Assigment de Bono

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Pendahuluan :

Edward de Bono telah dilahirkan di Malta. Beliau mendapat pendidikan awal di


St.Edwards College, Malta dan Royal University of Malta dan mendapat ijazah dalam bidang
kedoktoran. Beliau melanjutkan pelajaran sebagai seorang Rhodes Scholar kepada Chirst
Church, Oxford di mana beliau memperolehi ijazah kepujian dalam bidang psikologi dan
fisiologi serta doktor falsafah dalam bidang perubatan. Beliau juga mendapat doktor falsafah dari
Cambrigde dan pernah menjawat jawatan di beberapa buah university termasuk Oxford, London,
Cambrigde dan Harvard.
Edward de Bono pernah mengendalikan program kurikulum terbesar untuk mengajar
berfikir secara langsung di sekolah-sekolah. Beberapa buah Negara seperti Venezuela telah
mewajibkan pembelajarannya di semua sekolah dan penggunaannya terus meningkat di negaranegara lain seperti Kanada, Amerika Syarikat, Cina, dan lain-lain. Petunjuk Edward de Bono
dalam kaedah berfikir juga dikehendaki oleh syarikat-sayarikat terkenal seperti NTT (Jepun), Du
Pont, Ericsson, United Technologies, American Standard, Exxon dan Shell. Kaedah Six hats
atau Enam Topi kini digunakan di beberapa buah syarikat besar seperti Prudential dan IBM.
Beliau juga pernah berkhidmat untuk pihak kerajaan untuk beberapa buah negara termasuklah
Kerajaan California mengenai sisa toksik. Beliau mungkin pernah mengajar eksekutif-eksekutif
kanan pada hari ini dan pada keesokannya beliau mungkin mengajar kanak-kanak berusia
sembilan tahun di sebuah sekolah rendah.
Edward de Bono juga pernah dijemput untuk berucap di mesyuarat- mesyuarat seperti
The Institute of Institutional Investors, The Commonwelth Law of Conference, The American
Bar Association, The World Congress and Emergency and Disaster Medicine, The World
Economic Forum (Davos) dan The Society of Information Managers. Pada tahun 1989 beliau
mempengerusikan mesyuarat Anugerah Nobel di Seoul, Korea Selatan.
Beliau adalah pengasas dan pengarah Cognitive Research Trust (1969) dan The Centre
for Study of Thinking serta pengasas SITO (Supernatural Independent Thinking Organisation)
yang telah ditubuhkan selaku menyediakan cara berfikir kreatif dan tambahan mengenai
masalah-masalah dan isu-isu Persatuan Bulan Sabit Merah Intelek. Beliau juga menubuhkan
sebuah Task Force on Thinking di Washington.
Edward de Bono

Edward de Bono telah dijemput untuk memberi ceramah dan bekerja di lebih empat
puluh buah Negara. Beliau telah menulis lebih daripada tiga puluh buah buku dan telah
diterjemahkan ke dalam dua puluh empat bahasa termasuklah bahasa Cina, Korea, Jepun, Russia,
Arab, Hebrew (Yahudi), Urdu, Indonesia dan semua bahasa utama dunia. Beliau telah membuat
dua siri televisyen iaitu De Bonos Course in Thinking untuk BBC dan The Greatest Thinkers
untuk WDR, Jerman. Beliau juga telah menerbitkan risalah berita yang diterbitkan sepuluh kali
setahun serta mencipta satu permainan klasik L-Game (Permainan L) yang dianggap sebagai
permainan termudah pernah dicipta. Beliau mungkin lebih dikenali sebagai pencipta kata-kata
Literal Thinking yang dimasukkan ke dalam kamus Oxford English.
Kesimpulannya Edward de Bono merupakan seorang tokoh ahli fikir yang sangat
terkenal di dunia. Beliau memperkenalkan beberapa jenis pemikiran dan menjadi rujukan utama
ahli fikir masa kini. Beliau adalah pengasas pemikiran literal yang menganggap kreativiti adalah
tingkah laku yang menghasilkan maklumat dalam sistem otak dan diterjemahkan melalui
pergerakan dan tingkah laku seseorang individu menggunakan rangkaian neural dalam otak.
Daripada pertimbangan sedemikian wujudlah pemikiran literal, pemikiran selari dan sebagainya.
Edward de Bono(1993) telah menggunakan menggunakan pendekatan CoRT Thinking
Program dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak. Teori ini
bertujuan mengukur tahap perkembangan otak kanak-kanak mengikut peringkat umur dan
kebolehan diri kanak-kanak. Menurut Edward de Bono, kreativiti seseorang individu wujud
dalam diri seseorang individu tanpa disedari oleh individu itu sendiri.
Pengenalan:
Pemikiran:
Sistem pemikiran seringkali disebut sebagai pemikiran saintifik atau sistem pemikiran
bersepadu merupakan sistem pemikiran yang tersusun dan berdasarkan kaedah saintifik (Mohd.
Yusof Hasan, 2000, hal. 1). Begitulah juga apabila kita berdepan dengan kata pemikiran (bahasa
Inggeris think, thinking) pastinya kita tidak menemui suatu makna konkrit bagi kata itu (Lihat
Mohd. Yusof Hasan, Mohamad Azmi Ab. Rahman, Ghazali Hamid dan Syd. Abdul Rahman Syd.
Zin, 2001, hal. 12-14). Gove (1986, hal. 2376 2377), misalnya menyatakan bahawa think/
thinking ialah to have in ones mind as an intention or desire, to have as an opinion, the
Edward de Bono

