Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Istana Jafar

Latar belakang bangunan/binaan


Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan Istana Jahar ini
telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari
seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari
Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari
Kampung Atas Bangol serta Haj i Mohd Salleh Dato
Kaya Bakti . Upacara pembinaannya telah dilakukan
dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana
merupakan tempat bersemayam dan lambang
kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah.
Mengikut Arifin bin Abd. Rashid dalam bukunya
Ringkasan Sejarah Kelantan : Dalam tradisi
pemerintahan Raja-raja Melayu Istana merupakan
tempat untuk kediaman perlindungan menerima tamu
mesyuarat dan menjalankan pemerintahan juga
sebagai pusat pengajian Islam serta mengeluarkan
banyak hasil-hasil sastera . Pada tahun 1886 Sultan
Muhammad 11 mangkat tetapi bangunan Istana yang
baru masih dalam pembinaan. Baginda telah digantikan
oleb anakanda baginda yang sulung iaitu Raja Long
Sulong. Setelah menaiki takhta baginda memakai
gelaran Sultan Ahmad.
Baginda Sultan Ahmad menitahkan agar kerja-kerja
pembinaan istana baru ini diteruskan sehingga ia siap
sepenuhnya. Akhimya pada tahun 1887 setahun
selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Muhammad
11 barulah istana ini siap dan boleh didiami.Di samping
Istana Jahar ini Baginda Sultan Ahmad juga
menintahkan agar dibina sebuah lagi istana baru di
sebelah hilir Istana Balai Besar untuk Tengku Bongsu.
Istana ini kemudiannya dikenali dengan nama Istana
Tengku Sri Akar.

Sumber: http://www.come2kelantan.my/place/istanajahar-muzium-adat-istiadat-diraja-kelantan

Muzium Adat ini telah ditubuhkan pada tahun 1992


bertempat di Istana Jahar yang merupakan istana
tempat bersemayan Al-Marhum Sultan Ismail Ibni
Sultan Muhammad ke IV (1920 1944). Bangunan ini
merupakan bangunan yang menjadi hak milik PMNK
dan telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah
Negeri Kelantan pada 2005 (AKTA- 645).
Disini di pamerkan Adat Istiadat DiRaja seperti;
pertunangan, perkahwinan, melenggang perut, adat
pijak tanah dan lain-lain yang berkaitan.
Bangunan ini sendiri telah melambangkan senireka
bangunan dan hiasan istana kesultanan Kelantan yang
terkenal itu.
Pada bahagian belakang bangunan istana ini terletak
Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senajata
lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik,
kelewang dan lain-lain senjata.
Sumber:
http://www.muzium.kelantan.gov.my/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=39&Itemid=278
&lang=ms

Istana Jahar yang terletak berhampiran dengan Istana


Balai Besar adalah di antara istana-istana yang menarik
yang terdapat di sekitarbandar Kota Bharu. Malah
Istana Jahar ini juga telah mula dibina dalam masa
pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886)
setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan
pembinaan Istana Balai Besar.
Tujuan pembinaan Istana Jahar oleh Sultan Muhammad
II ini adalah untuk dikurniakan kepada cucundanya
yang bernama Long Kundur Bendahara. Berikutan
kemangkatan Sultan Muhammad II pada tahun 1886,
takhta negeri Kelantan diganti oleh Long Sulong yang
memerintah dengan gelaran Sultan Ahmad. Pada masa
pemerintahan baginda Istana Jahar diteruskan
pembinaannya sehingga ia siap.
Pada tahun 1889, setelah tiga tahun di atas takhta
Kerajaan, Sultan Ahmad mangkat dan digantikan oleh
Long Kundur Bendahara dengan gelaran Sultan
Muhammad III. Baginda Sultan Muhammad III telah
menjadikan Istana Jahar sebagai tempat
persemayaman baginda, selain daripada Istana Balai
Besar.
Pada masa pemerintahan Sultan Muhamad IV, baginda
telah menjadikan Istana Balai Besar sebagai tempat
bersemayam baginda. Namun Istana Jahar masih juga
digunakan. Istana ini tidak mempunyai nama
sehinggalah pada tahun 1911 selepas Sultan Muhamad
IV pulang daripada melawat Singapuradan membaiki
Istana ini. Istana ini diberi nama Istana Jahar,
mengambil sempena nama daripada sejenis pokok
bunga yang menghiasi halaman Istana Jahar. Istana ini
kemudiannya dikurniakan kepada puteranya Tengku
Ismail yang bergelar Tengku Seri Indera Mahkota.

