Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Menghuraikan Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu.

Sintaksis merupakan satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara
frasa, klausa dan ayat dibentuk. Bidang kajian sintaksis ini telah dipelopori oleh
Noam Chomsky seperti yang dibicarakan oleh beliau dalam buku Syntactic
Structure yang akhirnya melahirkan pengajian am tatabahasa transformasi
generatif oleh Frank Parker (1994). Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang
ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstuksi ayat.
Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang
mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Manakala melalui Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, sintaksis merupakan
pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dan sebagainya) tentang
susunan kata dalam ayat. Persoalan sintaksis adalah ayat-ayat yang tidak
menentu maknanya atau binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam
menghasilkan ayat gramatis seseorang itu perlu tahu dan mahir dalam beberapa
aspek seperti mematuhi struktur binaan ayat, memahami hukum tatabahasa
Melayu itu sendiri dan menyedari bahawa kegramatisan ayat itu mestilah
bermakna.Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya dua patah perkataan ataupun satu patah
perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua patah perkataan atau
lebih contoh frasa ialah sekolah, sekolah rendah, sebuah sekolah, sebuah
sekolah rendah dan sekolah rendah luar bandar. Dalam contoh diatas, sekolah
bukan lagi bertaraf perkataan tetapi boleh dinamakan frasa kerana bentuk itu

boleh diperluas menjadi sekolah rendah, sebuah sekolah, sebuah sekolah


rendah dan sekolah rendah luar bandar.
Frasa ditakrifkan sebagai satu unit bahasa yang terdiri lebih daripada satu
perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk bergabung dengan
perkataan atau frasa lain dengan kehadiran subjek dan predikat atau keduaduanya sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya. Frasa terbahagi kepada
empat iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Frasa kerja ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya.
Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh
yang berikut. Ayat yang pertama ialah Pelajar itu menangis teresak-esak. Pelajar
itu merupakan subjek manakala menangis teresak-esak ialah predikat (frasa
kerja), contoh ayat yang kedua ialah Atlet itu berlari sepantas kilat, Atlet itu ialah
subjek manakala berlari sepantas kilat ialah predikat (frasa kerja). Contoh ayat
yang ketiga ialah Wangnya tersimpan dalam Amanah Saham , subjek dalam
ayat ini ialah Wangnya manakala predikat (frasa kerja) ialah tersimpan dalam
Amanah Saham. Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif
atau kata kerja transitif.
Contoh ayat Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan
objek,

iaitu

tidak

diikuti

oleh

frasa

nama

sebagai

penyambut

untuk

melengkapkannya. Contoh ayat seperti yang berikut Anak kucingnya terjatuh ke


dalam perigi buta. Ayat di atas menunjukkan kata kerja terjatuh tidak diikuti oleh
frasa nama sebagai objek, maka kata kerja ini tergolong sebagai kata kerja tak
transitif.

Sebaliknya, kata kerja jenis ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan
penerang. Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja tak transitif
dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Pelengkap tidak boleh
ditiadakan kerana tanpanya kata kerja tersebut tidak sempurna. Terdapat tiga
jenis pelengkap iaitu pelengkap kata nama, pelengkap kata adjektif, dan
pelengkap frasa sendi nama. Contoh ayat bagi pelengkap kata nama adalah
Rumah nenek saya beratapkan bertam, kata kerja tak transitif adalah
beratapkan manakala pelengkap kata nama adalah bertam. Contoh ayat yang
kedua adalah Meja solek itu beralaskan sutera Cina, kata kerja tak transitif
adalah beralaskan manakala pelengkap kata nama adalah sutera Cina.
Contoh yang ketiga adalah Pak Kaduk berbajukan kertas, kata kerja tak
transitif adalah berbajukan manakala pelengkap kata nama adalah kertas.
Pelengkap kata adjektif contoh ayat, Kesihatannya beransur baik kata kerja tak
transitif adalah beransur manakala pelengkap kata adjektif adalah baik.
Keadaannya menjadi genting kata kerja transitif adalah menjadi manakala
pelengkap kata adjektif adalah genting. Penduduk kampung itu berbuat baik ,
kata kerja transitif adalah berbuat manakala pelengkap kata adjektif adalah
berbuat baik.
Seterusnya pelengkap kata nama, contoh ayat Kereta itu menjunam ke
dalam gaung , kata kerja tak transitif adalah menjunam manakala pelengkap
frasa sendi nama adalah ke dalam gaung. Contoh ayat yang ke dua ialah Kakak
bekerja di Sarawak ,kata kerja tak transitif adalah bekerja manakala pelengkap