action of using ones mind to produce thoughts, the kind of thought that belongs, having or
using the ability to think. Manakala de Bono, sarjana pemikiran lateral menyatakan bahawa
pemikiran (thinking) adalah kebijaksanaan atau kecerdasan manusia (1997, hal. 11).
Ramai orang tidak mengendahkan cara dirinya berfikir berbanding mereka mengambil
berat mengenai cara mereka berjalan atau bernafas. Berfikir seolah-olah merupakan satu proses
semula jadi dan seseorang itu berpuas hati dengan tahap pencapaian masing-masing.
Walaubagaimanapun, tedapat satu perbezaan yang ketara antara individu-individu menunjukkan
bahawa berfikir mungkin adalah satu kemahiran.
Selain daripada bernafas ,berfikir boleh dikatakan sebagai aktiviti yang biasa dilakukan
oleh manusia.Kita makan,tidur,berjalan dan bercakap hanya pada masa-masa tertentu. Akan
tetapi, selagi kita berada dalam keadaan yang sedar, kita tidak berhenti berfikir. Kebolehan
berfikir secara abstrak mempunyai dan menjana idea membezakan manusia daripada makhluk
lain.
Konsep Pemikiran:
Berfikir bertujuan mencari makna.John Dewey mendefinasikan berfikir sebagai operasi
yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta lain supaya fakta
yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.
Beyer mendefinasikan berfikir sebagai manipulasi input deria dan persepsi yang diingat
kembali secara mental untuk membentuk pemikiran,sebab, atau keputusan.
Pemeringkatan Prinsip Pemikiran Edward de Bono:
Berlaku satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan bahagian
kiri berfikir secara kritis. Sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha otak manusia untuk
mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar. Edward de Bono (1995)
menyatakan, terdapat 5 premis yang menyebabkan kreativiti sebagai kebolehan yang perlu
dimiliki oleh individu, organisasi dan masyarakat. Antaranya ialah:
Untuk perubahan dan pembaikan.
Untuk menyelesaikan masalah.
Edward de Bono

Untuk memberi nilai dan peluang baharu.


Untuk masa depan.
Untuk motivasi.
Bagi peringkat kanak-kanak,Edward de Bono telah mencipta cara untuk mengesan
kebolehan kanak-kanak melalui beberapa teori tertentu. Edward de Bono telah mempopularkan
teori beliau berasaskan kepada dua asas pemikiran utama iaitu :
Lateral Thinking
Six Thinking Hats
CoRT thinking for teaching thinking in schools

Pemikiran Literal:
Pemikiran mendatar juga dikenali sebagai " Lateral Thinking" yang diperkenalkan oleh
Edward De Bono. Menurut Edward De Bono ,Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian
masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah
pemikiran yang menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari
daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama ia juga
bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan
mencipta idea-idea baru. Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara
menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan
logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan
yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.Dari segi
definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan
daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa)
sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang
agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.
Pemikiran lateral ini diasaskan oleh Edward de Bono yang juga merupakan seorang pakar
dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan corak berfikir jenis ini setelah
Edward de Bono

mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. Ia bukan bertujuan
menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ia merupakan satu corak pemikiran yang
cuba mencari jalan terpantas dan sememangnya dia berjaya menyelesaikan masalah bukan sahaja
menepati kriteria yang dikehendaki tetapi ia amat berkesan. Pemikirannya dapat dirumuskan
dalam kata-kata di bawah: Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempattempat lain kalau kita asyik menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi (Ainon Mohd &
Abdullah Hassan,1996).Terdapat beberapa banyak kepentingan pemikiran lateral antaranya ialah:
1. Pembinaan Idea Baru.
2. Pembaharuan Dalam Perkembangan Produksi Dan Sistem Pemasaran.
3. Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan.
4. Pengkajian Data Daripada Pelbagai Sudut Untuk Mendapatkan Maklumat Berguna.
5. Pencarian Jalan bagi Menyempitkan Perbezaan Pendapat di kalangan manusia.
CoRT ( Cognitive Research Trust ):
Edward de Bono telah memperkenalkan banyak teori berdasarkan pemikiran lateral.
Beliau juga menyarankan banyak alat berfikir untuk mengatasi sesuatu permasalahan dengan
lebih cekap dan efisien lagi. Program CoRT (Cognitive Research Trust) iaitu salah satu teknik
alat berfikir yang telah diperkenalkan oleh Edward de Bono.Program yang dicipta merangkumi
pemikiran kreatif, konstruktif dan kritis. Beliau telah memperkenalkan 6 bahagian CoRT iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

CoRT 1: Keluasan dan persepsi.


CoRT 2 : Organisasi proses berfikir.
CoRT 3 : Interkasi, argument, pemikiran kritis
CoRT 4: Kreativiti
CoRT 5: Maklumat dan perasaan
CoRT 6: Tindakan

CoRT 1: KELUASAN DAN PERSEPSI


CoRT 1 terdiri daripada tujuh teknik asas dan tiga teknik panduan
1. PMI ( Plus , Minus , Interesting )

Edward de Bono

PMI ialah perkara-perkara yang baik , buruk dan menarik.