Selepas kemangkatan Sultan Muhamad IV pada tahun


1920, puteranya Tengku Ismail menggantikan baginda
menaiki takhta Kerajaan Kelantan bergelar Sultan
Ismail. Sultan Ismail tidak bersemayam di Istana Balai
Besar sebaliknya bersemayam di Istana Jahar iaitu
istana yang dikurniakan oleh Almarhum ayahanda
baginda.
Sultan-sultan Kelantan yang kemudian seperti Sultan
Ibrahim (1944-1960) dan Sultan Yahya Petra (19611979) tidak lagi bersemayam di Istana Jahar sebaliknya
mempunyai istana sendiri.
Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja
Negeri Kelantan. Muzium ini mempamerkan sejarah
kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal
hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada
masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di
bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa
bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan
hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan.
Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk
asal bangunan ini tetap dipelihara. Seni binanya yang
unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah
menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan
muzium itu.
Istana Jahar yang terletak di sisi Istana Balai Besar di
tengah-tengah bandar Kota Bharu adalah contoh
warisan seni bina Melayu yang indah dan menarik.
Sekiranya anda berkesempatan berkunjung ke
sini, Istana Jahar dan istana-istana lain di sekitarnya
jelas kelihatan di tengah-tengah bangunan baru dan
moden. Namun pembangunan pesat kawasan
sekitarnya tidak menjejaskan bangunan warisan
bangsa yang banyak menyimpan rahsia sejarah.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Jahar

Sultan Muhammad II telah memindahkan pusat


pentadabiran Kelantan dari Kota Saba ke Kota Bharu
sekarang ini pada tahun 1844. Semasa pemindahan
pusat pentadbiran ini, Baginda telah mengarahkan
pembinaan sebuah Istana untuk baginda bersemayam.
Istana Balai Besar ini tlah menjadi tempat bersemayam
beberapa orang Sultan iaitu bermula dari Sultan
Muhammad II (1839-1886), Sultan Ahmad (1886-1889),
Sultan Muhammad III (1890-1891) dan Sultan Mansur
(1891 1900) dan Sultan Muhammad IV (1900-1920).
Istana Balai Besar adalah Istana Keramat buat
keturunan Kesultanan Kelantan dan disinilah tempat
berlangsungnya segala upacara rasmi dan adat istiadat
diRaja dari tahun 1845 hingga sekarang. Upacara rasmi
yang pertama diadakan sempena menyambut Surat
Sejabat atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada
Sultan Muhammad II.
Isi kandungan Surat Sejabat ini adalah pengesahan
Tuan Senik Mulut Merah sebagai Sultan Muhammad II
oleh Raja Maha Besar Siam yang juga penaung
Kelantan. Raja Siam tersebut juga memberi gelaran
kepada Sultan Muhammad II sebagai Pia Lecha
Kelantan.
Sepanjang Istana ini menjadi tempat bersemayam
Sultan-sultan Kelantan, beberapa tambahan telah
dilakukan pada Istana Balai Besar seperti pada
bahagian hadapan dan balai penghadapan iaitu pada
masa pemerintahan Sultan Muhammad IV dan Sultan
Ismail. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan
bentuk asal reka bentuk Istana yang unik ini.
Istana Balai Besar dibina oleh tukang yang mahir di
Kelantan pada waktu itu. Ia diketuai oleh Muhamad