frasa sendi nama adalah di Sarawak. Contoh ke tiga ialah Keluarganya menetap
di luar negara ,kata kerja tak transitif adalah menetap manakala pelengkap frasa
nama adalah di luar negara.
Seterusnya penerang kata nama, penerang ialah kata nama yang mengikuti
kata kerja tak transitif. Kata nama seperti ini bukanlah objek kerana fungsinya
hanya menerangkan kata kerja tersebut semata-mata. Ayat yang mengandungi
kata kerja tak transitif dengan penerang tidak boleh dipasifkan contoh ayat Ah
Seng berkedai kopi, kata kerja tak transitif adalah berkedai manakala penerang
kata nama pula adalah kopi. Contoh yang kedua ialah Keluarga Rahim
berkebun sayur, kata kerja tak transitif adalah berkebun manakala penerang
kata nama adalah sayur. Ayat yang ketiga Gadis itu berbaju batik ,kata kerja tak
transitif adalah berbaju manakala penerang kata nama adalah batik.
Terdapat juga kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan sebarang
penerang dan pelengkap seperti contoh ayat berikut, ayat pertama Semua
pelajar telah pulang, contoh ayat yang kedua Daun-daun pokok berguguran,
contoh ayat ketiga Penduduk kampung bergotong-royong. Seterusnya, kata
kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek, iaitu kata kerja ini mesti
diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut

untuk melengkapkan kata kerja

tersebut contohnya seperti yang berikut, contoh ayat pertama Rina menulis surat
kepada sahabatnya,ayat kedua Puan Laila menyiram pokok bunga setiap
petang, ayat ketiga Mereka membersihkan rumah sebelum hari raya. Selain
mempunyai binaan kata kerja sebagai inti dan diikuti frasa nama sebagai objek,
frasa kerja transitif juga boleh mempunyai keterangan. Dalam contoh ayat

satu,dua, dan tiga diatas, frasa yang dihitamkan adalah unsur keterangan
mengikuti objek.
Unsur keterangan tersebut boleh terdiri daripada frasa nama, frasa adjektif dan
frasa sendi nama seperti contoh ayat yang berikut. Contoh yang pertama,Mereka
meraikan tetamu malam tadi . Contoh yang kedua, Abang menghantar adik ke
sekolah hari ini. Contoh ayat yang ketiga ialah Ayah membeli sayur-sayuran
segar.
Frasa kerja yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek boleh terdiri daripada
satu objek ataupun dua objek seperti contoh ayat yang berikut. Contoh ayat yang
pertama, Kakak menyiapkan kertas kerjanya, contoh ayat yang kedua Aini
membancuh kopi, contoh yang ketiga Ibu menjahitkan ayah baju Melayu,
contoh ayat keempat Kakak menghidangkan tetamu itu makanan Barat. Dalam
ayat satu dan dua, perkataan yang dihitamkan ialah kata kerja transitif yang
diikuti oleh satu objek sahaja, iaitu kertas kerja dan kopi, manakala dalam ayat
tiga dan empat, kata kerja tersebut diikuti oleh dua objek, iaitu objek tepat dan
objek sipi. Objek langsung yang mengikuti kata kerja dinamakan objek tepat,
iaitu ayah dan tetamu. Frasa yang mengikuti objek tepat pula dinamakan objek
sipi, iaitu baju Melayu dan makanan Barat .
Perbezaan frasa dengan klausa ialah frasa tidak mengandungi subjek dan
predikat. Dalam satu susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen
kepada klausa ataupun konstituen kepada frasa itu sendiri.

You might also like