KH Keratan Batang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGENALAN

Pokok-pokok hiasan penting untuk mengindahkan dan menceriakan sesuatu kawasan seperti
rumah, pejabat, pusat perniagaan, dan sekolah. Terdapat pelbagai jenis pokok yang boleh
ditanam sebagai tanaman hiasan. Pokok hiasan boleh ditanam sama ada didalam bekas seperti
pasu atau di tempat terbuka. Tanaman hiasan mempunyai daun yang menarik, bunga yang
pelbagai warna, dan bentuk yang unik.

PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG


Keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan
kayu hijau atau lembut.
Cara mengambil keratan batang:
Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan
anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata
tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun. Tentukan sekurang- kurangnya ada 1
tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5
- 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk
keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak
akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk
debu.

Memilih Pokok Hiasan Yang Boleh Dibiakkan Melalui Keratan Batang


1. Pilih keratan batang yang sihat daripada pokok induk yang baik.
2. Pilih keratan batang yang bebas daripada penyakit dan perosak
3. Contoh tumbuhan yang dibiakkan mealui keratan batang.

MEDIUM SEMAIAN
Menyediakan Medium Penanaman
Sediakan ketiga-tiga bahan untuk campuran medium yang terdiri daripada tanah loam, pasir
sungai dan bahan organik. Tanah Bahan Pasir loam Organik sungai . Tapis ketiga-tiga medium
secara berasingan. Sukat medium mengikut nisbah isipadu 7:3:2 (atau 3:2:1) dengan baldi.
Gaulkan bahan supaya sebati. Masukkan medium penanaman ke dalam beg politena dan
siram hingga lembap.

Menyediakan Keratan Batang


1. Pilih dahan yang sihat dan yang berdiameter antara 1 cm 1.5 cm.

2. Potong dahan tersebut sepanjang 10 15cm dengan sekateur.

3. Potong bahagian pangkal secara serong.

Langkah Menyemai Keratan Batang

Lembapkan bahagian pangkal keratan batang


Celup keratan batang ke dalam serbuk hormon pengakaran.
Buat lubang pada medium dengan mencucukkan sebatang kayu kecil.
Tanam keratan batang ke dalam lubang secara menyerong.
Kejapkan permukaan medium.
Siram medium.
Letakkan bekas semaian di tempat yang teduh.

BUNGA ROS

Pembiakkan bunga ros dari keratan batang adalah kaedah yang sentiasa digunakan untuk
membiakkan pokok bunga ros. Masa yang terbaik untuk mengambil keratan batang dari
pokok bunga ros ialah ketika tumbuhan ini dalam keadaan yang baik ketika awal musim
panas. Batang yang bukan baru atau matang sepenuhnya dan mempunyai bunga yang pudar
atau bunga yang baru saja kehilangan kelopak adalah yang paling sesuai. Pilih batang yang
mempunyai putik bunga yang tidak menunjukkan warna terlalu muda.

Jenis Bunga Ros

Untuk Pengetahuan, bunga Ros ada yang jenis memanjat (climbing) dan juga jenis shrub/bush
ataupun jenis renek. Untuk yang jenis memanjat pokoknya tinggi dan perlukan sokongan
(trellis).
Antaranya ialah

1. Red Eden - jenis climber. Bunga paling tahan lama . Hampir 3 minggu bertahan ditangakai.
Pokok tinggi melebihi 7 kaki.

2. Red Fountain - Bunganya boleh tahan lama hampir 2 minggu. Size 2.5" begitu cantik,
comel dan wangi. Warnanya yang merah ang ang, nampak menarik di bawah terik cahaya
matahari.

3. Laguna - Rajin dan meriah berbunga dengan saiz bunga besar, kelopak tebal,
tahan bebrapa hari dan tone warna yang menarik.

4. Graham Thomas - Warna kuning sinar yang


ceria memukau mata sesiapa yang melihatnya. Dengan kelopak yang cantik, cuppy dan bau
yang wangi pasti peminat-peminat ros mahu memilikkinya.

Cara Pembiakkan Bunga Ros Melalui Keratan Batang

1. Pilih keratan batang yang sihat dan matang.


2. Ambik keratan dari bahagian atas tumbuhan itu dan dari tepi.

3. Pilih bahagian 10 hingga 15cm panjang dan mempunyai sekurang kurangnya dua atau tiga
daun. Daun mampu menghasilkan klorofil daripada proses fotosintesis dan hormon
penggalak
akar.
4. Dengan menggunakan pisau atau gunting, buat potongan pada sudut 45 darjah untuk
memaksimumkan kawasan untuk perakaran.
5. Buang bunga atau tunas dari bahagian yang dipotong dan juga setiap daun yang lebih
rendah.
Potong separuh daun yang tinggi untuk mengurangkan kehilangan kelembapan.
6. Celupkan 5cm bahagian bawah potongan ke dalam cecair khas untuk penggalakan akar .
7. Dengan menggunakan pensel buat lubang kecil dalam medium tanah untuk batang pokok
di
masukkan kedalam medium.
8. Tutup keratan batang dengan beg plastik.
9. Pastikan media tanah lembab dan tunggu sehingga akar muncul .
10. Selepas 3 atau 4 minggu boleh alihkan keratan batang ke dalam pasu.

Rujukan
http://rosayus.blogspot.my/
http://www.akademiflora.com/tip-menanam-pokok-bunga-ros/
http://www.bungaros.com/informasi.html

http://www.akademiflora.com/tip-menanam-pokok-bunga-ros/

You might also like