Salleh seorang tukang yang berasal daripada


Terengganu dan menetap di Kampung Kangkong, dalam
jajahan Pasir Mas. Beliau satu-satunya orang yang
mahir dalam pertukangan dan membuat ukiran pada
masa itu.
Istana dua tingkat ini menjadi tempat berlangsungnya
segala upacara seperti pertabalan, kemahkotaan dan
lain-lain. Ia juga merupakan suatu institusi yang
mengekalkan sumber adat resam Melayu. Di ruang
dalam istana ini terdapat singgahsana tempat
bersemayam, Dewan Penghadapan dan tempat
persandingan.
Upacara rasmi terbaru yang dilangsungkan di Istana
Balai Besar ini adalah ketika pertabalan Tengku
Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan dengan
gelaran Sultan Muhammad V pada 13 September 2010.
Walaupun Istana Balai Besar tidak lagi menjadi
kediaman Sultan-sultan Kelantan selepas Sultan
Muhamad IV, tetapi istana ini tetap dijadikan istana
rasmi bagi segala upacara dan adat istiadat diraja
sehingga ke hari ini.
Berhampiran Istana Balai Besar terdapat sebuah
bangunan lama yang juga ada kaitan dengan istana
tersebut. Bangunan ini dikenali dengan Rumah
Membuat Bunga Emas. Rumah ini dijadikan sebagai
tempat membuat bunga emas iaitu hadiah kepada
Kerajaan Siam setiap tiga tahun sekali sebagai tanda
persahabatan pada zaman dahulu.

Istana Jahar, sebuah Istana kebanggan Rakyat Kelantan


dahulu dan kini. Ianya masih tersergam indah di
Bandraya Islam, Kota Bharu. Ianya terletak
berhampiran Istana Balai Besar. Ia juga antara istanaistana menarik yang terdapat di Kota Bharu.
Istana ini mula dibina semasa pemerintahan Long Senik
Mulut Merah atau lebih dikenali sebagai Sultan
Muhammad II (1837 1886) setelah pembukaan
bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar.
Sultan Muhammad II membina istana ini adalah untuk
dikurniakan kepada cucundanya yang bernama Long
Kundur Bendahara. Setelah kemangkatan Sultan
Muhammad II pada 1886, Long Sulong yang lebih
dikenali sebagai Sultan Ahmad telah menyambung
pembinaan istana ini hingga sempurna.
Sultan Ahmad telah mangkat pada tahun 1889 dan
digantikan oleh anakanda baginda iaitu Long Kundur
Bendahara dengan gelaran Sultan Muhammad III.
Baginda telah menjadikan Istana Jahar sebagai Balai
Besar dan tempat persemayaman baginda.
Sultan Muhammad IV telah menaiki takhta setelah
kemangkatan mengejut Sultan Muhammad III. Baginda
telah menjadikan Istana Balai Besar sebagai tempat

bersemayam, dan Istana Jahar masih lagi digunakan.


Sebenarnya istana ini tidak mempunyai nama
sehinggalah pada tahun 1911 sekembalinya baginda
dari lawatan ke Singapura. Istana ini beri nama
sempena daripada nama sejenis pokok bunga yang
menghiasi halaman Istana Jahar. Kemudiannya, istana
ini dikurniakan kepada puteranya Tengku Ismail yang
bergelar Tengku Seri Indera Mahkota.
Selepas kemangkatan Sultan Muhammad IV pada 1920,
Tengku Ismail menggantikan baginda dengan gelaran
Sultan Ismail dan bersemayam di Istana Jahar yang
dikurniakan oleh Almarhum ayahanda baginda.
Sultan-sultan Kelantan yang kemudian seperti Sultan
Ibrahim (1944-1960) dan Sultan Yahya Petra (19611979) tidak lagi bersemayam di Istana Jahar sebaliknya
mempunyai istana sendiri.
Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja
Negeri Kelantan. Muzium ini mempamerkan sejarah
kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal
hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada
masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di
bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa
bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan
hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan.
Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk
asal bangunan ini tetap dipelihara. Seni binanya yang
unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah
menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan
muzium itu.
Istana Jahar yang terletak di sisi Istana Balai Besar di
tengah-tengah bandar Kota Bharu adalah contoh
warisan seni bina Melayu yang indah dan menarik.
Sekiranya anda berkesempatan berkunjung ke sini,

Istana Jahar dan istana-istana lain di sekitarnya jelas


kelihatan di tengah-tengah bangunan baru dan moden.
Namun pembangunan pesat kawasan sekitarnya tidak
menjejaskan bangunan warisan bangsa yang banyak
menyimpan rahsia sejarah.
Sumber:
https://sejarahkelantan.wordpress.com/tag/istana-jahar/

You might also like