PMI adalah bertujuan untuk meluaskan sudut pandangan kita.
PMI digunakan sebelum kita membuat sebarang keputusan.
PMI membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang penting.
P : Senaraikan semua yang baik.
M : Senaraikan semua yang buruk.
I : Senaraikan semua yang tidak buruk dan tidak pula baik , tapi menarik
Untuk difikirkan semula.
Dalam pelajaran ini pelajar dikehendaki supaya memikirkan dan menyenaraikan semua
kebaikan (Plus),keburukan (Minus), dan menarik (Intresting) pada sesuatu idea. Tujuan alat ini
ialah supaya pelajar melaskan pemikirannya apabila melihat sesuatu situasi. Alat ini berfungsi
sebagai kaedah untuk mengelakkan kecenderungan biasa dimana seseorang terdorong untuk
membuat reaksi emosional pada sesuatu idea. Pengunaan kaedah PMI membuatkan murid luas
pandangan. Ramai individu yang pintar, apabila mereka berfikir mereka menggunakan oatak dan
pengetahuan mereka dan mempertahankan apa-apa yang mereka percaya adalah benar dan betul.
Biasanya mereka lakukan dengan membuktikan pandangan dan pendapat orang lain sebagai
salah.
Dalam aktiviti menajamkan kemahiran berfikir kepada murid, guru atau pendidik perlu
menerangkan kaedah PMI ini dengan jelas supaya mereka faham. Kedah berfikir PMI ini melihat
individu-individu membuat penilaian ke atas apa-apa yang mereka lihat mahupun dengar, itu
salah,ini betul, dan lain-lain. Penilaian mereka berdasarkan apa yang mereka tahu. PMI ialah satu
kaedah untuk berfikir yang bertujuan memperluaskan persepsi individu.PMI memaksa kita
supaya berhenti sejenak sebelum cepat-cepat membuat penilaian. PMI menghendaki kita supaya
memikirkan dahulu situasi yang ada di depan kita sebelum membuat sebarang pendapat atau
keputusan.PMI ini adalah alat yang kita gunakan supaya otak kita janagn berfikir satu hala
sahaja. Hasilnya persepsi kita menjadi luas. PMI adalah alat yang mudah diguanakan oleh murid.
Ia sangat sesuai dengan kehidupan sehari-hari. Menurut Edward de Bono, alat ini amat digemar
oleh murid-murid sekolah.
2. AGO ( Aims , Goals , Objectives )
AGO adalah matlamat , tujuan dan objektif .
Edward de Bono

AGO dapat meluaskan sudut pandangan .


AGO dapat membantu dalam mengingatkan tujuan asal.
AGO juga dapat membantu seseorang berfikir secara terfokus.
Latihan berfikir mengikut kaedah bertujuan (Aims), bermatlamat (Goals) dan objektif
( Objective) atau dikenali sebagai AGO, ini dapat memperluaskan sudut pandangan kita dan
menolong kita focus perkara yang betul semasa berfikir serta menolong kita sentiasa ingat tujuan
asal kita berfikir supaya kita tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai.AGO
menekankan pentingnya matlamat. Pelajar dikehendaki menyorot oleh sebab dan supaya
untuk menjuruskan mereka berfikir cara menfokuskan persoalan yang hendak diselesaikan. AGO
mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Kerap kali kita
berfikir berputar-putar, kadang-kadang menyeleweng adakalanya fikiran kita menghadapi jalan
buntu. Dalam keadaan begitu, kita terlupa objektif kita berfikir, fikir akan hasilnya yang hendak
dicapai. Sebelum pelajar-pelajar hendak membuat sesuatu perbincangan, berbincanglah dulu
berkenaan AGO perbincangan itu. Jadikan AGO itu fokus perbincangan, jangan lari atau
menyeleweng daripada tajuk perbincangan itu.
AGO membantu kita tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai.
AGO mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan.
Kerap kali kita berfikir berputar-putar. Adakalanya fikiran kita lari menyeleweng.
Biasa pula fikiran kita menghadapi jalan buntu. Dalam keadaan begitu, kita terlupa
objektif asal kita mula-mula berfikir.

Apa tujuan kita mula berfikir tadi?


Apa matlamat yang hendak kita capai?
Apa hasil yang kita rancangkan?
Mengapa ini pula kita fikirkan sekarang?

Contoh soalan perbincangan:


1. Apakah AGO hidup kamu?
2. Apakah AGO kita belajar Pendidikan Keselamatan Jalan Raya?
3. Apakah AGO kamu datang ke sekolah
Sebelum memulakan perbincangan berbincang dahulu berkenaan AGO perbincangan itu.
Jadikan AGO itu focus perbincangan. Jangan lari atau menyeleweng.

Edward de Bono

3. APC ( Alternatives , Possibilities , Choice )


APC merupakan alternatif , kemungkinan dan pilihan .
Alat kemahiran APC menggunakan kaedah alternative (alternatives), kemungkinan
(possibilities), pilihan (choices). Alat ini digunakan supaya kiat dapat berfikir secara selari.
Biasanya kita berfikir mara ke depan. APC menghendaki kita memikirkan beberapa perkara
serentak. Alat ini melatih para pelajar menerbitkan pelbagai alternative dan fikiran yang luar
daripada kebiasaan. Ia digunakan untuk melawan reaksi yang beku dan reaksi emosional. APC
juga digunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi. Apabila berfikir, otak selalu
mahu cepat-cepat maju ke depan. Fikirkan juga kemungkinan-kemungkinan lain. APC ialah alat
yang memaksa kita berhenti sejenak sebelum otak maju ke depan. Ada banyak jenis alternative
yang boleh membantu kita membuat pilihan.

APC membolehkan seseorang melihat perkara yang sama dari pelbagai sudut
pandangan.

APC membuatkan seseorang memikirkan beberapa tindakan yang patut dibuat .


APC membolehkan seseorang mencari cara lain bagi menyelesaikan masalah yang

sama.
APC juga juga digunakan untuk mencipta pelbagai alternative,kemungkinan dan

pilihan.
APC juga digunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi.
Apabila berfikir, otak selalu mahu cepat-cepat maju ke depan. Nantikan dulu, fikirkan
juga kemungkinan-kemungkian yang lain. APC ialah alat yang memaksa kita berhenti
seketika sebelum otak maju ke depan.

