebih mudah dan selesa untuk berkongsi cerita dan masalah
yang dihadapi.
Tugas kaunselor di sini adalah untuk memastikan murid dapat merasakan bahawa
guru nya itu merupakan seorang yang boleh dipercayai untuk dikongsikan permasalahan.
Kaunselor perlu menunjukkan riak muka yang tenang dan ceria. Selain itu, perlu dijelaskan
kepada murid bahawa segala apa yang dikongsikan oleh murid akan dirahsiakan, supaya
murid dapat membina kepercayaan dan lebih bersikap terbuka dengan kaunselor.
Sebagai contoh frasa yang saya gunakan ialah seperti Awak tidak perlu risau
kerana apa sahaja yang dibual dalam sesi kaunseling ini, adalah rahsia kepada kita berdua.
Tidak ada orang lain yang berhak mengetahui isi perbincangan kita pada hari ini.
Dalam fasa yang kedua, iaitu meneroka masalah klien secara mendalam kaunselor
perlu mengaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran dalam kaunseling. Terdapat pelbagai
kemahiran yang boleh diaplikasikan ketika melalui proses kaunseling. Antara kemahiran
yang telah diaplikasikan dalam sesi kaunseling saya adalah seperti berikut:

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073

3.2.1 Kemahiran melayan dan mendengar


Kemahiran melayan bermaksud bagaimana seorang kaunselor bertindak balas dan
memberi respons ketika murid sedang berkongsi masalah yang dihadapi. Dalam kemahiran
melayan, kaunselor harus memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang diceritakan
atau dikongsi oleh murid / klien. Perkara yang perlu diberi tumpuan dalam kemahiran
melayan ini adalah termasuk bahasa badan yang diterampilkan oleh murid serta
kesenyapan yang berlaku semasa sesi temubual sedang berlangsung. Kaunselor juga perlu
sentiasa peka dengan intonasi suara klien semasa murid sedang bercerita atau berkongsi
mengenai maklumat-maklumat mengenai dirinya. Ekspresi muka dan wajah kaunselor
memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan minat dan kefahaman mengenai
masalah yang dihadapi oleh klien.
Dalam kemahiran mendengar pula, dengan mendengar membolehkan murid
merasakan dirinya dihargai dan dihormati. Di samping itu juga, seperti yang telah
diaplikasikan dalam sesi kaunseling saya, kaunselor menunjukkan bahawa dia sedang
mendengar secara aktif dengan menggunakan pelbagai kemahiran sepanjang masa
perhubungan dengan murid. Saya menekankan postur atau keadaan kaunselor yang
menghadap murid dalam keadaan tegak dan adakalanya condong sedikit untuk
menandakan bahawa kaunselor sedang mendengar cerita murid.

3.2.2 Kemahiran memberi tindak balas


Selain itu juga, saya telah memberikan respons secara lisan dengan pelbagai cara
yang sesuai seperti menggangguk, dan turut memberikan dorongan minimum seperti
hmmm, oooooh, dan respons dorongan minimum yang lain supaya murid lebih terdorong
untuk terus berkongsi maklumat. Dorongan minimum sangat diperlukan sebagai tanda
sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Ishammuddin Ismail
(1999) menjelaskan bahawa tujuan melakukan dorongan minima ialah supaya kaunselor
memberi perhatian, menolong penerokaan kendiri klien, supaya klien terus bercakap, serta
mempengaruhi arus perbualan.
Kemahiran mendengar juga melibatkan mendengar secara reflektif di mana
kaunselor perlu melibatkan proses menyatakan semula apa yang telah didengar dengan
jelas atau apa yang telah dinyatakan oleh klien. Contohnya membuat ulangan prafrasa
yang menunjukkan bahawa kaunselor mendengar secara aktif. Kemahiran prafrasa ialah
kemahiran yang dibuat dengan menyatakan semula isi cerita secara ringkas supaya mudah
difahami. Contoh penggunaan prafrasa yang digunakan adalah seperti:

10

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073


Ooo..Jadi awak rasa seperti rakan-rakan awak tidak sukakan awak.
Tadi awak ada nyatakan bahawa rakan-rakan menghina awak, boleh awak jelaskan
keadaan tersebut?
Di samping itu, selain memberikan respons secara lisan, kemahiran komunkasi
secara bukan lisan atau menggunakan bahasa badan merupakan kemahiran yang penting
yang perlu diaplikasikan dalam sesi kaunseling. Sebagai contoh, ekspresi muka kaunselor
haruslah sesuai dengan keadaan dan cerita yang dikongsi oleh murid. Kaunselor perlu ada
rasa empati dalam mendalami masalah murid supaya dapat meyakinkan bahawa kaunselor
faham dan benar-benar mengahayati perkongsian murid. ini membolehkan klien atau murid
merasa selesa dan wujud sifat kebolehpercayaan pada diri kaunselor. Bahasa badan juga
turut merangkumi aspek kontak mata, isyarat tangan, postur dan pergerakan tubuh serta
suara yang diaplikasikan dengan baik oleh kaunselor. Menurut Maznah dan Zainal (2003)
menjelaskan bahawa komunikasi bukan lisan adalah mesej yang disampaikan bukan
melalui tutur kata tetapi melalui ekspressi muka, kontak mata dan gerak geri kaunselor.
Melalui sesi kaunseling yang telah dijalankan, saya telah mengaplikasikan kemahirankemahiran tersebut mengikut kesesuaian keadaan yang ditunjukkan oleh murid.

3.2.3 Kemahiran menyoal


Kemahiran menyoal merupakan salah satu kemahiran yang paling penting dalam
sesi kaunseling. Ini kerana melalui penggunaan kemahiran penyoalan yang betul, kaunselor
dapat mengetahui pelbagai maklumat daripada murid atau klien. Dalam menggunakan
kaedah penyoalan, kaunselor hendaklah memastikan soalan yang hendak ditanya itu
sesuai, laras penyoalan yang difahami oleh murid dan mudah dijawab. Teknik penyoalan
digunakan untuk mendapatkan maklumat serta untuk mendapatkan kepastian daripada
murid. Kemahiran menyoal terdiri daripada dua iaitu mengunakan soalan jenis terbuka dan
soalan jenis tertutup.
Soalan jenis terbuka adalah seperti bagaimanakah dan mengapakah. Soalah jenis
terbuka adalah bertujuan untuk menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang
panjang lebar daripada murid. Matlamat utama dalam soalan terbuka ialah ntuk
mendapatkan gambaran dan perkembangan mengenai perkara yang sedang dibincangkan.
Contoh soalan yang saya telah gunakan adalah seperti:
Apakah perkara yang membuatkan awak rasa rendah diri?

11

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073


Bagaimanakah peristiwa yang telah berlaku mempengaruhi awak sehingga awak
berfikir sedemikian?
Soalan jenis tertutup pula ialah soalan yang menghadkan kepada satu atau
beberapa patah perkataan yang tertumpu. Soalan tertutup ditanya bagi mendapatkan
matlamat yang khusus iaitu seperti :
Siapa yang hantar awak ke sekolah setiap hari?
Apa subjek kegemaran awak?
Soalan tertutup juga diguankan bagi tujuan menggalakkan sesi kaunseling daripada
terkeluar dari topik perbincangan, memenuhi jurang maklumat yang spesifik dan
mengurangkan percakapan klien yang banyak. Soalan yang menghasilkan jawapan ya
atau tidak juga merupakan salah satu contoh soalan tertutup.

3.2.4 Terapi seni


Terapi seni dapat meningkatkan kesedaran kendiri serta menyampaikan maklumat
tentang peristiwa yang menjadi permasalahan kepada murid. Melalui lukisan atau hasil seni,
kanak-kanak dapat meluahkan perasaannya mengenai kekurangan, kehilangan, kesakitan,
pengabaian atau penderaan yang telah berlaku kepada dirinya. Terapi seni merupakan satu
bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Terapi seni dikatakan dapat membantu mengurangkan
tekanan dan ketakutan selain dapat melalaikan kanak-kanak.
Melalui sesi kaunseling yang telah dijalankan, saya telah mendapati bahawa
penggunaan terapi seni dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja murid yang
mempunyai masalah psikologi emosi melalui lukisan yang telah dilukis. Pada lukisan murid
(rujuk lampiran), terdapat gambaran situasi yang sedang berlaku di dalam kelas. Setelah
melalukan teknik soal jawab, beberapa maklumat penting telah dikenalpasti. Lukisan murid
tersebut menceritakan mengenai rakan kelas yang pernah menumbukknya, dan gambaran
seorang guru yang sedang marah dan merotan seorang murid.
Dapatan sesi kaunseling menunjukkan di mana murid mengalami pengalaman yang
menyebabkan murid tidak mahu ke sekolah dan punca murid menunjukkan tingkah laku
yang bermasalah di dalam kelas. Sebagai rawatan, murid telah diterangkan mengapa punca
kejadian tersebut berlaku dan akibat daripada tindakan murid. Kaunselor menekankan
bahawa guru yang memarahi murid mesti berpunca daripada sesuatu kesalahan yang murid
lakukan. Murid haruslah diterangkan mengenai kesalahan yang telah dibuat terlebih dahulu.
Ini kerana sesetengah murid tidak tahu apakah punca sebenar guru memarahi dan
12

