Dibimbing

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bina ayat dengan menggunakan kata kerja pasif

1. dibimbing

2. dipelajari

3. difahami

4. dikejar

5. disewa

Terima Kasih, Rakanku


Masalah dalam mata pelajaran Matematik sering kali saya hadapi di sekolah.
Saya sentiasa mendapat markah yang rendah. Firdaus ialah rakan karib saya

yang pintar dalam mata pelajaran Matematik. Saya dan rakan sering dibantu
olehnya dalam mata pelajaran ini. Tajuk-tajuk yang masih tidak difahami lagi
kami pelajari daripadanya. Dia memberikan segala ilmu untuk mengajar kami
sehingga benar-benar faham.
Masih saya ingat akan jasanya berkongsi buku ketika sama-sama
membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Kadang-kadang saya diajak
ke rumahnya atau sama-sama ke perpustakaan untuk mengulang kaji
pelajaran. Dia akan memastikan bahawa saya betul-betul faham tentang tajuk
yang dipelajari. Akhirnya, saya mendapat gred A dalam peperiksaan akhir
tahun.
Selain itu, kami berkongsi hobi yang sama. Hobi kami bermain
badminton. Kami sentiasa berlatih bermain badminton di sekolah atau di
gelanggang yang disewa oleh bapanya. Latihan yang berterusan serta nasihat
daripada bapanya menyebabkan kami berjaya menjadi johan dalam
pertandingan badminton peringkat sekolah. Seterusnya, kami dapat mewakili
sekolah ke peringkat daerah. Kami gembira kerana dapat mengharumkan
nama sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada Firdaus kerana membantu saya
mengatasi segala masalah dan mencapai impian saya.

You might also like