Jenis alternatif:

IDEA: Idea-idea alternatif untuk melakukan perkara yang sama. Idea-idea berbeza
untukmelakukan perkara-perkara yang sama. Idea-idea juga berbeza
Untuk melakukan perkara-perkara yang berbeza. Ada idea baru untuk tujuan yang sama.

Ada idea baru untuk tujuan yang baru.


PERSEPSI: Benda atau perkara yang sama boleh dilihat daripada pelbagai sudut.
TINDAKAN: Dalam sesuatu situasi , ada beberapa perkara yang dapat kita buat bagi
menghadapinya.contoh: Ada berapa cara kita boleh menimbang gajah hidup?

Edward de Bono

PENYELESAIAN: Apabila berhadapan dengan masalah, ada berapa cara kita

menyelesaikan masalah tersebut.


PENDEKATAN: Apabila berhadapan dengan masalah, ada berapa cara pendekatan yang

dapat kita gunakan bagi mencipta penyelesaiannya.


PENJELASAN: Mengapakah sesuatu itu terjadi? Mengapakah remaja mudah
terpengaruh menggunakan dadah?
REKA CIPTA: Ada pelbagai reka cipta bagi sebuah paying, sebuah cawan, sebuah enjin
dan lain-lain. Tiap-tiap satu daripada reka cipta itu tetap memenuhi
tujuan asal ciptaan tersebut.
Adakalanya kita dipaksa oleh keadaan untuk mencipta alternative-alternatif lain.

4. CAF ( Consider All Factors )


CAF atau mengambil kira semua factor, adalah satu alat yang diperkenalkan oleh Edward
de Bono untuk melatih kita berfikir cara melihat atau mengambil semua factor untuk
memperluaskan semua sudut pandangan kita. CAF membantu kita mengarahkan minda ke
semua arah yang penting, mengelakkan kita terlupa untuk memikirkan semua perkara yang
penting. Galakkan pelajar membuat CAF dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Di
dalam kaedah ini pelajar-pelajar dikehendaki supaya menerokai dahulu setiap aspek pada
mana-mana situasi sebelum menerbitkan idea. Tujuan latihan ini ialah supaya pelajar
membuat tinjauan yang lengkap dan menyeluruh apabila memikirkan factor-faktor
berkenaan sesuatau situasi.CAF membuat kita luas pandangan. Biasanya apabila kita
berfikir terus menuju ke depan.Kita tidak menoleh ke kiri,ke kanan dank e belakang.Dalam
konteks kehidupan sehari-harian, semua faktor kita mesti cari sebelum membuat sesuatu
keputusan atau menyelesaikan masalah.Para pendidik atau guru perlu diingatkan bahawa
CAF ini ialah alat berfikir yang mudah dipelajari, diingat dan digunakan dalam hidup
sehari-hari. CAF ialah alat yang menjuruskan supaya otak kita jangan berfikir satu hala
sahaja. Oleh itu ia menolong persepsi kita menjadi luas supaya pendapat an keputusankeputusan yang kita buat menjadi lebih baik.

5. OPV ( Other Peoples Views )


OPV alat ini digunakan untuk meluaskan lagi sudut pandangan kita. Apa yang kita fikir ada
kesannya pada orang lain.
Pelajar didedahkan dengan melihat pandangan orang lain, dengan cara

Edward de Bono

Ini, mereka dapat memperluaskan lagi sudut pandangan mereka dan kesan atau
Implikasinya terhadap oaring lain. Senaraikan orang-orang lain yang terlibat dalam
idea kita serta fikirkan apa yang mereka fikirkan tentang idea kita. OPV menolong
dan membantu kita befikir serta memahami dari sudut pandangan orang lain.
Latihan ini mengarahkan pemikiran pelajar supaya mengambil kira
pendapat dan pandangan pihak-pihak lain yang terlibat di dalam sesuatu situasi.
Alat ini menimbangkan alat-alat yang lain yang ditumpukan pada pandangan
peribadi pelajar. Kaedah ini memberi tekanan pada perbezaan-perbezaan antara
pandangan pelajar dengan pihak-pihak lain. Pelajar perlu sedar bahawa berfikir
dilakukan oleh manusia. Hasil pemikiran kita akan ada kesannya kepada manusiamanusia lain. Kita berfikir dan membuat sesuatu keputusan. Setelah berfikir, kita
akan bertindak.
Untuk melatih pelajar membuat OPV , mula-mula senaraikan orang-orang
Lain yang kena-mengena dan terlibat dalam perkara tersebut. Selepas itu cuba
bayangkan apa pendapat-pendapat mereka secara individu ataupun secara
berkumpulan. Apabila memikirkan pendapat-pendapat orang lain, kita mestilah
positif.Contoh: Siapakah mereka itu? Apa pendapat mereka? Apakah nilai-nilai
mereka berkenaan perkara ini?
6.