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073


mendenda murid lalu menganggap bahawa dirinya menerima deraan fizikal tanpa sebab. Ini
menyebabkan murid tidak mahu untuk datang ke sekolah atau menunjukkan kelakuan
memprotes.
Kaunselor berperanan untuk membina kepercayaan yang positif dalam diri murid
dengan latihan yang berterusan daripada murid sendiri. Murid haruslah berusaha untuk
menjaga tingkahlaku dan sentiasa berfikiran positif untuk mencapai kecemerlangan dan
berjaya dalam akademik. Dalam mengahadapi kehidupan seharian pula, murid haruslah
tahu dan dapat berfikiran waras mengenai sebab dan akibat dalam membuat sesuatu
kelakuan yang tertentu. Kesimpulannya, sesi kaunseling membantu murid untuk lebih sedar
tentang kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri sendiri dan murid dibimbing supaya
menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindak balas orang lain di persekitarannya.

13

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073

3.3 Etika kaunseling


Etika merupakan batasan yang dikenakan bagi mneghadkan tingkahlaku individu.
Seperti profesion yang lain, seorang kaunselor haruslah patuh kepada Etika Kaunselor.
Dalam konteks Malaysia, Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) telah menyediakan
etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi oleh semua kaunselor. Sewaktu menjalankan sesi
kaunseling, etika-etika ini hendaklah dijaga bagi menjaga standard mengenai tatalaku yang
sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.
Dalam skop kaunseling, perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi
peluang kepada klien untuk berkembang kearah kehidupan yang lebih bahagia dan
bermakna. Kaunselor berperanan sebagai pemudahcara kepada klien dalam menangani isu
dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaan.
Dalam

menjalankan

sesi

kaunseling

bersama

murid,

kaunselor

haruslah

bertanggungjawab dalam mengutamakan kepentingan klien. Etika dalam kanseling


bertujuan untuk menjamin keselamatan dan juga perhubungan yang dibina dalam suatu
sesi. Kaunselor juga hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala
maklumat yang diperoleh. Pada awal sesi kaunseling, saya telah meyatakan kepada murid
bahawa sesi kaunseling ini adalah menjadi kerhasiaan antara kaunselor dan murid. Saya
juga turut memberitahu murid bahawa sesi ini akan direkod dalam bentuk video dan murid
bersetuju dengan permintaan tersebut.
Seorang kaunselor haruslah menjalankan tugasnya dengan jujur dan ikhlas serta
tidak mempunyai kepentingan peribadi apabila membantu klien. Etika penting semasa
mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam mengurus individu, keluarga, organisasi
dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan bersama. Seorang
kaunselor juga hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertangungjawab
terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan
kendiri yang dibuat oleh klien.

14

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073

4.0 RUJUKAN
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2015) Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak
Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdb. Bhd.
Choong Lean Keow (2010).Siri Pendidikan Perguruan Bimbingan dan Kaunseling KanakKanak Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (2000). Siri Diploma Perguruan Bimbingan dan Kaunseling III Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gazda, G. M., Duncan, J. A., & Meadows, M. E., (1967). Counseling and group
Procedures report of a survey. United Kingdom: Oxford University Press.
Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan dan Taquddin Abd Mukti (2012).
Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling Selangor: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
Posthuma, B. W., (1996). Small groups in counseling and therapy: process and lleadership.
Publication.
Cikgu Man (24 Jan 2012) Verbatim daripada sesi kaunseling individu, dilayari daripada
laman
sesawang
http://chegu-man.blogspot.my/2012/01/verbatim-daripada-sesikaunseling.html pada 8 Mac 2016
Cempaka Yaakob (24 Julai 2014) Etika kaunseling, dilayari daripada laman sesawang
http://biskuti.blogspot.my/2014/07/etika-kaunseling.html pada 8 Mac 2016
Roslee Ahmad () kemhairan asas seorang kaunselor dilayari daripada laman sesawang
https://www.academia.edu/1842198/KEMAHIRAN_ASAS_SEORANG_KAUNSELOR
pada 8 Mac 2016

15

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073

5.0 LAMPIRAN
MAKLUMAT MURID

NAMA PENUH :
TARIKH LAHIR :
ALAMAT :
NAMA AYAH :
PEKERJAAN :
NAMA IBU :
PEKERJAAN :

MASALAH YANG DIHADAPI : Mendapat laporan daripada guru subjek bahawa murid sukar
untuk beri tumpuan dalam kelas. Menunjukkan tingkah laku negatif di dalam kelas. Prestasi
akademik kurang memuaskan.

16

You might also like