C&S ( Consequence and Sequel )


C&S ialah kesan dan akibatnya .
C&S digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan.
C&S dapat membantu seseorang melihat jauh ke hadapan .
C&S digunakan untuk seseorang membuat penilaian .
Buat C&S sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan.
Kesan dan akibat daripada kesan ini, selalu disebut C dan S, digunakan untuk

meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depandan untuk membuat penilaian. C dan S
boleh digunakanuntuk membuat sebarang keputusan atau tindakan, membantu,membantu kita
melihat jauh ke hadapan. Kaedah ini menghendaki pelajar supaya memikirkan apa yang dijangka
akan berlaku selepas sesuatu keputusan yang diambil. Kesan-kesan dan akibat keputusan itu
tersebut diramalkan secara sistematik, iaitu kesan jangka pendek, jangka seerhana dan jangka
Edward de Bono

10

panjang. C dan S amat berguna dalam kehidupan seharian. Setelah kita berfikir, kita akan
membuat keputusan, pilihan, rancangan, dan tindakan. Keputusan yang kita buat hari ini akan
menimbulkan kesan pada hari esok dan masa depan. Sebagai guru atau pendidik kemahiran
berfikir ini perlu ditekankan. C dan S merupakan satu alat untuk melihat jauh ke depan, ke
masa akan datang. Kaedah ini membantu kita berfikir jauh ke masa depan sebelum membuat
sebarang keputusan. Murid perlu ditekankan juga , sebelum membuat sebarang keputusan dan
pilihan, gunakan C dan S ini untuk mendapat pilihan yang tepat. Begitu juga ke atas semua
alternative yang ada di depan kita. Lihat alternative mana yang lebih baik dan selamat. Buat C
dan S, FIP dan PMI bersama-sama. Alat-alat ini akan menolong pelajar membuat pilihan
terbaik.
1.
2.
3.
4.
5.

Adakah rancangan ini akan berhasil?


Apakah yang boleh menyebabkan kita gagal?
Di manakah risikonya?
Apakah hasil yang paling baik?
Apakah yang mungkin berlaku?

Kelompok kesan:

Kesan serta-merta.
Kesan jangka masa pendek: dalam tempoh satu minggu
Kesan jangka sederhana: antara dua minggu dan enam minggu
Kesan jangka panjang: selepas enam bulan.

C&S boleh digunakan bersama-sama dengan CAF dan OPV.


C&S membantu kita melihat jauh ke hadapan.
C&S membantu kita dalam kehidupan sehari-hari. C&S ialah alat berfikir yang paling
berguna. Selalunya setelah kita habis berfikir, kita akan membuat keputusan,
pilihan,rancangan dan tindakkan.
7. FIP ( First Important Periorities )
FIP perkara-perkara penting yang menjadi prioriti .
FIP juga mengingatkan seseorang mengambil kira perkara-perkara yang penting.
FIP dapat membantu seseorang untuk berfikir secara terfokus. Kita gunakan FID kerana
kita hendak menentukan apa perkara yang paling penting untuk difikirkan. Kita selalu teringat
macam-macam perkara apabila sedang berfikir. bukan semua perkara serupa pentingnya. Ada
perkara yang sangat penting. Ada perkara yang tidak penting langsung.
Edward de Bono

11

Pelajar-pelajar didedahkan dengan kaedah mementingkan perkara-perkara penting yang


menjadi keutamaan, ialah satu alat untuk membuat pelajar focus apa yang penting. Setelah
pelajar-pelajar menggunakan alat-alat lain (PMI,CAF, C&S, dan AGO) barulah mereka
menggunakan FID. Kaedah ini juga membantu kita berfikir secara terfokus dan ia mengambil
kira perkara yang penting sahaja. FID mengingatkan kita apa yang menjadi keutamaan
mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak penting.
8.Peraturan (Rules)
Latihan ini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat satu krangka persoalan
yanmg difikirkan untuk menyelesaikan masalah atau mengambil keputusan setelah mengambil
kira semua factor-faktor (CAF) dan mana yang baik, yang buruk dan yang menarik (PMI).
Pelajar akan menggunakan CAF untuk mencipta peraturan-peraturan baru. PMI digunakan untuk
melihat peraturan sedia ada atau yang baru dicipta untuk mengambil sesuatu keputusan.

9. Perancangan (Planning)
Latihan ini memberikan peluang kepada pelajar untuk berlatih melakukan C&S,
AGO,PMI dan CAF. Guru akan melihat akan kemahiran-kemahiran yang ada pada pelajarpelajar menguasai kaedah-kaedah berkenaan. Pelajar akan mendapat satu kemahiran
menggunakan keempat-empat kaedah untuk mereka menaplikasi ketika proses menyelesaikan
masalah atau membuat keputusan.
10. Keputusan (Decisions)
Latihan ini memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk melakukan kaedah
kemahiran berfikir FIP dan ACP, disamping kemahiran-kemahiran lain yang lebih awal. Di sini
pelajar akan memahami kaedah itu bagi menjuruskan pemikiran mereka untuk menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan yang baik.

CoRT 2: ORGANISASI PROSES BERFIKIR:

Edward de Bono

12

Terdapat lima kedah dalam CoRT 2 dengan lima operasi pemikiran biasa. Kaedah ini
sengaja dibuat supaya pelajar boleh menggunakan dengan cara paling tersusun. Pelajar boleh
bertanya soalan-soalan khusus dan mencari jawapan tertentu. Dalam tempoh lima kaedah ini
berurusan dengan lima organisasi keseluruhan pemikiran supaya ia boleh digunakan dalam cara
yang sengaja dan produktif. Tujuannya adalah untuk merawat pemikiran sebagai satu operasi
yang tersusun. Beberapa pengajaran pada separuh kedua merujuk kepada proses yang dipelajari
dalam CoRT (keluasan) tetapi pengajaran masih boleh digunakan walaupun CoRT 1 tidak pernah
diajar.
Alat-alat CoRT 2:
1. Menyedari:
Usaha sengaja untuk mengenal pasti keadaan untuk menjadikannya lebih mudah
untuk memahami atau menangani.
2. Analisis:
Dua jenis analisis. Membincangkandan

membahagikan

sehingga

keadaan

memerlukan untuk memikirkan dengan lebih berkesan.


3. Perbandingan:
Menggunakan perbandingan untuk memahami situasi. Memeriksa persamaan dan
perbezaan dalam perbandingan yang ditawarkan.
4. Memilih:
Alat ini digunakan untuk mencari sesuatu yang memenuhi sesuatu keperluan.
Memilih dari kemungkinan yang berbeza.
5. Mencari Cara Lain:
Alat ini digunakan untuk mencari jalan alternatif untuk melihat sesuatu.
6. Mula:
Apakah perkara pertama yang perlu digunakan?
7. Teratur:
Kedah yang praktikal mengajurkan cara situasi yang perlu ditangani.
8. Fokus:
Melihat kepada aspek-aspek yang berbeza keadaan, terutama yang bukan sahaja jelas
tentang apa aspek di dalam pertimbangan pada masa ini.
9. Memperkukuh:
Apa yang telah dicapai setakat ini? Jelas apa yang telah dilakukan dan apa yang telah
ditinggalkan.
10. Rundingan:
Keputusan atau kesimpulan yang pasti.

CoRT 3: INTERAKSI
Edward de Bono

13

Kedah yang ketiga ialah interaksi, kaedah ini tidak lagi memikirkan secara langsung
pada apa yang difikirkan tetapi pada apa yang difikirkan oleh orang lain. Kaedah ini
berdasarkan hujah, debat, percanggahan pendapat dan sebagainya. Dalam kaedah ini
strategi yang berlainan digunakan untuk membuktikan titik dan dua kelas keutamaan
kesilapan. Dua prosedur praktikal untuk membantu menyelesaikan konflik yang
ditawarkan ialah memeriksa kedua-dua belah (EBS) dan perjanjian, percanggahan
pendapat, ketidaktetapan (ADI). Tujuan CoRT 3 adalah menggalakkan murid apa
yang diperkatakan dan untuk menilai, meraka juga digalakkan untuk mengambil
pendekatan yang konstruktif untuk menyelesaikan hujah.
Alat-alat CoRt 3:
1. EBS
Membincangkan amalan dalam memeriksa kedua-dua bela hujah dan tidak
membuta tuli menyokong satu pihak.
2. KETERANGAN
Jenis keterangan yang digunakan dalam hujah. Membezakan antar fakta dan
pendapat.
3. KETERANGAN-NILAI
Amalan dalam penilaian keterangan. Bukan semua bukti yang mempunyai nilai
yang sama.
4. KETERANGAN STRUKTUR
Meneliti keterangan. Adaka ia berdiri dengan sendiri, ia bergantung kepada
keterangan lain yang seterusnya bergantung kepada sesuatu yang lain.
5. ADI
Pemetaan kawasan-kawasan ini untuk meningkatkan bidang perjanjian dan
mengurangkan kawasan yang tidak bersetuju.
6. MENJADI HAK 1
Dua cara utama yang hak. 1) Meneliti idea itu sendiri, implikasi dan kesan 2)
Merujuk kepada fakta, pihak berkuasa, perasaan.
7. MENJADI HAK-2
Dua cara lain sebagai hak. 1) Penggunaan nama, label, klasifikasi
2) Penghakiman, termasuk dua penggunaan perkataan nilai.
8. SEBAGAI SALAH
Melakukan sesuatu sebagai keterlaluan. Membuat kesimpulan di atas hanya
sebahagian daripada keadaan.
9. MENJADI SALAH
Edward de Bono

14

Baki dua kesilapan yang salah iaitu kesilapan dan prajudis.


10. HASIL
Apa yang telah dicapai pada akhir hujah?

CoRT 4: KREATIVITI
CoRT 4 membantu meningkatkan kreativiti,iaitu menghasilkan persepsi yang
baru. CoRT 4 lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral, istilah yang dicipta oleh
Edward de Bono. Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi, iaitu mengubah cara
kita melihat sesuatu perkara. CoRT 4 terdiri daripada 10 teknik.
CoRT 4 memperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil po.Po merupakan satu
perkataan rekaan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar system
penilaian. Biasanya, kita menilai sama ada sesuatu itu betul atau salah,benar atau palsu, berguna
atau tidak, sesuai atau tidak. Po digunakan secara kreatif untuk mencari idea baru atau cara baru
untuk mengkaji sesuatu. Po berasal daripada perkataan poetry (puisi), dimana idea-idea yang
ganjil dicantum untuk mencapai kesan tertentu. Po juga berkaitan dengan supposition (andaian)
dan hipotesis, di mana idea-idea yang belum dibuktikan, digunkan untuk merangsang pemikiran
selanjutnya.
Komponen CoRT 4:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

Yes-No-Po (Ya, tidak, Po)


Stepping stone ( Batu loncatan)
Random Input (Input rawak)
Consept Challenge ( Cabaran Konsep)
Dominant Idea (Idea Dominan)
Define The Problem (Takrifkan Masalah)
Remove Faults (Singkirkan kecatatan)
Combinations (Kombinasi)
Requirements (Keperluan)
Evaluations (Penilaian)

CoRT 5:MAKLUMAT DAN PERASAAN


Pemikiran yang bergantung kepada maklumat dan dipengaruhi oleh perasaan. CoRT 5
memperkatakan
Edward de Bono

tentang proses maklumat seperti soalan, petunjuk, meneka, kepercayaan,


15

pendapat yang siap dan menyalahgunakan maklumat. Ia juga berkaitan dengan emosi dan nilainilai. Matlamat CoRT 5 adalah untuk menggalakkan kesedaran tetapi bukan untuk menukarnya.
Murid juga dilatih untuk mengenali apa maklumat yang ada pada mereka, apa yang mereka
masih perlukan dan bagaimana untuk menggunakan maklumat. Teknik yang digunakan dalam
setiap pelajaran untuk membangunkan data dan pemerhatian.

Alat-alat CoRT 5:
1. MAKLUMAT
Analisis maklumat dan penilaian kesempurnaannya, Apakah maklumat
yang diigini hilang?
2. SOALAN
Mahir menggunakan soalan. Tujuan dan hala tuju soalan.
3. PETUNJUK
Klu, potongan, implikasi, ekstrapolasi maksimum maklumat yang
diberikan. Meletakkan sesuatu bersama-sama.
4. PERCANGGAHAN
Kesimpulan palsu dan lain-lain kegunaan yang salah maklumat.
5. MENEKA
Meneka penggunaan meneka apabila maklumat tidak lengkap. Tekaan
yang baik dan tekaan yang buruk.
6. KEPERCAYAAN
Kreadibiliti. Bagaimana kita menghargai maklumat. Bukti, kepastian,
kepercayaan, persetujuan, dan lain-lain.
7. READY MADES
Pengganti sedia ada untuk pemikiran peribadi, prasangka, pendapat
standard.
8. EMOSI DAN EGO
Cara ini emosi terlibat dalampemikiran. Emosi biasa dan ego emosi.
9. NILAI
Nilai menentukan pemikiran dan penerimaan keputusan.
10. MEMUDAHKAN DAN MENJELASKAN
Apakah? Bagaimanakah? Sesuatu itu terjadi.

CoRT 6:TINDAKAN

Edward de Bono

16

Tujuan rangka kerja ini adalah untuk membahagikan jumlah proses pemikiran ke
peringkat yang pasti,setiap yang boleh ditangani dan seterusnya. Pada setiap peringkat dalam
rangka kerja keseluruhan, terdapat satu tugas pemikiran yang jelas akan dijalankan dan matlamat
yang jelas bagi pemikiran. Ini memudahkan pemikiran dengan mengeluarkan kerumitan dan
kekeliruan. Tanpa semua rangka kerja orang ramai dan pemikir yang cenderung untuk
ditenggelami oleh semua aspek dan keadaan. Hasilnya adalah bahawa pemikir yang mengambil
cara yang paling mudah dan menggunakan slogan, klise atau menjejaskan pemikiran. Peringkat
setiap pemikr tumpuan kepada menjlankan tugas yang ditakrifkan oleh peringkat itu. Jumlah
rangka kerja dipanggil TEC-Pisco yang berdiri untuk T Xpand arget E-C ontarct P-Purpose-Input S-olutions hoice-O.

Alat CoRT 6:
1.SASARAN
Perkara dalam pemikiran. mengarahkan perhatian kepada perkara tertentu yang menjadi subjek
pemikiran. Kepentingan memilih sasaran pemikiran seperti yang pasti dan menumpukan cara
yang mungkin.
2. KEMBANGKAN
Setelah memilih sasaran langkah seterusnya adalah untuk mengembangkan atasnya, di
kedalaman,lebar, dalam merancang beberapa alternatif.
3. KONTRAK
Langkah ketiga adalah untuk mengecilkan pemikiran yang dibelanjakan untuk sesuatu yang lebih
mudah untuk digunakan, mata utama,ringkasan, kesimpulannya, pilihan.

4.TEC
Penggunaan tiga alat sebelumnya adalah satu urutan. Amalan dalam mentakrifkan satu sasaran,
meneroka subjek dan merapatkan hasil yang boleh digunakan.
Edward de Bono

17

5.TUJUAN
Jelas tentang tujuan sebenar pemikiran. Dengan apa yang seseorang itu mahu menjadi,
keputusan, penyelesaian maslah, satu pelan tindakan atau pendapat? Tujuan umum pemikiran
dan juga ojektif tertentu.
6.INPUT
Keadaan, tempat kejadian,tetapan, maklumat yang ada,factor dan orang-orang yang boleh
dipertimbangkan, jumlah input yang masuk ke dalam pemikiran.
7.PENYELESAIAN
Kaedah untuk menjana penyelesaian dan mengisi jurang.
8.PILIHAN
Proses membuat keputusan. Memilih antara penyelesaian yang alternatif. Keutamaan dan kriteria
untuk pilihan. Akibat dan mengkaji semula keputusan itu.
9.OPERASI
Operasi, pelaksanaan menjalankan melalui keputusan berfikir. Menetapkan langkah-langkah
tindakan khusus yang akan membawa hasil yang diingini. Meletakkan pemikiran berkuat kuasa.
10.TEC-Pisco
Menggunakan urutan Pisco keseluruhan.(bagi objektif Input-Penyelesaian-Pilihan-Operasi).
Penyatuan rangka kerja TEC-Pisco di mana tiga alat pertama (TEC) digunakan untuk mentakrif
dan menghuraikan setiap lima peringkat prosedur Pisco.

Kaedah Berfikir 6 Topi


Selain alat-alat berfikir yang dibincangkan tadi , Edward de Bono juga telah
memperkenalkan atau mencipta satu kaedah yang membolehkan seseorang itu melakukan satu
Edward de Bono

18

cara berfikir sahaja pada suatu waktu . Kaedah tersebut dikenali sebagai Enam Topi Pemikiran
yang melambangkan enam cara atau stail pemikiran yang berbeza-beza.
Pengenalan
Kaedah ini diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis terkemuka Barat.
Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif, melihat sesuatu perkara
dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan , menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
yang terbaik.
1. Topi Putih
Topi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat yang berkaitan
dengan apa yang sedang kita amati. Setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi
sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat. Pendapat sendiri tidak akan
dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan sebagai maklumat yang hendak dikumpul atau
menguatkan sesuatu pendapat. Hal ini amat bertentangan dengan pemikiran tradisional yang
mana lebih cenderung kepada membuat keputusan terlebih dahulu dan hanya selepas itu sahaja
barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk menyokong keputusan berkenaan. Topi putih
seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk mencorakkan latar belakang sesuatu
masalah. Ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan bagi memastikan sesuatu
cadangan atau keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar kepada maklumat yang telah
dikumpulkan.
2. Topi kuning
Topi kuning digunakan untuk mencari nilai-nilai positif. Ia juga digunakan untuk berfikir
secara logikal daripada perspektif yang positif dan konstruktif. Gaya pemikiran menggunakan
topi kuning amat penting kerana ia dapat menggalakkan kita untuk mencari nilai-nilai positif
sesuatu idea termasuk idea yang pada mulanya kelihatan tidak begitu menarik.

3. Topi hitam
Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara
logikal dari aspek undang-undang, keselamatan dan lain-lain agar kita lebih berhati-hati sebelum
Edward de Bono

19

menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam erti kata lain kita melihat sesuatu keputusan
itu dari sudut negatif. Negatif di sini bermaksud berhati-hati atau melindungi kepentingan
sendiri. Ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan sesuatu keputusan yang akan
diambil. Ia juga membenarkan kita untuk menyingkir, mengubah dan menyediakan pelan
kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan. Topi hitam juga dapat membantu kita
menjadikan perancangan yang dibuat itu lebih kukuh dan fleksibel. Ia juga membantu kita dalam
menjangkakan risiko-risiko yang mungkin berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.
4. Topi merah
Menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan
emosi atau intuisi sama ada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya dan
bukan digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yang telah dibuat. Ia juga cuba
untuk memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi.
5. Topi hijau
Topi hijau pula mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat
sesuatu perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif dalam
kaedah penyelesaian masalah.Topi hijau membantu kita untuk bergerak ke hadapan dengan
menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. Ia juga digunakan untuk
menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam.
6. Topi biru
Topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam bahasa
yang lebih mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir yang lain. Kebiasaannya,
ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan. Ia boleh digunakan pada awal
perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan dibincangkan, menjelaskan tujuan sesuatu
perbincangan dan merancang corak pemikiran yang akan digunakan dalam perbincangan
tersebut. Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuara semasa perbincangan sedang
berlangsung untuk mengawal perbincangan agar tidak kelam kabut dan penggunaan topi lain
adalah mengikut peraturan.
Berfikir Secara Paralel
Berfikir secara parelal bermaksud berfikir secara selari, teratur dan sistematik. Contohnya enam
idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain dan tidakdinilaikan,
Edward de Bono

20

dibandingbezakan, dipertikaikan, serta tidak dibuktikan benar atau salah, sebaliknya dicari
kelebihan daripada setiap satunya.
Bagaimana enam topi berfungsi
Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran dianologikan kepada
topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau dan biru.
Topi putih Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan
perkara objektif semata-mata.
Topi merah Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi.
Topi hitam Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan
kecacatan.
Topi kuning Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan, keistimewaan dan
manfaat.
Topi hijau Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-idea baru
yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara logik atau sebaliknya.
Topi biru Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu
perkara termasuk topi-topi lain.
Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir
Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk :
1. Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang lebih
berstruktur dan sistematik.
2. Berfikir dengan lebih kritikal.
3. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza
dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa.
Edward de Bono

21

4. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti
kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru.
5. Memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan.
6. Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.
Kesimpulannya alat-alat pemikiran berfungsi membantu kita berfikir. Alat-alat ini
digunakan untuk melatih kemahiran berfikir. Apabila kita sudah mahir berfikir, kita tidak perlu
bergantung sangat pada alat-alat ini lagi kerana kaedah berfikir sudah dibantinkan dan boleh
dikesan secara mental dan automatic apabila diperlukan. Inilah tujuan utama kita belajar
menggunakan alat-alat berfikir.

Bibliografi:
1. de Bono, E. (1997). de Bonos thinking course revised. London: BBC Book.

Edward de Bono

22

2. de

Bono,

E.

(1973).

CoRT

Thinking.

Pergamon

Press.

Gove, P.B. (1986).

3. Kamus dewan edisi keempat. (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
4. .Mohd. Yusof Hasan. (1994). Pemikiran saintifik (SP4L). Sintok: Sekolah Bahasa dan Pemikiran
Saintifik,Universiti Utara Malaysia.

5. Mohd. Yusof Hasan. (2000). Pemikiran saintifik SPB4L. Petaling Jaya: Pearson Education
Malaysia Sdn.Bhd.

6. Mohd. Yusof Hasan, Mohamad Azmi Ab. Rahman, Ghazali Hamid & Syd. Abdul Rahman Syd.
Zin. (2001). Pengantar pemikiran. Sintok: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE),
Universiti Utara Malaysia.

7. Dr Rosnanaini Sulaiman,Maimun Aziz, & Mok Soon Sang. (2011). Kemahiran Berfikir. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

8. Poh Swee Hiang. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur: Kumpulan
9.

Budiman Sdn. Bhd.


Haji Abdul Fatah Hasan. (1998). Pemikiran Keseluruhan Otak. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

10. de Bono, E. (1996). Lima Hari Berfikir. Kuala Lumpur: Golden Book Centre Sdn. Bhd.
11. de Bono, E. ( 1991).Teaching Thinking. Harmondsworth, Middlesex, England: Peguin Books.

Edward de Bono

23

Edward de Bono

24

You might also like